ALIF BA TA

ALIF BA TA

13 October 2011

TAK TAHU BAHASA KEBANGSAAN!!!


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah! Anda hari ni apa khabar? Sihat2 belaka? Syukur dengan nikmat kurniaan ALLAH swt masih lagi diberi "subsidi" untuk menghirup udara dan berjalan di muka bumi Nya.

Hari ni ABT menghantar ayahanda ABT ke sebuah hospital kerajaan.Untuk melakukan pemeriksaan mata.InsyaALLAH kalau xde hal yg menghalang,ayahanda ABT akan menjalani satu pembedahan mata untuk membuang katarak.

Alhamdulillah dan segala puji2an kpd ALLAH sekali lagi membenarkan ABT melihat dengan mata kepala ABT sendiri rezeki untuk berkongsi dalam coretan ABT ni. 

Anda mesti pernah mendengar melalui radio,tv atau membaca keratan akhbar,atau blog berkenaan satu isu yang cukup sensitif. Iaitu BAHASA KEBANGSAAN yang semakin dilupai. Malah dalam satu keratan akhbar yg ABT pernah baca, pernah dalam satu kajian ketika BANCIAN PENDUDUK di malaysia dijalankan hampir 20% rakyat malaysia berbangsa cina dan lain2(bukan melayu) TIDAK FASIH berbahasa MELAYU/KEBANGSAAN!!!! 

Pada mulanya memang ABT tak percaya! Detik dalam hati ni bertanya,biar betul! Dah la duduk negara sendiri yang rata2 menggunapakai bahasa melayu,ada jugak ke yang masih lagi x fasih berbahasa melayu? Hmmm...tipulah. Mungkin tersalah fakta rasanya.! Itu apa yg terlintas dalam fikiran ABT waktu itu!

Namun , alhamdulillah kali ni ALLAH beri rezeki untuk ABT lihat dengan pancaindera mata milik ALLAH ini untuk melihat secara realiti FAKTA sebenar! YA BENAR! MEMANG ADA RAKYAT MALAYSIA/BERKAD PENGENALAN BIRU, TIDAK TAHU BERBAHASA MELAYU! INI BUKAN DAH SETAKAT X FASIH TETAPI TAK FAHAM LANGSUNG BAHASA MELAYU APATAH LAGI NAK CAKAP kan?

Haihh...
Kesian jugak sebenarnya! Apabila seorang doktor mata ni bertungkus lumus menerangkan apa yang makcik ni kene buat,last2 adalah seorang insan juga berbangsa sama dengan makcik ni beritahu doktor yang dia X TAHU DAN X FAHAM BAHASA KEBANGSAAN! -__-" hmmm....dah satu keje plak doktor ni kne terangkan balik dekat rakan makcik ni supaya boleh diterjemah dalam bahasa #$%^ =)

Kesimpulannya,ABT bukan nak merendah2kan mereka yang x tahu berbahasa kebangsaan ni.Tetapi cuma pelik dan sedikit hairan , seharusnya setiap warganegara malaysia ni TAHU BAHASA KEBANGSAAN,walau tak fasih pun sekurang2nya tahu dan faham sudah mencukupi!

Jika nak dibanding kita dengan negara jiran indonesia,jauh panggang dari api.Rakyatnya bukan sahaja cukup fasih berbahsa indonesia tetapi faham malah yang bukan melayu pabila bercakap mesti kita percaya dia MELAYU! 

Apo nak dikato eh?  TEPUK DADA TANYA IMAN! YANG PENTING JANGAN CARI SALAH SIAPA! TETAPI MULA MENGORAK LANGKAH MENCIPTA JAYA,BAHASA KEBANGSAAN HARUS DIPERKASA!

07 October 2011

Mahasiswa dan Politik Kampus (UiTM)


Assalamualaikum WBT

Credit to Gabungan Mahasiswa Merdeka (GMM)

Politik sememangnya tidak boleh lari dari kehidupan seharian kita,ia mengenai bagaimana skil,metod,cara yg terbaik dalam kita mengurus,mentadbir dan memimpin sesuatu perkara bila mana mendapat satu kekuasaan. Sama ada sedar atau tidak kita telah terjerumus dalam mainan politik dalam kehidupan seharian,sama ada ia politik nilai atau politik ceghoii (kate org kedoh).

Sebagai mahasiswa generasi baru ini,lagilah tidak terkecuali dalam gerakan seni pentadbiran ini iaitu gerakan politik. Mahasiswa dalam lingkungan umur 18-26 adalah usia yg sentiasa dahagakan pembaharuan dalam kehidupan. Mereka akan bersama dengan pensyarah,staf pengurusan akademik di siang hari,berpersatuan di sebelah malam dan bersosial di lewat malam,ia memerlukan skil politik yg sungguh tinggi untuk mereka survive dalam kehidupan kampus ini.

Ruang untuk mahasiswa bergerak ini perlu dibuka luas oleh pihak yg berkaitan supaya kehendak  mereka disalurkan pada tempat yang betul. Mereka tidak boleh dikongkong dgn hanya mengikut sahaja kehendak pihak atasan dalam menjalankan agenda mahasiswa mereka. Mungkin mereka boleh kata banyak sahaja program yg sudah dianjurkan peringkat universiti oleh pelajar,tapi kita lihat ,adakah mahasiswa sebagai perancang program itu atau hanya sbg pelaksanana peringkat atasan  sahajaIni kerana program terdiri dari tiga jenis, iaitu “aktiviti”, “bakti” dan “advokasi”. “Advokasi” adalah ciri utama gerakan mahasiswa, dan yang membezakannya dengan pelajar sekolah, tetapi ia dihalang AUKU. Justeru, banyaknya program jenis “aktiviti” dan “bakti, tetapi tiada atau sedikitnya jenis “advokasi” tidak melambangkan gerakan mahasiswa yang sihat dan segar.(Saifudin Abdullah 2010)

Program dewasa ni khususnya di UiTM  lebih kepada program aktiviti dan bakti, jarang kita dengar program yg berbentuk advokasi.Badan2 pelajar di UiTM spt MPP,JPK, dan Persatuan dalaman dapat melakukan sesuatu yg memberi impak kepada siapa yg mereka wakili,MPP kpd pelajar,JPK kepada pelajar kolej dan persatuan dalaman kepada ahlinya.

Kebanyakannya hanya menurut sahaja kata2 penasihat mengenai orientasi program, dan kadang2 hanya memenuhi agenda dr pengurusan sahaja . Perbincangan bersama mahasiswa hanyalah mengenai perkara2 teknikal sahaja. Adakah sekadar itu tugas kami sebagai mahasiswa,atau tidak lebih hanya sekadar pengawas sekolah.

Pihak2 yg berurusan dengan badan pelajar atau wakil pelajar spt HEP,PPP,Penasihat Kelab & persatuan Pengetua Kolej,Pengurus Kolej dsb haruslah bersifat terbuka dalam mengamalkan skil politik . Beri ruang politik mahasiswa di kampus,demokrasi yg harus diamalkan haruslah berada pada tahap yg tertinggi sesuai dengan kapasiti mahasiswa adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Jika mereka mengamalkan sikap politik yg kotor jangan terkejut satu hari nanti mahasiswa akan bertindak dengan lebih kotor dan kita tidak mahu itu berlaku. Mahasiswa UiTM sedang memerhati.

Bajet "PILIHANRAYA" Bajet Sejahtera : Bajet 2012


Assalamualaikum wbt

Credit to Malaysiakini.com

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

NONEBerpakaian baju Melayu  merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Ucapan perdana menteri disiarkan langsung melalui stesen radio dan televisyen utama.

Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan langkah-langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.
INTIPATI BAJET 2012

azlanJumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

azlanPeruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013. 

RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

azlanPolis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
NONETeksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUNMenteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
azlanMeringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. 

Rancangan Tebatan BanjirKerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

HUDUD : Ini HUKUM ALLAH,namun...

Assalamualaikum wbt

Credit to Samsul Muda ~ malaysiakini.com

Bicara al-Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini' yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera, telah memberikan garis panduan asas berkenaan kaedah perlaksanaan hukum tersebut dalam masyarakat. 


 Garis panduan tersebut-yang dirumuskan daripada pengamatan beliau terhadap pendekatan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum hudud-sangat penting dari segi menyatukan pandangan umat Islam hari ini dalam soal kaedah perlaksanaan hukum tersebut. Atau paling kurang, merapatkan jurang perselisihan pandangan berhubung soal ini. Trend semasa wacana hudud di negara ini memperlihatkan, pihak-pihak yang memperkatakan tentang perlaksanaan hukum hudud atau yang berusaha melaksanakannya, kurang memberi perhatian terhadap kaedah atau pendekatan yang digunakan Nabi SAWdalam melaksanakan hukum itu. 


Trend ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pelebaran jurang perbezaan pendapat berhubung soal ini. Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak. Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’. Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam. Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”. 
(Rujuk : http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09-38-15/4/5075-2011-08-12-18-22-16.html) 


 Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam. Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud. Gambaran yang jelas tentang kuantiti hukum hakam dan tuntutan-tuntutan Islam ini boleh diperolehi melalui tinjauan ke atas pembahagian ulama terhadap jenis-jenis hukum hakam Islam. Syaikh Abdul Wahab Khalaf umpamanya, membahagikan hukum hakam yang dinyatakan al-Quran kepada tiga kategori induk, iaitu Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia. Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Hukum Hakam Ibadat dan Hukum Hakam Muamalat (transaksi). Sementara itu, hukum hakam Muamalat pula dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu Hukum Hakam Kekeluargaan, Hukum Hakam Madani (sivil), Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir), Hukum Hakam Perundangan, Hukum Hakam Kenegaraan, Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi (Abdul Wahab Khalaf (1998), Ilmu Usul al-Feqh, Mansurah : Darul Kalimah, ms.34-35).  


Pembahagian ini memperlihatkan dengan jelas kedudukan hukum hudud sebagai salah satu juzuk daripada ‘binaan’ hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu sendiri. Sementara kedudukannya dalam ‘jadual’ perlaksanaan pula ialah pada kedudukan atau tertib terakhir, seperti yang telah dinyatakan Qaradhawi. Pandangan Qaradhawi ini turut dikongsi oleh Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta'lim, Syarh Usul al-'Isyreen dan lain-lain. Dengan ungkapan yang jelas, Muhammad Abdullah al-Khatib mengatakan,"hudud dalam Islam...datang pada [kedudukan] penghujung [proses] pensyariatan [hukum] kerana Islam lebih prihatin terhadap tangan manusia [daripada dipotong akibat mencuri], kehormatan, hak milik dan kehidupan mereka keseluruhannya". Justeru, beliau menolak dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud berada pada kedudukan teratas dalam ‘jadual perlaksanaan Islam’ berbanding hukum hakam yang lain. Beliau menyatakan, "[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]". 
(Lihat http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82931&SecID=391) 


 Qaradhawi bagaimana pun tidak pula menyatakan dengan jelas, dalil yang menjadi asas kepada pandangan beliau ini. Namun, boleh difahami daripada bicara beliau ketika diwawancara oleh setesen satelit, al-Jazeera pada 10 Januari 2011 itu, dalilnya ialah waktu turun ayat-ayat yang memerintahkan perlaksanaan hukuman-hukuman hudud, iaitu zina, qazaf, mencuri, dan hirabah. Menurut beliau, ayat-ayat tersebut-yang memerintahkan perlaksanaan hukum hudud- adalah antara ayat-ayat terakhir dan pertengahan dari segi urutan penurunannya. Kedudukan pada tertib pertengahan dan terakhir ayat-ayat ini dari segi urutan penurunan, membawa makna ia juga berada pada kedudukan dan urutan yang sama dari segi perlaksanaan.  


Oleh sebab itu, beliau menyatakan, “sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”. Bagi menyokong pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hudud ini, Qaradhawi juga dilihat berdalilkan dengan hakikat bahawa Islam tidak beria-ia mahu menghukum manusia yang melakukan kesalahan hudud. Hakikat ini adalah jelas kerana amalan Nabi SAW dan hadis-hadis Baginda sendiri menyatakan hal ini. 


 Jika demikian, umat Islam perlulah bergerak seiring dengan amalan Nabi SAW dari segi mengelak mengenakan hukuman hudud, meskipun ke atas orang yang datang membuat pengakuan secara sukarela. Ini boleh dilakukan dengan berusaha menghapuskan segala perkara yang boleh mendorong manusia melakukan kesalahan hudud, seperti desakan, tekanan dan keperluan hidup. Dari sinilah, perlunya hukum hakam Islam berkaitan kewajipan menjaga kebajikan rakyat, sifat kebersamaan dan apa sahaja yang menjurus ke arah penghapusan dorongan-dorongan jahat itu, didahulukan sebelum dilaksanakan hudud. Dengan berbuat demikian, umat Islam telah bergerak seiring dengan amalan Nabi dari segi berusaha mengelak sedaya mungkin daripada mengenakan hukum hudud ke atas pesalah. 


 Kesimpulannya, kaedah perlaksanaan hukum hudud-seperti yang dijelaskan oleh Qaradhawi-ialah mendahulukan perlaksanaan Islam secara keseluruhan terlebih dahulu, sebelum melaksanakan hukum Allah itu. Justeru, dalam keadaan perlaksanaan Islam secara menyeluruh ini belum selesai dalam sesebuah Negara Islam, hudud bukan sahaja tidak dilaksanakan, bahkan tidak juga diwartakan sebagai undang-undang Negara yang boleh dilaksanakan, sehinggalah urusan perlaksanaan Islam secara menyeluruh tadi selesai dijayakan. 


 Demikianlah yang difahami daripada penjelasan dan kenyataan-kenyataan Qaradhawi yang turut disokong oleh Muhammad Abdullah al-Khatib, yang disertakan petikannya dalam tulisan ini. Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut. 


 Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan. Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total. 


 Syaikh Qaradahwi, dengan pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hukum hudud ini, sesungguhnya telah membuat satu anjakan penting dalam diskusi dan wacana hudud, iaitu membuka perbincangan berkenaan aspek berkaitan hukum hudud yang tidak dibincangkan secara serius di negara ini, iaitu kaedah perlaksanaan hukum hudud dalam masyarakat. Semoga dengan pandangan tokoh besar Islam ini, wacana hudud di negara ini tidak terus dikurung atau dilihat dikurung dalam skopnya yang lama, yang hanya berlegar di sekitar kewajipan melaksanakan hukum hudud, keadilan hukum hudud, kesesuaiannya dalam masyarakat majmuk dan seumpamanya.

Rezeki Depan Mata : Remaja dalam KTM


Assalamualaikum wbt


Perghh penatnya...ABT baru sampai dirumah tepat jam 7 petang tadi. Berakhirnya sem 3 dan juga 2 hari meluangkan masa bersama2 teman di Sagil,Gunung Ledang =) Sangat best!!!


Jadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah ku syurga ku ini,ABT menaiki KTM dari TBS (terminal bandar selatan) ke KL Sentral dan bertukar ke Stesen Kg Datuk Harun untuk terus sampai ke rumah. Apa yang ABT nak sampaikan kat sini,selama ni ABT hanya baca di akhbar je dan berita2 di tv dan on9,namun kali ni memang benar2 nampak di mata dekat di hati hihihi.Agak2 nya rezeki yang ALLAH nak bagi sekurang2nya dapat la menjadi bahan kongsi di coretan blog ni.


