ALIF BA TA

ALIF BA TA

31 March 2011

UTUSAN CERITA KEBAIKAN PAS

"Memorandum diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo” Lo” Mohd Ghazali bagi pihak penghuni terbabit di pejabat Nazri di bangunan Parlimen."

i. Agak-agak, petikan berita di atas, kawan petik dari portal mana? Harakahdaily? Malaysiakini? Agendadaily? CNN? AFP? Thestaronline.com? 

ii. Petikan berita di atas adalah berkaitan dengan rayuan penduduk kuarters jalan cochrane supaya menangguhkan sementara perpindahan mereka. Maka, ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS telah menyerahkan satu memorundum rayuan kepada DS Nazri Aziz untuk disampaikan kepada PM DS Najib.

iii. Cuba bayangkan, masalah rakyat yang dibawa oleh parti PAS dijadikan 'snap' news oleh portal berita yang pro kerajaan. macam tak logik kan? tapi itu lah kenyataan nya, berita diatas adalah dipetik dari portal berita utusanonline.com.my (Klik SINI

iv. Sekurangnya, UTUSAN bukan tak nampak langsung kebaikan yg ada dalam ahli parlimen PAS. tapi, cuba bayangkan portal berita pro-pembangkang yg siar kan? erm.. mmg jadi tsunami lah kat Malaysia ni. Apa yang mereka nampak semua nya buruk.. langsung tak ada sekelumit kebaikkan dari parti BN ni. 

v. Tahniah kepada UTUSAN atas penyiaran berita tentang aktiviti masyarakat oleh ahli parlimen Titiwangsa ni. 

APRIL FOOL... HARI KEJAYAAN MEREKA TERHADAP ISLAM !!!

Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar.
Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.
Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.
Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.
Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.”
Surah Al-Hujurat: 48
Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine’s Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.
Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.
Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.
Fikirkan dan renung-renungkanlah……..
Disediakan oleh,
Bahagian Dakwah,
Jabatan Agama Islam Selangor

GEREJA NEGARA vs MASJID NEGARA huhuhuhu~ tahniah!!!!


DARI BLOG MASJID JAMEK SAAD BIN ABI WAQQAS
LIHATLAH!! Tesergam indah pembinaan Gereja yang sedang dalam proses pembinaan di sekitar Negeri Selangor. Alangkah bertuahnya umat Kristian di Malaysia menikmati Rumah Ibadah sedemikian rupa. Salah siapa? Adakah ianya dibenarkan di dalam kriteria sesebuah Negeri yang penganutnya majoriti beragama Islam? Harus? Sunat? Ataupun Haram?

Bukan itu persoalannya. Hukum kadangkala akan memakan diri kedaulatan sesebuah Agama. Akan tetapi, inilah hasilnya apabila umat Islam yang diberikan pendidikan bertaraf dunia telah dicemari dengan mentaliti dan pemikiran Barat sehingga lupa akan Jihad memperkuat dan memperkukuhkan agama Islam.

Islam menerima Agama2 lain sebagai sahabat kita. Islam menerima Agama lain sebagai perkongsian kuasa. Malah kini, Islam menerima Agama lain sebagai saudara. Adakah selepas ini Islam menerima Agama lain sebagai Penganut Utama di Negara kita?FIKIRKANLAH!! Tidak kira siapa kita. Di mana kedudukan kita. Berapa umur kita. Ini adalah perkara yang amat serius untuk diambilkira. TOLONGLAH UMAT ISLAM!! Jangan biarkan kita dijajah Agama.

INTERLOK LAGI : MEREKA SEMAKIN BERANI,KINI CINA PUNYA TURN PULAKK

MEREKA SEMAKIN BERANI~


KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu 'paria' dalam novel Interlok, kini timbul pula kontroversi terbaru melibatkan dakwaan isu pendatang dan ketuanan Melayu dalam karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.

Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," dakwa Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean, lapor Malaysiakini.

Pada sidang media di sini, Rabu, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).

Cheng turut mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang dikatakan ejen "pembasuhan minda" dan mempromosikan perkauman serta perpecahan.

"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.

"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.

"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah," ujarnya.

Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok.

Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.

Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.

"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.

Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".

"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.

28 March 2011

MELAYU OH MELAYU ! VERSI LAGU BANGAU OH BANGAU...

TABIT DATUK ANAK CUCU TUMPANG LALU
MELAYU OH,MELAYU,MENGAPA ENKAU TAK MAJU ?
MACAMANA,AKU TAK MAJU,AKU TAK BERILMU.
MELAYU OH,MELAYU,MENGAPA ENKAU TAK BERILMU ?
MACAMANA AKU KURANG ILMU,AKU SEKOLAH BAHASA MELAYU
MELAYU OH,MELAYU,APA SALAH SEKOLAH BAHASA MELAYU ?
SEKOLAH BAHASA MELAYU,TIDAK ADA ASAS ILMU SAINS,TEKNOLOGY,ILMU DUINA.JADI KENA TERJEMAHKAN BAHASA MALAYSIA.
JADI AKU KENA BELAJAR YG SENANG JADI SUSAH.
MEREKA ANGKUR DENGAN BAHASA IBUDA,BAHASA MELAYU.
SEDANGKAN ILMU SAINS & TEKNOLOGY ASAS DARI BARAT.
BUKAN AKU NAK MENGENEPIKAN BAHASA BONDAKU.
MAKBAPA AKU,TAK BOLIH BAHASA ENGLISH,
PEMIMPIN AKU PUN BANYAK YANG TAK BERILMU ENGLISH,ITU SEBABLAH,
AKU LAMBAT MAJU.
MELAYU OH,MELAYU,KENAPA KAU TAK MAJU ?
MACAMANA AKU TAK MAJU,AKU SUKA SALAHKAN ORANG LAIN.
BERDOA TANPA IKHTIAR YG BERSUNGGUHAN.
ILMU LAH PUNCA KELEMAHAN ORANG MELAYU.
BILA TAK BERILMU,SESAORANG ITU SEPERTI ORANG BUTA,YG TIDAK ADA HALUAN JALAN.TIDAK ADA PEDOMAN,TIDAK ADA VISI,TIDAK TERSUSUN PERJUANGANNYA.TAPI TAK APA,AKU TANYA SI BAGAU.
BAGAU OH BAGAU,MENGAPA DENGAN SI MELAYU ?
ENTAHLAH AKU PUN TAK TAHU,POKOKNYA SURUH MELAYU
TEPUK DADA TANYA SELERA.HIDUP MESTI BERDIKARI,
MESTI BERANI TEMPUH SUSAH,BARU DAPAT SENANG.
JANGAN SALAHKAN PEMIMPIN,KERAJAAN ,SALAHKAN DIRI SENDIRI.
JANGAN LIHAT SALAH ORANG,LIHAT SALAH SENDIRI.
ORANG MELAYU KURANG LIHAT CERMIN,
UNTUK MENYEDARI KELEMAHAN SENDIRI.
OK,LAH BAGAU NAK TIDUR SEKARANG.BYE

MELAYU ???

Memahami Beberapa Istilah Yang Ada Perkataan MELAYU

Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut mengenai persoalan kemelayuan yang lain, adalah lebih "afdal" jika kita mengenali dan memahami terlebih dahulu beberapa istilah yang terdapat perkataan MELAYU yang seringkali kita akan bertemu dalam bahan-bahan bacaan harian agar kita semua tidak terkeliru dan salah anggap mengenainya.
1. Rumpun Melayu = Adalah sekelompok besar manusia yang menjadi pribumi di kawasan Nusantara ini yang mempunyai beberapa ciri KEBERSAMAAN terutamanya dari segi fizikal, genetik dan linguistik. Pakar etnologi dan juga pakar linguistik mengklasifikasikan golongan ini sebagai Malayo-Polinesian. Juga dikenali sebagai Rumpun Nusantara (seringkali digunakan oleh pihak Indonesia). Kewujudan Rumpun Melayu di Nusantara ini dapat didasarkan kepada dua teori migrasi manusia ke kawasan Nusantara ini iaitu Teori Yunnan (3 Gelombang Migrasi Melayu seperti Melayu Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro) dan Teori Nusantara. Dalam Rumpun Melayu, terdapat pelbagai suku (etnik) mengikut variasi dialek pertuturan, adat-budaya dan tempat asal mereka bermastautin, contohnya seperti orang Jawa, Aceh, Banjar, Bugis, Kelantan-Patani (orang Jawi), Champa dan sebagainya. Secara metafora, kelompok besar manusia ini boleh juga dirujuk dengan panggilan Umat Melayu.
2. Kepulauan Melayu = Adalah satu istilah yang mula digunakan secara meluas ketika zaman Empayar Melayu Melaka yang merujuk kepada satu kawasan kepulauan yang terbesar di dunia yang kini termasuk dalam rantau Asia Tenggara. Juga digelar sebagai "Malay Archipelago" dalam Bahasa Inggeris. Orang Jawa pada zaman Empayar Majapahit menamakan rantau kepulauan ini sebagai "Nusantara" (Jawa = Nusantoro). Pedagang Arab di zaman silam pula menamakan rantau ini sebagai "Jaza Ir Jawa" (tempat orang-orang Jawa), kerana mereka mula mengenali rantau ini ketika rantau ini berada dalam kekuasaan Empayar Majapahit yang dipelopori oleh majoriti suku Jawa. Claudius Ptolemaeus (Ptolemy), seorang ahli matematik, geografi, astronomi dan astrologi berbangsa Romawi yang lahir di Iskandariah, Mesir pada tahun 90 Masihi telah merujuk Semenanjung Tanah Melayu dengan panggilan "Aurea Chersonesus", yang merupakan indikasi akan kewujudan satu dataran di Kepulauan Melayu ini sejak zaman dahulu kala lagi. Secara metafora, kawasan kepulauan ini juga boleh disebut sebagai Alam Melayu atau Dunia Melayu.
3. Suku Melayu = Merupakan salah satu suku (etnik) dalam Rumpun Melayu yang bertebaran di serata Kepulauan Melayu ini sehingga mereka membentuk kerajaan di pelbagai tempat terutamanya di sekitar persisiran pantai kerana budaya golongan ini yang suka berdagang dan mahir dalam pembuatan transportasi air (kapal dan sampan). Suku Melayu merupakan di antara beratus-ratus suku dalam Rumpun Melayu yang wujud di negara Indonesia pada hari ini. Suku Melayu di Indonesia dapat dikenali melalui tempat mereka bermastautin atau pernah mewujudkan kerajaan di zaman silam. Antara yang terkenal ialah Suku Melayu Riau, Suku Melayu Jambi, Suku Melayu Betawi dan lain-lain. Suku Melayu di Indonesia diklasifikasikan mengikut beberapa ciri KEBERSAMAAN termasuk dari segi bahasa pertuturan, adat dan budaya. Untuk keterangan lanjut mengenai Suku Melayu di Nusantara, sila lawat http://www.melayuislam.com/

4. Melayu di Malaysia = Berbeza dengan takrifan istilah Suku Melayu yang hanya eksklusif kepada satu golongan manusia di negara Indonesia dan Nusantara secara umumnya, definisi MELAYU dalam negara Malaysia bersifat lebih universal kerana beberapa faktor, terutamanya atas kepentingan agama Islam dan keperluan politik. Definisi MELAYU di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan perkara 160(2) telah ditetapkan atas beberapa ciri KEBERSAMAAN yang wujud terutamanya BERAGAMA ISLAM. Ia tidak sesekali merujuk kepada ciri genetik atau fizikal seperti tafsiran ahli etnologi. Definisi sedemikian telah dibuat agar MELAYU itu sendiri di Malaysia tidak mudah terpisah dari perihal ISLAM. Ini bukan bermakna semua unsur-unsur kemelayuan itu adalah Islamik dari asalnya, tetapi sebaliknya, iaitu semua unsur-unsur Islam itu termasuk dalam perihal kemelayuan di Malaysia. Ini supaya segala unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam tidak sepatutnya dijadikan tonggak kemelayuan seperti ketika zaman sebelum kedatangan Islam di rantau ini. Ia juga merupakan suatu gelaran kepada majoriti orang Islam di Malaysia sama seperti gelaran "Bosniak" yang merujuk kepada golongan Muslim di kawasan Balkan, atau gelaran "Saracean" yang merujuk kepada golongan Muslim di bawah Salahuddin Al-Ayyubi. Yang penting ialah BERAGAMA ISLAM atau MUSLIM. Apa-apa gelaran itu, tidak kira namanya apa pun, hanyalah suatu perkataan untuk rujukan, begitulah juga definisi Melayu di Malaysia ini yang merujuk kepada majoriti Muslim di negara ini. Walaupun begitu, kepelbagaian orang Melayu di Malaysia masih boleh dirujuk berdasarkan asal-usul suku dalam Rumpun Melayu contohnya seperti Melayu Jawa, Melayu Bugis, Melayu Kelantan-Patani, Melayu Minang, Melayu Acheh dan lain-lain. Ia juga boleh dirujuk berdasarkan negeri di Malaysia seperti Melayu Negeri Sembilan, Melayu Terengganu, Melayu Kedah dan lain-lain. Dan yang paling fleksibel sekali, Melayu di Malaysia dapat dirujuk berdasarkan perkaitan atau kacukan dengan bangsa lain selagi mereka itu BERAGAMA ISLAM, contohnya seperti Melayu-Turki, Melayu-Inggeris, Melayu-Arab, Melayu-India (mamak), Melayu-Cina dan lain-lain.

KEMELAYUAN ITU TIDAK SAMA DENGAN ASSOBIYAH

Kemelayuan TIDAK SAMA dengan Assobiyyah!

