ALIF BA TA

ALIF BA TA

25 October 2014

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 1 MUHARRAM 1436H

Assalamualaikum wbt.



إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (suci). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (QS. At Taubah: 36)


(Gambar Hiasan) 
Sebentar lagi warga muslim Cardiff dan United Kingdom akan meraikan kehadiran tahun baru Islam yakni 1 Muharram 1436H dikala keluarga dan rakan-rakan di Malaysia sudahpun menyambut kehadiran tahun baru ini. 
Melihat kepada potongan ayat Al-Quran diatas, betapa agungNya ALAH pencipta langit dan bumi. dan menjadikan setiap dari kita sebagai ciptaan yang sempurna. Benarlah, bahawa al-Quran itu adalah panduan sepanjang zaman. Walau apa pun permasalahan atau kekeliruan boleh kita dapat jawapannya dari sebuah mukjizat yang tiada taranya. 
Antara amalan yang dianjurkan dalam menyambut kedatangan tahun baru Islam ini adalah dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Justeru di bawah ini ada sedikit rujukan tentang doa ini. Moga menjadi manfaat buat semua. 
Teringat saya tentang pesanan Saidina Ali krw yang berbunyi : 
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam” 

Sungguh kita manusia biasa, yang tidak terlepas dari noda dan dosa. Kelalaian, kealpaan dan juga juga banyak lagi khilaf kita terhadap ALLAH dan sesama manusia. 
Moga tahun baru ini menjadikan kita manusia yang lebih baik dari tahun lalu.
Ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dari saya andai ada salah dan khilaf sepanjang perkenalan ini. 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1436H 


HAZWAN MOHAMAD 
CARDIFF, WALES,
UNITED KINGDOM. 


23 October 2014

Motivasi Diri dengan Sedekah Bahagian I

Assalamualaikum wbt.




Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya; dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk; serta Allah jadikan ia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan .” ( HR Thabrani )

Amalan sedekah merupakan antara amalan yang ALLAH "bayar cash" di dunia buat hambaNya yang bersedekah. Melalui hadis di atas, jelaslah betapa Islam sangat-sangat menganjurkan amalan sedekah ini.

ALLAH "BAYAR CASH"

Saya teringat dalam satu sedutan ceramah salah seorang ustaz yang seringkali keluar di layar TV, iaitu Ustaz Haslin Bollywood (UHB) bercerita mengenai amalan sedekah. Beliau berkongsi cerita tentang seorang ahli perniagaan yang sangat suka bersedekah. Tokoh perniagaan ini dating kepada UHB dan menyatakan hasrat untuk bersedekah lebih kurang RM100 000 untuk kegunaan salah sebuah sekolah madrasah tahfiz.

Dan Alhamdulillah duit sedekah itu digunakan sebaik mungkin. Dalam beberapa bulan selepas itu, UHB didatangi semula oleh tokoh perniagaan ini dan mengeluarkan sekeping check lebih kurang nilainya RM500 000 juga untuk sedekah kepada sekolah tahfiz ini.

UHB bertanya, apa rahsia disebalik kejayaan tokoh perniagaan ini. Jawab tokoh pernigaan ini, rahsianya adalah dengan amalan SEDEKAH. Katanya ustaz ingat dak saya bagi RM100 ribu beberapa bulan yang lepas? Hari ini, ALLAH "bayar" balik berlipat kali ganda, saya dapat projek bernilai lebih RM1 Juta.

MasyaALLAH, Tuan-tuan, janji ALLAH itu benar dan sangat menyakinkan tiada keraguan walau sedikit. Betapa amalan sedekah ini ALLAH bayar ketika di dunia lagi. Apatah lagi di hari perhitungan kelak, betapa kasih dan cintanya Dia pada hambaNya yang memuliakan amalan bersedekah.

SAYA TAK DAK DUIT, MACAM MANA NAK SEDEKAH

Sungguh ramai dari kalangan kita yang selalu dengar ayat di atas ni. Kadangkala, tanpa kita sedar kita pun turut TERguna alasan ini bila ada seruan untuk bersedekah.

Sedekah bukan sekadar duit wang atau harta. Senyuman juga adalah satu sedekah yang paling mulia :


"Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah." ( HR al-Baihaqi no. 7935)

Namun, janganlah pula dek kerana kita tahu bahawa senyuman itu sudah memadai maka kita tidak berusaha untuk mencuba mengeluarkan apa yang kita ada untuk dijadikan sedekah pada mereka yang memerlukan.

Seharusnya, kita bayangkan betapa tingginya nilai sedekah itu, juga hanya dengan senyuman sahaja pun sudah tercatat sebagai ibadah, apatah lagi kalau kita mengeluarkan sesuatu yang bernilai pada kita.

Ingatlah, kita memberi bukan kerana kita kaya-raya, tetapi kerana kita tahu apa rasa bagi mereka yang tidak punya apa-apa.

MULA DARI SEKARANG, SEDIKIT DEMI SEDIKIT, LAMA-LAMA...

Kata orang jangan suka bertangguh. Sesuatu yang kita rasa memberi kebaikan pada kita dan juga orang lain, maka wajarlah kita menyegerakannya.

Setiap kali sesi ceramah motivasi yang saya kendalikan sewaktu di Malaysia, saya sentiasa sematkan nasihat agar kita sentiasa bersedekah walaupun nilainya cuma RM1 sahaja.

Anda pernah pergi pasar malam ? Kalau anda "regular customer" pasar malam seperti saya, mesti anda akan perasan kehadiran pak cik mak cik yang kelihatan uzur duduk di pasar malam. Ada di kalangan mereka yang buta matanya, kudung tangan dan kakinya, tetapi masih lagi tabah meneruskan kehidupan.

Jadi apa yang perlu kita buat? Latih diri, setiap kali kita ke pasar malam, belikan AIR atau MAKANAN dari peniaga pasar malam yang ada di tepi-tepi itu, dan berikan pada mak cik atau pakcik yang minta sedekah tadi.

 
Jika anda praktikkan amalan ini, anda sebenarnya sudah pun membuat dua kebajikan. Satu anda tolong saudara muslim kita yang mencari rezeki dengan membeli air daripadanya, dan kedua, anda juga turut menghilangkan haus lapar dan dahaga pakcik makcik yang minta sedekah tadi.

Sekarang, ingat balik jadual pasar malam berdekatan dengan anda, dan sediakan seringgit dua untuk praktikkan perkara di atas :)

Kunci utamanya adalah : BUAT SEKARANG, JANGAN TANGGUH LAGI ;)

Sedekah, kunci utama dalam kehidupan muslim.


p/s: Nantikan Motivasi Diri dengan Sedekah Bahagian II dengan kupasan tentang bagaimana ALLAH balas amalan sedekah dalam kehidupan kita dan banyak lagi cara untuk kita bersedekah ;)



HAZWAN MOHAMAD,
CARDIFF BUSINESS SCHOOL,
WALES, UNITED KINGDOM.














20 October 2014

TAP ENERGY DARI IBU DAN BAPA


Setiap hujung minggu aku akan tahan mata dari tertutup sehinggalah detik jam 12.00 malam (waktu UK). Waktu ini aku akan telefon mereka. Sebab waktu di Malaysia adalah pukul 7.00 pagi.

Rutinnya waktu-waktu sebegini Ami and Abah dah usai solat Subuh dan akan sama-sama duduk depan TV dengar program kuliah pagi sama ada TV9, TV3 atau RTM1.

What? Setiap minggu? Kenapa setiap minggu? Homesick eh? Anak manja ni... haha... YES! Setiap minggu! Sebab Ami dan Abah dalam usia mereka yang menjangkau 70 -an gadget canggih dan segala aplikasi seperti whatsapp,messenger,facetime,facebook,twitter ni bukanlah 'permainan' mereka. Jadi yang ada hanyalah telefon untuk memudahbicara.

Lagipun, panggilan telefon dari UK ke bumi Melayu Islam itu tidaklah mahal mana. Dan kalau mahal sekalipun, aku pasti, mendengar dayu suara mereka itu lebih tinggi nilainya dari Pound Ratu Elizabeth ini.

Dan yang paling penting, mendengar suara Ami dan Abah dicorong telefon tadi seperti dapat satu aura yang sangat hebat !!! Rasa hilang gundah gulana, hiba dan duka.

Ya! Walaupun perbualannya akan jadi sama pada setiap minggu, tapi itu tidak pernah menghilangkan aura itu. Dan Ya! Aku sudah buat begini dari zaman aku mula berpisah dari mereka (masuk asrama Tingkatan Satu di bumi KUSESS sehinggalah ke UiTM Melaka)

'Tap Energy' dari kedua-dua ibu dan bapa kita sementara kita masih punya masa.

Selamat Malam UK | Selamat Pagi Tanah Melayu

Repost from FB 

https://www.facebook.com/pages/Hazwan-Mohamad-Official/587186654732623?fref=ts


17 October 2014

Cardiff Toastmaster International Chapter 1

 
 
 
English is not my first language. I joined them because I know this so called international/global language is not my mother tongue and I want to improve my English.
 
 However, after 10 months (approx.) with them, definitely I got more than my very first aim im joining them. They are really friendly, encouraged, and welcomed me even im still new in Cardiff on that time. We just like a family.
 
Had a really great conversation together and the utmost important ; We are all here to improve ourselves! No one is better than anyone else and everyone is the best at everything! Thank you my Cardiff Toastmasters family for giving me this very lovely opportunity.

“Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever.”
(Mahatma Gandhi)
 
 
Up from FB Hazwan Mohamad Official