ALIF BA TA

ALIF BA TA

15 June 2015

Sukan dan Wanita: Islam Bukan Agama Rigid

Sukan dan Wanita: Islam Bukan Agama Rigid

Ada segelintir yang berpendapat bahawa Islam adalah agama rigid apabila dilihat terlalu mengongkong golongan wanita dalam bersukan. Betulke wanita Islam tak boleh langsung bersukan? Macam tu duduk dapur je lah!

Jawapan:

Tidak betul! Sama sekali salah. Islam adalah agama yang syumul (sempurna). Agama ini tidak pernah sesekali membawa pemahaman yang wanita tidak boleh buat itu tidak boleh buat ini.

Islam, adalah agama yang mengangkat martabat dan maruah seorang wanita. Bila sebut tentang wanita, Islam lah yang paling 'juara' dalam menjaga kehormatan dan martabatnya. Ketika zaman jahiliyyah, Islamlah yang mengeluarkan wanita dari segala jenis perhambaan.

Isu aurat dan ikhtilat dalam Islam bukan lah bererti mengongkong wanita, namun ianya adalah salah satu cara melindungi wanita dan menjaga kehormatannya.

Ketahuilah sang bidadari syurga, tubuhmu (auratmu) lebih indah dan berharga dari permata dan mutiara dunia. Justeru itu, lindungilah ia daripada pandangan mata mereka yang tidak layak untuknya.

Islam tidak melarang untuk wanita bersukan. Namun, merujuk kepada perkara diatas ada beberapa syarat yang digariskan untuk wanita ketika bersukan agar ianya selari dengan syarak.

Dalam isu sukan yang boleh membawa fitnah kepada wanita seperti gymnastik dan renang contohnya, suka untuk saya berkongsi pendapat Sheikh Yusuf Al-Qardawi:

“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat-syaratnya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”

Wahai Sang Bidadari Syurga, lihatlah sampai begitu sekali, ALLAH mahu menjaga kehormatan dan maruah dirimu. Kerana engkau begitu berharga dan tidak bisa untuk dijadikan tontonan yang bukan hak!

Tuan-tuan,

Memang pendapat diatas nampak tidak realistik masa kini. Kerana apa? Kita telah pun berjaya didoktrinkan oleh musuh2 kita. Jangan kita lupa SUKAN/SPORT adalah antara salah satu 'S' daripada strategi 5S (Song, Sex, Smoke, SPORT, Sugar) yang dilancarkan Yahudi untuk melemahkan umat Islam. Akhirnya, jadilah kita seperti SINGA yang di KIJANG kan.

Jadi dalam hal ini, saya tetap percaya bahawa orang yang paling bertanggungjawab dalam isu ini adalah para pemimpin. Para pemimpin yang mempunyai kuasa untuk mengubah segala perkara mengikut dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

"Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.” (HR. Muslim)

Namun demikian, tidak bermakna kita sebagai orang awam tidak boleh menegur, namun teguran itu perlulah dengan hakikat hikmah! Bukan dengan cercaan dan makian. Kita bukan sempurna dan tidak tahu apa pengakhiran kehidupan kita ini.

Wallahualam.

Hazwan Mohamad
Cardiff