ALIF BA TA

ALIF BA TA

10 January 2011

PROPA PR RACUNI MAHASISWA : PTPTN

Dari BLOG Tangga Langit !!!

PTPTN : Anak muda mesti sokong PR ek ???
Salam Mahasiswa.


FIKIR DAN GUNAKAN AKAL FAKTA ITU


Biar gelaran selari dengan akal fikiran. Mahasiswa bukan memandang pendekatan sempit, tetapi mengkaji pelbagai aspek dan segi untuk mengetahui kebenaran. Anda hanya melihat kepada aspek kiri tanpa melihat aspek kanan, itu bukan mahasiswa, itu MAWAS SISWA, kerana ada otak, tiada akal. Rugi nya mereka ini andai tergolong dalam golongan ini.




HARAKAHDAILY : PTPTN : ANAK MUDA SOKONG PR




ISU pembayaran balik semula PTPTN sentiasa menjadi ‘igauan’ kepada penuntut yang sudah menamatkan pelajaran di universiti masing-masing. Polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini adalah, selepas 6 (enam) bulan bergraduasi, mereka wajib membayar semula pinjaman tersebut, sama ada sudah bekerja atau tidak.


Dengan ditambah kos pentadbiran sebanyak 3% (dahulu), dan 1% (Ujrah), maka jumlah bayaran balik pinjaman akan meningkat, dan tidak berkurang. Jika peminjam meminjam sebanyak RM19,000, maka ditambah kos pentadbiran 3% sebanyak RM3,800, maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM23,000. (Secara purata).




------------------------------
Penulis artikel ini mungkin kurang periksa mengenai polisi PTPTN. Sudahkan penulis artikel ini berhubung sendiri dengan PTPTN berkenaan bayaran balik pinjaman ??? sepertinya, penulis artikel ini tidak update otak dan akalnya. Maklum la, mugkin berkurung dalam ruang litup yang sempit yg dibawa fahaman politiknya sahaja. Maka, ini lah hasilnya kot....




DAPATKAN DAHULU PEKERJAAN, BARU BAYAR. PTPTN OK JER.


Isu bayaran balik tidak menjadi masalah kepada peminjam kerana, andai peminjam tidak lagi mendapatkan pekerjaan, maka, dikecualikan membayar pinjaman sehingga peminjam telah mendapatkan pekerjaan. Ini boleh dilakukan si peminjam dengan menyatakan kepada pihak PTPTN bahawa anda tidak lagi memperoleh pekerjaan. Maka pihak PTPTN akan sedia maklum hal itu. Sebaliknya yg terjadi apabila, ada peminjam yang sudah mendapat kerja tetapi LIAT untuk membayar semula pinjaman. Ini yang dikatakan, peminjam itu yg bermasalah, walhal polisi PTPTN tiada masalah pun. Inilah hantu peminjam yang setelah selesai menggenggam segulung ijazah, mahu lari daripada membayar pinjaman. Peminjam ni tak tahu hukum agama ker????


Penulis artikel ini juga memang terbukti berada di bawah tempurung apabila mengatakan charge servis 3% dicampur dengan Ujrah 1% pula !!!! hahahahahahah..... Weh brother, mana letak akal haa???? Main terjah jer, baca tak habis, lepas tu nak salahkan kerajaan balik , kemudian nak pengaruhi orang lain sokong PR... pirahhhhhh....... kenyataan kamu tu memang aku boleh sangkal.


Mana tidak nya, sekarang ini, peminjam hanya membayar 1% sahaja sebagai servis charge kepada PTPTN yang mengendalikan dan menguruskan hal2 peminjam. Mana2 pun, kene bayar servis charge, dan ini kira murah sbb ada restoran segera yang menawarkan servis charge hingga 5%. Fikir sendiri lah, da la peminjam hantar borang kepada PTPTN untuk PTPTN uruskan dan seterusnya PTPTN uruskan dengan bank dan sebagainya untuk memberi kita duit belanja, lepas tu, tak nak bayar pulak servis perkhidmatan mereka. Ingat, mereka itu robot ke ??? Keringat dibayar tau, bukan diberi percuma kerana ini adalah perkhidmatan kepakaran mereka.


Maka, sekarang ini, kita boleh menikmati hanya 1% sahaja servis charge kepada PTPTN. Segeralah menukarkan kepada sistem Ujrah. Peminjam perlu update kepada sistem ujrah samada melalui online, atau ke kaunter mereka di Ibu Negara. Bayangkan, daripada 3%, kerajaan menurunkan kepada 1% sahaja.












Tambahan pula, peminjam tidak perlu membayar pinjaman JIKA peminjam berjaya memperoleh ijazah kelas pertama !!!!! Ianya adalah satu hadiah kepada peminjam. Sekaligus, sebagai satu motivasi dan pendorong kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran sekaligus berasa lega kerana tidak perlu membayar semula pinjaman. Lihat, INI BUKTI KERAJAAN PRIHATIN KEPADA ANAK MUDA !!! Siapa kata kerajaan kejam dan zalim ???? Ini bermakna, peminjam ada potensi untuk tidak membayar pinjaman mereka dan pinjaman mereka akan SETTLE atas tangunggan kerajaan.


Apa akan jadi kalau semua nya FREE ??? Semua anak muda dapat belajar secara FREE di mana2 IPTA/S !!! Yang akan terjadi adalah, pembaziran duit kerajaan kerana gagal melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam akademik. Mana tidaknya, mahasiswa tidak akan khuatir kalau gagal pelajaran kerana mereka tidak perlu bayar pinjaman kerana PR nak bagi FREE tuhhhh..... tidak mustahil, mahasiswa di Malaysia paling corot mengalahkan mahasiswa dunia ketiga!!!! Ini semua propa pembangkang yang mahukan sokongan anak muda tanpa memikirkan masa depan anak muda sebagai generasi pelapis negara !!!


Tentang pengecualian pinjaman ini , kenapa PENULIS ARTIKEL TIDAK NYATAKAN???? INI KERANA, PENULIS ITU INGIN MERACUNI ANAK MUDA TANPA MEMBERITAHU FAKTA SEBENAR, DAN AKHIRNYA, PENULIS INI AKAN MENGIGIT JARI KERANA BERBOHONG KEPADA PEMBACA ARTIKEL ITU.


Sebenarnya, apa yg telah ditulis dalam BUKU JINGGA itu, kerajaan sekarang telah lakukan lebih awal. Dan ini menunjukkan, kerajaan terlebih dahulu prihatin kepada golongan muda, dan menunjukkan, kerajaan lebih mempunyai akal untuk mengatasi masalah dan dilema anak muda.


penulis artikel juga menulis :
Selain itu juga usaha mendapatkan pendidikan tinggi kepada rakyat pada kadar yang paling minima juga wajar diperhatikan disini:


“Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.”


Disamping mengusahakan setiap rakyat mendapat biasiswa dalam pendidikan bagi mereka yang layak dan menghentikan budaya ‘bisnes’ di dalam pendidikan wajar juga disokong:


“Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.”


--------------------
Kerajaan telah memberi jaminan bahawa, rakyat Malaysia layak mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar maksimum. Baca sini : SEMUA MAMPU BELAJAR TINGGI




Penulis sendiri ada menulis perkataan LAYAK untuk mendapatkan biasiswa kan ??? Kerajaan sudah sekian lama mengaplikasikan polisi ini dan terbaru, pengecualian kepada ijazah kelas pertama . Itu kerana, mereka LAYAK untuk menerima HADIAH daripada kecemerlangan pengajian mereka. Jadi, dimana realistiknya agenda PR daripada agenda BN yang sudah dijalankan sekarang ???? Bukankah agenda PR itu sama seperti yang telah dilaksana BN hari ini ???? Sama kan..kan...kan...




Oleh yang demikian, daripada mahasiswa sokong PR yang tiada idea untuk tawan hati anak muda, bergantunglah kepada KERAJAAN BN yang stabil dan terbukti pelaksanaan nya. Buat apa menaruh harapan pada kerajaan yang belum pasti kehendak anak muda dapat ditunaikan. Janji boleh ditulis berjela-jela, tetapi, janji yang ditepati, belum tentu berjela seperti yang telah dijanjikan.


Sedarlah mahasiswa, mengapa mahu mencampakkan diri kepada kebinasaan, sedangkan , apa yang telah ada ini, sudah cukup memuaskan. Ramai mahasiswa menyambut baik sistem ujrah dan ijazah kelas pertama. Mengapa mahu ubah sedangkan yang sudah ada lebih baik !!!


Fikirkan dengan waras dan lihat dari pelbagai aspek yang mana kerajaan telah banyak membantu. Bukan sekadar melihat satu perspektif hingga lupa jasa yang lebih banyak kerajaan telah salurkan.






Anak muda sekarang ini, akan sokong Kerajaan BN yang jauh lebih stabil dan memuaskan mahasiswa semua !!!

No comments: