ALIF BA TA

ALIF BA TA

07 March 2011

Pendedahan Syiah 2 : Sunni dan Syiah Saling Memerlukan

Ada anak-anak muda yang anti Syiah dengan penuh emosi pun menghantar mesej kepada saya, "Konon shiah nak tolong palestine? mana syiah di palestine? kami sunni je yang buat keje."


Saya menggeleng-geleng kepala membaca kenyataan tersebut. Saya tidak tahu samada adik ini waras atau tidak. Mungkin dia spesiskerugian.









Entahlah penyakit apa yang melanda generasi muda hari ini. Bercakap selalu main bedal. Menghormati orang tua jauh sekali. 


Begini, sehari dua ini sebuah kapal bantuan sepertinya Mavi Marmara baru sahaja melunasi misi untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Nama kapal itu MV Salam. Ia disewa oleh aktivis 'Konvoi Asia Untuk Gaza' dengan macam-macam barangan bernilai dua juta dolar US. Tentu kita membayangkan bantuan tersebut terdiri dari makanan, ubatan, alatan perubatan, khabaranya ada 4 buah ambulan, dan bertan-tan susu bayi. Pada mulanya rombongan ini dihalang selama 6 jam di lapangan terbang Al-Arish. Kerajaan Mesir yang mesra Zionis akhirnya tunduk dengan kenekadan mereka lalu mengizinkan sebahagian aktivis untuk masuk melalui pintu Rafah, kecuali aktivis dari Iran. Ya lah, mana mungkin Mesir memberi laluan kepada aktivis Iran masuk ke Gaza!


Sebenarnya rombongan aktivis kemanusiaan untuk Gaza dalam konvoi kapal MV Salam ini terdiri dari 60 warga India, 32 dari Jordan, 32 dari Iran, 13 dari Indonesia, 10 dari Lubnan, 9 dari Pakistan, 6 dari Turki, 4 dari Bahrain, 3 dari Malaysia, 2 dari Jepun, 2 dari Bangladesh dan masing masing seorang dari Syria, Azerbaijan dan Tajikistan.


Hampir mustahil untuk aktivis Iran melakukan sebarang usaha kebajikan buat Palestina. Kegiatan mereka dihadkan oleh sekatan antarabangsa yang tidak adil sejak tahun 1979. Dan makin ketat tahun lepas ekoran isu nuklear. Pun sumbangan besar segi kewangan dari Iran (Syiah) buat Hamas (Sunni) sentiasa dimaklumi ramai. Iran menyumbang 30 juta US dollar setiap tahun dari 1993 – 2006 kepada Hamas. Dan dana dari Iran dikatakan terus menokok antara 2006-2009 kepada jutaan Euros secara tahunan sejak Hamas mentadbir Gaza,klik sini.


Memang syiah dari Iran tidak lepas masuk ke Gaza kerana Mesir selaku hamba Zionis tidak akan berkompromi dalam hal ini. Akan tetapi saudara-saudara seagama, Sunni tidak membiarkan harapan dan niat mulus penganut Syiah tertahan di sempadan. Semangat Ya Husain sempat menerobos masuk ke Gaza, bersekali dengan poster Ayatullah Ali Khamenei. Dan tentu, bendera Republik Islam Iran.







MV Salam membawa aktivis kemanusiaan. Muslim Sunni dan Syiah. Bersatu untuk satu tujuan. Henti-hentilah berprasangka buruk. Henti-hentilah menebar fitnah. Bekerja yang tidak nampak lebih sukar dari bekerja yang nampak.


Siapa dapat menafikan kerja-kerja Hezbullah (Syiah) dan Hamas (Sunni) dalam menentang kezaliman Zionis. Saya ingin menurunkan satu petikan tentang bagaimana mulanya, peperangan Musim Panas 2006 yang mana Israel telah menyerang Lubnan. Kesetiakawanan Syiah (Hezbullah) terhadap Sunni (Hamas) lah yang menyebabkan Israel (dan kuncunya Mesir) gerun dengan Islam. Petikan tersebut:


In all the focus on Lebanon by the media in July 2006 many have overlooked the fact that the original trigger for the escalation to a new war was the shelling of a beach in Gaza by the Israelis which killed seven members of a Palestinian family.


Hamas, which had defeated Fatah in the Palestinian elections in January 2006, and which had observed a military truce with Israel since March 2005, called off its ceasefire in response to the shelling of the Gaza beach. On 13 June a Palestinian family of nine was killed in an Israeli missile strike on Gaza. This was the context in which Palestinian militants mounted a cross-border raid into Israel, kidnapping an Israeli soldier and killing two others. When the Palestinian militants refused to release the Israeli soldier, Israel took draconian action, bombarding Gaza from the air and detaining Hamas cabinet members and legislators. Hezbollah, which has long made common cause with the Palestinians against Israel, then provoked conflict with Israel on the Northern front by capturing two Israeli soldiers and killing eight others...(Paul Wilkinson, International Relations, Oxford University Press, 2007: hlm 7-8)


...dan begitulah bermulanya perang Hezbullah (Islam)-Israel (Zionis) 2006. Untuk Zionis, musuh Islam; Sunni atau Syiah sama sahaja kerana kedua-duanya harus diperangi.


Sebenarnya, saya hanya ada satu poin sahaja di sini. Hari ini,Sunni dan Syiah, memang saling memerlukan dan saling melengkapi. Hari ini, jika tidak ada Syiah, Sunni telah lama binasa. Mujurlah kedua-duanya Islam.


Kita, Sunni dan Syiah sama-sama bekerja melawan musuh. Akan tetapi ada spesis duri dalam daging. Juga ada spesis 'anjing' seperti Shimr Ibn Thil-Jawshan dan spesis pembelot seperti Ahli Kufah. Kerana itulah seorang teman saya berbangsa Jerman dalam chat room, yang kecewa membaca tentang berita-berita pencabulan hak asasi minoriti Syiah di Malaysia dengan deras mengatakan begini:


'Bagaimanakah tuduhan menghalalkan darah Sunni ini dikeluarkan dan kalian diamkan? Ia sungguh-sungguh jahat dan memalukan!'


Seorang lain dalam chat room yang sama mencelah: 'Memang jahat dan muka tak tahu malu

No comments: