ALIF BA TA

ALIF BA TA

16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR BATIN

Di kesempatan ini ABT ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILAHDA buat semua teman2 dan rakan2 serta muslimin muslimat di seluruh dunia. Semoga sambutan kali ini mengingatkan kita kembali kepada peristiwa kisah pengorbanan seorang bapa terhadap Allah dan Agama yakni nabi Ibrahim AS. Semoga kita mendapat rahmat dan inayah dari padaNya. maaf zahir dan batin

15 November 2010

KEMASUKAN KE SBP ... utamakan pelajar miskin cemerlang : jangan sekadar retorik!

Semalam ketika membaca akhbar ABT terbaca berkenaan isu yang diketengahkan oleh TPM merangkap Menteri Pelajaran Malaysia yang mana beliau mengatakan sistem kemasukan ke SBP akan mengikut kembali agenda asal penubuhan sekolah berasrama penuh iaitu memberi keutamaan kepada pelajar miskin luarbandar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR. ABT bersyukur sangat kerana kerajaan telah menyedari hakikat kini dimana ramai yang berada di SBP kini adalaha anak2 dari golongan2 berada. Ya memang tidak dinafikan hakikat memang ada mereka yang terdiri darpada anak luar bandar penoreh getah pembawa teksi pembantu kerani penyapu sampah dan sebagainya namun sakit mata ABT ( SELAKU PERNAH MENJADI SALAH SEORANG PELAJAR LINKUNGAN SBP) melihat berderet2 kereta2 mewah seperti mercedes,bmw dan sebagainya menunggu anak untuk di bawa pulang ketika hari balik bermalam di sesetengah SBP...tak perlu lah untuk ABT menyebut sekolah mana. Malah masih teringat lagi ketika ABT mula2 nak memohon masuk di SBP ini ada ahli keluarga ABT mengatakan bahawa betapa susahnya nak masuk SBP ini lagi2 sekolah elit yang sepuluh tu ( tak perlu ABT beritahu) andaikata tidak ada kabel. Namun alhamdulillah dengan berkat doa dan ketentuan Illahi akhirnya ABT diterima masuk di salah sebuah SBP. Apa yang ingin ABT tegaskan disini hanya satu apabila sekolah2 SBP ini dipenuhi dengan anak2 berada yang memiliki kereta2 mewah,banglo2 bertingkat2,di mana anak2 penoreh getah,peniaga pasar malam nak letak anak mereka. Perlu diingatkan penubuhan SBP ini bukan untuk dilonggokkan pelajar2 kaya raya anak berada. SEMOGA SARANAN dan saya kira ianya satu ARAHAN dari TPM kita dapat diikuti dan diberi penekanan khusus jangan ada ketirisan teluslah berbuat pekerjaan DEMI ANAK BANGSA AGAMA DAN TANAH AIR!!!

ZULHIJJAH =))

Antara rahmat Allah SWT yang besar kepada kita ialah disediakan beberapa pesta ibadat sepanjang tahun. Kerana itulah kita mendengar kelebihan hari Jumaat sebagai hari terbaik di dalam seminggu, bulan Ramadhan itu adalah bulan terbaik di dalam setahun, malam lailatul qadar itu adalah malam yang terbaik berbanding malam-malam yang lain dan Allah turut memberikan sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah sebagai hari terbaik di dalam setahun.

Tujuan disediakan musim pesta ibadah ini ialah sebagai peluang dan galakan kepada umat Islam meningkatkan pelaburan ukhrawi mereka.

Kelebihan dan amalan yang digalakkan semasa sepuluh hari pertama Zulhijjah ini boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Disumpah Di Dalam Al-Quran

Allah SWT banyak menggunakan metodologi bersumpah di dalam al-Quran, dengan bertujuan untuk memberikan penegasan kepada ayat seterusnya, serta memberikan petunjuk terhadap kelebihan perkara yang menjadi sumpahan tersebut. Di dalam surah al-Fajr ayat 1-2, Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Demi waktu fajar, dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)."

Di dalam tafsir al-Tabari, Ibn Jarir telah mendatangkan banyak riwayat mengenai pandangan ulamak terhadap yang dimaksudkan dengan sepuluh malam di dalam surah al-Fajr di atas. Ada yang menyatakan ianya bermaksud sepuluh hari pertama bulan Muharram. Sebahagian menyatakan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan ini disokong oleh Syeikh Ibn Uthaimin.

Akan tetapi pandangan jumhur ialah sepuluh hari berkenaan berlaku pada awal Zulhijjah. Dengan sebab itulah hari-hari tersebut dianggap sebagai hari yang mulia dan penuh dengan kelebihan.

Menurut Ibn al-Qayyim di dalam Zad al-Ma'ad, siang sepuluh hari pertama Zulhijjah adalah lebih afdhal daripada sepuluh hari terakhir Ramadhan, sementara sepuluh malam terakhir Ramadhan pula adalah lebih baik daripada sepuluh malam pertama Zulhijjah kerana berlakunya lailatul qadar.

2. Hari Digalakkan Beramal Ibadah

Bersabda nabi Muhammad SAW yang bermasud :

Dan tiadalah hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah ini. Sahabat bertanya, "Bukankah jihad fi sabililllah?" Jawab baginda, "Ya termasuklah jihad fi sablillah, kecuali mereka yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawanya kembali walau sedikit". (Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadith ini, para ulamak menggalakkan umat Islam meningkatkan semua jenis amal ibadah seperti puasa, bersedekah, qiyamullail dan seumpamanya pada sepuluh hari yang mulia ini.

3. Hari Yang Dihimpunkan Semua Ibadah Utama Dalam Islam

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz telah menerangkan mengapa amal ibadah amat digalakkan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah:

"Adapun sebab keistimewaan sepuluh hari pertama Zulhijjah ialah kerana terhimpunnya semua ibadah utama padanya iaitu solat, puasa, zakat dan haji, yang mana ianya tidak berlaku pada masa yang lain."

4. Galakan Berpuasa Terutamanya Pada 9 Zulhijjah

Di dalam sepotong hadith sahih riwayat Muslim, Abu Qatadah meriwayatkan yang nabi ditanya mengenai fadhilat berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), maka jawab baginda:

"Diampunkan dosa tahun yang lepas dan yang masih berbaki."

Selain itu umat Islam juga digalakkan berpuasa pada awal bulan, iaitu pada 1 Zulhijjah. Dalam masa yang sama, ada riwayat yang menyatakan ramai salafussoleh berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah. Perlu diperingatkan juga yang berpuasa pada hari 10 sehingga hari 13 Zulhijjah adalah dilarang di dalam Islam.

5. Awal Zulhijjah Adalah Musim Haji

Awal Zulhijjah ialah musim menunaikan ibadah haji bagi umat Islam yang mampu. Pada waktu inilah hampir 3 juta jemaah haji akan berhimpun beramai-ramai menyahut panggilan Allah di tempat yang suatu masa dahulunya merupakan bumi kering-kontang. Ibadah haji juga merupakan satu-satunya rukun Islam yang dijadikan nama surah di dalam al-Quran. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Hajj ayat 27 yang bermaksud:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."

6. Turut Dikenali Sebagai Hari Ma'lumat

Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 28 yang bermasud:

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan manfaat/faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu (hari ma'lumat), kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin."

Ulamak menafsirkan hari ma'lumat sebagai hari yang ditentukan oleh Allah SWT dengan pelbagai jenis kelebihan dan fadhilat. Ianya bukan sekadar kelebihan akhirat semata-mata, tetapi turut membabitkan kelebihan duniawi.

Menurut Mujahid seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir di dalam tafsirnya, yang dimaksudkan dengan menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah di dalam awal ayat di atas ialah keampunan di akhirat, dan keuntungan perdagangan di dunia.

Keuntungan akhirat adalah sesuatu yang pasti perlu direbut oleh para jemaah haji. Sementara manfaat atau keuntungan perdagangan di dunia pula disebut oleh Mujahid dalam ulamak salaf yang lain sebagai konteks realiti duniawi zaman dahulu.

Pada zaman sekarang, memang tidak dinafikan yang keuntungan berniaga akan berlipat ganda khususnya bagi penduduk tanah Haram. Akan tetapi kita perlu menyempitkan maksud keuntungan duniawi dalam sektor perdagangan sahaja.

Umat Islam perlu memanfaatkan perhimpunan 3 juta manusia ini untuk menatijahkan manfaat serta kekuatan yang lain. Bagi pemimpin negara umat Islam, inilah masa mereka berbincang memikirkan kesatuan dan kemajuan masing-masing. Kekuatan muslim perlu dijana semasa perhimpunan agung ini, semoga roh-roh yang baru menunaikan ibadah haji pulang ke tanah air masing-masing dengan semangat yang tinggi serta kesatuan yang jitu.

Inilah masanya untuk menyatakan kemarahan kepada musuh Islam dan musuh keinsanan. Negara Muslim yang kuat membantu negara Muslim yang lemah. Muslim lama membantu muslim muallaf. Muslim minoriti berkongsi pengalaman dengan muslim majoriti di negara masing-masing. Bagi saya, inilah manfaat duniawi yang terbesar sepatutnya dicari oleh para hujjaj semasa musim haji.

Dalam masa yang sama, umat Islam juga diminta untuk memperbanyakkan bacaan takbir sebagai tanda kita berzikir dan mengagungkan Allah SWT sejajar dengan ayat di atas. Bertakbir adalah amat dituntut daripada bermulanya malam 10 Zulhijjah sehinggalah hari tasyriq pada 13 Zulhijjah.

7. Digalakkan Menunaikan Ibadah Kurban

Di dalam surah al-Hajj ayat 28 di atas, Allah turut menggalakkan umat Islam yang mampu untuk menunaikan ibadah qurban. Mengikut jumhur, hukumnya adalah sunat muakkadah bagi yang mampu.

Sementara Imam Abu Hanifah pula menyatakan hukumnya adalah wajib.

Apa yang pasti, tujuan utama menunaikan ibadah qurban bukannya semata-mata untuk mempersembahkan darah atau daging haiwan sembelihan tersebut kepada Allah, akan tetapi untuk umat Islam mengejar ketaqwaan di sisi-Nya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 37:

"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."

8. Wujudkan Rasa Kebersamaan Antara Orang Yang Pergi Haji Dengan Yang Tidak Pergi Haji

Orang yang menunaikan ibadah qurban sebenarnya turut menyertai pesta ibadah haji. Dengan sebab itulah ada beberapa larangan kepada para hujjaj yang turut dikongsi sama dengan mereka yang berniat untuk menunaikan ibadah qurban, seperti larangan bercukur dan memotong kuku kepada para hujjaj yang sedang berihram yang turut sama dikongsi larangan tersebut kepada umat Islam yang bukan menunaikan haji tetapi ingin melaksanakan ibadah qurban. Sabda nabi Muhammad seperti di dalam riwayat Muslim:

"Sekiranya masuk sepuluh hari Zulhijjah, dan antara kamu ada yang ingin menyembelih kurban, maka janganlah menggunting/cukur rambut atau memotong kukunya (sehinggalah haiwan tersebut disembelih)."

Selain itu, ketika para hujjaj mengulangi talbiah sebagai simbolik kejayaan mereka menyahut seruan Allah dan juga mengagungkanNya, umat Islam yang lain di seluruh dunia turut digalakkan mengulangi takbir sehinggalah ke hari terakhir haji pada 13 Zulhijjah. Justeru, wujudlah rasa kebersamaan.

Kesimpulan

1. Marilah kita bersama-sama menyediakan persiapan perasaan untuk menyambut ketibaan Zulhijjah dengan penuh rasa rindu dan bersyukur. Malam ini, telah masuk bulan Zulhijjah, maka rebutlah peluang yang ditawarkan oleh Allah kepada kita sepanjang 10 hari pertamanya.

2. Bagi yang masih belum mampu pergi haji, jadikanlah ketibaan Zulhijjah sebagai penanam azam dan tekad kita mengejar kemampuan melunaskan rukun Islam kelima tersebut.

3. Bagi muslim yang tidak pergi haji pada musim ini, wujudkanlah rasa kebersamaan dengan rakan-rakan jemaah haji. Selain seperti yang disebut di atas, anda boleh turut menonton siaran langsung daripada Islam Channel para hujjaj melaksanakan ibadah agung tersebut. Suatu masa dahulu, ramai salafussoleh yang tidak mampu ke Mekkah akan berhimpun di al-Masjid al-Aqsa atau di masjid tempatan mereka semasa hari wuquf, sambil berzikir mengingati Allah SWT. Siaran televisyen tempatan di Malaysia juga banyak memaparkan mengenai liputan dan dokumentari haji, tontonilah, agar timbul rasa rindu, keinginan dan kesedaran untuk menyambut seruan Ilahi.
KOMENTAR :
BERSAMA MENUJU KE ARAH KESEMPURNAAN IBADAH!

