ALIF BA TA

ALIF BA TA

07 March 2011

Pendedahan Syiah 2 : Syiah Di Malaysia

DR.FAISAL TEHRANI~

Syiah di Malaysia, Beberapa Bukan Hal Yang Jadi Hal


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran, Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi telah melawat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Putrajaya pada hari Khamis lalu (20 Januari 2011). Kedatangan beliau disambut Ketua Pengarah JAKIM Dato' Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz.


Di awal pertemuan ini, Hujjatul Islam Wahidi berkata: "Ini adalah pertemuan rasmi saya dengan anda di JAKIM buat pertama kali. Insyallah pertemuan ini akan memberikan manfaat. Beberapa perkara akan saya terangkan dalam pertemuan ini, saya berharap ia diberi perhatian dengan pendekatan ilmiah:


"Masalah pertama tentang peristiwa yang menimpa pengikut Ahlul Bait (a.s) dan mazhab Syiah di Malaysia. Kami berharap pihak yang bertanggung jawab dalam perkara ini dapat menyelesaikannya dengan baik. Semoga anda membawa perkara ini kepada pihak terbabit.


"Masalah yang lain, oleh kerana seluruh masjid di Malaysia, khutbah imam-imam di berbagai negeri dan ceramah di masjid berada di bawah pentadbiran JAKIM, saya memohon daripada anda selaku Ketua Pengarah jabatan ini dapat mengawal situasi dengan sewajarnya. Berikanlah penerangan kepada mereka tentang perpecahan umat Islam dan tuduhan tidak berasas kepada Tashayyu' supaya perpecahan dapat dicegah". (klik sini umat Islam Syiah di kedah buat laporan polis bantah ceramah Alaudin bin Dato' Abu Bakar)


"Saya mempunyai beberapa perkara dan cadangan lain, yang turut berkaitan dengan kerjasama antara Konsul Kebudayaan Iran dan JAKIM. Semoga kerjasama ini dapat menghasilkan objektif dan ilmu yang bermanfaat.


"Cadangan pertama daripada kami ialah membentuk " کمیسیون مشترک فرهنگی ایران و مالزی " (Suruhanjaya Bersama Kebudaya Iran dan Malaysia) dari pihak JAKIM dan Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur. Suruhanjaya ini boleh bekerjasama dalam menyelidik dan mencari persamaan budaya antara kedua negara ini.


"Kami juga mempunyai cadangan membentuk "کمیته وحدت اسلامی ایران و مالزی " (Jawatankuasa Perpaduan Islam Iran dan Malaysia). Jawatankuasa ini dapat menyelidik masalah bersama tentang agama, mazhab dan pendekatan antara mazhab-mazhab Islam".


"Perkara yang lain ialah cadangan melaksanakan seminar-seminar anjuran Konsul Kebudayaan Iran dan JAKIM. Dalam sesi dua seminar kita dapat mengusulkan pembentukan Suruhanjaya dan Jawatankuasa tersebut.


"Pertama 'Seminar Mengkaji Persamaan Budaya Iran dan Malaysia', dan kedua 'Seminar Perpaduan Islam'.


"Kedua-dua seminar yang akan dianjurkan ini akan menghadirkan tokoh-tokoh pemikiran, ulama dan cendiakawan Iran serta Malaysia di Kuala Lumpur.


Tentang usulan kedua-dua Suruhanjaya dan Jawatankuasa tersebut kami ingin menambah, saya telah mengusulkan perkara ini kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zahid Hamidi dalam satu pertemuan dua tahun lalu. Beliau ketika itu mengatakan kedua-dua usulan ini diterima beliau namun hendaklah dibawa ke perbincangan kabinet, kemudian barulah ia dilaksanakan. Usulan ini sudah lama berlalu dan pasti ada di dalam rekod Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.


Dato' Wan Mohamad, Ketua Pengarah JAKIM berkata, "Ini adalah pertemuan rasmi yang pertama antara saya dan pihak kedutaan Iran. Inilah juga kali pertama pihak JAKIM menerima kunjungan seperti ini dan kami menganggap ia adalah petanda yang baik.


"Menurut Syaikh Al-Qardawi, jikalau kita antara sesama Islam tidak mampu mengadakan hubungan baik, bagaimana kita dapat menganjurkan hubungan baik dengan agama lain?".


Beliau menambah, "Mengenai peristiwa yang terjadi pada malam Asyura di Hawzah Ar-Ridha di Selangor, saya tidak bercakap banyak kerana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sudah berbicara... masalah-masalah Asyura ini telah mereka ketahui dan menurut pandangan saya ia telah beransur pulih dengan baik. Saya tidak berfikir bahawa perkara ini akan menjadi lebih buruk dan besar. Ini bukanlah masalah besar dan kami berharap ia akan selesai dengan baik". (klik sini laporan New York Times tentang peristiwa tersebut)


"Perkara kedua yang saya ingin katakan ialah berbalik kepada usulan Tuan Konsul untuk membentuk suruhanjaya bersama dan seminar-seminar. Ia hendaklah memberi perhatian kepada masalah kebudayaan yang dikongsi bersama.


Penganut Syiah terus ditindas dan dianiaya.




"Usulan saya ialah Tuan Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran boleh memulakan kerja-kerja Suruhanjaya bersama itu. Namun ia hendaklah memberi fokus kepada masalah yang dikongsi oleh Syiah dan Sunni, bukan dalam masalah yang sensitif. Contohnya masalah membantu golongan mustad’afin (yang ditindas) di seluruh dunia, ini merupakan masalah bersama. Atau perpaduan umat Islam, kemungkinan di dalam masalah ekonomi Islam. Tetapi ekonomi bukanlah tanggung jawab kami.


"Kami menyambut baik cadangan positif anda dan sebenarnya memberikan lampu hijau. Masalah pertama dan utama ialah memberikan kefahaman Islam kepada orang bukan Islam. Namun hendaklah kita ikuti prosedur dan peraturannya seperti mana hubungan diplomatik antara dua negara, ia perlu dilalui secara berperingkat sehingga berjaya. Contohnya peringkat pertama kami hendaklah membawa usulan ini kepada Kementerian Luar dan mengambil pendapat mereka. Seterusnya pandangan kementerian-kementerian lain sehingga kami dapat memaklumkan kesepakatan yang dicapai".


Ketua Pengarah JAKIM berkata, "Sebenarnya tujuan penubuhan JAKIM juga adalah masalah bersama. Sekarang jika anda mempunyai program bersama Universiti, pihak JAKIM tidak ada apa-apa halangan kerana ia ada kaitan dengan masalah bersama. Namun jikalau ia bukan masalah bersama, kami sangat tidak senang. Yang penting di sini ialah masalah bersama. Jikalau ia berkaitan dengan mensyi‘ahkan rakyat Malaysia, maka ia bertentangan dengan JAKIM (klik sini, sebahagian Syiah di Malaysia adalah Syiah asal). Saya sendiri boleh memberikan usulan supaya ia akan menjadi masalah bersama, bukan perkara yang sensitif".


Hujjatul Islam Wahidi membalas, "Kami telah pun membentuk rangka perlaksanaan forum-forum pemikiran dan kebudayaan dengan menggabungkan cendiakawan dari kedua-dua negara. Ia bakal memberikan kesan positif yang besar".


Dato' Wan Mohammad mengatakan, "Iya, saya sendiri akan menyertai forum-forum pemikiran ini". Beliau menceritakan pula perkara lain sebagai berikut, "Ada juga golongan yang bertindak cuba mencetuskan kontroversi dengan menyiarkan perkara-perkara yang tidak benar di dalam laman web persendirian. Inilah yang menyebabkan isu sensitiviti bertambah. Lebih baik individu ini ditegur supaya ia tidak mengulanginya lagi" (sila baca tulisan pegawai JAKIM ini, klik sini).


Konsul Kebudayaan membalas, "Saya menghargai kata-kata anda, sudah 3 tahun setengah saya tinggal di Malaysia dan telah mengadakan banyak lawatan, mengunjungi ulama, imam jemaah Malaysia, universiti, para pensyarah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini Dato' Zahid Hamidi dan yang terkini Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, jabatan-jabatan kerajaan dan orang awam. Saya memaklumkan kapada JAKIM apa yang dilihat sebagai interaksi dan penghormatan yang tidak baik.


"Saya seorang agamawan Syiah Iran yang tinggal di Malaysia hampir 3 tahun setengah. Banyak kegiatan kebudayaan yang telah saya laksanakan termasuklah kerjasama dengan Pusat Terjemah Negara. Buku Pengurusan Masa Perdana Menteri Najib Tun Razak juga telah kami terjemahkan ke bahasa Parsi.


"Kegiatan saling menterjemah kitab-kitab, mengadakan seminar ilmu dan mengadakan kegiatan kebudayaan bersama menunjukkan bertambahnya penghormatan antara budaya kedua-dua negara".


Sumber di sini.


Ulasan saya: Ada baiknya JAKIM bertemu dengan Syiah asal di Malaysia. Konsulat Kebudayaan Iran bukan wakil mereka dan tidak dapat membawa suara mereka.


Dalam pada itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar mengunjungi Ketua Majlis Republik Islam Iran, Ali Larijani di Tehran. Ketika berada di sana, Ali Larijani telah memberitahu (menegur?) Malaysia: "Extremism ruins Islam's face amongst nations, and this is what the enemies of Islam want." (Sumber di sini)


Dalam usaha memperbaiki hubungan kedua-dua buah negara, Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar mengatakan, "Iran's scientific and technological progress is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim nations." (Sumber lain di sini)


Saya ulangi, meminjam kata-kata Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Iran adalah "pride for Muslims and belongs to all Muslimnations."

Ulasan saya:
 Issyy, tiba-tiba saya pula berasa malu! Keliru pun ada. Apakah kenyataan ini selaras dengan fatwa yang ada? Adakah maknanya ketika melakukan urusan dagang, Syiah menjadi Muslim pula?



Juga, tahukah anda, siapakah musuh Islam yang disebut oleh Ali Larijani, baca entri saya, 'Siapa Musuh?', klik sini.



Juga, pengikut Syiah Imamiyah di Kedah sekali lagi tampil membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan ceramah Alaudin bin Dato' Abu Bakar yang boleh mencetuskan pandangan negatif terhadap pengikut mazhab ini, klik sini.

No comments: