ALIF BA TA

ALIF BA TA

26 May 2010

ISRAEL tahukah kamu itu amatlah kejam....




Tadi ana sempat tengok berita dan ianya berkaitan Palestin tercinta. Satu berkenaan sebuah rombongan yang menghantar pelbagai bantuan makanan di Lautan Lubnan yang dikatakan akan mendapat tentangan dan halangan hebat daripada laknatullah isreal tu. Satu lagi Tebing Gaza yang disifatkan sebgai penjara Palestin sekali lagi bergolak...Aduhai..mengapalah kita masih tidak mampu untuk menghalangi mereka ini ya??? Betapa hebatnya ujian Allah terhadapmu wahai saudaraku ...tidak mengapa syurga anda hebat menunggu disana...

PIALA THOMAS....kecundang!!!




PIALA THOMAS yang berlangsung di tanah tumpah darah kita pada kali ini hanya mampu untuk kita renung lihat dan impikan...setelah berakhirnya acara sukan paling berprestij dalam dunia sukan badminton...kita sekali lagi mengulangi kegagalan skuad kita pada tahun 2000 yang mana kita turut bergelar tuan rumah...namun kelebihan bermain di gelanggan sendiri masih gagal memberikan kita segenggam Piala Thomas untuk dikucup bersama...kali ini kita bertemu dengan pasukan gergasi badminton dunia iaitu China...tidak dinafikan kita juga antara negara yang jaguh dalam sukan ini...tetapi perlu ingat bagaimana format piala thomas ini sebenarnya...sebelum piala thomas bermula kita asyik menyandarkan impian bahawa dengan ada pemain badminton berkedudukan no 1 dalam ranking dunia kita mampu membawa balik piala thomas dari tembok besar china...namun kita tersilap...smash ingatan daripada Lin Dan kepada pemain no 1 dunia itu sebenarnya cukup mendalam...mengingatkan kita sebenarnya kedudukan bukanlah segalanya..tetapi apa yang penting menjadi juara dalam kejohanan terbesar dan mampu membawa nama negara...lihat sahaja kata2 lin dan setelah membenamkan Chong WEI...dia sendiri mengakui bahawa kejayaan di OLIMPIK DAN THOMAS sudah cukup daripada bergelar no 1 dunia....nah...BAM anda perlu jawab...dimanakah mahu diletakkan harapan lagi oleh kami rakyat malaysia yang mahukan skuad badminton kita kembali mengucup piala thomas???

Haiyaa,,, atok SAMY VELLOOO...


Hehehe....walaupon ana masih tidak cukop umor untuk membicarakan perkara politik namun ana rasa ana sudah cukup matang melahirkan dan meluahkan perasaan politik ana...biarlah apa org nak kata its mine...dalam minggu ni MIC iaitu parti terbesar kaum india kembali bergolak walaupun sebenarnya sudah lama bergolak...kali ini tidak lain tidak bukan mestilah perkara yang sudah lama bertakung dalam hati sanubari masyarakat india sejak PRU 12 lagi...sapa lagi kalau bukan atok SAMY VELLOOO...Gerakan Anti Samy yang ditubuhkan baru2 ini melihatkan satu lagi gelombang kebangkitan masyarakat India yang tidak lagi mahu atuk samy neyh menduduki kerusi presidenn..ye la..kalau dulu tyme Tun Dr M berkuasa kita pun dah rasa lama gila dah inikan pula tok samy ney kalau diikutkan fakta lebeyh lama dari Tun pegang kerusi PM tau...perghh....ana tak mau la nak sentuh apa2 black activity si tok samy neyh tapi kalau org dah tak suke adalah yang salah dibuatnya...wahai tok samy its enough okay...u dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt dah duduk di kerusi itu,...anne..ayuh bangkit GAS!!!!

Tak sedar lagi ke ??? malay girl vs lombok man


Malam tadi dalam kol 8pm ana tengok berita bersama ahli keluarga ana...ada la satu berita berkenaan dengan perempuan berusia 15 tahun selamat kembali ke pangkuan keluarga setelah ditahan imigresen Indonesia...satu sebab mmg la dia tidak memiliki passport satu lagi sbb dye ke sana tu yang ana terkejut dan tertanta2 pada seluruh girls yang ada di malaysia ini...oleh kerana cinta yang dikatakan sempurna itu gadis2 di malaysia sanggup tuh bergolok gadai nyawa dan harta malah keluarga untuk mengikut lelaki lombok...alamak aihh...kalau ana nak kira la dah nak hampir sepuluh atau mungkin lebih lagi la gadis2 kita yang mengikut lelaki lombok ini...sudahnya mak bapak meraung sana -sini minta bantuan agar membawa anak mereka balik ke malaysia...bagi ana la tak perlu la kita nak bagi muka pada org sedemikian rupa...biarlah dia merasa bagaimana indahnya hidup kat lombok tu...ana pikir2 la sedangkan org lombok pun nak ke malaysia mengapa punya kurang cerdiknya kita nak ke sana? aihh...membazir duit kerajaan sahaja nak pergi lombok berurusan dgn pihak indon lebih baik kerajaan belanjakan duit tu kepada mereka yang memerlukan di negara ini...haih..lombok2 ...

KES PEMBUANGAN BAYI...BILAKAH AKAN BERAKHIR???




Bermula dari awal tahun ney ana dengar banyak sangat kes pembuangan bayi berlaku...bak kata pepatah masa ana belajar dulu apa bagai cendawan tumbuh selepas hujan...huh...boleh la dikatakn setiap bulan,setiap minggu,mesti ade punya la kes pembuangan bayi...maka satu ketika kerajaan yang perihatin pun melaksanakan lah satu kempen yang diberi nama KEMPEN KAMI PRIHATIN...huishh dengan berlatar belakangkan gambar seorang bayi kecil yang dirayapi penuh dengan semut yang ditemui di tepi longkang maka banyaklah poster2 sedemikian rupa di media2 massa...tak cukup dgn tuh artis2 dipanggil menyanyi beramai2 sebgai penarik golongan remaja...akan tetapi macam biasa bila hati dah keras buatlah macam mana sekalipun longgoklah segunung berlian sekalipon masalah ini ibarat tiada berpenghujung....makin menjadi2 sejak kempen dilancarkan...so??? apa nak dikata??? sudah tiba masa dan ketika institusi kekeluargaan memainkan perananan masing2...bukan kempen sahaja ibubapa perlu cari satu kaedah yang terbaik mendidik anak2 remaja mereka dalam menghadapi situasi mencabar pada hari ini....ana hanya berharap agar perkara ini andaikata tak mampu dihapuskan pun cukup la sekadar ianya berkurangan...itu sudah wajar disyukuri...

25 May 2010

Anugerah...

Alhamdulillah syukur kerana Majlis Penganugrahan Kecemerlangan dan Graduasi Kusess telah pun berjalan dengan lanar dan penuh gilang-gemilang. Pada majlis berkenaan ana telah dijemput untuk menyamapaikan ucapan. Syukur kerana ucapan ana insyaALLAH cukup segalanya kecuali ade sedikit kekhilafan pada awalnya iaitu tersalah sebut pule nama Pegwai KPM tuh..hehe EN SHASHIM SHAH HASHIM...hehehe...tape lah asalkan ada komen2 positif setelah abes ucapan ana. Yang paling tak boleyh bla ade sahabat ana neyh kata her mom sampai menanges dgr my ucapan??? huh..apa la yg sedih sgt ana pon tak tau...!!! haha...Akhirnya ana dapat satu plak pusingan sebesar pinggan makan kat DM dulu la skrang dah gne tray balek kan??? hehe...punya la excited ana n junny terbawak la balek plak pusingan tuh..acttly kami pon tidak lah diberi tahu ttg plak tersebut pusingan kah atau buleh jadik sdn bhd punyer..hehe..ana dah pulangkan balek plak tersbut sebaik sahaj dikol oleh CIKGU NORHIDAYATI...huhu...junny??? ta tawu pule..hehe...ermm oklah cukup lah sekadar itu sahaja bingkisan ana untuk Majlis HK ini...ermm nak tgk x plak tu camner??? jap eh...

15 May 2010

Berakhirnya sudah Majlis Graduasi dan Penganugerahan Kecemerlangan KUSESS kali ke-13


Alhamdulillah syukur kpada Allah s.w.t. akhirnya selesai sudah majlis pada hari ini. berjalan dalam keadaan lancar.terubat jua rindu ana pada semua guru2 kusess apa tidaknya hari ini cikgu kamarul,frau zarina,ustaz nordin pun turut hadir...lepak2 dengan kawan2 sahabat handai ana..di rest yussof yang dah lama tak dikunjungi...huhu...treat ana punya adik2 di KUSESS dgn chezzy wages and burger JEMAN...huhu...syukur kerana semuanya selamat...umi n abah pun selesa berada di SUN INNS HOTEL KS...nasib baik lif keesokan paginya dalam keadaan OK! huhu...overall...thanks for all teacher..and paling penting kepada semua rakan2 0509 yang hadir...anda semua tetap dalam hati sanubari anda...kusess 0509 always da best...BEYOND BOUDARIES...

13 May 2010

Akhirnya....

Haihh ta tawu la apa yg nak dicakapkan...bila terima call from 'beloved' pengetua two days before HK a.k.a Graduation day...so terpaksa la jugak memergikan diri ana...siap tempah budget hotel lagi...hmm...kelam kabut pusing satu KL nak mencarik MR MAGENTA...pas2 esok dalam kul 4 gerak la gi sana...hmmm...tujuan nya hanya satu ana setkan dalam diri ini juz nak berjumpa dgn guru2 tercinta bukan ape takut mereka kecil hati la pulak satu lagi nak jumpa kawan2 yang memang dah lama tak berjumpa acctly tade la lama mane but lama la jugak...hehe...adik2 di KUSESS??? ermm tak payah la kut...kalu terserempak tape la if juz nak gi jumpa....hazwan sorry la k...ok la see u guyz there..

11 May 2010

10 PERINGATAN BUMI...




Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

10 May 2010

Selamat berjuang rakanku...


Esok hari bermulalah perjalanan sebahagian rakan2 ana ke matrikulasi...satu permulaan ke alam yg lebih mencabar bagi ana..disinilah kekuatan jasmani dan rohani kita semua benar2 di uji..apa tidaknya alam pra-universiti mahupun universiti bukan sama dgn alam persekolahan...tidak ada lagi suara jeritan mpp untuk membangunkan kita dinihari...dan tidak ada lagi suara pekikan warden memaksa kita menelaah pelajaran semuanya kini bebas pada diri kita menentukan perjalanan harian sendiri...justeru buat rakan2 ana yang akan ke alam pra-universiti yakni matrikulasi di mana2 ceruk pelosok negara ini ana mengucapkan syabas dan ucapan goodluck meniti di bibir ana buat kalian semua...chaiyokk...ganbatte kudasai...viel gluck...

08 May 2010

ibu,,,


Jasa ibu cukup besar dalam hidup kita, semoga kita menghargainya dan membalasnya jika berkesempatan...insyaAllah...

Selagi Dia Masih Hidup.......
- Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Ibu sanggup berjaga mlm bimbang nanti anknye digigit sang nyamuk.. Kita pula
membalas budi ibu dengan menangis sepanjang malam...itu balasan kite pd ibu.

- Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. Namun ibu tetap terhibur dgn kerenah nakal kite...

- Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon dan bermacam alatulis.., agar kita nanti jadi insan intelek. Kita pula membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.

- semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya..Supaya kite dapat bergembira b'sama rakan2 dgn m'gayakan baju baru b'warna-warni... ibu sendiri kekadang tidak mampu membelinye utk diri ibu sendiri. Namun tak kisahlah...itu kate ibu... Kita pula membalas budi ibu dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

- Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah.. dengan niat mendidik minda dan jiwa si anak.. Kita membalas budinya dengan menjerit , "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH". memukul2 ibu..merajuk dengan ibu...

- Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.walhal ibu korbankan masa terluangnye....korbankan masa utk ibu rehatkan tubuh yg sudah skian lama mnahan penat..

- Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV..bimbang nanti ter'effect prestasi belajar krn terlalu asyik.. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah. seakan ibu mengongkong kita utk hiburkan hati kite...

- Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. ibu bimbang.. gusar anak ibu nanti terpesong arah... Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa "Ibu tak ada "TASTE"..jgn campur peribadi saya!!!"

- Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. kite tak langsung reti utk hiburkan ibu sekali sekala... Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.. malas nak mlayan ibu yg pasti menanyakan itu ini...

- Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.. gembiranya ibu tak terkata... "alhamdulillah yaAllah.. anak yg Kau kurniakan kini berjaya dlm ujian hidupnye..." Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana sebok enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

- Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita. sedih hati ibu utk berpisah dgn kita sbagai si anak utk smentara waktu... Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu nanti dilihat kawan-kawan.

- Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!" suke hati sayalah!!! ade ke..takde ke..bukan ibu yg nak kawin!!"

- Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya akan ciba jadi yg terbaik sehabis saya boleh ..dan yg pentingnye ibu...saya tak mahu jadi macam ibu!!" ibu pasti tersenyum kelat.

- Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan..taste ibu taste org dulu2...takde class langsung!

- Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu. mals takut nanti ibu m'ganggu rumahtangga kite..hm...ade ke patut...

- Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..tak sama dah dgn cara ibu besarkan saya!!!!!"

- Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan kata " saya sibuk!!!! i'm very sorry..."

- Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera ke pejabat...

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu.. dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.
>skiranye kita masih punye ibu dlm menjalani hidup ini....hargai ibu...jage hati ibu...hadiahkanlah keperibadian yg baik utk ibu...agar ibu puas dgn apa yg ibu korbankan..agar ibu bangga krn punye anak soleh/ solehah yg akan mendoakan ibu di akhirat kelak...

Tahniah la sapa yang cadangkan polis guna belantan...

Sekalung ucapan tahniah la ana ucapkan pada sesapa yang mencadangkan agar polis guna belantan sahaja dan menarik balik semua senjata api dalam tangan polis...bukan apa senang sikit kan kerja2 penjenayah bersenjata api...maka makin amanlah negara Malaysia ni...ana terkejut beruk bila terbaca satu artikel dalam internet la juga berkenaan kes yang melibatkan polis tersalah tembak org awam...dah nama pun tersalah,,,bukannya polis tu tersengaja pun...alahai rakyat 1malaysia...hmmm lepas ni tak tau la ana nak cakap apa lagi...so after dis para penjenayah all the best la ea...tok soh takut lagi nak menyamun merampok membunuh dan sbgnya lagi kerana sudah tentu polis tak sempat nya nak baling belantan kat hangpa hang tembak la polis tu dulu na....

07 May 2010

Jangan Dipujuk...

Dah la rakan2 ku ana takkan pegi la...korg takkan paham kenapa apa sebabnya...tape la korg pegi je la ea,...nanti ana tau la nak cakap ape ngan 'org' tu...ea selamat la korg kat sana nanti kirim salam la pada sesapa yang patut ea...enjoy...sori guyz...maafkan ana...ana tak mampu....

06 May 2010

TETAPKAN HATI...


keputusan telah pun ana buat.dan keputusan kali ini mungkin sahaja akan menyebabkan segelintir rakan2 dan mungkin skali ahli keluarga serta guru2 menanya kan 1001 macam soklan...tapi tak mengapalah...ana yakin insyaALLAH DENGAN PILIHAN YANG ANA LAKUKAN ANA PASTI AKAN BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KEPUTUSAN YANG ANA LAKUKAN INI...hazwan mohamad tetapkanlah hati mu dengan pilihan ini dan YANG PENTING LAKUKAN LAH DENGAN TERBAIKK....JANGAN FIKIR APA YANG ORG LAIN KATAKAN....

BERTANGGUNGJAWAB DENGAN PILIHAN SENDIRI...

Thanks la to bro Teguh coz give me a lot of advice during cutey neyh lebey2 lagi for my right path either going to matix or diploma...tapi apa2pun keputusan ana tetap sendiri..dan apa bila ana bertanyakan pada bro Teguh dye kata apa??? dye kate u have 2 responsible in every choice uve done...ak terkedu jap..bila dipikirkan balik yup...its very true...ana sendiri yang menentukan pilihan maka ana mesti bertanggungjawab dengan pilihan ana...bertanggungjawab dalam serti kata ana mesti lakukan yg terbaek dalam setiap pilihan yg ana lakukan..ana yg bertanggungjawab dalam menjadikan pilihan ana tu tepat atau pun tidak...ana wajib merancang dan mempersiapsiagakan diri ini dalam menghadapi apa jua rintangan suka duka dengan pilihan yang ana buat...yessss....HAZWAN MOHAMAD....u hav 2 responsible on wat decision uve done...u can do it...GO HAZWAN GO..

05 May 2010

~~sahabat~~

Tiada mutiara sebening cinta..

Tiada sutra sehalus kasih sayang..

Tiada embun sesuci ketulusan hati..

Dan tiada hubungan seindah persahabatan..

Sahabat bukan

MATEMATIKA yang dapat dihitung nilainya..

EKONOMI yang mengharapkan materi..

PPKN yang dituntut oleh undang-undang..



Tetapi

Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa..

realiti kini tanpa dirimu Wahai Penghulu Segala Nabi...

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan para pemimpin ?
"Membela yang lemah dan membantu yang miskin" jawab Nabi.

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan ulama ?
Memberi contoh yang baik dan mendukung pemimpin
YAng membela orang - arang lemah" jawabnya

Ya Rasulullah ... apa yang harus dilakukan orang-orang lemah dan miskin ?
"Bersabarlah, dan tetplah bersabar
Jangan kau lihat pemimpinmu yang suka harta
Jangan kau ikuti ulamamu yang mendekati mereka
Jangan kau temani orang-orang yang menjilat mereka
Jangan kau lepaskan pandanganmu dari para pemimpin dan ulama yang hidupnya juhud dari harta"

Ya RAsulullah... Pemimpin seperti itu sudah tidak ada
Ulama seperti itu sudah menghilang entah kemana
Yang tersisa adalah pemimpin serakah
Yang tertinggal adalah ulama-ulama yang tama'
Banyak rakyat yang mengikuti keserakahan mereka
Ummat banyak yang meneladani ketamakan mereka !
Apa yang harus aku lakukan, Ya... RAsulullah !
Siapa yang harus aku angkat jadi pemimpin ?
Siapa yang harus aku ikuti fatwa-fatwanya ?
Siapa yang harus aku jadikan teman setia ?

"Wahai ummatku...
Tinggalkan mereka semua
Dunia tidak akan bertambah baik sebab mereka
Bertemanlah dengan anak dan istrimu saja
Karena Allah menganjurkan, "Wa 'asiruhunna bil ma'ruf"
Ikutilah fatwa hatimu
Karena hadits mengatakan, "Istafti qalbaka, wa in aftaukan nas waftauka waftauka"
Dan angkatlah dirimu menjadi pemimpin
Bukankah, "Kullulkum Ra'in, ea kullukum masulun 'an ra'iyyatihi ?"

bersabarlah...

Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Begitu juga halnya dengan sabar. Sabar akan menaikkan darjat seorang mukmin itu dan membezakan darjatnya dengan mukmin yang lain. Di samping itu, sabar juga dapat menghilangkan sifat takabbur dalam diri dan menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia supaya kita merindui akan kenikmatan syurga yang berkekalan. Dengan ini kita akan sentiasa mengingati Allah dan meyakini bahawa tiada yang berkuasa di dunia ini melainkan Allah swt. Sabda nabi saw: “ Sesungguhnya jika Allah menyayangi sesuatu kaum, maka Dia akan mengujinya ”.






Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar…~

Doktor : “Selamat petang…”
Pesakit : “Selamat petang Doktor!”
Doktor : ” Ada masalah apa …?”
Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”
Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!”
Setelah diperiksa… .
Doktor : ” Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…”
Pesakit : “Apa caranya doktor?”
Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”
Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”
Doktor : “Yang percuma kena sabar…”
Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”
Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi taugeh, anda tinggal tarik keluar je taugeh tu…”
Pesakit : “……….?”

~~cuak~~

Dalam hari2 yang mendatang ni ana rasa cuak pula yelah lagi2 berkenaan dgn campus life nnti...boleh ke ana ni bersaing di sana nanti.macamner la plak ea rasa nya nnti...ape2 pun semuanya akan ditentukan pada 26 Jun nnti..huhu...

04 May 2010

~~kawan~~

kawan itu ada tiga jenis:

  1. dia seperti makanan setiap masa diperlukan dan memberi manfaat dan faedah
  2. dia bagaikan ubat,ada masa2 sahaja kita perlukan
  3. dia ibarat penyakit,semoga ALLAH menjauhi kita darinya...

HK...