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri"
(Surah Ar-Ra'd ayat 11).
Contoh ayat dari Al-Quran yang mengakui hakikat kewujudan KAUM/BANGSA serta pentingnya usaha dari sesuatu KAUM/BANGSA itu mengubah nasib mereka sendiri.
Sudah sekian lama polemik berkenaan isu kemelayuan ini menjadi dilema kepada umat Melayu-Islam di Malaysia, malah ia dikelirukan lagi oleh permainan politik golongan-golongan tertentu yang kononnya menganggap kemelayuan itu adalah bertentangan dengan Islam atau bersifat tidak universal dalam realiti masyarakat majmuk di negara ini. Maka artikel kali ini akan memberi sedikit maklumat untuk semua pihak agar dapat menyelami sendiri akan erti sebenar kemelayuan itu tanpa dipengaruhi oleh dendam politik atau pun fitnah dari pihak harbi.
A) Memahami Perbezaan Maksud Istilah-Istilah yang Bersangkutan
--------------------------------------------------------------------

Sebelum kita membicarakan di mana letaknya erti sebenar kemelayuan itu, adalah lebih "afdal" jika kita terlebih dahulu menghayati maksud ringkas beberapa istilah yang berkaitan dengan konsep kenegaraan dan bangsa.
1) NASIONALISME = adalah istilah ciptaan barat yang bermaksud KEBANGSAAN, iaitu suatu semangat cintakan segala hal-hal yang berkaitan identiti bangsa. Dalam Islam, semangat kebangsaan ini wujud melalui batas-batas tertentu sebagai permulaan untuk pembentukan ummah secara universal. Hanya definisi dari barat ini sahaja yang telah memisahkan perkaitan KEBANGSAAN ini tadi dengan pengaruh agama, lantas mewujudkan NASIONALISME SEKULAR seperti yang diamalkan di negara Turki kini. Manakala di kalangan mereka yang memperjuangkan agama Islam pula, NASIONALISME keseluruhannya telah dianggap sebagai sekular akibat salah faham yang dicetuskan oleh provokasi barat terhadap maksud sebenar istilah tersebut. Pada asalnya konsep NASIONALISME ini wujud dalam Islam, berdasarkan beberapa fakta yang akan saya utarakan dalam artikel yang seterusnya, insyaallah.
2) PATRIOTISME = merupakan semangat cintakan negara. Ia berbeza sedikit dari maksud NASIONALISME kerana ia tidak berkaitan dengan mana-mana bangsa dalam menunjukkan rasa sayang kepada sesebuah negara itu. Seperti beberapa istilah dari barat yang lain, PATRIOTISME juga telah dipisahkan dari faktor agama supaya ia kelihatan sekular dan dianggap tidak pernah wujud dalam ajaran Islam. Walhal, semangat kesetiaan seseorang warganegara terhadap Tanah Airnya itu amat dianjurkan dalam Islam, hatta sehingga digalakkan mengorbankan diri dalam mempertahankan negara terutamanya dari dicerobohi musuh Islam yang mengancam hak (yang dilindungi Islam).
3) RASIALISME = jangan dikelirukan dengan maksud rasisme (perkauman)! RASIALISME bermaksud kepercayaan akan realiti wujudnya pelbagai kategori BANGSA/KAUM sebagai fitrah kejadian manusia. Dalam Islam, kejadian bangsa itu merupakan fitrah semulajadi umat manusia. Wujudnya keunikan yang tersendiri daripada sesuatu bangsa adalah bertujuan agar manusia ini saling melengkapi antara satu sama lain, bukan untuk diMANSUHkan ciptaan pelbagai bangsa/kaum ini agar menjadi satu (sama semua) seperti usaha pihak Zionisme Antarabangsa melalui agenda NEW WORLD ORDER yang bertujuan memperhambakan semua umat manusia yang bukan Yahudi. Kewujudan parti-parti politik di Malaysia yang berdasarkan kebajikan kaum-kaum tertentu adalah menepati realiti RASIALISME ini. Pada zaman Perang Salib, pasukan tentera Salahuddin Al-Ayyubi juga disusun mengikut kumpulan kaum masing-masing, walhal mereka semua itu beragama Islam. Ini membuktikan bahawa RASIALISME adalah sesuatu yang fitrah dan adalah normal untuk mana-mana manusia itu cenderung ke arah identiti manusia yang sama sifatnya.
4) ASSOBIYYAH = merupakan subset kepada PERKAUMAN (RASISME), kerana jika diteliti dari sudut sejarah (Sirah An-Nabawiyyah), maksud sebenar ASSOBIYYAH ini lebih menjurus kepada perpecahan yang berlaku DALAM sesuatu bangsa yang sama, bukan ANTARA sesuatu bangsa tersebut dengan bangsa yang lain yang seperti ditakrifkan oleh sifat PERKAUMAN (RASISME) secara umumnya. ASSOBIYYAH merupakan satu semangat kekitaan jumud yang berdasarkan KABILAH atau KELUARGA dalam sesuatu bangsa yang sama. Takrifan ASSOBIYYAH dalam bahasa Inggeris ialah CHAUVINISM. Semangat ASSOBIYYAH inilah yang menjadi halangan kepada penyatuan sesuatu bangsa itu kerana berlaku ketidakadilan akibat bias terhadap KABILAH (KELUARGA) yang tertentu. Sistem kasta (Hindu) merupakan salah satu contoh semangat ASSOBIYYAH yang berlaku dalam satu bangsa yang sama. Persoalannya kini adakah ASSOBIYYAH ini benar-benar wujud dalam masyarakat Melayu sehingga boleh mencetuskan pertumpahan darah seperti di Pakistan atau di Afghanistan akibat perbezaan KABILAH (KELUARGA)?
B) Di Manakah Letaknya KEMELAYUAN itu?
-----------------------------------------------------------------

