ALIF BA TA

ALIF BA TA

20 March 2011

AZIZULHASNI AWANG OLAHRAGAWAN

Anugerah Olahragawan Negara milik Azizul (Updated!)

TERKINI:
Tahniah Azizulhasni Awang kerana sekali lagi dipilih sebagai Olahragawan Negara kali kedua berturut-turut dan tahniah juga buat Datuk Nicol David kerana dinobatkan sebagai Olahragawati Negara buat kali kelapan.

POS ASAL:

Azizul Hasni gegarkan dunia di trek lumba basikal. Apakah beliau diumumkan sebagai Olahragawan Negara kali ini?
Dua tahun lepas aku meramalkan pelumba trek negara, Azizul Hasni Awang yang tiba-tiba muncul menjadi anak Melayu pertama menjuarai lumba basikal trek peringkat dunia pada masa itu, tetapi ramalan aku sedikit meleset apabila Chong Wei yang menang perak Olimpik dipilih. (Baca di sini...!!)

Malam ini Anugerah Sukan Negara 2010 akan diumumkan dan aku membayangkan kali ini Azizul Hasni "sangkut". Sebabnya rekod kecemerlangan Azizul Hasni begitu hebat sejak beberapa tahun lalu kerana namanya kini menjagi kegerunan para pelumba dunia yang kesemuanya orang putih. Azizul cuma anak kampung dari Dungun, Terengganu tetapi telah menggegarkan di trek lumba basikal dunia.

Tiada alasan untuk Majlis Sukan Negara mengenepikan Azizul. Benar Lee Chong Wei dan Sazali Samad juga tidak boleh dipandang rendah tetapi seperti aku katakan sebelum ini kita sememangnya salah sebuah negara yang lahirkan ramai jaguh dunia dalam badminton tetapi berapa ramai pelumba dunia yang kita ada? Dan The Rocket Pocket Man ini sungguh istimewa.

Bukan aku nak perkecil Chong Wei atau Sazali tetapi lumba basikal bukan macam main badminton atau bina badan. Lumba basikal ialah perlumbaan menggunakan kudrat 100 peratus, di samping sedikit strategi perlumbaan. Bayangkan Azizul yang kecil molek macam tu berdepan dengan pelumba-pelumba dunia dari UK, Australia, Poland dan lain-lain yang badannya aku ingat setengah kali ganda lebih besar dari Azizul.

Bagi Olahragawati pula aku ingat Nicol David lagi sapu. Maklum dah berapa tahun dia pertahan status sebagai pemain skuasy no. 1 dunia. Hebat yeop! Kalau bolehchallenge pun Pandelela Rinong yang menang emas terjun Sukan Komanwel.  Tapi masih belum boleh cabar Nicollah!


No comments: