ALIF BA TA

ALIF BA TA

29 August 2015

Tips Temuduga Biasiswa

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA

Assalamualaikum dan Salam Hormat buat semua.

InshaAllah kali ini saya akan berkongsi beberapa tips temuduga (interview) untuk mereka yang bakal menghadapi temuduga biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di dalam mahupun di luar negara.

Tips ini terbahagi kepada dua bahagian. Satu adalah tips general (umum) dan yang satu lagi adalah khusus untuk mereka yang bakal menghadapi interview bagi Petronas Scholarship. However, Petronas scholarship shortlisted candidates should note that, this time it may be vary and not the same as previous years interview session/assessment.

TIPS GENERAL INTERVIEW

1. Buat sujud syukur dan solat sunat dua rakaat.

Yes. I’m not kidding! Ini perkara pertama yang anda perlu buat. Bagi umat Islam kita perlu menyakini yang segala kejayaan yang dikecapi adalah rezeki yang dikurnia buat kita semua oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Cuba ambil masa dan fikir sejenak, berapa ramai dari kalangan kawan/sahabat kita yang menghantar permohonan sama-sama dengan kita, tapi hanya kita yang terpilih/shortlisted? Ingat pesan Allah;

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)

Jadi, anda! Ye, anda! Apa lagi ambil wuduk, buat solat sunat dua rakaat, dan bersujudlah tanda syukur padaNya.

 2. Persediaan sebelum temuduga

Ada beberapa perkara yang anda perlu bersedia sebelum sesi temuduga.

PERTAMA: Buat sedikit kajian tentang proses assessment/interview biasiswa company yang anda akan lalui. Anda boleh bertanya kepada senior yang telah melalui interview yang sama pada tahun lepas. Dapatkan maklumat bagaimana proses assessment/interview itu berlangsung. Kalau tak jumpa/kenal senior? Google je ! Saya pasti anda akan jumpa dalam kebanyakan blog-blog di internet.


KEDUA: Buat persediaan untuk menjawab soalan-soalan ‘cliché’. Anda boleh spot this cliché question though. Contoh soalan yang perlu anda bersedia adalah:

·      Tell me about yourself. (Soalan Nampak mudah, tetapi percayalah, kalau anda tidak susun atur jawapan anda, anda akan kelihatan begitu ***** sekali dihadapan interviewer)

*Tips: Buat draft jawapan. Antara yang boleh anda cerita, adalah, latarbelakang keluarga (pekerjaan ibubapa/adikberadik), latarbelakang pendidikan anda, kegiatan kokurikulum dan mungkin boleh selitkan sedikit cita-cita anda. Jangan panjang sangat. Short, simple and precise.

·      What is your strength and weaknesses? (Ketika saya melalui interview kerja dengan syarikat audit Ersnt & Young Kuala Lumpur di London tahun lalu, saya diminta untuk nyatakan 3 kekuatan dan kelemahan saya, dengan contoh situasi)

*Tips: Anda boleh senaraikan 4 atau 5 strengh / weakness yang anda rasa boleh explain dengan baik. Untuk soalan strength, saya rasa kita semua tidak ada masalah kebanyakkan jawapan ambil sahaja dari setiap softskill yang kita ada dan boleh elaborate dari situ. Cuma untuk jawapan weaknesses, anda perlu lebih teliti. Pastikan jawapan itu tidak begitu sempit ‘narrow’ sehingga anda tidak boleh beri penjelasan, dan juga tidak terlalu ‘downgrade’ diri anda. (InshaALLAH saya akan buat penjelasan dalam entri yang lain).

·      Why I should hire/choose you for this job/scholarship? (Soalan menjual diri)

*Tips: Ini soalan yang paling penting untuk meyakinkan para interviewer untuk memilih anda. Pastikan jawapan anda jawapan yang simple tetapi boleh meyakinkan mereka. Boleh ulang semula point-point penting dalam soalan strength/weaknesses tadi, tetapi buatkan ia sebagai satu rumusan/kesimpulan. Selain itu anda boleh tambahkan lagi kekuatan yang ada pada diri anda beserta dengan contoh sekali. (Prepare this).

KETIGA: Buat sedikit research tentang syarikat/organisasi yang anda memanggil anda untuk sesi interview. They don’t expect you to know every single thing, but please at least you don’t appear with zero knowledge about them!

*Tips: Cuba cari sedikit latar belakang penubuhan syarikat, tahun bila? Main activity? Nama Chairman? CEO? President? Nak Nampak lagi power, research sikit untung rugi syarikat dan projek-projek terkini mereka!

                      *Buat nota ringkas dalam kertas-kertas kecil yang mudah anda hafal dan rujuk semula                          waktu sebelum interview. 

KEEMPAT: English please ! Sudah tentu medium bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Pastikan anda bersedia dan selalu lah praktis dalam bahasa Inggeris. They don't expect you to have perfect English or British accent, but please make sure that you able to impress them with your language. But dont worry. Use simple English words that they can easy understand you. Apa-apa pun, bercakap lah dengan penuh keyakinan. Takda orang pun nak marah hang :p 

*Tips: Bila anda sudah siap semua point-point penting untuk soalan spot, mula lah                                praktis sendiri. Duduk dalam bilik depan cermin, bercakap lah seorang diri. Jangan                              tunggu bila depan interviewer baru nak praktis pulak! ;) 

3. Persediaan semasa hari temuduga.


·      Pakai pakaian yang kemas dan sesuai. Jangan berlebihan, make sure you looks professional during the interview. 

·      Datang awal ke tempat temuduga.

·      Pastikan anda double check segala dokumen yang perlu dibawa dan diserahkan (Certified true copy jangan lupa).

·      Semak berulang kali segala preparation notes yang anda telah buat.

·      Bertenang dan dengar serta ikut segala arahan ketika sesi temuduga berlangsung

·      Tips untuk bertenang? Banyakkan zikir ‘lahawla wala quwwatailla billa hil a’liyyil a’zim’ dan SELAWAT keatas nabi saw.

·      Masuk ke bilik interview dengan penuh sopan dan tertib. 

·      Mulakan bicara dengan suara yang jelas dan tidak kelam kabut. Jaga 'eye contact' anda dengan interviewer. 

·      Sentiasa senyum dan aktif! (Senyum akan meredakan darah gemuruh).

*Tips: Apa-apa pun, KUN ANTA! Jadilah diri anda! Jaga adab, jangan terlalu gemuruh/risau. SENYUM! SENYUM! SENYUM! 


 4.Selepas temuduga.

·      Tawakal dan berserah.

·      Perbanyakkan berdoa dan bersedekah.

·      Dalam masa seminggu atau dua minggu, ambil inisiatif untuk ‘follow up’ sesi temuduga anda dengan pihak penaja, sama ada berjaya atau tidak.

·      Jangan sesekali berputus asa.

·      Percaya yang rezeki bukan berada di tangan manusia, tetapi pada Allah swt. Allah knows best.


INTERVIEW PETRONAS SCHOLAR 2013




TIPS INTERVIEW PETRONAS SCHOLAR?
Gunakan dan manfaatkan sepenuhnya TIPS GENERAL INTERVIEW DIATAS!
Yakin pada diri anda!

*Atas sebab-sebab tertentu Petronas Scholarship Tips hanya setakat ini sahaja. Tetapi dari TIPS GENERAL yang saya beri, anda boleh manfaatkan sebaiknya, Kerana ia tidak jauh berbeza. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan.

Walau apa-apa pun, jangan terlalu risau. Bersedia dan buat yang terbaik. Itu kuncinya. Ingat, berada di kalangan shortlisted ini pun merupakan satu kebanggaan buat ibu dan bapa anda dan juga satu kejayaan buat diri anda semua. Buat semua calon shortlisted Petronas Scholar tahun 2015, saya ucapkan Tahniah dan semoga dipermudahkan segala urusan anda.

Sekian.


Moga bermanfaat.

Hazwan Mohamad
BSc Cardiff University
Petronas Scholar 2013-2015

16 July 2015

AKU DAN ISMA Bahagian I

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mula mengenali dakwah ISMA(Ikatan Muslimin Malaysia) sebuah gerakan NGO dakwah ketika mula-mula kaki ini menjejak bumi Cardiff. Seperti biasalah, bila dengar tentang ‘DAKWAH’ sahaja, ada dalam kalangan kita ‘alergik’ sikit. Aku pun sama dulu. Jahilnya aku, tiga tahun di UiTM Lendu, pandang ‘budak2 usrah’ ni sebelah mata ja! huhu.. Ingat dlu pernah sekali naik motor legend hijau lalu tepi Masjid Al-Hikmah UiTM Lendu, nampak budak2 jubah putih buat bulatan, aku konar lalu jalan lain. Hahaha..

Ada macam2 versi yang aku terima pada awalnya bila aku bukak soalan tentang ISMA. Dan harus aku akui, banyak negatif dari positif pada mulanya.. Antara versi ‘Nasihat’ negatif yang pernah hinggap di telinga aku ketika itu ialah:

1) ‘Hati-hati sikit wan, diorg ni nanti mula la ajak kau join jemaah tu jemaah ni.’

2) ‘Diorg ni la pecahbelahkan Islam. Ada IKRAM lah ISMA lah macam2 lagi nanti, nasihat aku jangan kau menyesal nanti sudah.'

3) ‘Diorg ni buat baik and belanja ko makan semua ada la tu, nak ajak ko join diorg lah tu.'

4) 'ISMA ni macam tabligh lah. Nanti dia ajak la ko join dia gi rumah ke rumah.’

5) ‘Kalau kau join ISMA ni nanti ko jadi orang yang suka label-label orang and rasis la sebab ISMA ni kan perjuangkan MELAYU, kita nak ISLAM, orang yang berjuang untuk Melayu ni, tak ke mana bro’

Namun, disebalik versi2 negatif yang aku dapat ni, ada satu nasihat dari seorang yang banyak membuka mata aku bila aku jejak kaki ke sini. Nasihat dia lebih kurang macam ni;

‘ISMA ni bagus Wan, dia banyak ubah hidup aku. Ubah hidup aku dari manusia yang hanya pikir pasal diri sendiri, yang hanya tahu nak jadi baik untuk diri sendiri sahaja, kepada seorang yang ada matlamat dan agenda bukan sahaja untuk diri sendiri, namun untuk ummah, untuk cita-cita yang lebih besar wan’.

Nasihat inilah yang membuatkan aku tertarik untuk tahu lebih lagi tentang ISMA. Dan aku pun diperkenalkan dengan ISMA. Dari sistem Usrahnya, program-program umum, sampai kepada hubungan ukhuwwah yang cukup manis. Dan aku menjadi sangat pelik. Pelik sebab rupa-rupanya semua ini takdalah sama seperti yang seringkali ‘dimomok-momokkan’ oleh sesetengah orang.

Melalui usrah ISMA, aku belajar tentang banyak perkara. Sistem usrah ini rupa-rupanya bukan sahaja sebagai satu medium untuk memperbaiki amalan diri masing-masing, namun turut sama mengajak ahli-ahlinya untuk berfikir tentang masalah yang melanda ummat sejagat.

Dari sekecil-kecil isu, sehinggalah kepada masalah yang besar. Dari isu yang berlegar di tanah air , sehinggalah ke tanah agung Palestin! Setiap kali usrah, sangat lain macam rasanya! Umpama dapat satu energy baru dan semangat yang baru. Semangat untuk sentiasa mengubah diri, untuk jadi produktif dan tidak ja di statik sahaja dalam hidup ini.

Satu perkara baru yang aku dapat dari usrah ini adalah melalui kata-kata As-Syahid Imam Hassan al-Banna iaitu untuk kita perbaiki diri DAN menyeru orang lain berbuat kebaikan. Bukan hanya tunggu untuk diri jadi perfect baru nak mula dakwah orang lain.

Kitab-kitab yang menjadi rujukan dan perbahasan dalam usrah ini antaranya Al-Muntalaq (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid) dan Jalan Dakwah (Syeikh Mustafa Masyhur) banyak membuka mata aku tentang bagaimana sistem kehidupan kita sebagai makhluk di muka bumi ini harus bergerak! Kita rupanya bukan sahaja mahu mencapai kemuliaan untuk diri sendiri sahaja, namun harus bangkit untuk memperjuangkan kemuliaan ummat ini, kemuliaan agama yang Allah amanahkan pada kita ini.

ISMA juga bukan sekadar usrah siang dan malam pagi dan petang. Tidak! Antara program yang sempat aku ikuti sepanjang berada di bumi UK ini, antaranya jaulah (Jalan-jalan), Rehlah (Berkhelah), Daurah (seminar) yang sangat mengujakan.

Melalui program-program sebegini, aku mengenali ramai manusia. Manusia yang mahu berubah. Berubah dari menjadi diri yang layu dan sayu, kepada manusia yang mahu memperbaiki diri dan berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Sungguh,sepanjang perjalanan ini aku telah ramai jumpa manusia yang dahulunya hanya lah seperti kijang, namun kini bertukar menjadi singa yang mempertahankan agamanya. Setiap kali aku pandang wajah2 mereka ini, aku benar-benar jadi cemburu.

Lama juga, untuk aku hadam dan betul-betul faham tentang fikrah ISMA. Tentang agendanya untuk ummat, perjuangannya, dan segala pelan tindakannya. Dan aku masih dana akan terus belajar dan belajar lagi. Ada banyak perkara lagi yang perlu aku bongkar gali. Namun, kefahaman aku tentang agenda dan perjuangan yang ISMA bawakan ini, cukup untuk aku katakan YA! pada ISMA! Kita punya matlamat, dan matlamat kita jelas.

