ALIF BA TA

ALIF BA TA

14 March 2011

Susulan krisis Jepun, Taiwan kaji tak lagi guna tenaga nuklear


Sedutan rakaman video menunjukkan asap ekoran letupan kedua di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi, Jepun hari ini. — Foto Reuters
TAIPEI, 14 Mac — Syarikat tenaga Taiwan, Taipower sedang mengkaji untuk memotong pengeluaran tenaga dihasilkan loji nuklear, sebaliknya mahu bersandarkan kuasa alternatif ekoran krisis dialami Jepun sekarang. “Kami membincangkan isu ini pagi ini,” kata ketua jurutera Taipower Roger Lee kepada Reuters.
Taipower mengendalikan loji tenaga nuklear kepada negara pulau itu.
“Jika orang ramai terus bimbang mengenai kuasa tenaga nuklear selepas situasi di Jepun, maka kami akan menlihat pada (sumber) alternatif,” kata beliau lagi.
Taiwan memutuskan perkara itu ketika Jepun berhadapan dengan masalah reaktor di loji-loji tenaga nuklearnya sejak Sabtu lalu.
Loji Fukumshma Daiichi milik Tokyo Electric Power Co mengalami letupan dua kali dalam tiga hari termasuk pagi ini.
Hari ini, reaktor yang ketiga iaitu Unit 2 berhadapan dengan masalah.
Laporan Reuters menyebut sistem pendinginan reaktor Unit 2 loji Fukumshma Daiichi telah henti fungsi.
Unit 1 dan Unit 3 mengalami masalah yang sama hujung minggu lalu.

No comments: