ALIF BA TA

ALIF BA TA

30 May 2015

Teks Ucapan Menteri Belia dan Sukan Malaysia 2030

Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia, fokus saya adalah pada program-program berbentuk pengisian rohani dan jiwa kepada golongan belia. Kerana amanah saya dalam potfolio ini adalah amanah terhadap belia negara.
Jika saya salah mencatur amanah ini bererti saya sedang memberi buah 'checkmate' pada masa hadapan agama, negara dan bangsa saya.
Saidina Ali r.a. pernah berpesan:
"Jika kamu mahu melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah bagaimana keadaan pemuda dan pemudinya hari ini"
Saya tak risau tentang program-program lain. Benda-benda 'lagha' ni, tak perlu 'disuruh' pun,akan ada je yang anjurkan/buat/join.
Tapi progam2 kebaikan ni, jarang sekali diberi fokus. Kalau ada pun, sekadar buat cukup syarat 'negara Islam' versi mereka atau hanya sekadar program-program yang dibuat dengan culas atau mengikut musim sahaja! Kalau tidak percaya, boleh visit http://festivalbeliaputrajaya.com/ (Festival Belia Putrajaya sempena Hari Belia 2015).
Cop!!! Bukanlah bermakna dengan memberi fokus yang lebih kepada program2 berbentuk rohani ini bermakna saya bakal mengetepikan program2 yang membina jati diri/sahsiah dan soft skill para belia.
Namun percayalah dengan janji Tuhan, bahawa mereka yang memperbetulkan diri melalui jalan agamaNya, adalah mereka yang sedang membetulkan seluruh sistem kehidupannya. Bukan sekadar di dunia, namun dapat extra lagi di akhirat kelak.
Jadi mengapa kita mahu memberi fokus kepada kejayaan didunia sahaja, sedangkan Dia sudah beri jalan untuk kita dapat kedua-duanya (dunia dan akhirat)?
Sudah tiba masanya untuk agenda dakwah terhadap belia ini diarus perdanakan, bukan sekadar hiasan yang kalau ada bagus, kalau tak ada pun tak mengapa. Dan perkara ini perlu di mulai dengan transformasi agenda dalam Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya.

Ingat lah ketika Imam As-syahid Hassan Al-Banna ketika berpesan tentang permasalahan ummat ini;

“Perbaikan suatu umat tidak akan terwujud kecuali dengan perbaikan individu, yang dalam hal ini adalah pemuda. Perbaikan individu (pemuda) tidak akan berjaya kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan pendidikan (tarbiyyah) dan pembinaan. Apa yang dimaksud dengan pembinaan adalah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna, mengarahkan hati agar sentiasa muraqabatullah dan sentiasa berdo’a, serta komited dalam proses pertarbiyyahan jiwa dan sentiasa muhasabah diri.”

[Imam Syahid Hasan Al-Banna]

'Mengarusperdanakan Agenda Dakwah'
'Tarbiyyah Hari Ini, Kepimpinan Hari Esok'
Wallahua'alam.
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
6 Jun 2030
*InshaALLAH*
*Kerana impian itu adalah cita-cita dan doa penuh pengharapan padaNya*
p/s: Dipersilakan untuk berbeza pendapat, dan membetulkan apa yang salah sebelum tahun 2030 tongue emoticon hehe..