SEKOLAH VERNAKULAR IGAUAN MIMPI NGERI GENERASI MASA HADAPAN!

Antara tujuan utama kewujudan Laporan Razak pada 1956 adalah menyediakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu, menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan serta mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif.

Sebaik-baik sahaja negara mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa itu menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Akta Pelajaran 1961 sebenarnya tidak begitu jelas dan tidak bertulis. Yang kita dapati hanyalah untuk menyatukan kaum di Malaysia selari dengan masyarakat yang berbilang kaum. Ini dapat dilihat dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan mengikut Laporan Razak yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961:

“Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” (Penyata Razak, Perenggan 12)

Manakala Akta Pendidikan 1996 yang merupakan sinambungan daripada Akta Pelajaran 1961, dengan jelas memberitahu kita bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara.

Apabila Mukhriz Mahathir mencadangkan agar sekolah-sekolah vernakular ditutup, sememangnya dia bukanlah orang yang pertama. Bagaimanapun, isu tentang sekolah-sekolah vernakular TIDAK BOLEH DISENTUH dalam keadaan biasa kerana ia akan dianggap sebagai cubaan memecahbelahkan perpaduan di negara ini. Itulah pendapat para pemimpin berbangsa Cina dan India. Namun, tanggapan mereka terhadap sekolah-sekolah vernakular Melayu seperti sekolah agama dan sekolah pondok, tidak pula dianggap sebagai ancaman kepada perpaduan.

Cadangkanlah apa-apa pun untuk perpaduan dan menyatukan sistem pendidikan, pastinya ditentang keras oleh pemimpin Cina dan India yang bersatu tanpa mengira fahaman parti politik. Sekolah Wawasan tetap tidak dapat dijayakan kerana keengganan mereka untuk membubarkan Sekolah Aliran Cina dan Sekolah Aliran Tamil dengan alasan sekolah-sekolah vernakular berkenaan dibiayai oleh persatuan-persatuan kaum berkenaan. Namun akhirnya, yang menjadi pendana sebenar sekolah-sekolah vernakular tersebut adalah Kementerian Pelajaran.

Hanya beralasankan menjaga adat budaya pendidikan tradisional, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dalam dunia ini yang membenarkan pembelajaran vernakular yang terpisah daripada Akta Pendidikannya sendiri. Seolah-olah akta pendidikan terutama yang membabitkan Bahasa Kebangsaan sebagai teras, mempunyai ‘kembar’ yang bertentangan sifatnya. Laporan Razak 1956, Laporan Rahman 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996, kesemuanya menggariskan Bahasa Kebangsaan sebagai medium untuk perpaduan.

Pihak pengurusan sekolah vernakular Cina telah menjadikan penempatan guru-guru Melayu di sekolah mereka sebagai isu kerana dibimbangi masa hadapan Bahasa Mandarin akan suram, kononnya. Sebaliknya pihak pengurusan sekolah vernakular Cina mendesak agar guru-guru dari kalangan kaum Cina mengambilalih penempatan tersebut meskipun kebanyakan daripada mereka lemah dalam penguasaan Bahasa Kebangsaan.

Walau apa pun alasan yang mereka berikan, sebenarnya kewujudan sekolah-sekolah vernakular itulah yang terus-terusan merenggangkan hubungan antara kaum. Kalau dari kecil lagi, setiap rakyat di Malaysia telah dipisahkan oleh pendidikan yang berasaskan perkauman, bagaimana apabila mereka sudah dewasa nanti, mereka dapat menyuburkan konsep perpaduan dan keharmonian seperti yang terukir dalam Falsafah Pendidikan Negara?

Penutupan sekolah pelbagai aliran, akan memberi ruang yang lebih luas kepada sekolah kebangsaan sedia ada untuk membawa aspirasi perpaduan. Pelajar-pelajar daripada semua kaum akan belajar di bawah sistem satu sekolah. Ini bukan sahaja akan membolehkan mereka belajar menerusi sukatan pelajaran yang sama, malah turut memberikan pendedahan awal untuk mereka hidup dalam persekitaran kepelbagaiaan kaum sekaligus membolehkan mereka mengadaptasi segala permasalahan yang timbul serta mencapai persefahaman seawal peringkat sekolah rendah lagi.