Dalam keadaan sesak2 dalam KTM ni,ada la pulak dua ekor burung merpati dua sejoli yang alahai,asyik dihambat rona asmara dalam dunia percintaan mereka.Yang paling best bukan sahaja kepala dilenggok dan disandar kepala bertemu kepala namun,saat itu jua tangan sudah bertemu tangan semakin lama semakin erat pulak tu...nak ditutup bila ramai mula perasan dan memandang merpati dua ekor ni,si jantan pun buat2 la tido tapi masih tangan tergenggam erat.Alahai~


Yang ABT kesalkan ni adalah,mereka itu x lain x bukan M E L A Y U =MELAYU! Sekali lagi MELAYU!!! Yang paling sadis lagi dan rasa merah muka tadi bila sebelah kanan dan kiri ABT adalah dua org pemuda cina dan seorang lain warga emas berbangsa india dan juga seorang pakcik cina. ABT perasan juga mereka juga dok tengok2 dengan muka yang menggelikan melihat telatah anak melayu di khalayak awam.Yang paling best.pakcik cina ni siap geleng2 kan kepala bila dia melihat gelagat sumbang anak melayu dua ekor ni lah! Malu!


ABT bukan apa,ramai lagi anak melayu yg macam tu sebenarnya,malah ada yang lebih teruk dari apa yang ABT lihat dalam adegan sebentar tadi.Namun mari kita koreksi dan muhasabah diri.Kenapa dan mengapa semua ini terjadi? Siapa yang perlu dipersalahkan,atau siapa yang sebenarnya yang bersalah? ... 


Sebenarnya,persoalan ni telah lama di tanya dan ada jawapan! Namun tiada penyelesaian.Sudah tiba masa dan waktunya untuk kita bersedia dan serius dalam menjaga segala permasalahan ini.Sudah tiba masa dan ketikanya pelbagai idea sudah dijana dalam mebendung segala masalah ni.
Tepuk dada tanya Iman!!! Sekian.


SALAM.

Kembali Mengisi Ruang

Assalamualaikum wbt 

Fuhhh...fuhh..berhabuk nya! Alhamdulillah,sudah sejak sekian lama tak menyentuh dan meng"update" blog ni,akhirnya berkesempatan jua untuk ALIFBATA menutur kata melalui mata pena.Bukannya tak sudi atau lemah dan malas dalam membuka lembaran media baru ini,namun kekangan dan hambatan masa serta waktu yang menghalangi jua diri ABT dalam mengupas serta berkongsi ilmu dalam media baru blog ABT ini.Kini tibalah waktu cuti semester setelah berakhirnya sem 3.Cuti ni tak panjang namun insyaALLAH dengan masa dan waktu yang ada ini ABT akan berusaha dalam menyediakan ruang dan waktu untuk berkongsi pendapat dan juga idea dalam memperkasa dunia remaja kita kali ini yang pernuh dengan ranjau dan duri.InsyaALLAH.Bukan sekadar mencoret ikut sesuka hati namun dah nama pun pandangan peribadi ianya mungkin akan menyebabkan ada yang terasa dan menyentuh sensitiviti namun,ABT berharap kita jadi manusia yang positif dan terbuka.ABT menjanjikan perkongsian dalam isu2 yang terbaik serta panas dalam segenap pelusuk terutamanya dalam ISU2 SEMASA NEGARA yang berkaitan dengan EKONOMI,SOSIAL DAN POLITIK serta AGAMA.Semoga niat ABT dalam berkongsi dalam maklumat ini dipermudahkan oleh ALLAH SWT.Amin...ikuti next isu di POST akn dtg.

SALAM.