ALIF BA TA

ALIF BA TA

01 January 2011

20 ANDAIKATA ... 2010-2011 HANYA NOMBOR SEMATA!!! Bacalah Pemimpinku!

Assalamualaikum 2 All...Salam Tahun Baru

2010~2011 Apa ada pada angka ANDAIKATA...
  1. andaikata azam tahun lalu sedikit pun tidak berjaya
  2. andaikata kita masih ditakuk lama
  3. andaikata perjuangan kita masih lemah
  4. andaikata keluarga kita masih porak peranda
  5. andaikata masyarakat kita masih tidak berpekerti mulia
  6. andaikata kerajaan kita masih dibelenggu rasuah
  7. andaikata pembangkang kita hanya gila kuasa
  8. andaikata doktor mengejar harta dan wang semata
  9. andaikata engineer hanya mengejar nama dan pangkat dunia
  10. andaikata peguam loyar buruk tak kira masa
  11. andaikata akauntan melesap duit banyak tak terkira
  12. andaikata abang polis buat kerja sambil lewa
  13. andaikata SPRM pilih bulu semua
  14. andaikata guru-guru tidak ikhlas mendidik anak bangsa
  15. andaikata remaja masih terhimpit masalah sosial mereka
  16. andaikata para artis asyik terkinja-kinja sahaja
  17. andaikata mufti wal ulama diam seribu bahasa
  18. andaikata sang professor pun salah betul mengangguk saja
  19. andaikata YB-YB berkhidmat untuk kroni mereka
  20. andaikata RAKYAT MARHAEN MASIH MENANGGUNG DERITA~
Semoga tahun baru ini lebih bermakna dan teruskan perjuangan mu wahai anak bangsa ikhlas dan perkasa jiwa raga moga dipermudah urusan oleh Yang Maha Kuasa supaya diberi petunjuk kepada penguasa agar menjadi pemimpin mulia dipandang tinggi dan sentiasa dihormati lawan dan kawan~

No comments: