ALIF BA TA

ALIF BA TA

16 February 2015

Empat Kriteria Asas Untuk Berjaya (Surah Al-Asr)

EMPAT KRITERIA ASAS UNTUK BERJAYA (Surah Al-Asr) 

From : USRAH OHSEM 15 FEB 2015

1) Hari ini, usrah dimulakan dengan menghayati peringatan yang ALLAH s.w.t. beri tentang kematian. Minggu ini negara kehilangan seorang tokoh ilmuwan dan sosok tubuh yang kental dalam dunia tarbiah. Pemergian Tok Guru Nik Aziz (TGNA) memberi kesan yang mendalam dalam setiap aspek kehidupan manusia.

2) As-Syahid, Imam Hasan Al-Banna, seorang tokoh pejuang dalam dunia dakwah Islamiah, dipanggil menghadap Ilahi pada tarikh 12 Februari 1949. Manakala, TGNA pergi meninggalkan dunia yang fana' ini, pada tarikh yang sama 12 Februari 2015.

3) Namun beza dua tarikh ini adalah, kita diberi peluang untuk merasai pemergian seorang tokoh yang hidupnya dipenuhi dengan caci maki dari manusia, namun perginya beliau menimbulkan kasih dan sayang seorang hamba. Betapa menunjukkan, jalan DAKWAH itu, tiada kesenangan yang wujud diatas dunia. Namun diakhir penghidupan, ALLAH buka jalan-jalan ke SyurgaNya. Kematian yang menghidupkan.  Moga ALLAH tempatkan TGNA dalam kalangan para syuhada dan solehin. 


4) Kematian adalah perkara yang paling dekat dengan manusia. Tapi tidak ramai yang orang yang rasa betapa dekatnya kematian dengan dirinya. Hasilnya, jarang sekali manusia membuat persediaan untuk hari kematiannya. Sedangkan kematian itu adalah suatu yang pasti.

5) Surah pilihan hari ini, adalah Surah Al-Asr. Surah yang ALLAH peringatkan kepada manusia, tentang waktu/masa. Allah bersumpah didalam surah ini, bahwasanya manusia SEMUA sekali, dalam kerugian. KECUALI, orang yang hidupnya memenuhi empat kriteria yang menjadi asas kejayaan dunia dan akhirat iaitu ;
a -Beriman
b - Beramal soleh
c - Berpesan2 dengan kebenaran
d - Berpesan2 dengan kesabaran

6) Dua perkara pertama (a&b) adalah untuk diri sendiri. Akidah kita, solat kita, sedekah kita dsb. Manakala, dua yang terakhir (c&d) adalah tentang nilai kemasyarakatan. Dan dua perkara terakhir inilah yang selalunya manusia terlupa/tertinggal/saja buat2 lupa/tak tahu/tak nak tahu. Ia berkait dengan DAKWAH.

7) Dalam Surah Al-Asr ini ALLAH sudah selitkan 4 perkara (a,b,c,d) yang menjadi asas/kunci kejayaan. Manusia kalau tak tinggal 4 perkara ini, maka dialah manusia yang disebut sebagai orang-orang yang terKECUALI.

8) Analoginya, bayangkan markah lulus untuk peperiksaan kita adalah 40. Kita mesti score at least 40 untuk lulus. Dan kalau kita tak dapat atau kurang 1 markah sahaja pun (cth: 39), kita tetap dikira GAGAL. Begitulah 4 perkara dalam surah yang ALLAH pesan tentang betapa ruginya (GAGAL) manusia yang hidup di muka bumi milik Dia. Bayangkan, kita sudah buat dua perkara pertama (a&b), kita solat, kita puasa, kita sedekah, namun kita terlupa untuk buat dua perkara yang akhir (c&d), kalau ikut analogi, kita baru dapat 20 markah. Kita lulus atau gagal? Sebab itu dua yang terakhir itu ada kaitan dengan jalan DAKWAH.

9) DAKWAH secara literalnya, menyampaikan. Menyampaikan pesan/mesej/ilmu yang mengajak manusia melakukan perkara yang benar dan menjauhi yang salah/mungkar. Namun perkara yang kita sering terlepas pandang adalah, tentang menyampaikan dakwah/berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.



10) Pengajaran dari kisah Nabi Nuh a.s jalan dakwah kepada kaumnya yang hampir mencecah 950 tahun, namun pengikutnya tidak lebih 80 orang. Malah isteri dan anaknya sendiri pun gagal untuk mengikut jalan kebenaran. Namun, baginda dengan penuh ketabahan dan kesabaran tidak berganjak dari menyampaikan mesej dakwahnya. Adakah Nabi Nuh, dikira sebagai orang yang RUGI/GAGAL? Jawapannya tidak sama sekali.

11) Firaun, memiliki kekayaan, istana besar, harta, kuasa, dan segala kemewahan, namun semua itu, hanyalah untuk kemanisan duniawi sahaja, malah ALLAH sudah bayar CASH di dunia lagi. Maka tergolonglah Firaun didalam golongan orang yang RUGI.

12) Sebab itu, kata Imam As-Syafie, kalau ALLAH tidak turunkan semua surah dalam Al-Quran pun, hanya ada Surah Al-Asr sahaja, ianya sudah memadai. Kerana peringatan ALLAH dalam surah ini jelas dan lengkap untuk kehidupan sebagai seorang hamba, dan nilai kemasyarakatan.

13) Sebab itu, hidup ini kita tidak boleh rasa selesa dengan amalan yang kita lakukan sendiri-sendiri sahaja. Solat kita, tilawah kita, sedekah kita, puasa kita, semua itu kita perlu tingkatkan, namun masih tidak mencukup dalam kita hendak pergi menghadap Tuhan Rabbul Jalil. Apa jawapan kita, bilamana nanti ditanya oleh ALLAH, mana perginya dua perkara terakhir yang Dia pesan dalam surah Al-Asr ini? Lidah kaku dan kelu.

14) Oleh itu, sampaikanlah segala ilmu/pesanan yang benar. Sampaikanlah pesan dengan penuh kesabaran. Dengan segala kudrat/kemampuan yang kita ada. Manusia ada pelbagai kelebihan dan kekuatan. Orang yang hebat berpidato, sampaikanlah pesan dalam petah bicara anda. Orang yang hebat dalam penulisan, selitkanlah pesan dalam bait-bait tulisan anda. Orang yang hebat fotografi/edit, luncurkanlah pesanan dalam keindahan fotomu. Moga amal yang sedikit ini, menjadi asbab, kunci syurga ALLAH buat kita semua.

Cardiff
15 Februari 2015
11.59 PM

P/S: Dipersilakan SHARE moga bermanfaat untuk semua.

14 February 2015

Coretan Anak Si Penjaja Pasar Malam [ Bahagian 1 ]

Artikel tentang Kg Padang Jawa ni benar-benar mengingatkan aku kisah hampir 15 tahun yang lalu. [Baca artikel disini: http://www.sinarharian.com.my/…/asal-usul-nama-padang-jawa-… ]

Ketika mana, baru berusia lebih kurang 8-10 tahun, ami dan abah akan bawa aku untuk ikut mereka berdua ke tapak pasar malam setiap kali hari Jumaat untuk membantu mereka meniaga air.

Sebenarnya, bukan bantuan yang mereka dambakan, namun terselit pengajaran yang sangat bermakna. Ami and abah mahu aku belajar, bagaimana mencari secicip rezeki demi kelangsungan hidup itu, memerlukan pengorbanan yang ulung.

Aku teringat lagi dialog ami yang amat menyentuh hati ini, bilamana hari Jumaat itu, sebaik sahaja usai menyiapkan barang dan tempat untuk mula berniaga, hujan turun dengan lebatnya. Masih jelas dalam bayangan mata, abah menundukkan badan, melipat kaki seluar yang kuyup dibasahi lecak hujan.

Ami kata, "wan kena kena belajar rajin-rajin, kalau tak nak kerja macam ami ngan abah. Kerja dalam ofis ada aircond, ada kereta besar." Ayat tipikal orang Melayu. Namun ayat itu lah yang sebenarnya membawa makna lebih besar. Pengorbanan sang ibu dan ayah, yang walau apa pun latar belakangnya, mahukan anak-anak mereka memiliki masa hadapan yang lebih baik dari mereka.

Mungkin ami and abah tidak ada sekeping ijazah untuk ditunjukkan pada anak-anaknya, namun, ami dan abah ada sebuah inspirasi dan semangat yang cukup jitu untuk diwarisi pada anak-anak.

Kini, aku merindui, untuk bersama-sama ami dan abah dalam lecak basah di pasar malam, memanggil orang yang lalu lalang untuk singgah membeli air.

7 tahun sudah berlalu ketika ami dan abah buat keputusan untuk jual semua tapak pasar malam, van dan peralatan untuk meniaga. Terima kasih ami terima kasih abah.

Sahabat-sahabat, doakan aku dapat membalas jasa orang yang paling aku cintai dan sayangi dunia dan akhirat ini. Moga kalian juga diberkati ALLAH dan bisa membalas pengorbanan mereka.

“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)

p/s: Klinik Desa (GAMBAR) dalam artikel ini betul-betul berada di belakang tapak tempat ami dan abah berniaga. Dan tempat aku selalu curi tulang bila abah suruh punggah barang-barang dari van tongue emoticon wink emoticon Aku rindu...



Hazwan Mohamad
11.2.2015
10.47 pm
Cardiff,Wales,
The United Kingdom.

CC 7 Project Speech Cardiff Toastmaster

What I like the most about Cardiff Toastmasters is, we are all here to learn and improve ourselves! It is okay to make mistakes, as we learn something new every mistake. Here, no one is better than anyone else and everyone is the best at everything!

This is my CC7 Project Speech, it is about The 'RPG' Model of Success People! As the Toastmaster encourage the feedback after each of the speeches, I would like to have your favor to leave feedback about cc7 speech. Thank you!

Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.”
(Albert Einstein)

PERKASA bertamu di Cardiff [Bahagian 1]

PERKASA [ Bahagian 1 ]

(AMARAN: Jangan baca, PANJANG) !

Alhamdulillah, kehadiran Dato Ibrahim Ali (DIA) Presiden PERKASA Malaysia ke bumi Cardiff, tepat pada waktu dan ketikanya. Tika ini, sosok tubuh Sang Presiden ini sedang dihentam teruk berikutan satu status Facebook yang dimuat naik di laman fb milik beliau.

Intipati status itu menjadi kontroversi apabila ucapan takziah atas pemergian tokoh ulung negara, TGNA kelmarin, disusuli dengan kritikan pedas terhadap kepimpinan almarhum Tok Guru dalam memimpin kerajaan Kelantan. Berikut adalah beberapa lontaran idea dan juga soalan yang sempat saya kemukakan dalam pertemuan ini:

1) Isu status FB kontroversi

Saya bertanyakan tentang isu status FB ini, adakah ia dari tulisan dan pandangan DIA sendiri? Dan mengapa bila dihentam, status itu dipadam, tanpa ada penjelasan? atau permintaan maaf?

Jawapannya, YA. Memang ia dari pandangan beliau, namun yang memuatnaik status itu adalah salah seorang admin page berkenaan (di Malaysia) tanpa pengetahuan DIA. Dan selepas status tersebut dihentam teruk, admin tersebut telah memadamkan status itu dari laman FB milik DIA juga tanpa pengetahuan. DIA kata dia tidak akan apologetik terhadap kata-kata tersebut, kerana itu adalah pandangan peribadinya terhadap almarhum. (Ada beberapa perkara yang disebutkan yang pada pendapat saya lebih baik tak ditulis disini).

Jawapan balas saya:

Saya hormat pandangan DIA, namun, bagi saya dengan memuatnaik status seperti itu, ianya suatu tindakan yang kurang bijak, dan tidak kena pada masanya. Walau apa pun kesilapan dan kesalahan mahupun kritikan, ianya sedikitpun tidak akan menghilangkan rasa hormat pada orang yang sudah dipanggil menghadap Ilahi. Apatah lagi, status tersebut, dimuatnaik belum usai 24 jam pun TGNA dikebumikan.

Saya bukan pentaksub TGNA, namun kalau ditanya siapakah contoh tokoh kepimpinan yang saya pilih, sudah tentu jawapannya pada dua sosok tubuh ini; Almarhum TGNA dan Tun Dr Mahathir. Malah saya yakin, hatta ditanya pada seluruh rakyat Malaysia pun rata-rata jawapannya sama. Maka tidak bolehkan DIA melahirkan sedikit rasa hormat? Bukan tak boleh kritik, tapi tunggulah dulu, tidak kena masa!