Seperti yang sudah dijelaskan dalam artikel saya sebelum ini berkenaan definisi MELAYU dalam negara Malaysia yang bersifat universal itu, KEMELAYUAN merupakan manifestasi kepada definisi MELAYU tersebut. Ia merupakan suatu jiwa atau semangat yang bertunjangkan identiti asal Suku Melayu yang tidak bertentangan dengan Islam. Kemelayuan itu tidak bermakna apabila seseorang itu taksub berpenampilan seperti orang Melayu zaman silam dengan memakai tengkolok atau membawa keris, tetapi kemelayuan itu adalah nilai-nilai tradisi yang BAIK yang serasi dengan tuntutan ajaran Islam. Biarpun jika dari segi penampilan kita agak moden dan mengikut arus semasa, tetapi dari segi tingkah laku, sosial, dan sensitiviti, kita sebagai MELAYU perlulah mempunyai perasaan "sense of belonging" dengan segala perihal MELAYU yang tidak bertentangan dengan Islam. Seperti mana sayangnya warga Iran terhadap identiti Parsi (kePARSIan) mereka, sayangnya warga Cina Muslim di China dengan identiti Cina (KeCINAan), begitulah juga kita sebagai Melayu-Islam di Malaysia ini yang sepatutnya sayang terhadap identiti Melayu (KeMELAYUan) selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Inilah yang dinamakan NASIONALISME ISLAMIK atau secara spesifiknya NASIONALISME MELAYU-ISLAM. Mempertahankan semangat kemelayuan tidak bermakna kita tidak sensitif terhadap nasib saudara seakidah dari bangsa lain, contohnya seperti perasaan simpati kita terhadap nasib bangsa Palestin. Kemelayuan yang sejati tidak akan lupa menghormati hak pihak lain dan bertindak secara bertimbang rasa, itulah "kelembutan" dari sifat kemelayuan ini.
Janganlah kita semua terpedaya dengan slogan yang menolak hakikat kejadian bangsa oleh pihak yang kononnya mementingkan UMAT ISLAM SAHAJA kerana MELAYU di Malaysia itu merupakan bangsa tonggak UMAT ISLAM di situ. Seperti juga dakwah Rasulullah yang bermula dari peringkat bawah, pembentukan UMAT ISLAM perlu juga berlaku dari strata yang terendah hingga yang teratas mengikut langkah-langkah yang sepatutnya didahului ("Priority") dengan berdasarkan realiti tempat dan keadaan semasa. Rasulullah juga menyatukan bangsa Arab terlebih dahulu sebelum memfokuskan dakwah Islam di peringkat lebih universal, ini kerana dakwah Islam itu adalah secara berperingkat-peringkat, mengambil masa serta menguji kesabaran umatnya. Tidak pula Rasulullah merujuk bangsa Arab yang sudah Islam ketika itu hanya dengan sebutan UMAT ISLAM sahaja (yang bersifat umum), ini kerana sudah tentulah orang luar mahu mengetahui UMAT ISLAM yang mana? dan dari mana?
Kesimpulannya KEMELAYUAN yang sebenar tidak sesekali sama seperti maksud ASSOBIYYAH jika diteliti dari sudut ilmiah dan sejarah Melayu itu sendiri, di mana bangsa Melayu ini terkenal sebagai bangsa pedagang di zaman silam. Interaksi Suku Melayu atau Rumpun Melayu (secara umumnya) dengan dunia luar agak terserlah dengan kewujudan perlabuhan entrepot seperti di zaman Empayar Melayu Melaka. Ini merupakan bukti bahawa orang MELAYU atau sifat KEMELAYUAN tersebut sudah cukup fleksibel dan tidak janggal dalam menghadapi dunia dengan masyarakat majmuk. Oleh kerana sifat KEMELAYUAN yang fleksibel inilah maka dengan mudah Suku Melayu menerima hidayah Islam yang dibawa oleh pedagang-pedagang Muslim yang datang berniaga.
Artikel ini merupakan suatu usaha penerangan khususnya kepada ahli-ahli UMNO (terutamanya generasi muda) agar memahami erti sebenar KEMELAYUAN tersebut jika mahu meneruskan perjuangan sebenar UMNO yang sepatutnya tidak terpisah dari faktor agama Islam. Dan artikel ini juga ditujukan khas kepada golongan-golongan yang selama ini keliru, atau sengaja mengelirukan diri akibat perbezaan ideologi politik. Ini hanya satu usaha kecil untuk mencetuskan minat kepada semua pihak agar mengkaji perihal KEMELAYUAN ini secara mendalam di kemudian hari, insyaallah.

"Wahai manusia! Aku jadikan kamu dari laki-laki dan perempuan dan aku jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling kenal-mengenali (bukan untuk ditolak identiti spesifik mana-mana bangsa selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak). Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu menurut pandangan Allah adalah siapa yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenali"

24 March 2011

DUIT KERAJAAN DUIT RAKYAT

DR.ASRI ZAINAL ABIDIN
Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.

Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
najib visit kerdau 270211 01Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.
Maka di sini disebutkan beberapa perkara;
Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.
Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.
mee seller stall hawker 141006Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.
Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.
Bazir wang rakyat
Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.
klcc new year celebration fireworks 2Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.
Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.
Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.
Peminta sedekah
Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.
malaysia poor indian community poverty 230807Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.
Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.
Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.
Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

22 March 2011

DR.RIDHUAN TEE : ISU NIKAH DI MASJID

Bahana bincang perkara remeh

Pepatah bahasa Inggeris ada berkata minda besar bincang idea (proaktif), minda sederhana bincang peristiwa (telah berlaku), minda kecil bincang hal orang (mengumpat). Inilah yang berlaku apabila isu akad nikah di masjid sebagai lokasi dikatakan menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis.

Pada saya, isu ini adalah isu terpencil dan amat kecil. Tidak timbul isu nikah di masjid ini meniru budaya Kristian, kerana cara bernikah itu berbeza. Agama Islam mempunyai identiti dan cara tersendiri dalam ijab kabul. Persoalan tempat atau lokasi tidaklah terlalu penting berbanding dengan nikah itu sendiri.

Daripada mereka bernikah di tempat lain seperti rumah pengantin atau mungkin juga di hotel-hotel sehingga berlaku pembaziran dan tidak menampakkan ciri-ciri keIslaman, lebih baik mereka bernikah di masjid.

Sekali lagi, pada saya tidak kiralah nikah di rumah pengantin, di dewan, di masjid atau di mana sahaja, yang penting bukan tempatnya, tetapi nikahnya. Paling baik dipermudahkan.

Sekurang-kurang menikah di masjid menjadikan kita lebih beradab sopan dan menjaga tata susila. Paling tidak, mendekatkan mereka yang tidak pernah atau jarang-jarang ke masjid menghampiri atau mendekati masjid.

Lagipun masjid adalah kawasan lapang yang amat selesai kepada para hadirin yang hadir sama ada dari segi tempat pakir mahupun kemudahan yang lain dan keselesaan.

Baru-baru ini, anak lelaki sulung saya melangsungkan pernikahannya dalam usia muda (hampir 20 tahun), sebelum pulang semula ke Mesir untuk menyambung pelajaran bidang perubatan yang tergendala akibat revolusi. Maaf kepada rakan-rakan yang tidak terjemput, maklumlah baru selesaikan yang wajib dahulu, kenduri belum lagi.

Pernikahan tersebut berlangsung di masjid Universiti Islam Antarabangsa. Kesannya begitu besar. Sekurang-kurang saya dapat memperkenalkan kepada adik-beradik dan saudara mara saya yang belum Islam tentang apa itu masjid dan peranan masjid. Selama ini dalam pemikiran mereka, di dalam masjid ada berhala.

Dengan pengenalan nikah ini, setidak-tidaknya dapat menyampaikan dakwah secara tidak langsung. Menjinakkan bukan Islam dengan masjid. Saya yakin mualaf lain yang bernikah di masjid berkongsi pengalaman yang sama,

Bayangkan seperti yang dicadangkan, jika upacara nikah diadakan di rumah pangsa satu atau dua bilik atau rumah teres atau rumah banglo. Betapa sukar dan susahnya juru nikah untuk menikahkan pasangan tersebut dalam keadaan rumah yang sempit dan tetamu yang ramai.

Saya tidak kata majlis akad nikah tidak boleh diadakan di rumah kediaman. Tetapi majlis keramaian sedemikian kurang sesuai diadakan di rumah. Justeru, saya tidak nampak, jika nikah di masjid dikatakan meniru cara dan budaya Kristian.

