ALIF BA TA

ALIF BA TA

07 March 2011

Pendedahan Syiah 1 : Segelintir Syiah Diakui Sesat

DR.FAISAL TEHRANI~

Saya Akui Dalam Beberapa Hal, Segelintir Syiah Memang Sesat


Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Syiah dan saat hari Asyura dia mencederakan dirinya dengan parang atau pisau, maka saya cadangkan anda lepuk mukanya kerana confirmlah dia itu sesat. Ini kerana fatwa ulama-ulama Syiah mengharamkan matam berdarah, klik sini.


Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Syiah dan mencaci sahabat Nabi dan menuduh isteri-isteri Rasulullah saw dengan perkataan nista, maka saya cadangkan anda hamput depan mukanya kerana confirmlah dia itu syiah palsu. Ini kerana fatwa ulama-ulama Syiah paling baharu menolak, membantah dan mengharamkan penganutnya mencela sahabat-sahabat dan isteri Nabi, klik sini, disini, di sini, dan di sini, juga sini, serta di sini.


Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Syiah dan mengajak anda bermut'ah iaitu kahwin kontrak untuk 'seronok-seronok', maka saya cadangkan anda jolok atau bedal badannya dengan payung kerana confirmlah dia itu syiah yang tidak berakhlak. Ini kerana fatwa ulama-ulama Syiah menyarankan supaya nikah mut'ah tidak dijadikan alasan untuk berpeleseran, ia ada syarat ketat antaranya persetujuan bapa perempuan dan lain-lain sehingga 'hampir mustahil' dilakukan, klik sini dan sini, atau sini.


Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Sunni dan mengajak anda mengkafir dan menyesatkan Syiah, anda tenung mukanya lama-lama. Ini kerana fatwa Ulama Sunni belum ada yang mengkafirkan Syiah, tetapi fatwa "sebaliknya" yang ada mengkafirkan penganut Syiah, klik sini.


Ada banyak lagi kesesatan sesetengah pengikut syiah, tetapi malam sudah larut dan Faisal Tehrani pun perlu tidur. Pokoknya, sebelum percaya sesuatu periksalah habis-habis dahulu. Jangan keluarkan kenyataan jahil dan kerugian. Kalau tidak nanti, tak pasal-pasal 10 ribu orang (di Jakarta sahaja!) membacakan Jausyan Saghir untuk anda.


Kita mesti mengakui dalam kalangan kita pun ada yang tidak senonoh dan entah apa-apa, tetapi kita tidak pukul rata dengan mengatakan seluruh Sunni sesat. Kita akan katakan si polan ini atau si polan itu yang sesat. Same goes for them.

No comments: