ALIF BA TA

ALIF BA TA

02 January 2011

MAHASISWA 2011 ~SEMOGA KITA BERJAYA~

Assalamaualaikum 2 all...

Alhamdulillah perhimpunan mahasiswa pada 1.1.2011 sudha pun berjalan dengan jayanya. Dengan restu dan perkenan KPT berserta sokongan padu daripada timbalan menteri pengajian tinggi Dato Saifuddin Abdullah yang cukup terbuka dan sentiasa mendengar suara mahasiswa. Terima kasih Datuk kerana bersama kami! Semalam mahasiswa sudah berikrar dan mendendangkan tiga deklarasi utama. Semoga perjuangan mahasiswa akhir ini dapat terus diperkasa dan di teruskan sehingga mencapai kemenangan dalam perjuangan ini. Semoga mahasiswa cukup sedar akan kepentingan kita untuk bersama dengan rakyat memperjuang nasib bangsa agama dan tanah air. Kita Mahasiswa bukan lagi dilahirkan menajadi hamba kita dilahirkan di pusat ilmu  untuk menjadi pemikir bangsa yang bebas bersuara dan tidak terkongkong dengan sekatan dan provokasi sesiapa pun. Semoga suara mahasiswa bukan sahaja didengari namun turut disertai dengan tindakan. Semoga segala usaha usaha mahasiswa terbalas jua dengan keyakinan dan kemenangan~

PETALING JAYA, 1 Jan – Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia (HMUM) hari ini mengeluarkan tiga deklarasi bagi terus memperjuangkan nasib rakyat dan mahasiswa bagi memastikan golongan mahasiswa kekal relevan dan tidak tenggelam di negara ini.


Lebih 200 mahasiswa dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menunjukkan “persaudaraan bawah semangat patriotisme”.


“Kita kena nyatakan pada rakyat pada tahun 2011, mahasiswa akan lebih garang untuk membela rakyat.


“Kita kena nyatakan kepada seluruh warganegara pada 2011 tuntut kebebasan mahasiswa di kampus, politik.


“Pada 2011 kita akan cakna segala dasar kerajaan dan lebih sensitif memberi respon serta jadi semak dan imbang.”


Pengarah HMUM 2011 Ezuan Saad menganggap perhimpunan ini merupakan titik tolak bagi meneruskan perjuangan yang dititipkan pemimpin pelajar terdahulu seperti Anwar Ibrahim, Hishammudin Rais dan Yunus Ali pada era 70-an.


Bekas Presiden Gerak, Nazree Yusof turut bersama pada hari ini bagi membakar semangat mahasiswa yang hadir

3 comments:

Wake UP! said...

Mahasiswa dan mahasiswi perlu sedar diri bahawa kerajaan sudah banyak membantu mereka.

Jangan asyik berpolitik. Tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.

Bila dah kerja nanti, hangpa nak terjun bukit, lantak hang la.

hazwanmohamad said...

wake up! terima kasih kerana singgah di blog ini. Ya kami juga tidak lah mengidam mana untuk terjuna dalam dunia politik ini namaun kami cuba untuk menghakupaya apa yang dipanggil sebagai hak mahasiswa. Memang benar mahasiswa tugasnya belajar,belajar,belajar, tetapi itu semua bagi mereka yang berpikiran kebelakang. Hari ini mahasiswa berada di universiti bukan untuk belajar ABC 123 dengan lebih mendalam lag hari ini mahasiswa berada di universiti untuk mendapatkan segulung ijazah dengan dibekalkan seribu satu pengalaman dari seluruh antero aspek. Bukan setakat menjadi pengerusi kelab itu preseden majlis itu dan ini namun perlu menginjak ketahap masyarakat. Kita hari ini nak lihat mahasiswa bersama masyarakat dan rakyat seantero negara dan dunia~ bukan niat kami berpolitik namun kehadiran kami hanya mahu menghakupaya hak mahasiswa sebagai bukan lagi hanya pelajar namun mereka yang punyai idealisme yang tersendiri~

Tangga Langit said...

Mahasiswa didedahkan dengan kekejaman kerajaan walaupun kerajaan berusaha untuk memberi kesenangan kepada mahasiswa.
mahasiswa lupa pada budi kerajaan. Salah apapun, kerajaan juga yang kene walhal mereka sndri yang menempah bala.

minta link kan blog saya pada blog anda. saya sudah link dan follow blog anda. tq