Assalamualaikum 2 all...
Berakhirnya tahun 2010 tahun yang melihatkan pelbagai panca rona dalam kehidupan ABT sendiri keluarga,rakn-rakan,dan semua muslimin muslimat seluruh dunia.
Berakhirnya tahun 2010 yang merupakan tahun pertama ABT menjejak kaki ke dalam arena media baru yang begitu memberi impak kepada sang penguasa mahupun si gila kuasa.
Berakhirnya 2010 bagi dunia politik negara yang seram sejuk dibuatnya sepanjang tempoh selepas PRU 2008
Berakhirnya 2010 bagi dunia bola sepak negara apabila muncul Juara mengucup piala SUZUKI AFF CUP sambil menjunjung nama dan pasukan juara baru asia tenggara.
Berakhirnya 2010 dengan pelbagai onak duri bagi RAKYAT MARHAEN.
ABT dapat merasakan hal ini demikian kerana wujudnya faktor ketidak tentuan dalam arena poltik negara. Ya bagi mereka yang tak ambil pot soal poltik negara mungkin anda tidak perasan. Segala macam karenah yang kita hadapi sekarang tidak lain tidak bukan dek kerana ketidakstabilan plitik negara.
ABT tidak menyalahkan pembangkang semata dalam isu ini. Sepatutnya pihak kerajaan juga perlu terlibat sama. Bagaimana kita lihat ketidak tegasan kerajaan dalam pelbagai isu2 semasa negara seperti isu kalimah allah,gereja,kuil,demonstrasi jalanan,kutukan anwar di luar negara, dan juga kerajaan hari ini dilihat seringkali gagal dalam menyalurkan maklumat secara lebih dekat dengan rakyat. Rakyat lebih terdedah dan lebih mesra pembangkang sebenarnya dalam penyaluran maklumat dan akhirnya siapa yang berputih mata? kerana bukan semua info dari puak pembangkang malaysia yang ABT sifatkan sebagai tidak ikhlas dalam perjuangan mereka adalah betul! maka ternganga lah kerajaan UMNO BN dalam pilihanraya nanti. Seharusnya kerajaan harus lebih dekat dengan rakyat dan maklumat seharusnya sampai secara telus kepada rakyat. Jangan lagi terus dibelenggu dengan protokol dan sebagainya. ayuh pemimpin anak watan turun padang bertemu dan jelaskan pada mereka anda melakukan perkara demi kebaikan mereka! ABT percaya andaikata YB-YB turun padang menjelaskan kepada rakyat bawahan kenapa dan mengapa apa puncanya minyak,gas,dan gula naik maka tidak akan ada dalam kalangan mereka akan melenting! Apa yang terjadi hari ini tiada maklumat dan reason tentang semua perkara itu berlaku. Lantas pihak pembangkang memanipulasikan isu menjadikan rakyat buta hati dengan janji2 manis mereka. Ayuh! Jangan hanya nampak bila pilihanraya sahaja!
Menjengah kini 2011 semoga menjadi lebih baik dari tahun lalu.
Menjengah kini 2011 semoga apa yang diharapkan bakal terlaksana.
Menjengah kini 2011 semoga rakyat marhaen tidak terus tertindas.
Menjengah kini 2011 semoga sang penguasa tidak terlena dibuai mimpi indah
Menjengah kini 2011 semoga pak menteri turun padang melihat kami semua.
Jadikanlah iktibar 2010 sebagai cara kita berubah dan terus melakukan perubahan. ABT melihat bagaimana kesungguhan DS Najib dalam melakukan perubahan pada dirinya dan kerajaan dan seharusnya janganlah pak-pak menteri membiarkan beliau kesorangan dalam mengemudi bahtera perubahan ini. Ayuh jang disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelangga!
Ayuh lakukan perubahan demi mencapai apa yang diidamkan.Ayuh rakyat marhaen berusaha dan jangan asyik menyalahkan kerajaan 100% andaikata kita belum berusaha dan hanya mengharap jutaan duit jatuh ke riba.
Ayuh MAHASISWA kita lakukan anjakan paradigma ! Cakna akan isu semasa perjuang hak bangsa kita jangan terpengaruh dakyah mereka! Kita student power ada idealisme yang perlu disua agar mereka juga tahu kita punya rasa dan bisa menyengat andai kita masih disekat tanpa ada rasionalnya. Semoga MAHASISWA suaranya bukan sekadar didengar tetapi diambil tindakan. MAHASISWA kini kita bukan lagi dilahirkan untuk menjadi HAMBA tetapi dilahirkan untuk menjadi PEMIKIR BANGSA!
No comments:
Post a Comment