Sama ada mengikut sunnah atau tidak, saya tidak fikir nikah di masjid akan menimbulkan dosa atau menjadikan seseorang masuk neraka. Malah menjadi lebih pahala jika ramai yang mendirikan solat sunat tahiyyat masjid, mengingatkan kita kepada masjid dan terpaut hati dengan masjid.

Dalam kes saya, betapa besarnya pahala yang mungkin diperolehi jika dengan membawa saudara mara bukan Islam mendekati masjid melalui majlis pernikahan, suatu hari nanti mungkin akan terbuka hati mereka untuk menerima Islam.

Lagi pula, nikah di masjid dapat dilakukan secara serentak beberapa pasangan. Bayangkan jika nikah dibuat dari rumah ke rumah, berapa ramai juru nikah yang perlu dilantik untuk memenuhi keperluan tersebut. Apapun, persoalan nikah di mana, bukanlah persoalan pokok dan sepatutnya tidak timbul perbincangan isu di sini.

Jika dilihat kepada fungsi masjid di zaman Nabi, masjid bukan sahaja pusat mengerjakan ibadat solat semata-mata tetapi pusat segala-galanya. Pendek kata, masjid juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan.

Zaman Nabi tidak ada computer di dalam masjid. Justeru, adakah dengan meletakkan computer dan melayari internet di dalam masjid hukumnya bidaah dan masuk neraka? Maka tidak hairanlah banyak negara Islam masih lagi mundur kerana pemikiran mereka masih tidak berubah dan suka kepada perkara remeh temeh.

Ini yang dikatakan minda kecil bincang benda-benda kecil yang tidak membangunkan minda. Pada saya jika masjid tidak mahu dijadikan pusat nikah, tidak mengapa, buatlah di mana sahaja yang mungkin boleh membawa kita ke syurga. Tetapi jangan keluarkan kenyataan yang tidak meningkat minda dan tidak mewujudkan percambahan ilmu.

Malangnya sungguh umat Islam hari ini kerana terlalu banyak membincangkan perkara yang kecil daripada permasalahan ummah yang lebih besar dan tidak pernah-pernah selesaikan.

Apakah selepas ini kita akan mengatakan membaca khutbah juga meniru ajaran Kristian, sebab agama Kristian wujud lebih lama daripada Islam dan amalan berkhutbah atau sermon elah dipraktiskan sekian lama. Saya cukup bimbang dengan budaya sikit-sikit dikaitkan meniru budaya agama lain, bidaah sana, bidaah sini. Sedangkan perkara pokok tidak pernah selesai.

Golongan agama sepatutnya menghentikan menimbulkan kontroversi atau membincangkan isu yang remeh temeh. Lebih baik masa digunakan untuk membicarakan isu-isu masa depan ummah dan masa depan agama Islam.

Saya cukup takut dan bimbang dengan trend hari ini di kalangan orang agama yang bergelar ustaz dan ustazah yang suka membangkitkan atau membawa isu-isu remeh temeh atau cerita-cerita bodoh untuk mendapat perhatian atau menjadi penonton ketawa.

Lebih menggelikan lagi menonton rancangan suami isteri yang dihoskan oleh pasangan ustaz dan ustazah yang begitu meloyakan dengan panggilan-panggilan ling (darling), yang (sayang), bang (abang) dan sebagainya. Ya, kita tidka nafikan panggilan manja itu baik, tetapi janganlah terlalu over atau berbau gatal. Kita tidak mahu nanti digelar sebagai ustaz atau ustazah yang over atau menggatal.

Saya kadang kala amat muak mendengar lawak-lawak bodoh dan cerita-cerita sedih tidak masuk akal semata-mata untuk memikat dan menjadikan penonton menangis dan berbagai lagi aksi over yang meloyakan. Tindakan sebegini, akan menjadi otak kita tidak berkembang, jumud dan tumpul.

Golongan ini tidak banyak berfikir atau membaca, tetapi hanya mencuri idea-idea orang lain agar dapat dipandang hebat.

Golongan agama sepatutnya tampil ke hadapan menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam dalam politik, kegawatan masalah sosial dan juga bagaimana cara untuk keluar daripada kemelut kemiskinan.

Daripada membincangkan isu-isu tidak mempercambahkan minda, paling tidakpun kita bincang pasal penentangan Dap terhadap keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk mengharamkan loteri. Akibat desakan tersebut, dikatakan kerajaan Kelantan mula memikirkan kembali akan keputusannya itu. Kita akan lihat perkembangan lanjut.

Dap percaya pengharaman penjualan tiket loteri dan larangan sambutan hari kekasih (valentine day) memberi kesan kepada pengundi Cina dalam pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau. Saya amat hairan, kenapa Pas masih lagi sanggup bekerjasama dan boleh percaya dengan parti seperti ini.

Orang Cina yang baik-baik dan berpegang kepada agama, tidak pernah suka kepada judi dan gejala yang merosakkan. Apa yang diharamkan dalam Islam, turut diharamkan dalam agama mereka seperti isu judi, arak, zina dan sebagainya

Jika Pas mengambil pendekatan dakwah dan berazam mengIslamkan Dap, beritahu Dap bahawa isu judi dan hari kekasih bukan lagi soal hak asasi manusia, kerana hak ini bercanggah dengan hak Tuhan. Adakah hidup berTuhan hanya untuk orang Islam sahaja. Jawapannya, tidak. Tidak ada satu agama di dunia ini yang menghalalkan loteri atau judi?.

Ingin saya bertanya kepada Pas, berapa ramaikah orang Dap yang telah memeluk hasil usaha dakwah Pas. Sukar juga untuk dibuktikan.

Jika difikir secara logik, berapa kerat sangat orang bukan Islam di Kelantan? Kenapa Dap dan sekutunya begitu menentang? Jawapannya mudah sahaja, mereka takutkan Islam. Mereka takutkan undang-undang Islam. Mereka tidak mahu semuanya ini menjadi precedent. Setelah sekian lama berkawan dengan Pas, masih gagal lagikah Pas memberikan kefahaman Islam kepada Dap.

Selepas ini, saya yakin hujah ini akan dipatahkan dengan mengatakan, Umno sekian lama berkawan dengan MCA dan Gerakan, kenapa sehingga hari ini mereka masih tidak faham atau memeluk Islam?

Pada saya, sama ada ada lama atau tidak kita berkawan dengan seseorang, itu adalah tidak penting. Yang lebih penting, adakah kita menjalankan peranan kita masing-masing.

Daripada terus berkawan dengan mereka yang tidak mahukan nilai-nilai agama Islam (termasuk agama bukan Islam) dilaksanankan, sudah sampai masanya, Pas membantu kerajaan memberi idea dan memperkukuhkan agenda transformasi ekonomi, politik dan sosial yang sedang rancak berjalan.

Pemimpin-pemimpin negara mesti disedarkan dan dapat menunjukkan contoh yang baik. Dasar-dasar yang dilaksanakan mesti dapat dilihat memberikan manfaat kepada rakyat.

Kerajaan mesti berlapang dada menerima pandangan-pandangan daripada pembangkang jika benar-benar ikhlas dan tidak ada agenda sebaliknya. Jangan semuanya ditolak. Jika ada kebenaran dan justifikasinya, tidak salah kita menerimanya walaupun datang daripada orang yang kita tidak suka. The most important thing in any relationship is not what you get, but what you give.