Haiihh tah la...ramai gak yang cakap ana neyh wajib pegi for the HK (GRADUATION DAY ) ye la ana masuk Uitm 26 jun so takde alasan la nak escape for the HK tu..but hati ana tetap merasakan bahawa ana tak nak pergi atau selayaknya ana tak mahu pergi...ada banyak perkara yang tak boleh kita kongsi bersama biarlah ianya hanya menjadi coretan di hati lara.mungkin jua benar kita tahu kita yang salah maka kita perlu tanggung akibat nya...so now im still thinking wut is the best alasan untk ana berikan pada bonda pengetua untuk tidak hadir dalam majlis HK tu nnnti..but im still wt my prinsip bahawa ana tak kan pegi HK tu nnti...sori ya rakan2 ana tau ana yg bersungguh mengajak anda semua tapi last2 ana yang tak dapat hadir or tak nak hadir..biarlah apa org nak kata..im fixed wt my decision...NO 4 HK...!!!

UiTM MELAKA KE PUNCAK PERDANA...

aduihh hari ni ana bertungkus lumus menyiapkan satu surat rayuan untuk merayu agar dapat di tukarkan dari diploma biasa ke fast trak program.esok ana akan ke uitm shah alam lagi du unit pengambilan pelajar untuk menhyerahkan kembali surat rayuan tu.semoga nasib baik berpihak pada ana.semoga dapat ana ditawarkan ke fast rack program tu dan tak payah la ana ke melaka nanti.

my planning..KITA MERANCANG ALLAH MENETUKAN...

JULAI 2010-UiTM melaka diploma in accounting -2 years
JULAI 2012-UiTM Shah Alam degree in accounting - 2.5 years
2014-ACCA maybe in UK...
2015-STARTING WORK

sebuah cita2...dari imaginasi ke sebuah realiti...

bak kata seorang tokoh negara daripada angan2 lah kita mampu menjadikan ianya kenyataan.namun bahayanya jika kita hanya berangan2 tanpa usaha yg berterusan.takut nanti jadi pula seperti kata2 org tua dengan dongeng angan2 mat jenin.tapi ana percaya andai kita mampu berangan2 selagi itu kita mampu mendesak jasad dan jiwa untuk sama2 berusaha menjadikan ia sebagai satu kenyataan.ana seorang pelajar dari aliran sains ya lah sekolah pun namanya sekolah menengah sains...tapi pada akhir kehidupan ana di sana ana mula mencari2 arah sebenar tujuan ana dan cita2 ana.mungkin ramai yang berfikiran bahawa ana mengambil keputusan untuk further study in accounting juz bcoz my bad result in spm,but for me ana sebenarnya mula meminati bidang perniagaan.dan ana banyak lakukan research semasa ana mengambil kelas bookeping pada awal bulan januari yg lepas ana bertanya pada seorang tutor yg mengajar ana neyh jikalau kita meminati bidang perniagaan what is the best choice yang ana boleh pilih??? maka dia ada beri pendapat sekarang dalam apa jua bidang perniagaan seseorg itu amat memerlukan kemahiran perakaunan.maka akauntan are very needed now in starting business.maka dari situ ana mula berfikir bahawa ana yakin bahawa pilihan ana insyaALLAH tepat.walaupun parents ana mahukan ana berada dalam bidang sains namun ana hari2 cuba menyakinkan mereka bahawa ana yakin dengan keputusan ana. insyaALLAH AMI,ABAH ANA AKAN BUKTIKANNYA..amin

03 May 2010

Salam Alaika Wa Takruf...salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yg sudi mengunjungi blog peribadi ana. Ana memang selama ini mengimpikan sebuah blog peribadi yang dapat ana kongsikan bersama rakan2 diluar sana. Tak tahu nak bercerita apa di ruangan post pertama blog ini namun apa yang ana dpat unkapkan disini ana adalah budak baharu belajar menulis blog. Memohon agar mana2 pihak sudi menjadi follower ana di blog ini.Walaupon ana sudah memiliki dua blog yang ana rasakan ianya berbentuk umum kerana satunya berbicara berkenaan bangsa malaysia dan satu lagi berbicara mengenai nasib agama ana yang tercinta.alhamdulillah kini ana memiliki blog peribadi yang secara keseluruhannya masih di dalam pembikinan. insyaALLAH blog ini nnti akan ana muatkan secara perlahan2 berkenaan apa2 jua aktiviti ana dan buah fikiran ana. HARAPAN ANA HANYA SATU AGAR ANA TIDAK HANYA SEKADAR HANGAT2 TAHI AYAM...huhuhu

ana=saya