Para pemimpin yang mewakili kaum masing-masing seharusnya gusar dengan perkembangan yang berlaku sekarang ini. Malah ia tidak seharusnya hanya melibatkan pemimpin-pemimpin politik semata-mata, sebaliknya turut melibatkan pemimpin dari lapangan ekonomi dan sosial.

Malaysia seharusnya meneladani negara-negara lain, khususnya negara-negara maju untuk menangani masalah ini. Satu tindakan tegas bagi mempertingkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan, wajar dilakukan terutama dengan penghapusan sekolah-sekolah vernakular ini.

Kebimbangan tentang Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil tidak sepatutnya wujud kerana kedua-dua bahasa tersebut, boleh diajar di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah. Malah kedua-dua matapelajaran tersebut boleh diwajibkan kepada semua pelajar, seandainya benar para pemimpin bukan Melayu benar-benar ikhlas untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman kaum.

Hakikatnya, masalah ini sebenarnya tidaklah serumit seperti yang digambarkan oleh para pemimpin bukan Melayu. Ia boleh diselesaikan dengan baik. Malah rungutan serta tanggapan bahawa sistem pelajaran nasional bernilai rendah, boleh diatasi dengan adaptasi daripada sistem sekolah-sekolah vernakular, khususnya dalam pembelajaran matematik.

Persoalannya hanyalah, adakah para pemimpin bukan Melayu yang terus mempertahankan sekolah-sekolah vernakular sebenarnya cukup ikhlas dengan matlamat Falsafah Pendidikan Nasional terutama sekali yang melibatkan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 yang cuba mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sebagai medium perpaduan?

Sampai bila sebenarnya rakyat negara ini benar-benar menjadi rakyat Malaysia, bukannya orang Cina Malaysia dan orang India Malaysia? Cakap tentang Malaysian first, Chinese/Tamilese second, sebenarnya hanyalah retorik yang tidak berkesudahan kerana pemimpin-pemimpin yang menekankan konsep berkenaan sebenarnya bercakap Bahasa Kebangsaan pun lintang-pukang.

KOMENTAR ABT :
~percayalah selagi mana wujudnya SJKC,SJKT ini maka perpaduan antara kaum di Malaysia masih ibarat telur di hujung tanduk...bila2 masa sahaja ianya akan jatuh dan pecah Ketika itu janganlah ada lagi yang menyalahkan sesama sendiri kerana semua akan tahu bahawa ianyaa wujud kerana masalah yang ada di hadapan mata sengaja ditutup rapat2 dan masalah di sebelah telinga sengaja dipekakkan!!! Ayuh pemimpin-pemimpin sekalian jangan menggadai masa hadapan anak bangsamu!

YAYASAN SELANGOR ???

Anda tahu apa itu Yayasan Selangor?

Secara ringkasnya, Yayasan Selangor ditubuhkan untuk memberi peluang dan kemudahan pelajaran, biasiswa dan latihan untuk warganegara Malaysia dan rakyat Selangor khasnya.

Dari segi sejarahnya, yayasan ini wujud hasil daripada keinsafan beberapa cendikiawan yang menyedari bahawa bilangan pelajar bumiputra sangat berkurangan di sekolah-sekolah menengah yang baik dan terbesar di bandar seperti Kuala Lumpur.

Bilangan pelajar bumiputra dalam jurusan sains dan matematik sangat ketara jauh ketinggalan dengan kaum-kaum yang lain.



Menyedari hakikat ini. sekumpulan cendikiawan telah mengesyorkan kepada kerajaan Negeri Selangor supaya langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ketinggalan tersebut daripada berlanjutan.

Kelemahan dan kekurangan yang terdapat di kalangan pelajar-pelajar bumiputra perlu dibaiki segera.

Lalu mereka mencadangkan Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah badan pendidikan yang berasingan yang boleh mengeluarkan perbelanjaan dan memberi bantuan supaya lebih ramai anak-anak bumiputra terutamanya dari luar Bandar, memperolehi peluang yang sama menikmati kemudahan-kemudahan pendidikan yang hanya didapati di sekolah-sekolah yang besar di Kuala Lumpur.