Kita mungkin berkawan dengan orang yang kita tidak suka, tetapi jika kita layan orang yang kita tidak suka seperti orang yang kita suka, ianya akan berakhir dengan kejayaan. Kita mungkin berkawan dengan orang yang kita suka, tetapi jika kita layan mereka seperti orang yang kita tidak suka, ianya akan berakhir dengan kegagalan.

Perkara pokok yang perlu kita fikirkan hari ini adalah cara kita bertindak terhadap idea-idea yang bernas yang diketengahkan. Berbanding dengan melayan isu-isu picisan yang membuang masa seperti mempertikaikan nikah sama ada di dalam masjid atau tidak.

Namun begitu, jika kita sudah sedia maklum akan strategi musuh untuk terus menghancurkan, maka ketika itu kita perlulah bertindak sewajarnya. Begitu juga dengan golongan agama hari ini sepatutnya tampil membantu menyelesaikan masalah umat Islam daripada membincangkan perkara remeh-temeh.

20 March 2011

DR.RIDHUAN TEE : FAHAMI ASPIRASI MAHASISWA

Cuba fahami aspirasi pelajar

Selaku bekas pemimpin pelajar, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, kerana benar-benar memahami aspirasi para pelajar di institusi pengajian tinggi. Saya yakin semua ini berlaku kerana, Saifuddin yang saya kenal rapat, adalah juga bekas pemimpin pelajar yang aktif suatu ketika dahulu. Maka, tidak hairan jika Perdana Menteri memberikan kepercayaan kepada beliau, bersama ketuanya untuk menjaga institusi akademik yang begitu bermakna kepada agama, bangsa dan negara ini. Jarang-jarang saya berjumpa pemimpin seperti ini yang begitu memahami aspirasi pelajar. Dihormati kawan dan lawan.

Kenyataan yang paling menyentuh hati saya apabila Saifudin mengatakan “Jangan nanti orang anggap kita seperti Burma yang tidak mengiktiraf Aung San Suu Kyi, jangan orang anggap kita seperti Palestin yang tidak mengiktiraf kemenangan Hamas”.

Saifuddin berpendapat universiti terbabit sepatutnya mengiktiraf kemenangan pelajar yang bertanding menerusi saluran sah iaitu pilihan raya kampus yang dipantau oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Pada saya, nasihat Saifuddin amat wajar, supaya pentadbir universiti bertindak secara profesional, bukan kerana menjaga pangkat. Jika ada masalah, bawalah berbincang. Apalah sangat pilihan raya kampus jika dibandingkan dengan pilihan raya umum negara. Ibarat langit dengan bumi. Saya tidak nampak pemimpin pelajar begitu mudah dapat mempengaruhi minda pelajar apabila menguasai politik kampus. Majlis Perwakilan Pelajar sentiasa dipantau dari masa ke semasa, sama ada oleh pelajar itu sendiri mahupun pentadbir.

Perlu dingat, universiti tidak ada wujud tanpa pelajar. Pelajar adalah pelanggan utama. Hebat pelajar, hebatlah pentadbir dan ahli akademiknya. Saya dahulu juga adalah pemimpin pelajar yang aktif. Kewujudan kumpulan-kumpulan yang membawa aspirasi masing-masing adalah perkara biasa. Tetapi kita adalah manusia waras dan rasional. Allah kurniakan akal kepada kita untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Begitu juga untuk memilih parti kerajaan atau parti pembangkang.

Saya minta pentadbir universiti, bacalah buku “Mahasiswa Menggugat” oleh Profesor Muhammad Abu Bakar. Cubalah selami dan fahami suara hati pelajar dan mereka yang pernah memimpin gerakan pelajar.

Pelajar adalah orang muda. Rasulullah amat serius apabila memperkatakan zaman muda. Maka kita diingatkan mempergunakan masa muda sebelum tua. Kepentingan ketika muda disebut dalam al-Quran yang bermaksud:

“kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad ) perihal mereka dengan benar. Sesungguhnya mereka itu adalah anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian) semasa mereka bangun dan menegaskan tauhid lalu berkata “ Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbir langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak akan menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui yang jauh daripada kebenaran.” (Al-Kahfi : 13-14)

Universiti adalah tempat anak-anak muda menambah ilmu, belajar erti kehidupan dan menguji kematangan berorganisasi. Bacalah bersama Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Berikanlah mereka kebebasan dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Saya yakin latihan yang mereka dapati dan perolehi akan menjadikan mereka insan yang berguna bila keluar dari alam kampus nanti. Masyarakat di luar sana akan bertanya siapakah profesor yang membimbing anda!

Sama ada mereka akan memilih untuk menyertai kerajaan atau pembangkang. Itu adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi. Kenapa kita terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri. Yakinlah, jika kita di landasan yang benar, orang lain tidak akan lari daripada kita. Banyak kes yang kita telah lihat dengan mata kepala sendiri. Allah bersama-sama orang yang benar.

Jangan terlalu mengongkong pelajar. Semakin kita kongkong mereka, semakin mereka memberontak. Ibarat memerah santan menggunakan tangan. Santan akan memercik daripada celahan jari-jari jika terlalu kuat ditekan. Perkara ini mesti difahami. Manusia, jika terlalu ditekan mereka akan bertindak balas. Inilah yang berlaku di dunia Arab hari ini. Paling jelas di Mesir dan Libya. Jadikan ia sebagai pengajaran. Tidakkah Allah menyuruh kita berbuat demikian?

Kita tidak wajar ‘mengUMNOkan’ atau ‘memPASkan’ atau ‘memPKRkan’ atau ‘menDAPkan’ institusi akademik. Apabila institusi akademik dipolitikkan, maka tunggulah kehancurannya. Apa yang penting adalah meneruskan tradisi keilmuan, agar institusi pengajian tinggi dipandang tinggi di peringkat lokal dan internasional. Kita mahukan ahli akademik kita dipandang tinggi oleh kawan dan lawan, apatah lagi mereka yang bergelar profesor, melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang hebat.

Parti-parti yang berkepentingan pula janganlah pula mengambil kesempatan menangguh ketika air keruh. Mentang-mentang ada kemudahan dan kebebasan diberikan, maka kita gunakan peluang untuk menghasut, merosakkan dan meracun minda pelajar.

Tenaga akademik dan pentadbir yang diletakkan di bahagian HEP seharusnya mempunyai pengalaman dalam gerakan pelajar. Baharulah mereka faham aspirasi sebenar pelajar. Bergelumang dunia akademik belum cukup untuk menjadikan kita pemimpin hebat. Pengalaman mendewasakan kita. Apalah salahnya kita mengalah sedikit, berjumpa dengan pelajar tersebut dan berbincang. Tidak berlakulah insiden kecederaan yang menyedihkan.