Setiap manusia ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Setiap manusia tidak akan terlepas dari dosa. Kritikan pada TGNA, tatkala belum sampai 24 jam pemergiannya, bagi saya, ia satu tindakan yang tidak kena pada masanya.

Jawapan balas saya ini, dibalas semula dengan DIA menegakkan pendiriannya semula. Dan tidak berganjak. Saya tidak mahu membuat hujah ini meleret panjang, sekurang2nya, saya sudah sampaikan pandangan saya pada DIA, terima atau tidak, terpulanglah. Sekurang2nya, saya tidak hanya menjadi pahlawan papan kekunci semata! Alhamdulillah diberi kesempatan ini.

2) Kenapa PERKASA salahkan Cina sedangkan kuasa ada di tangan Melayu?

Penjelasan Soalan:

Soalan ini merupakan soalan yang rata-rata dari kita seringkali dengar dan mungkin jadi soalan 'maut' untuk PERKASA. Hari ini, dari kedudukan Raja, Perdana Menteri, hingga lah kepada pembuat dasar, rata-ratanya dari kalangan orang Melayu, namun, mengapa hak-hak orang Melayu masih tidak terjaga?

Jawapan DIA:

Agenda PERKASA bukan menyalahkan cina, india atau kaum-kaum lain dek kerana kelemahan Sang Penguasa Melayu sendiri dalam membela dan mempertahankan bangsa Melayu. PERKASA tidak main sindrom menyalahkan orang Cina!

Namun, PERKASA terpaksa hadir dalam situasi politik tanah air kerana melihat kepada beberapa tekanan dari chauvanis Cina yang semakin hari semakin melampaui batas. Hal ini semakin jelas kelihatan apabila UMNO/BN gagal dalam mempertahan 2/3 undi dalam dua PRU!

Chauvanis2 Cina ini lah yang menyusun agenda bagi memastikan hak2 kaum bumiputra sedikit demi sedikit diganggu gugat. Malah lebih teruk lagi, mereka ini bukan sahaja bermain sentimen perkauman, malah turut menyentuh isu-isu sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi negara. Maka orang2 ini lah yang sebenarnya menjadi musuh PERKASA. PERKASA bangkit, disebabkan UMNO sudah tidak mampu membela dan mempertahankan orang Melayu! PERKASA bangkit, disebabkan PEMUDA UMNO takda telor bkn macam dulu lagi dah!

3) Isu lain yang diperjuangkan PERKASA (Baca: Melayu Liberal) ?

Selain dari isu bumiputra, PERKASA juga sangat lantang dengan golongan liberalis! Isu COMANGO dengan tuntutan2 hak asasi manusianya turut mendapat kritikan dari PERKASA.

Ada satu ayat yang saya setuju dengan DIA. Beliau kata, kalau ramai dari kalangan musuh-musuh (baca: Msiakini,RBA) kita ni, setiap hari dok hentam,serang macam2, apa maknanya? Maknanya, ada perkara yang kita buat itu betul dan mereka merasakan terancam dengan susun atur serta gerak langkah kita yang bakal mematikan percaturan mereka!

Betapa kita perlu sedar, hari ini, ummat Islam di Malaysia, saban hari dicengkam dan bertalu-talu dihentam! Sama ada kita tidak sedar, atau sedar tapi buat2 tak tahu, atau memang tak sedar langsung dengan agenda mereka ini. Maka PERKASA hadir selaku third force, yang bangkit dengan lantang mempertahan agenda agama, bangsa dan tanah air dari golongan segelintir dari non-bumi yang tidak faham erti hormat-menghormati yang sudah sejak sekian lama diamalkan di bumi tanah nusantara milik Melayu ini.

Saya akan sambung beberapa perkara yang tidak dapat disampaikan ke telinga DIA sendiri dalam pertemuan ini dek kerana kesuntukan masa dan keadaan yg kurang mengizinkan dalam Bahagian 2 nanti.

Sekian.

Hazwan Mohamad
Cardiff
14.02.2015
12.16pm

p/s: Aku bukan jurucakap PERKASA tongue emoticon lol