ALIF BA TA

ALIF BA TA

29 June 2011

PERJALANAN AGUNG : ISRA' MIKRAJ


1. Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran. Firman Allah Taala bermaksud: Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Israa: ayat 1) 2. Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran. Firman Allah Taala bermaksud: Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18) Ada banyak peristiwa yang belaku disebalik peristiwa isra mikraj ini dan yang paling utama peristiwa di “Fardukan Solat Lima Waktu” terhadap kaum muslimin. Jadi kepada yang tidak tahu bila solat difardukan maka Isra Mikraj lah yang membawa kepada fardunya solat lima waktu.
*kredit kepada penulis artikel ini*


p/s: Selamat berpuasa kawan2~

27 June 2011

TUN MAHATHIR v ANWAR IBRAHIM

Dalam dunia ini ada dua jenis pemimpin. Satu yang berkomunikasi dengan pengikutnya menggunakan logik dan yang satu lagi berkomunikasi dengan pengikut menggunakan sentimen dan emosi. Jika Tun Dr. Mahathir tergolong sebagai pemimpin golongan pertama, Anwar pula merupakan pemimpin golongan kedua.

Pemimpin seperti Dr. Mahathir mementingkan fakta, sementara pemimpin seperti Anwar mementingkan auta. Bagi pemimpin seperti Dr. Mahathir, kejayaan diukur dari segi pencapaian, atau result oriented. Bagi pemimpin seperti Anwar, kejayaan diukur dari segi kuasa, sejauh mana beliau boleh menanam rasa takjub pengikutnya, Makin fanatik, semakin jumud dan taklid pengikutnya, makin berjayalah dia.

Mahathir akan menyeru kepada rasionality dan logik, Anwar kepada sentimen dan retorik. Sementara leader golongan pertama bergantung kepada kejayaan untuk diterima dan disanjung, leader kumpulan kedua bergantung kepada propaganda.spin dan kemahiran perang psikologi.

Kata HAMKA, emas sepuh tetap akan terserlah juga loyangnya. Pemimpin seperti Anwar lambat laun akan nampak juga kedangkalannya,sementara pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir akan akhirnya diterima walaupun peringkat awal menghadapi tentangan.

Jika Mahathir gagal, contohnya dalam menangani krisis kewangan 1998, beliau akan mengalami nasib ya g sama seperti Suharto. Oleh kerana beliau berjaya mengatasinya cara Malaysia, beliau tetap disanjung walaupun sudah bersara. Kejayaannya adalah sumber karismanya.

Anwar Ibrahim seperti Hitler. Karismanya terletak pada misi. Misi ini ditanam dalam benak pengikutnya hanya boleh diselesaikan oleh pemimpin agung sepertinya. Misi ini membentuk cult - ketaksuban terhadap seseorang pemimpin,bukan pada perjuangannya.

Justeru itu misi pemimpin berkenaan boleh diubah-ubah. Masa memimpin gerakan pelajar misi Anwar adalah kebangkitan Islam, semasa dalam UMNO kononnya perjuangan bangsa Melayu, dan sekarang liberalisasi kaum, dan kononnya memperjuangkan nasib rakyat.

Tidak ada satupun misi Anwar ini berjaya dicapai tetapi itu tak penting. Beliau mesti kelihatan karismatik dan combative dimana saja dan pada misi apa saja yang beliau perjuangkan. Malah kegagalan dalam mencapai misi ini boleh menambahkan lagi taksub pengikutnya kerana sentiasa ada pihak yang boleh dipersalahkan.

Maka wujudlah 'teori konspirasi'.

Anwar menanam sentimen kebencian dan memberi persepsi apa saja yang dibuat kerajaan adalah konspirasi. Isu Lynas sebagai contoh. Juak-juak PKR telah berjaya memesong tumpuan orang ramai samada Lynas selamat atau tidak. Apabila badan bebas antarabangsa memberi verdict berdasarkan fact dan figure serta teknikaliti, rakyat sudah berjaya disway bahawa ia tidak selamat. Malah verdict mereka juga dituduh konspirasi antarabangsa.

Kita gagal menanya isu paling asas: benarkah Lynas tidak selamat? Bagaimana jika ianya selamat? Berapa juta FDI dan peluang pekerjaan yang dilepaskan. Dan semua ini boleh membantu ekonomi Malaysia.

Pemimpin seperti ini merupakan agitator, bukan stateman. Matlamat mereka adalah kuasa, bukan melindungi rakyat. Rakyat hanya alat sahaja. Dan antara agitator yang berjaya hingga memimpin negara mereka ke arah kemusnahan adalab Mao Tse Tong, Hitler, Mussolini, Lenin dan Stalin.

Kata Tokugawa Ieyasyu, orang yang menakluk dari atas kuda, tidak boleh terus-terusan memerintah dari atas kuda. Seni agitator dan statemanship sangat berbeza.


Credit to penulis blog tansribuana

22 June 2011

CINA TAK PERNAH BUKA PEKUNG DI DADA

alt


Saya mula membaca blog dan laman web sejak ia mula popular pada tahun 1999, begitu juga dengan portal berita alternatif.  Satu perkara yang saya perasan ialah belum pernah saya terbaca komen-komen atau tulisan-tulisan pedas dan kritikal oleh kaum Cina terhadap Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng dalam apa jua isu.  Yang ada hanyalah orang-orang PAS dan UMNO yang mengutuk sesama sendiri.

Ini yang menghairankan kerana walaupun kaum Cina terpecah  kepada berbagai puak dan keturunan dan secara umumnya mereka biasa dilihat bergaduh tetapi mereka tidak akan sekali ‘membuka pekung di dada’ dengan membuat komen negatif terhadap pemimpin kaum mereka kalaupun mereka tidak bersetuju dengannya.  Lihat saja komen-komen di Malaysiakini atau Malaysian Insider serta Merdeka Review mereka seolah-olah bersetuju dengan apa saja yang dilakukan  oleh pemimpin kaum mereka tak kira dari parti mana.  Mereka juga tidak pernah mengutuk perbuatan buruk kaum mereka seperti memijak anak kucing atau memprovokasi bangsa lain melalui Youtube.   Jelas mereka akan membela kaum mereka walaupun kaum mereka berada di pihak yang salah.

Ini adalah bukti sikap perkauman yang melampau di pihak mereka.   Islam melarang umatnya bersikap melampau dalam apa jua perkara termasuk dalam beribadat.  Ini kita faham.  Namun, yang kita tidak faham ialah kenapa orang Melayu Islam suka mengutuk sesama sendiri secara keterlaluan?

Kadangkala cakap-cakap yang digunakan untuk mengutuk pemimpin sendiri begitu amat kasar dan tidak Islamik langsung.

Kenapa Melayu jadi begini?  Apakah kerana hati orang-orang kita telah dihitamkan Allah S.W.T kerana tidak mahu menggunakan akal yang merupakan anugerah tertinggi   Apakah sememangnya umat Melayu sedang menempah bala terhadap diri sendiri kerana tidak mahu berfikir dan meneliti sesuatu sebelum mempercayainya bulat-bulat?    Sehinggakan ilmu sains ditolak mentah-mentah dan hanya menerima sesuatu yang dapat dilihat dengan mata kepala sendiri?  Bukankah Allah S.W.T itu juga tidak boleh dilihat tetapi kewujudan kuasa pencipta boleh dilihat melalui akal kurniaanNya? 



Atau mungkinkah umat Melayu itu masih perlu diajar bagaimana untuk menggunakan akal?

ULTRA KIASU

ULTRA KIASU
Bila kita minta semua yang mengaku rakyat Malaysia ini guna bahasa Kebangsaan, kita akan dilabel perkauman. Dilabel rasis. Tetapi jika Lim Kit Siang laung untuk buang segala hak Melayu, itu mereka label sebagai hak asasi dan samarata. Itulah dia sikap ULTRA KIASU mereka ini.

Apa maksud kiasu dan bezanya dengan ULTRA KIASU?

Ustaz Dr Ridhuan Tee seorang berbangsa Cina. Tetapi atas sikap beliau, saya tidak pula label Dr Ridhuan yang berbangsa Cina ini sebagai ULTRA KIASU. Saya tidak pula label Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang berbangsa Cina sebagai ULTRA KIASU. Tidak salah bersikap kiasu. Sikap kiasu untuk berjaya sebenarnya ada dalam diri setiap kaum. Yang salahnya adalah bersikap ULTRA.

Sikap hipokrit ULTRA KIASU yang kononnya lebih menerima terma bahasa Malaysia, sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.

Spesis-spesis ULTRA KIASU ini memanglah kalau ada individu berjuang untuk meletakkan bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya selaras dengan kedudukannya dalam Perlembagaan akan dilabel rasis dan perkauman.

Mereka dabik dada kononnya mesti guna bahasa Mandarin untuk berjaya. Mereka dakwa kononnya hanya dengan menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama maka akan wujudlah iklim yang sesuai dalam pembelajaran. Inilah anggapan salah yang mesti dibetulkan dalam pemikiran ULTRA KIASU.

Spesis ULTRA KIASU memang tidak ada niat untuk berasimilasi secara lembut. Itu sebablah spesis ULTRA KIASU ini banyak songeh tidak mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA. Alasan-alasan yang diberikan lebih kepada penolakan untuk mengekalkan sikap ULTRA KIASU.

Kaum bumiputra di Sarawak dan Sabah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing pun masih boleh berjaya. Mereka di sana bersikap cukup patriotik dan menjiwai semangat Malaysia. Bukannya semacam spesis ULTRA KIASU yang keras kepala macam komunis bintang 3.

Kenapa di Malaysia mesti ada 3 bahasa pengantar utama? Sebabnya hanya 1 iaitu ULTRA KIASU yang tak sedar diuntung.

Spesis ULTRA KIASU ini memang mana pernah memandang tinggi bahasa Melayu. Almaklumlah, ULTRA KIASU. Hatta, mahu belajar bahasa Melayu pun disebabkan kerana 'terpaksa'.

Ramai orang lebih suka berdiam diri. Kononnya lebih suka bertoleransi. Bertolak ansur. Tapi dalam tak sedar kita yang ditolak beransur-ansur. Kita lihat sahaja bukti-bukti bagaimana segelintir ULTRA KIASU yang secara terang menolak pemakaian songkok contohnya walaupun ianya dalam majlis RASMI yang telahpun ditetapkan kod berpakaian. Banyak songeh. Mereka inilah yang sepatutnya dikritik oleh masyarakat. Tapi nampak gayanya ULTRA KIASU ini dipuja pula. Memang berjaya benar dasar pecah dan perintah Inggeris ini yang dibawa oleh ULTRA KIASU.

Semua orang dah tahu perangai ULTRA KIASU cuma malas nak bersuara atas sebab tolak ansur, bertoleransi. Memang Melayu sikapnya cukup baik. Dagang lalu ditanakkan nasi.

20 June 2011

Kutipan KL Gangster Melepasi RM11 Juta

Kutipan KL Gangster Melepasi RM11 Juta

KUALA LUMPUR – Pengarah filem ‘KL Gangster’, Syamsul Yusof 
mengumumkan bahawa filem itu melakar sejarah baru dalam industri 
perfileman tempatan apabila kutipannya melepasi RM11 juta tidak 
sampai dua minggu tayangannya di serata pawagam seluruh negara.

Kutipan berkenaan berjaya menandingi mana-mana filem 

buatan tempatan ataupun antarabangsa yang pernah ditayangkan 
di pawagam tempatan sebelum ini.

Syamsul berkata, pencapaian itu jelas membuktikan rakyat

 negara ini dahagakan karya anak-anak Malaysia dan mampu
 memberi seratus peratus sokongan pada industri perfileman tempatan.

“Hari ini,saat ini, aku sujud syukur pada Ilahi. 