ISMA, benar-benar, sedang mengubah hidup aku. Mengubah cara aku berfikir tentang bagaimana sebenarnya kehidupan kita ini harus bergerak. Mengubah diri aku untuk tidak lagi sekadar berfikir tentang diri sendiri sahaja, namun turut sama membawa agenda ummat yang lebih besar dalam lakaran peta kehidupan aku.

Hari ini, aku ucap syukur pada Tuhan Rabbul Jalil. Kerana takdirnya aku dicampakkan ke bumi Cardiff ini, rupanya Dia mahu menyantuni aku dengan TarbiyyahNya.

Jahilnya aku tiga tahun yang dulu tentang gerakan dakwah ini. Aku malu, namun aku bersyukur, di bumi Cardiff, aku mengenali ISMA.

Doaku pada Ramadan terakhir ini, agar Allah tetap memberikan aku istiqamah dalam perjuangan ini dan sama-sama mencampakkan hidayahNya pada sahabat-sahabatku di luar sana untuk turut sama dalam gerabak kemenangan ini. Gerabak yang mengubah hidup aku dan bakal mengubah hidup kalian juga inshaALLAH. Amin.

Apa lagi yang harus aku minta daripada seorang sahabat yang baik dan ada ketika susah dan senang.

 Bersama saudara Azizi, orang yang bertanggungjawab kenalkan aku pada ISMA.


Dalam gelak tawanya, dia tidak pernah lekang dari menutur nasihat yang terkesan dalam setiap jiwa yang mendengarnya...


Melalui ISMA, aku ketemu ramai insan hebat yang menginfakkan dirinya pada jalan dakwah. Mereka dulu kijang, namun kini singa yang berani!


Usrah bersama murabbi Saudara Firdaus A Bakar. Lemah lembut tutur bicaranya namun terselit bait-bait indah mendekatkan jiwa manusia pada Tuhan Rabbul Jalil...



p/s: Nukilan di akhir-akhir Ramadan. Moga bermanfaat buat semua. Untuk orang di Malaysia, Selamat Menyambut Syawal. Salam Lebaran Minal Aidin Wal Faidzin. Maaf Zahir dan Batin.

15 July 2015

Perjalanan Aku, Ceritera ‘Semalam' & Kisah Hari Esok

Assalamualaikum wbt.

Pasca keputusan SPM 2009, aku sudah mula untuk melupakan hasrat untuk meyambung pelajaran ke universiti luar negara. Memang menjadi impian waktu tu dapat masuk dan belajar kat oversea. Tapi disebabkan keputusan SPM tak berapa bagus, impian itu hampir-hampir berkecai.

Namun, benarlah, perancangan dan aturan Allah itu Maha Hebat. Aku teruskan perjuangan dari bidang sains tulen melompat masuk ke bidang perakaunan. Aku memilih untuk ke UiTM Lendu dan mengambil Diploma dalam bidang Perakaunan. Mungkin bagi sesetengah individu, DIPLOMA ni kelihatan picisan dan mudah. Namun tidak bagi aku. With no basic knowledge about accounting, aku betul-betul bermula dengan ZERO!

Terima kasih pada pensyarah2 dan sahabat2 lama di UiTM Lendu dulu yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam mendepani cabaran ketika itu. Alhamdulillah, sekali lagi Allah mempermudahkan urusan ini. Dalam kesibukan sebagai pemimpin pelajar waktu itu, Allah permudahkan jalan bagi aku ‘score’ dalam setiap peperiksaan yang akhirnya dengan keputusan CGPA 3.93, melayakkan aku untuk terbang ke bumi Cardiff di bawah tajaan Petronas. Aku tidak pernah bermimpi untuk ini semua.

Kalau dulu sewaktu keputusan SPM diumumkan aku telah menghampakan ami dan abah, tetapi kali ini air mata yang tumpah dari kedua pasang mata kedua orang tuaku ini, adalah air mata kegembiraan. Kini, seorang lagi anak peniaga air pasar malam akan terbang jauh dari tanah melayu merantau ke bumi Inggeris.

Cabaran di bumi Inggeris ini juga mungkin biasa-biasa sahaja bagi sesetengah individu. Tapi bukan aku! Dengan sijil Diploma (sistem pengecualian kredit) yang aku ada, ianya melayakkan aku untuk terus melompat ke tahun kedua pengajian. Dari peralihan sistem pengajaran dan pembelajaran Diploma ke Degree hinggalah masa menyesuaikan diri di tempat orang yang jauh dari keluarga, semua itu harus dilakukan dengan secepat mungkin, agar tidak ketinggalan dengan sahabat yang lain.

Siapa kata jalan merintis 2:1 ini mudah bagi aku? Aku pernah jatuh dan menangis sendiri. Peperiksaan winter pertama aku, ada dua subjek utama aku GAGAL. Satu kertas dapat 28/100, satu lagi 32/100. Malu punya pasal, aku tak pernah bagitau siapa2 pun yang aku gagal dua paper waktu tu. Waktu tu, letak harapan first class, memang jauh sudah dari pandangan. Malah kalau letak second class upper pun rasa jauh nak dicapai. Memang mengharap dapat lulus pun dah kira bersyukur dah.

Tetapi aku yakin, bahwa gagal sekali tidak bermakna akan gagal buat selama-lamanya dan ingat yang Allah akan bantu kita dengan apa jua cara sekiranya kita meletakkan usaha dan kemudian pengharapan serta kepercayaan kepadaNya.

Alhamdulillah, walau pun keputusan 2:1 ini tidaklah sehebat mana pun nak dibanding dengan kawan2 lain, namun, aku tetap bersyukur. Manakan mungkin aku tidak bersyukur kepada Dia, sebab terlalu banyak dan agungnya pemberian Allah pada aku.

Salah satu dari nikmatNya adalah aku sudah ditawarkan 5 peluang pekerjaan di UEM Group, Khazanah, Ernst & Young, Deloitte dan Axiata Group walaupun keputusan final exam belum pun diumumkan. Dan juga keputusan 2:1 yang memang jauh sebenarnya dari apa yang aku boleh capai dari target ini juga adalah nikmat dari Allah yang paling besar. Semua ini adalah dengan kehendak dan seizin Tuhan Rabbul Jalil.

Ceritera di atas ini, bukan untuk dibanggakan, namun hanya sebuah perkongsian, untuk sesiapa sahaja yang merasakan dia sedang berada jauh dibawah, jangan pernah berputus asa dari berharap padaNya. Kerana Dia, Allah, Tuhan Yang Maha Pemberi, Maha Pengasih dan Penyayang. Saya suka berpegang pada kata-kata ini, ‘WHEN THERE IS A WILL, THERE IS ALLAH WILL SHOW THE WAY’.

Ceritera di atas, adalah cerita ‘semalam’ saya, sedangkan ceritera sebenar sebenarnya baru sahaja nak bermula. Ceritera esok, lusa dan seterusnya, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Cuma satu pinta saya, seandainya kalian lihat satu ketika nanti aku berada dibawah, mohon jangan dilupa panahan doa buat aku dan tariklah tangan ini naik bersama kalian.

Jika suatu hari nanti kalian lihat aku alpa dengan candu dunia, tolong tampar pipi ini sedarkan aku untuk melihat kembali ceritera aku yang semalam. Agar aku tidak lupa rumput di daratan, tika aku asyik di awan.

Terima kasih Allah, Terima kasih Ami and Abah dan sanak saudara, Terima kasih para murabbi ku, Terima kasih sahabat handai sekalian. Atas doa dan sokongan. Moga Allah memberi ganjaran sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat. Amin.

12 July 2015

DAP Bukan Untuk Melayu Islam


DAP BUKAN UNTUK MELAYU ISLAM DAN MELAYU ISLAM BUKAN UNTUK DAP

Mutakhir ini DAP dengan bangganya mendakwa bahawa mereka bukan parti cauvanis Cina hanya dengan kemasukan beberapa individu Melayu Islam ke dalam partinya.

Maka gegak gempita lah mereka melaungkang betapa 'Malaysia' nya Parti mereka.

Namun pada hakikatnya, DAP hanya lah parti talam dua muka. Bukan kita tidak sedar hakikat parti ini bercumbu dengan Melayu Islam hanya kerana mahukan kuasa dan undi semata2!

Paling jelas, bilamana mereka mempergunakan PAS. Lihat sekarang, di mana PAS pada pandangan mata Khalifah Lim? Alhamdulillah, PAS kini sudah semakin sedar. Nasihat saya pada pimpinan PAS, jangan teragak2 lagi dalam keputusan tentang hubungan PAS-DAP.

DAP kata, mereka memperjuangkan Malaysia yang lebih baik dan aman. Tetapi hakikatnya mereka yang seringkali memainkan sentimen perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

DAP kata, mereka memperjuangkan bangsa Malaysia. Tidak mahu membeza2kan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Namun, bila kita mintak sekolah vernakular dimansuhkan dan diganti dengan sekolah kebangsaan, mereka tidak ubah seperti cacing kepanasan!

DAP kata, mereka mempertahankan perlembagaan. Namun bila orang Melayu bangkit mempertahankan hak istimewa yg termaktub dalam perlembagaan, DAP lah yang pertama meletakkan agar dimansuhkan hak bumiputra dalam perlembagaan parti mereka sendiri.