Hasil kerjasama Kementerian Pelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia) maka satu rancangan telah dibuat di mana pelajar-pelajar yang baik prestasinya diperingkat awal prasekolah menengah, dipilih dan diserapkan ke sekolah-sekolah yang besar di Kuala Lumpur di bawah Dasar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor.

Dipendekkan cerita, pada 5 November lalu, yayasan ini menyambut ulangtahun penubuhannya lalu menjemput Sultan Selangor ke majlis makan malam anjuran mereka.

Pada mulanya baginda berkenan berangkat ke majlis tersebut atas dasar Yayasan Selangor merupakan badan kebajikan kerajaan negeri yang bertanggungjawab memantapkan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan luar bandar di Selangor.

Baginda percaya keberangkatan ke majlis tersebut dapat menyuntik semangat warga kerja Yayasan Selangor dan juga menghargai jasa mereka dalam membantu meningkatkan pendidikan anak-anak yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.

Selain itu, baginda juga berharap dapat bermesra dengan anak-anak di bawah kelolaan Yayasan Selangor dan memberi motivasi agar mereka dapat belajar dengan lebih gigih

Namun baginda terkejut dan amat dukacita apabila dimaklumkan sambutan berkenaan yang turut melibatkan makan tengah hari di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur akan melibatkan perbelanjaan lebih daripada RM300,000 yang disifatkan sebagai pembaziran dan tidak berfaedah.

Akhirnya baginda membatalkan lawatannya ke sana.

Saya sebagai rakyat Selangor, menyokong keputusan baginda. Bagi saya ini adalah satu 'signal' atau isyarat kepada pengurusan yayasan tersebut agar menghentikan amalan boros mereka yang lebih mementingkan prestij daripada memenuhi tuntutan penubuhan yayasan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Pengurus Besar Yayasan Selangor telah 'mencipta kontroversi' apabila dikatakan memperoleh dua kenderaan untuk kegunaannya iaitu Toyota Camry dan Toyota Fortuner.

Saya difahamkan yang Camry itu untuk kegunaan rasmi dan kenderaan utiliti sukan (SUV) adalah untuk kegunaan dengan kedudukannya sebagai pengurus besar.

Ini betul-betul gila!

Bagi saya, sebelum dia membuat lebih banyak 'kerosakan' pada Yayasan Selangor, eloklah pengurus besarnya itu melepaskan jawatan tersebut secepat mungkin.

Ingatlah, duit Yayasan Selangor tu duit rakyat, bukan duit mak bapak dia!

Dan Tuanku Sultan pun 'tak lapar' duit atau layanan berlebihan daripada siapa-siapa, apatah lagi jika ianya datang dari pertubuhan seperti Yayasan Selangor.

Mungkin pengurus besar itu ingat dia boleh dapat title Datuk dari Sultan Selangor agaknya...maaf, dia salah orang!

Oleh JEFRI ZACHARIAH Malaysia Instinct

KOMENTAR ABT :
~ABT sangat mengharapkan andai siapa sahaja yang memerintah kerajaan negeri Selangor ini janganlah sesekali anda meggadai nasib dan masa depan pelajaran anak2 bangsa!!!

14 November 2010

PEMBAZIRAN RM800000 ... ludah kelangit kerajaan PAKATAN RAKYAT!!!

BN Selangor hari ini bimbang mengenai mengenai masa depan generasi muda di negeri ini berikutan pembaziran dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pengurusan institusi pengajian milik kerajaan negeri itu, kata Timbalan Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Noh Omar.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur Isnin ini selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk majlis itu.

Noh berkata Yayasan Selangor ditubuhkan BN bagi menjaga kebajikan anak-anak luar bandar dan ia telah berjaya menghasilkan ribuan anak Selangor yang berjaya di dalam pelajaran.

"Apabila pentadbiran baru mengambil alih, cara mereka tadbir Selangor tidak pentingkan pendidikan rakyat Selangor," katanya.

Beliau mempersoalkan pembaziran dalam penganjuran majlis itu yang didakwa bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Sebelum ini, Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

Ilham berkata Yayasan Selangor terpaksa menyewa tiga khemah besar selain belanja hiasan, kad jemputan, gimik persembahan dan sistem siar raya.

Bagaimanapun, Noh berkata jika kos sewa khemah besar itu mahal, banyak lagi dewan-dewan milik kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang boleh digunakan.

Pembaziran yang dilakukan oleh Yayasan Selangor di dalam aktiviti-aktivitinya cukup banyak dan Noh mendakwa BN mempunyai bukti.

Beliau berkata ini menunjukkan perbelanjaan besar yang dikeluarkan oleh Yayasan Selangor tidak memberi faedah kepada rakyat negeri ini.

"Umno Selangor melihat bukan sahaja Yayasan Selangor menuju kehancuran tetapi masa hadapan generasi muda juga menuju kehancuran kerana kerajaan Selangor tidak prihatin kepada pembangunan pendidikan Selangor.

"Unisel (Universiti Industri Selangor) kita nak tunggu, saya dapat maklumat ini juga akan menuju kehancuran kerana kos tidak langsung pengurusan menghadapi masalah," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian Industri Asas Tani berkata beliau bersedia untuk berhadapan dengan semua Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menjawab segala pertanyaan mengenai program pembangunan pertanian termasuk isu masalah padi angin yang dikatakan antara punca hasil tuaian padi menurun.

Beliau berkata adalah tidak adil kerana isu itu dibangkitkan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas dan beliau sebagai Menteri Pertanian tidak dapat menjawabnya kerana platformnya berlainan.

komen ABT : ini lah dia dinamakan apabila mereka yang sibuk mencananang satu dunia kata mereka bersih dan sebagainya akhirnya bila ALLAH nak tunjuk habis bersepai muka. Bak kata pepatah LUDAH kel langit terjatuh ke muka sendiri

Selamat Datang Ahlan Wasahlan ke ALIF~BA~TA

Selamat datang ahlan wasahlan wamarhaban bikum fi ALIF BA TA blog. Untuk pengetahuan anda semua blog ini akan menampilkan pelbagai isu2 semasa negara dan dunia amnya. Blog ini juga akan menjadi satu wadah dalam menonjolkan MAHASISWA PRIHATIN DAN PEDULI dalam apa jua perkara yang berlaku di dalam dan luar negara. HMMM...mesti anda tertanya apa kah itu ALIF BA TA ??? ALIFF-Agama BA-bangsa Ta-Tanah air. Secara signifikannya insyaALLAH BLOG ini akan mengupas segala permasalahan dalam tiga perkara tersebut. AGAMA,BANGSA DAN TANAH AIR. insyaALLAH ana minta agar rakan2 dan teman2 dapat mengikuti blog ini dari semasa ke semasa demi kemaslahatan MAHASISWA PRIHATIN DAN PEDULI !!! ingatlah memang TUGAS MAHASISWA untuk belajar,belajar dan belajar namun perlu diambilperhatian semua MAHASISWA perlu dan tidak keterlaluan andai ana katakan WAJIB untuk kita semua mengambil tahu tentang segala permasalahan,isu dalam dan luar negara demi menunjukkan kita PEDULI DAN PRIHATIN. semoga MAHASISWA Negara menjadi mahasiswa yang terbaik dari kalangan yang terbaik... ~P/S: AKAN menggunakan singkatan ABT untuk next post!!!

KINI BERMULA SATU LAGI PERJUANGAN ALIF BA TA

Walaupun ana kini berada di rumah namun sebenarnya masih belum selesai lagi perjuangan ini. Kini bermulanya perjuangan ana dalam melahirkan pemikiran kritis bagi diri ana sendiri dan teman2 serta seluruh MAHASISWA amnya...kini ana akan berusaha dalam meng update blog ALIF BA TA ini dan mengupas pelbagai isu2 semasa negara. InsyaALLAH dengan sokongan daripada anda semua blog ini akan terus berkekalan.

alhamdulillah...selesai!!!

Syukur alhamdulillah akhirnya ana berjaya mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang 3 minggu bertempur dengan peperiksaan akhir sem 1 ini. Kini ana berada di rumah yang tercinta bersama keluarga. Tamat sahaja peperiksaan pada minggu lalu ana mengambil kesemptan untuk berjalan2 dengan teman2 ana di sana. Jalan punya jalan sampai ke PD tak sedar bermalam di TELOK KEMANG...overnight tersebut ok la best tapi habis sakit2 satu badan. Pagi tu mandimanda di telok kemang. terima kasih kawan-kawanku. semoga berjumpa lagi di sem depan...