ALIF BA TA

ALIF BA TA

30 March 2016

Tips Temuduga Kerja Khas Buat 'Fresh Grad'

Assalamualaikum wbt.

InshaALLAH saya nak kongsikan 3 tips umum untuk menghadapi temuduga kerja khas buat 'fresh grad' berdasarkan pengalaman saya menghadapi temuduga dibeberapa syarikat multinasional (i.e Petronas, Ernst & Young, Deloitte, Khazanah, UEM, etc)

Secara umumnya, tak banyak beza pun dengan siri temuduga untuk mendapatkan biasiswa/tajaan sebaik sahaja selepas SPM/Diploma. Saya pernah kongsikan di sini .

Semoga bermanfaat buat semua!

1. Sebelum temuduga

a) Buat sedikit research tentang bagaimana proses assessment/interview company yang anda akan lalui.Cara nak buat research mudah sahaja, jika ada kenalan yang pernah hadiri temuduga di syarikat tersebut, dapatkanlah tips atau nasihat daripadanya. Atau paling mudah Google sahaja!  Dapatkan maklumat bagaimana proses assessment/interview itu berlangsung/ ada berapa stage? / soalan-soalannya meliputi teknikal ? Atau umum? / Structured Interview? / Competency Based Interview? /

p/s: Info dari mereka yang pernah lalui interview penting, sekurang-kurangnya anda boleh buat persediaan yang lebih spesifik. Namun, perlu diiingat, struktur interview bagi sesetengah company juga kadang-kala tidak sama dari tahun ke tahun.

 
b) Buat persediaan untuk menjawab soalan-soalan ‘cliché’. Anda boleh spot this cliché question though. Contoh soalan yang perlu anda bersedia adalah:
 
·      Tell me about yourself. (Soalan Nampak mudah, tetapi percayalah, kalau anda tidak susun atur jawapan anda, anda akan kelihatan begitu ***** sekali dihadapan interviewer)
 
*Tips: Buat draft jawapan. Antara yang boleh anda cerita, adalah, latarbelakang keluarga (pekerjaan ibubapa/adikberadik), latarbelakang pendidikan anda, kegiatan kokurikulum dan mungkin boleh selitkan sedikit cita-cita anda. Jangan panjang sangat. Short, simple and precise.
 
·      What is your strength and weaknesses? (Ketika saya melalui interview kerja dengan syarikat audit Ersnt & Young Kuala Lumpur di London tahun lalu, saya diminta untuk nyatakan 3 kekuatan dan kelemahan saya, dengan contoh situasi)
 
*Tips: Anda boleh senaraikan 4 atau 5 strengh / weakness yang anda rasa boleh explain dengan baik. Untuk soalan strength, saya rasa kita semua tidak ada masalah kebanyakkan jawapan ambil sahaja dari setiap softskill yang kita ada dan boleh elaborate dari situ. Cuma untuk jawapan weaknesses, anda perlu lebih teliti. Pastikan jawapan itu tidak begitu sempit ‘narrow’ sehingga anda tidak boleh beri penjelasan, dan juga tidak terlalu ‘downgrade’ diri anda. (InshaALLAH saya akan buat penjelasan dalam entri yang lain).
 
·      Why I should hire/choose you for this job? (Soalan menjual diri)

*Tips: Ini soalan yang paling penting untuk meyakinkan para interviewer untuk memilih anda. Pastikan jawapan anda jawapan yang simple tetapi boleh meyakinkan mereka. Boleh ulang semula point-point penting dalam soalan strength/weaknesses tadi, tetapi buatkan ia sebagai satu rumusan/kesimpulan. Selain itu anda boleh tambahkan lagi kekuatan yang ada pada diri anda beserta dengan contoh sekali. (Prepare this).
 
c)  Jangan lupa buat research tentang syarikat/organisasi yang anda memanggil anda untuk sesi interview. They don’t expect you to know every single thing, but please at least you don’t appear with zero knowledge about them!
 
*Tips: Cuba cari sedikit latar belakang penubuhan syarikat, tahun bila? Main activity? Nama Chairman? CEO? President? Nak Nampak lagi gempak, research sikit untung rugi syarikat dan projek-projek terkini mereka! Bagi angka-angka, statistic, projek terbaru mereka etc.
 
d) Berlatih...Berlatih... Berlatih...
 
Saya sentiasa tekankan, bahawa sesi interview ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah, terutama bagi sesetengah orang yang tidak biasa berbicara dikhalayak ramai atau berhadapan dengan situasi formal. Lagi-lagi yang ada darah gemuruh.
 
Jadi solusinya, adalah buat banyak latihan! Semua point dah ada? Dah tahu proses interview macam mana? Now, masa untuk buat latihan!
 
Nak berlatih dengan siapa? Mintak tolong adik beradik / kawan-kawan untuk jadi interviewer anda! (Time saya dulu nak dapatkan biasiswa PETRONAS untuk ke UK, dua tiga kali menghadap my big bro Hisham Mohamad untuk sesi LATIHAN! Memang ganas, tak bagi chance punya abang!) hehe.. But woth it! Alhamdulillah Thanks bro!
 
Takda siapa nak tolong? Hangpa boleh duduk depan cermin besar dalam bilik, buat latihan! InshaALLAH membantu!
 
2. Semasa Temuduga!
 
Saya percaya, jika anda sudah bersedia dengan TIPS NO 1 diatas, maka tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Berjalan lah dengan yakin, tenang dan penuh pengharapan.
 
Lemparkan senyuman pada teman-teman seperjuangan dikanan dan kiri anda. (Jangan jadi sombong tka tentu pasal, mungkin orang disebelah itu akan menjadi teammate anda dalam interview nanti, jika ada masa bertegur sapalah!)
 
Jika ada sesi interview berkumpulan, pastikan anda tidak memonopoli sesi itu. Beri pendapat anda dengan jelas dan tepat, dan beri ruang kepada ahli kumpulan lain juga memberi pendapat yang sama. Ciri kepimpinan dalam kumpulan, bukan beerti anda seorang sahaja yang menang! Tetapi semua orang boleh menang sama seperti anda!
 
 
Saat yang genting ni, jangan pernah sesekali lakukan kesilapan berikut:
 
+ Bangun lambat
 
(Sebaiknya bangun awal sikit. Saya kongsikan antara amalan yang saya suka buat jika ada urusan-urusan penting ialah lepas Subuh baca Yasin dan niatkan untuk permudahkan urusan)
 
+Datang lambat ke tempat interview!
 
(A big NO!. Bukan sahaja anda berkemungkinan besar untuk terlepas peluang interview malah ianya juga akan membuatkan diri anda sangat kelam kabut!)
 
(Pastikan anda pastikan apa pengangkutan yang anda boleh capai untuk ke tempat interview!)
 
+Pakaian tak kemas
 
(Persiapan dah mantap dah, point-point semua macam juara debat asia dah! Tapi, pakaian tak kemas dan selekeh, no point)
 
3. Selepas Temuduga
 
a) Tawakal dan berserah pada Allah
 
b) Perbanyakkan berdoa ( Doa kena spesifik, bukan sebab Allah tak tahu, tetapi itu menunjukkan kita punya usaha dalam berdoa!)
 
c) Bersedekah (Saya percaya, jika kita nak lebih, kita kena bagi lebih!)
 
d) Dalam masa seminggu atau dua minggu, ambil inisiatif untuk ‘follow up’ sesi temuduga anda dengan pihak penaja, sama ada berjaya atau tidak.
 
e) Jangan sesekali berputus asa.
 
f) Percaya yang rezeki bukan berada di tangan manusia, tetapi pada Allah swt. Allah knows best!.
       
 
     
        ALL THE BEST !!!