Aku berdiri dengan penuh rasa rendah diri. KL GANGSTER telah
 berjaya melakar sejarah kutipan tertinggi filem Malaysia 
mahupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di serata pawagam 
seluruh negara,tidak ketinggalan juga di Brunei dan di Singapura,

“Kejayaan ini bukan kejayaanku dan warga kerja SKOP Production semata. 

Ini adalah kejayaan buat semua penggiat seni filem tanah air dan dalam 
masa yang sama kejayaan buat semua rakyat Malaysia. TAHNIAH buat kalian semua!,” katanya dalam laman blog beliau, http://prodigiousburnsoul.blogspot.com.

KL Gangster yang mula ditayangkan pada 9 Jun yang lalu dan 

membariskan para pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putera, 
Soffi Jikan selain Syamsul sendiri mengisahkan keruntuhan institusi keluarga yang dialami oleh 
watak utama, Malek (lakonan Aaron Aziz), setelah dia dipenjarakan 
selama lima tahun akibat dikhianati oleh ahli kumpulannya sendiri
 yang didalangi oleh Shark (lakonan Syamsul Yusof). Shark ialah anak tiri 
kepada King (Riduan Hashim).

Mengulas lanjut, Syamsul berkata, pada ketika ini, perasaan 

beliau adalah gembira bercampur baur dengan hiba ekoran masih 
terasa kehangatan tanah pusara datuknya, Arwah Tok Wan yang 
meninggal dunia hampir lapan bulan yang lalu.

“Tiada apa yang mustahil jika kau bersungguh-sungguh berkerja, 

ikhlas dengan niat yang baik. Yang lain kau serahkan pada DIA.
 DIA tahu kerja DIA. DIA Maha Adil. Orang nak cakap 
buruk tentang kita, biarkan. Orang mahu perlekehkan usaha 
dan hasil kerja kita, biarkan,

“Jangan melatah dan mudah naik darah. Fikir sebelum kau bercakap

 dan bertindak. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata? 
Berganding bahulah dengan Papa dan keluarga. Merekalah 
orang-orang yang tidak akan pernah jemu memberi sokongan
 dan akan terus membantu sampai bila-bila,walaupun sampai Tok Wan tiada.. ”

Itulah amanat ‘Tok Wan’ dalam perbualan t
erakhir sebelum arwah meninggal dunia, cerita Syamsul.

ANTARA DUA GARIS POLITIK

Saya selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Ada yang menarik. Sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu.




Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.



Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisahkan macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergolung ke dalam satu kelas. Secara kasar, ada dua kelas - yang memerintah dan yang diperintah. Contohnya yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan golongan miskin.



Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini, golongan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sedikit. Mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.



Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat, fakta sahih yang boleh dirujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta-fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Tamat. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa.



Justeru untuk saya, perjuangan politik untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk diagih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan memberikan secara percuma pada orang ramai.



Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan.



Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si mamat atau si minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.



Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia, hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat, Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikun di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Arab Saudi. Sarkozy di Perancis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Perancis dan kaum Zionis di Perancis.



Parti borjuis kecil



Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan PAS yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden PAS di antara Mohamad Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.



Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden parti PAS ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru saya berani berkata di sini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli PAS. Parti PAS tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka.



PAS mewakili guru-guru Melayu, tok peraih, penjaja, tuan empunya warung, kontraktor kelas bawah, peneroka, nelayan, termasuk juga askar dan polis pencen. Golongan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh parti PAS.



Kalau PAS ini parti bojuis kecil Melayu, bagaimana pula dengan ulama dalam PAS? Biar saya terangkan di sini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan, penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam PAS ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanal Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan tauke dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu.



Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan United Malay National Organisation. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadis nabi untuk 'menghalalkan' apa saja dasar dan tindak tanduk United Malay National Organisation.



Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasarudin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam parti PAS? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti tauke tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar can mandur tetapi ramai kuli estet yang menjadi ahli.



Awas dan waspada. Di dalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Di dalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana elektrik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil.



Di tahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang diwakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin. Seperti saya tulis di atas tadi, perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur.



Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi, istilah ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah 'tagline' untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli PAS adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini, jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam parti PAS.



Tabur racun



Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.



Akhbar Utusan Malaysia dianggap suara musuh oleh PAS dan Pakatan. Kebelakangan ini, sebelum muktamar PAS berlangsung, akhbar ini tiba-tiba menyatakan rasa gembira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) – kumpulan Umno pencen – tiba-tiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa.



Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Ibrahim. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli PAS akan mengenepikan Mat Sabu.



Lalu timbul persoalan, kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.



Nasharudin walau pun dalam parti PAS tetapi dilihat memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya PAS dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini di bawah lambang perpaduan Melayu.



Justeru pertembungan Mat Sabu, Nasarudin dan Tuan Ibrahim ini memiliki implikasi yang amat jauh merentas markas tarbiah PAS di Gombak. Kemenangan Mat Sabu akan membuka satu garis baru dalam PAS. Garis ini ialah garis memperjuangan golongan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu padi kunca di Kedah di mana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.



Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong PAS. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasarudin ini didakwa sedia bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Ibrahim mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.



Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.

Hishamuddin Rais
3 Jun 2011
malaysiakini

Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisation untuk memastikan – Insya-Allah – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasarudin ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.



Jelas di sini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli PAS sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih di antara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya di satu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas di satu pihak lagi

Tiada Lagi Gelak Tawa Pak Uda ! Al-Fatihah...

Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.

Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ahmad Yamashita berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia.

"Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya kepada Bernama di rumah mayat IJN.
Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Opie ketika ditemui menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat.

"Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang turut berada di IJN berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.

"Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya.
Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

Allahyarham turut berlakon hampir 20 buah filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang".

Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada tahun 1991.
- Bernama

12 June 2011

APA NAK JADI MALAYSIAKU...

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum dan Salam 1MALAYSIA...


Dah lama rasanya tak update ALIF~BA~TA...Bukan apa sibuk sejak kebelakangan ni...Namun apa yang lebih membuatkan ABT terhenti sebentar adalah kerana situasi politik semasa yang boleh diibaratkan MACAM HAPE-HAPE TAH! Nonsense!!! Macam-macam berlaku...tetapi yang boleh ABT traced sepanjang ABT berehat dari berblogging ni adalah MELAYU SEMAKIN HANCUR!!! Bak kata SAM dalam cerita KONGSI,apa yang TUMULAK tu cakap .... PUNOHHHH~~~ alahai Melayu! 


Banyak cerita yang mengaibkan terus dibuka.melayu bertembung melayu,adik beradik sedara langgar sesama sendiri...dan yang paling SUKA sekali konfem2 CINA...


Tun M dengan pedasnya mengucapkan TAHNIAH kepada MR KARPAL SINGH kerana setelah berpuluh tahun akhirnya beliau berjaya menumbangkan CITA-CITA ULUNG kerajaan ISLAM PAS~ !!! Dahsyat seperti yang dijangka MUKTAMAR PAS kali ini melihat tumbangnya ramai puak2 yang dikatakan sebagai PUAK ULAMAK dalam PAS manakala yang aling menarik puak2 PAS menjulang tinggi apa yang disebut sebagai ANWARINAS~~~~ ANWARINAS dalam PAS ini sebagai pencetus gerakan puak2 yang mencium kaki abang anwar kita....


Apa pun yang berlaku dalam PAS tidak banyak merubah PR yang semakin hari semakin menggila merakus nasib anak bangsa Melayu...aku bukan rasis namun kalau bercerita tentang Melayu pun dianggap sebagai RASIS...NTAHLA....


Apa yang perlu kita sedari sekarang,tak kisah la mana2 pihak pon yang mahu berpolitik demi mengajar cita2 peribadi dan memenuhkan poket masing2 namun kami rakyat marhaen meminta dan memohon agar anda semua tidak memperjudikan maruah dan nasib bangsa...apa yang ABT amat risaukan demi genarasi masa depan adalah tiada lagi apa2 keistimewaan untuk anak2 melayu...pada masa itu apalah nasib ANAK BANGSAKU....