Kadangkala kita sebagai pentadbir perlu menurunkan sedikit ego demi kepentingan awam atau orang ramai. Ketika menjadi pemimpin pelajar, saya berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah. Terus terang, saya dahulu pun terlibat sama dalam menentang pentadbir universiti jika mereka bertindak di luar batasan kemanusiaan atau dipengaruhi oleh politik.

Apa yang ada pada saya hari ini adalah disebabkan oleh latihan yang saya terima dahulu daripada institusi pengajian tinggi. Terima kasih Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa. Saya begitu banyak belajar menjadi seorang manusia daripada IPTA ini.

Apalah sangat yang hendak kita takutkan dengan pemimpin pelajar. Mereka juga manusia. Tidak semua pelajar akan bersetuju dengan mereka. Apatah lagi dipengaruhi. Mereka tetap tertakluk kepada undang-undang. Kita, di bahagian HEP sepatutnya membimbing, mendidik dan memimpin mereka. Tunjukkan yang mana betul, yang mana salah. Bukan menyalahkan mereka setiap kali menjelang pilihan raya kampus. Kawal selia mereka dengan berhemah. Saya yakin, mereka akan menghormati kita, tidak kira apa juga fahaman dan pemikirannya.

Manusia yang rasional akan menerima kebaikan dan menolak kejahatan. Jika kita di pihak yang benar, apakah kita yakin pelajar akan menentang kita? Jawapannya, tidak. Kebenaran akan berjaya menumbangkan kejahilan. Itulah sunnahtullah.

Kita bukan seperti Mesir dan negara Arab lain yang mengamalkan pemerintahan ditaktor. Kita adalah sebuah negara demokrasi. Demokrasi berteraskan kepada kebebasan yang terpimpin. Beri peluang orang muda bersuara. Kita dengar suara mereka. Kata-kata Sukarno masih terngiang-ngiang di telinga: “ Beri aku sepuluh pemuda akan kugegarkan dunia”.

Hari ini kita lihat rata-rata pelajar mempunyai pelbagai karakter. Ada watak anak muda yang baik soleh dan solehah. Tidak kurang watak unggul penuh dan sopan, watak antagonis penuh parut di muka, watak ulat buku, watak muka selamba apabila mendengar bayi dibuang merata-rata dan sebagainya. Ada juga yang asyik berhibur hingga leka, berlagak dengan kemewahan. Mati rasa, mati jiwa. Tidakkah kumpulan ini wajar dibimbing dan digerakkan menyertai gerakan pelajar secara sah? Siapa sangka tahap kreatif dan inovatif mereka boleh menggoncang dunia. Semuanya telah dibuktikan sebelum ini.

Cuba kita imbau kembali sejarah orang muda seperti Saidina Ali. Sanggup menggantikan Rasulullah saw di tempat tidurnya ketika peristiwa Hijrah. Hebatnya Asma’ Abu Bakr meredah padang pasir menghantar bekalan ke Gua Tsur tempat Baginda bersembunyi. Begitu juga dengan keberanian Syuhaib Al Rumi dan Salman Al-Farisi. Lihatlah betapa anak-anak muda ini berani dengan penuh keimanan dan kekuatan akidah membantu pemimpin mereka, Rasulullah saw dalam gerakan dakwahnya.

Inilah bakal pemimpin muda yang sepatutnya kita jana. Sebagai pentadbir di unversiti kita hendaklah bertindak menolak fahaman sekular yang telah bertapak dalam minda segar mereka. Zaman muda bukanlah zaman serba boleh dan serba mungkin. Buat apa sahaja asalnya seronok.

Ingat! Jika kita mahu lihat dunia hari depan, lihatlah orang mudanya hari ini. Tenaga orang muda mesti digembelingkan, bukan dibiarkan berlalu sia-sia. Kepada para pelajar, ketika muda, rebutlah peluang kerana orang muda ada tenaga, ada kreativiti dan memahami rakan sebaya. Pelajar mampu memberi alternatif yang baik untuk mengatasi masalah sesama mereka. Inilah kekuatan dan kepentingan anak muda dalam arena politik kampus masa kini.

Watak pemuda yang berani mengislahkan diri. Melahirkan orang muda yang boleh melakukan tranformasi seperti yang disebut oleh Perdana Menteri. Bertindak di luar kotak kebiasaan. Bila keluar rumah, menjaga adab sopan. Bila berhibur tahu batasan, bila bersukan tidak berlebihan, bila bersosial tahu di mana had batas sempadan.

Ketika rakan sebaya sibuk dengan irama hip hop, pop dan rock, terkinja-kinja dengan tarian shuffle, pemimpin muda pelajar tampil memberi bimbingan. Inilah generasi harapan yang kita letakkan kepada pimpinan pelajar muda. Mengekalkan tradisi keilmuan, bukannya berpolitik murahan tidak tentu pasal. Keterlibatan golongan ini penting terutama dalam memenangi hati rakan sebaya dengannya.

Pemimpin-pemimpin pelajar perlu didedahkan dan diberikan kebebasan untuk mencari jalan keluar fenomena ini mengikut cita rasa muda mereka. Pengalaman saya ketika menjadi pemimpin pelajar, setidak-tidaknya latihan yang saya terima menjadikan saya seperti adanya hari ini. Saya tidaklah sehebat pemimpin negara, apatah lagi jika dibanding dengan Saifuddin, tetapi sekurang-kurangnya hadirnya kita boleh membawa sedikit makna, sebagai bekalan menemui Yang Maha Esa.

Gagasan 1Malaysia memerlukan sentuhan pimpinan orang muda. Jangan pandang rendah keupayaan mereka, kerana mereka bakal mewarisi perjuangan kita dan menggegarkan dunia.

PANASSSS.....NAMPAK SIKIT JE TAKPE I NAK KELAINAN!!!! WAHH ARTIS KITA???

gambar seksi miera liyana


Adakah dengan menjadi artis Miera Liyana mendapat tiket untuk pakai baju seksi begini ? Adakah ini salah satu cara artis baru seperti Miera Liyana untuk meraih populariti? Jawapannya ada di kata-kata Miera Liyana sendiri.

Saat ditanya jika tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon Kamelia Katrina memberitahu wartawan Galaksi, "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan."

Kalau korang nak dengar penjelasan lebih Miera, jangan lupa tonton Galaksi minggu depan di TV9, 9 malam.

BANGSA JEPUN YANG TABAH : DISIPLIN TETAP DIUTAMAKAN

DISIPLIN DAN KETABAHAN BANGSA JEPUN DIWAKTU KRISIS - “THE SOFT POWER”

AP
Washington (AFP News) – Di sebalik paparan wajah-wajah yang menyedihkan kerana kehancuran, Jepun bakal muncul dari bencana gempa-tsunami ini dengan satu jenama antarabangsa yang lebih hebat sebagai satu bangsa yang tabah dan disanjung.


Stesyen-stesyen TV di seluruh dunia telah menyiarkan rakaman gelombang Tsunami yang telah meranapkan rumah-rumah mereka, tanah-tanah diratakan dan kenderaan-kenderaan mereka dilambung badai gelombang tak ubah seperti kereta-kereta mainan kanak-kanak, terdampar kebingungan dalam satu lanskap yang ganas.