Untuk sahabat2 Melayu Islam saya di luar sana, ada apa dengan DAP untuk kita mempertahankan nasib agama bangsa dan negara? Ada apa dengan DAP untuk kita bergantung harap pada mereka?

Jangan! Jangan! dan Jangan sesekali wahai saudara seagama dan sebangsaku, khususnya anak muda, termakan dakyah dan agenda parti DAP ini. Kerana, apa yang dipakai di badan mereka dihadapan Melayu, tidaklah sama seperti apa yang terselindung dalam hati mereka!

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?” QS. 4. An-Nisaa’ : 144.

Kongsikan, agar anak muda seagama, dan sebangsaku, tidak lagi terus terkulai di tangan parti cauvanis ini! Terima kasih!

Hazwan Mohamad
Cardiff
8 Julai 2015





15 June 2015

Sukan dan Wanita: Islam Bukan Agama Rigid

Sukan dan Wanita: Islam Bukan Agama Rigid

Ada segelintir yang berpendapat bahawa Islam adalah agama rigid apabila dilihat terlalu mengongkong golongan wanita dalam bersukan. Betulke wanita Islam tak boleh langsung bersukan? Macam tu duduk dapur je lah!

Jawapan:

Tidak betul! Sama sekali salah. Islam adalah agama yang syumul (sempurna). Agama ini tidak pernah sesekali membawa pemahaman yang wanita tidak boleh buat itu tidak boleh buat ini.

Islam, adalah agama yang mengangkat martabat dan maruah seorang wanita. Bila sebut tentang wanita, Islam lah yang paling 'juara' dalam menjaga kehormatan dan martabatnya. Ketika zaman jahiliyyah, Islamlah yang mengeluarkan wanita dari segala jenis perhambaan.

Isu aurat dan ikhtilat dalam Islam bukan lah bererti mengongkong wanita, namun ianya adalah salah satu cara melindungi wanita dan menjaga kehormatannya.

Ketahuilah sang bidadari syurga, tubuhmu (auratmu) lebih indah dan berharga dari permata dan mutiara dunia. Justeru itu, lindungilah ia daripada pandangan mata mereka yang tidak layak untuknya.

Islam tidak melarang untuk wanita bersukan. Namun, merujuk kepada perkara diatas ada beberapa syarat yang digariskan untuk wanita ketika bersukan agar ianya selari dengan syarak.

Dalam isu sukan yang boleh membawa fitnah kepada wanita seperti gymnastik dan renang contohnya, suka untuk saya berkongsi pendapat Sheikh Yusuf Al-Qardawi:

“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat-syaratnya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”

Wahai Sang Bidadari Syurga, lihatlah sampai begitu sekali, ALLAH mahu menjaga kehormatan dan maruah dirimu. Kerana engkau begitu berharga dan tidak bisa untuk dijadikan tontonan yang bukan hak!

Tuan-tuan,

Memang pendapat diatas nampak tidak realistik masa kini. Kerana apa? Kita telah pun berjaya didoktrinkan oleh musuh2 kita. Jangan kita lupa SUKAN/SPORT adalah antara salah satu 'S' daripada strategi 5S (Song, Sex, Smoke, SPORT, Sugar) yang dilancarkan Yahudi untuk melemahkan umat Islam. Akhirnya, jadilah kita seperti SINGA yang di KIJANG kan.

Jadi dalam hal ini, saya tetap percaya bahawa orang yang paling bertanggungjawab dalam isu ini adalah para pemimpin. Para pemimpin yang mempunyai kuasa untuk mengubah segala perkara mengikut dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

"Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.” (HR. Muslim)

Namun demikian, tidak bermakna kita sebagai orang awam tidak boleh menegur, namun teguran itu perlulah dengan hakikat hikmah! Bukan dengan cercaan dan makian. Kita bukan sempurna dan tidak tahu apa pengakhiran kehidupan kita ini.

Wallahualam.

Hazwan Mohamad
Cardiff

30 May 2015

Teks Ucapan Menteri Belia dan Sukan Malaysia 2030

Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia, fokus saya adalah pada program-program berbentuk pengisian rohani dan jiwa kepada golongan belia. Kerana amanah saya dalam potfolio ini adalah amanah terhadap belia negara.
Jika saya salah mencatur amanah ini bererti saya sedang memberi buah 'checkmate' pada masa hadapan agama, negara dan bangsa saya.
Saidina Ali r.a. pernah berpesan:
"Jika kamu mahu melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah bagaimana keadaan pemuda dan pemudinya hari ini"
Saya tak risau tentang program-program lain. Benda-benda 'lagha' ni, tak perlu 'disuruh' pun,akan ada je yang anjurkan/buat/join.
Tapi progam2 kebaikan ni, jarang sekali diberi fokus. Kalau ada pun, sekadar buat cukup syarat 'negara Islam' versi mereka atau hanya sekadar program-program yang dibuat dengan culas atau mengikut musim sahaja! Kalau tidak percaya, boleh visit http://festivalbeliaputrajaya.com/ (Festival Belia Putrajaya sempena Hari Belia 2015).
Cop!!! Bukanlah bermakna dengan memberi fokus yang lebih kepada program2 berbentuk rohani ini bermakna saya bakal mengetepikan program2 yang membina jati diri/sahsiah dan soft skill para belia.
Namun percayalah dengan janji Tuhan, bahawa mereka yang memperbetulkan diri melalui jalan agamaNya, adalah mereka yang sedang membetulkan seluruh sistem kehidupannya. Bukan sekadar di dunia, namun dapat extra lagi di akhirat kelak.
Jadi mengapa kita mahu memberi fokus kepada kejayaan didunia sahaja, sedangkan Dia sudah beri jalan untuk kita dapat kedua-duanya (dunia dan akhirat)?
Sudah tiba masanya untuk agenda dakwah terhadap belia ini diarus perdanakan, bukan sekadar hiasan yang kalau ada bagus, kalau tak ada pun tak mengapa. Dan perkara ini perlu di mulai dengan transformasi agenda dalam Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya.

Ingat lah ketika Imam As-syahid Hassan Al-Banna ketika berpesan tentang permasalahan ummat ini;

“Perbaikan suatu umat tidak akan terwujud kecuali dengan perbaikan individu, yang dalam hal ini adalah pemuda. Perbaikan individu (pemuda) tidak akan berjaya kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan pendidikan (tarbiyyah) dan pembinaan. Apa yang dimaksud dengan pembinaan adalah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna, mengarahkan hati agar sentiasa muraqabatullah dan sentiasa berdo’a, serta komited dalam proses pertarbiyyahan jiwa dan sentiasa muhasabah diri.”

[Imam Syahid Hasan Al-Banna]

'Mengarusperdanakan Agenda Dakwah'
'Tarbiyyah Hari Ini, Kepimpinan Hari Esok'
Wallahua'alam.
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
6 Jun 2030
*InshaALLAH*
*Kerana impian itu adalah cita-cita dan doa penuh pengharapan padaNya*
p/s: Dipersilakan untuk berbeza pendapat, dan membetulkan apa yang salah sebelum tahun 2030 tongue emoticon hehe..

27 March 2015

Muhasabah Diri Untuk Jadi Lebih Baik

USRAH OHSEM 26 MAC 2015 [AKHIR]

1) Surah pilihan hari ini ialah Surah yang ke-55 didalam kitab suci Al-Quran iaitu Surah Ar-Rahman. Alhamdulillah, setiap seorang berpeluang membaca lebih kurang 7-8 ayat-ayat dari kalam suci Allah hari ini. Moga terus istiqamah dan melipatgandakan amalan.

2) Didalam surah ini ALLAH menyebut sebanyak 31 kali ayat yang berbunyi;

"فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ"

Yang bermaksud: Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Melalui ayat ini ALLAH mahu mengingatkan kepada setiap dari hamba-hambaNya, betapa banyak nikmat yang telah diberikan kepada kita semua namun, kita tetap mengkufurinya. Berapa banyak rezeki yang kita telah kecapi dari rahmat ALLAH swt, namun kita tidak pernah mensyukurinya.

Antara tanda-tanda orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat ALLAH itu adalah dia tetap membuat kemungkaran dan kemaksiatan, sedang dia mengecapi nikmat dari ALLAH SWT.

3) Kupasan buku Jalan Dakwah, bab 20 & 21. Bab 20 bertajuk "Tidak Terpesong dari Jalan Dakwah" mengupas tentang betapa pentingnya, kita sebagai pendakwah berada tetap dijalan dakwah yang benar dan tidak terpesong.

4) Sesungguhnya dalam dunia kita hari ini, jalan dakwah ini tidak lari dari pelbagai kumpulan2 yang wujud diatas nama dakwah namun perjuangan dan intipatinya sudah menyeleweng jauh dari jalan sebenar.

5) Akhirnya, hal ini merugikan gerakan dakwah itu sendiri sehingga memberi persepsi dan pandangan buruk terhadap gerakan dakwah yang sebenar. Maka seharusnya, untuk berjuang di jalan dakwah ini, kita tidak boleh untuk tergopoh-gapah dan bertindak melulu. Sebab itu seruan dakwah ini tidak pernah lari dari dihiasi dengan pembangunan diri setiap insan itu sendiri.

6) Bab 21 merupakan bab terakhir dalam kitab "Jalan Dakwah" karangan Sheikh Mustafa Masyhur ini. Topiknya adalah "Marilah Kita Bersaudara, Ingat Mengingati, Wasiat Mewasiati dan Tetap Bertahan Hinggalah Kita Menemui Allah Di Atas Jalan Dakwah"

7) Betapa pentingnya konsep persaudaraan didalam Islam dan juga peri pentingnya konsep nasihat-menasihati sesama sendiri. Islam itu sangat indah. Dan salah satu ciri indahnya Islam adalah melalui konsep persaudaraan dan saling ingat-mengingati. [Recall Surah Al-Asr]

8) Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang konsep persaudaraan ini melalui sabda baginda yang bermaksud;

"Seseorang muslim adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak akan menzalimi, membiarkan dan menyerahkannya kepada bahaya. Barangsiapa yang menolong saudaranya, nescaya ALLAH akan menolongnya. Barangsiapa yang melepaskan saudaranya yang dalam kesusahan, nescaya ALLAH akan melepaskannya dari satu kesulitan malah berbagai kesulitan di hari kiamat nanti, barangsiapa yang menutup rahsia, cela, dan aib saudara muslimnya, nescaya ALLAH akan menutup aibnya di hari kiamat nanti"

9) Kupasan terakhir dari buku ini menyentuh tentang pentingnya doa dan pengharapan serta kebergantungan kita pada ALLAH swt. Dalam usaha kita mengejar redhaNya, moga kita diberi kekuatan untuk tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Tuhan Yang Maha pemberi dan pembuka pintu hidayah, agar kita tetap berada di jalannya hingga roh bercerai dari jasad. Moga Allah sentiasa membantu disetiap saat dan waktu.

10) Perkara-perkara lain yang dibincang dalam usrah ohsem kali ini ialah berkenaan dengan kepentingan menyertai jemaah dalam usaha kita ikut serta dalam jalan dakwah (ini juga disentuh dalam bab ke 20)

11) Tentang perkara ini Baginda Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud;

"Barangsiapa diantara kamu yang menginginkan syurga, hendaklah dia melazimi diri dengan menyertai jemaah, kerana syaitan selalunya suka dengan orang yang berseorangan..."

"Tangan (pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah dari kumpulannya"

12) Pesan-pesan Nabi SAW ini menunjukkan betapa pentingnya gerakan-gerakan Islam ini sebagai satu medium untuk membawa manhaj Islam yang sebenar.

13) Ikutlah dan sertailah apa jua jemaah atau gerakan yang kita ketahui dan yakin matlamat akhirnya membawa kepada tertegaknya Islam di muka bumi ini.

14) Namun demikian, perlu untuk kita semua muhasabah diri dan sentiasa ingat. Betapa kita tidaklah sewajarnya untuk menganggap dan mengaku bahawa kumpulan/jemaah yang kita sertai itu lebih baik dari kumpulan atau jemaah yang lain.

15) Jauhilah sikap assabiyyah dan taksub akan jemaah yang kita sertai. Kerana sikap sebegini hanyalah merugikan Islam itu sendiri. Merugikan gerakan dakwah itu sendiri.

16) Usrah Ohsem hari ini 26 Mac 2015 melabuhkan tirai untuk semester ini. Selepas ini, semua antara kita akan membawa haluan masing-masing. Yang terdekat adalah Spring Exam awal bulan lima nanti.

Selamat berjaya untuk semua geng2 Ohsem sekelian!

Walau dimana pun kita akan berada nanti, sematkanlah didalam jiwa, betapa hati-hati ini sudah diikat dengan janji setia membawa Islam kemana sahaja. .


17) Namun, yang paling hampir dengan kita selepas ini, adalah KEMATIAN. Yang siapa-siapa pun antara kita tidak mampun menjangka bila, dimana dan bagaimana kematian itu bakal menjemput kita. Mungkin selepas ini, kita semua hanya tersedar dengan paluan-paluan Munkar dan Nankir.

18) Apakah jawapan kita apabila ditanya tentang usia muda kita, sihat kita, masa lapang kita, kaya kita dan hidup kita kemanakah dan bagaimanakah kita gunakan?

19) Moga-moga dengan usaha yang sedikit cuma ini untuk mengenal dan memahami agama ALLAH ini, membuka ruang dan menjadi amal pemberat di neracaNya nanti. Amin.

"Sesunggunya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu kasihi, tetapi ALLAH memberi hidayah kepada orang yang dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" 

[Al-Qasas ayat 56]


Semoga berjumpa lagi USRAH OHSEM siri yang kedua pula wink emoticon
Rindu sentuhan Firdaus A Bakar dalam dua siri yang terakhir ini cry emoticon
Terima kasih ALLAH, terima kasih semua.