Di sebalik peristiwa itu liputan-liputan juga telah memaparkan sikap mangsa yang tenang mencari-cari orang-orang yang tercinta serta beratur menunggu keperluan asas. Tidak ada tanda-tanda perebutan, kekerasan dan wajah bengis bahkan masing-masing berbaris di kedai yang separuh kosong.
Long que for water




Banyak entri dalam blogosphere berbahasa Inggeris telah membicarakan tentang bangsa Jepun sebagai satu bangsa yang tabah. Bayangkan bagaimanakah sikap, reaksi dan perangai bangsa-bangsa di negara Barat jika bencana sebegini menimpa mereka.




Profesor Universiti Harvard, Joseph Nye mengulas bahawa bencana ini bakal menterjemahkan "soft power" Jepun - istilah yang beliau ciptakan untuk menggambarkan bagaimana sesuatu bangsa itu mencapai tujuan mereka dengan tampil lebih menarik bagi orang lain.
Que for petrol


"Walaupun tragedi ini sangat besar, peristiwa yang menyedihkan ini menunjukkan ciri-ciri pekerti yang sangat menarik dari Jepun di mana dengan ini akan mengukuhkan lagi kuasa lembut mereka," kata Nye menerusi email AFP.


"Selain dari rasa simpati, peristiwa itu juga menunjukkan bagaimana masyarakat yang berhemah dan bersopan bersiap berhadapan dengan bencana sebagai contoh kepada negara moden lain berserta menangani dengan tenang dan tertib," katanya.
Que for food




Beberapa pakar percaya bahawa gempa bumi ini bakal mengubah naratif lembaran tentang Jepun seperti dilahirkan semula setelah bertahun-tahun berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang lemah, penduduk yang tua dan kerajaan yang silih berganti.


"Persoalannya, apakah Jepun berupaya menghadapi keperluannya untuk berinovasi dan menghidupkan kembali ekonominya," kata Nicholas Széchenyi, wakil pengarah di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa.


"Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat ramalan tetapi dalam pemerhatian saya dari jauh selama ini, nampaknya orang-orang Jepun sedang menunjukkan ketahanan pada saat-saat krisis. Saya berpendapat bahawa banyak perkara yang akan diperkisahkan tentang Jepun pada hari-hari dan minggu-minggu mendatang , "katanya. – AFP


Membaca komen yang dipetik dari AFP di atas ianya bertepatan jugalah dengan apa yang alami oleh kenalan MR, Datuk Yong Soo Heong Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), yang berada di Tokyo semasa kejadian itu bagi tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRIO).


Komen pertama Yong sebaik selamat mendarat di KLIA semasa ditemuramah ialah, beliau kagum dengan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun meskipun ketika mereka menghadapi malapetaka itu.


"Apa yang kita boleh pelajari daripada kejadian ini adalah rakyat Jepun sangat berdisiplin selepas bencana itu berlaku, penduduk di Tokyo sangat berdisiplin. Mereka beratur untuk menaiki bas, teksi dan semuanya," kata beliau lagi.


MR kira inilah sekali lagi kejayaan Jepun apabila mereka telah berjaya membentuk peradapan yang cukup tinggi walaupun di dalam situasi krisis bencana alam yang meruncing. AS juga pernah menghadapi bencana alam seperti banjir di mana semasa kejadian masaalah yang utama ialah kecurian harta benda yang sukar dikawal.


Begitu juga semasa kejadian Tsunami di Kota Kuala Muda berbagai-bagai maki hamun dilemparkan kepada Kerajaan yang memberi bantuan ketika itu malah sehingga hari ini masih ada suara-suara sumbang yang berbunyi.


Malah yang lebih parah ialah apabila bencana alam yang menimpa dipolitikkan. Bantuan tilam pun boleh menjadi rebutan dan bermasam muka satu kampong.


Setiap hari kita didendangkan dengan lagu “Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti, Yang tiada dibantu, Yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa hormat menghormati. Kita berkhidmat jujur dan ikhlas, Mencurah bakti tak minta dibalas, Harapan rakyat satu amanah, Budi bahasa budaya kita” .


Lagu dinyanyikan sampai naik berlenja-lenja air lior tetapi realiti amalan seharian kita tidak seperti apa yang kita nyanyikan.


Konklusinya, hari ini Jepun sekali lagi membentuk peradapan dunia. Malaysia juga tidak mustahil membentuk peradapan kita yang tersendiri jika ajaran Islam betul-betul difahami.

BILA BIBLE LAGI BESAR KEPALA DARI QURAN

ISLAM AGAMA RASMI MALAYSIA, TAPI KATHOLIK YANG BERLAGAK JADI TUAN BESAR!!!!


Mungkin ramai umat Islam yang tidak sedar pun, naskhah al Quran yang ada di rumah mereka, mempunyai cop izin daripada Kementerian Dalam Negeri yang menguatkuasakan hanya Mushaf Rasm Uthmani yang dibenarkan untuk kegunaan umat Islam di negara ini. Malahan kebanyakan penjual kitab, juga lebih berminat untuk mematuhi arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berbanding membuat protes besar-besaran. Begitu juga dengan Persatuan Ulama SeMalaysia, badan-badan berkuasa Islam yang lain seperti JAKIM, mahupun Parti Islam SeMalaysia, tidak langsung merungut atau menentang dengan segala macam polemik.

Cop izin dan nombor siri KDN pada naskhah al Quran rasm Uthmani juga dikenakan pada naskhah terjemahan.


Pihak berkuasa Islam Indonesia turut meletakkan lampiran yang mempunyai cop izin selan nombor siri pada terjemahan dan naskhah al Quran di republik tersebut. Dan anehnya, penduduk beragama Islam di republik itu tidak sedikit pun membuat ulah kerana tindakan kerajaan.

Berbeza benar dengan Christian Federation of Malaysia (CFM) yang banyak mulut dengan bantuan MCA dan DAP yang menggesa kerajaan khususnya KDN agar tidak mengecopizin dan meletakkan nombor siri pada Bible berbahasa Melayu. Apa yang membuatkan mereka ini besar kepala dengan menjadikan mereka lebih besar dan lebih agung daripada orang Melayu dan Islam yang mendapat tempat istimewa di negara ini? (BACA DI SINI)

Hanya dengan menyatakan bahawa tindakan KDN mencabuli dan menghina Bible yang sememangnya dibikin oleh manusia, maka badan-badan Khatolik di negara ini ingin 'memijak' al Quran yang turut mendapat pemantauan dan perhatian luar biasa daripada KDN?

Justeru, antara Bible dan al Quran, yang mana satukah lebih istimewa menurut takrifan negara ini? Adakah Al Quran yang lebih mengancam memandangkan puak-puak Khatolik dan Kristian tidak langsung bersuara tentang penguatkuasaan undang-undang negara ke atas kitab tersebut, tetapi meminta agar Bible dilepaskan dengan sebebas-bebasnya, terutama apabila ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu?

Kepada yang menyokong sangat puak-puak Khatolik ini tetapi berserban, berkopiah putih dan berjubah, fikir-fikirkanlah!!!