ALIF BA TA

ALIF BA TA

16 February 2011

TUN MAHATHIR DAN NIK AZIZ

Seperti biasa Nik Aziz begitu ‘berdendam’ dan banyak mempersoalkan ‘keIslaman’ UMNO dan Tun Dr. Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah ‘bertanggungjawab’ ‘menyebarkan Islam’ melalui PAS dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan ‘berasa selamat’ di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Dr. Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh PAS.




Beliau lupa bahawa parti yang beliau ‘anuti’ itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui ‘kelulusan’ kerajaan kafir nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan yahudi dan nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan senjata kafir ini adalah membenarkan PAS ditubuhkan.Apakah benar Islam itu PAS, dan PAS itu Islam ? Persoalan ini perlu difikirkan oleh kita kerana ketika Nik Aziz menjadi ahli PAS, datuk atau mungkin ayah beliau masih tidak mengenali atau menganut fahaman PAS.




Apakah pula jawapan Nik Aziz di hari kebangkitan jika kaum keluarga Nik Aziz juga tidak menganuti fahaman PAS ?Malah ramai dari kita khususnya yang bukan dilahirkan di Kelantan, belajar dan faham agama dari sekolah-sekolah yang diasaskan oleh UMNO/BN. Ramai dari kita hanya sedar kewujudan PAS apabila DSAI dipecat. Ketika itu berduyun-duyun orang Islam mulai mendapat ‘hidayah’ dan menyokong PAS termasuklah penulis. Apakah nasib kami yang pernah menyokong PAS dan akhirnya ‘keluar’ atau ‘murtad’ dari menyokong PAS di hari kiamat?. Bagaimana pula hukuman Nik Aziz terhadap Ketua Umum PKR dan kepimpinan PKR yang tidak menyertai PAS ?.




Saya tidak menganggap UMNO itu betul 100% kerana ia adalah parti ciptaan manusia dan diuruskan oleh manusia. Seperti mana dakwaan Nik Aziz bahawa ‘banyak kepincangan’ di lakukan oleh UMNO (sebenarnya pemimpin UMNO). Begitu juga yang dilihat berlaku dalam PAS. Seperti mana PAS juga yang dicipta dan diasaskan oleh manusia yang ‘kecewa dan marah’ pada 1951, sudah tentu pemimpin dan penyokong PAS juga tidak terkecuali melakukan perbagai kesilapan.




Namun jika UMNO boleh mengakuinya kenapa PAS pula tidak boleh? Maksum sangatkah PAS hingga penyokongnya sendiri takut untuk menegur kepimpinan. Sedangkan Saidina Umar pun minta ditegur apabila dilantik sebagai khalifah.Besar sangatkah dosa UMNO dan besar sangatkah jasa Nik Aziz kepada Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir? Jika Nik Aziz mengatakan Tun Dr. Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam, maka izinkan saya memetik kuliah mingguan beliau di Kota Baharu yang mengatakan kebanggaan beliau terhadap sistem kewangan Islam.




Memetik kata-kata beliau seperti yang dilaporkan “Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai”.Merupakan fakta yang terlalu jelas (buta kayu kalau tak nampak lagi), usaha mewujudkan sistem kewangan Islam seperti perbankan Islam, sistem takaful, pajak gadai Islam, pinjaman Islam dan sebagainya adalah idea dan kehendak Tun Dr Tun Dr. Mahathir yang juga Presiden UMNO ketika itu (1982) untuk membawa perubahan dan kejayaan ekonomi kepada negara kita.




Tun Dr. Mahathir melihat keperluan ini kerana tahu bahawa hanya negara yang 'kaya' dan 'kuat kuasa ekonominya' sahaja akan digeruni oleh lawan. Paling hampir yang terkesan dengan apa yang kita lakukan ialah Singapura (talibarut yahudi di rantau ini). Kerana itu mereka ‘mendekati’ Nik Aziz dan menggunakan DAP bagi memusnahkan sistem kewangan ini apabila peluang ini diperolehi kelak.Janganlah Nik Aziz lupa bahawa sistem kewangan Islam yang diasaskan oleh pimpinan UMNO inilah yang menyelamatkan ekonomi negara serta dijadikan model oleh negara barat hari ini seperti yang DIAKUI oleh Nik Aziz.




Justeru kita patut bertanya, besar mana sumbangan idea Nik Aziz dalam sistem kewangan Islam sejak beliau mentadbir Kelantan ?Siapakah pula yang telah membuka idea penggunaan Dinar Emasyang tidak pernah difikir atau dibahaskan oleh mana-mana pemimpin negara Islam tetapi akhirnya mula membuka mata masyarakat dunia kalau bukan Tun Tun Dr. Mahathir. Kebimbangan yahudi dan nasrani terhadap idea untuk mengantikan penggunaan wang kertas dengan Dinar Emas pasti akan menruntuhkan ekonomi mereka dan boleh menyebabkan negara-negara kafir ini menjadi peminta sedekah kepada negara Islam jika idea Tun Tun Dr. Mahathir ini direalisasikan. Lucunya sempat pula Nik Aziz ‘menceduk’ idea ‘syiling emas’ untuk mendapatkan ‘laba’ politik tanpa merancang penggunaanya dengan bijaksana.Besar sungguh jasa Nik Aziz yang menyebabkan penghijrahan rakyat Kelantan ke merata tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negeri ditadbir BN untuk mencari rezeki yang halal.




Tentu Nik Aziz mendapat ‘pahala’ kerana disebabkan ‘ideanya’ anak-anak Kelantan terpaksa berhijrah dan membawa pulang rezeki untuk ibu bapa, menyempurnakan hajat menunaikan haji, membayar zakat serta sedekah bagi mendapat keberkatan.Manakah tangan yang memberi dan manakah tangan yang menerima ? Adakah kerajaan PAS Kelantan mampu mengatakan peluang pekerjaan dan kemakmurkan rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada bumi bertuah ini datang dari perahan idea dan 'tafakur' Nik Aziz selama 20 tahun memikirkan permasalahan rakyat?. Bodoh sangatkah kita untuk melihat jutaan pendatang asing yang turut masuk secara sah atau haram mencari rezeki di negara ini atas kebijaksanaan pentadbiran UMNO dan BN ketika era Tun Tun Dr. Mahathir ?




Nik Aziz juga sempat meminta Tun Tun Dr. Mahathir menyatakan ‘kesalahan’ beliau sebagai MB Kelantan jika ada. Tanpa perlu Tun Tun Dr. Mahathir membuang masa biar penulis sebutkan di sini beberapa perkara yang boleh dinilaikan. Banyak manakah ‘berhala besar’ yang lebih tinggi dan besar dari menara masjid atau kubah didirikan sepanjang Nik Aziz menjadi Menteri Besar. Tidak malukah Nik Aziz mengistihar Kelantan sebagai ‘Serambi Mekah’ sedangkan ketika Nabi Ibrahim dipilih oleh Allah SWT sebagai Rasul, baginda telah memecahkan patung berhala di sekitar Kaabah.




Peliknya, Nik Aziz pula adalah ulama yang membenarkan patung-patung berhala yang lebih cantik dan lebih besar didirikan di ‘Serambi Mekah’. Banyak manakah pula masjid yang telah PAS Kelantan berjaya dirikan sepanjang pentadbiran Nik Aziz? Bolehkah fakta ini dikemukakan kepada kita? Jika Nik Aziz mempertikaikan kesungguhan UMNO/BN mendirikan masjid kita mahu pula mahu tahu dan melihat kesungguhan PAS dalam isu pembinaan masjid baru selama 20 tahun memegang kuasa.Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari membukti kepada penulis tentang ‘tong kosong’ yang dipalu oleh PAS Kelantan.




Sudah terang lagi bersuluh, KEBERSIHAN yang menjadi ASAS KEIMANAN pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam, maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang entah hilang laungannya. Kita selalu digembar-gemburkan tentang bertapa imarahnya dan 'penuhnya' masjid dan pusat pemgajian agama di sana.




Justeru semasa di berada di Kota Baharu, penulis berkempatan solat suboh, jumaat, mahgrib dan isyak di beberapa masjid. Hakikatnya adalah sebaliknya dan ianya adalah hampir sama atau lebih kurang sahaja jemaaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN. Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan, pandangan serupa ditempat lain dalam negara kita.




Sempat juga melawat seaktu bertandang dan ‘melawat’ setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor. Malah di sebuah masjid yang terserengam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus. Terbukti dan fakta yang diakui oleh Nik Aziz dalam kuliah mingguannya bahawa beliau kesal dengan tahap kebersihan tandas masjid di Kelantan yang gagal diuruskan olehnya. Besar sangatkah jasa Nik Aziz hingga tonggak dan asas keimanan tentang kebersihan ini pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat dibawah kepimpinan ulamak selama 20 tahun.




Itu belum lagi berbagai ‘kes-kes pelik’ dan kes luarbiasa dilakukan oleh rakyat yang dipimpin oleh Nik Aziz. Mungkin para pembaca boleh menyelak akhbar untuk mendapatkan banyak kisah-kisah sensasi berlaku sepanjang Nik Aziz mentadbir seperti perkahwinan antara ‘perempuan’ dengan perempuan dan lain-lain.Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat membaca pemikiran Islam Tun Dr Tun Dr. Mahathir kerana ‘kesilapan’ beliau yang belajar dalam ‘bidang kedoktoran’ dan bukannya ‘bidang keagamaan’, juga Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud sepanjang mentadbir negara.




Jika itulah yang ‘dikosmetik’ kepada penampilan Tun maka sudah tentu perpespi penyokong PAS pasti berbeza.Memang benar seperti kata Tun Tun Dr. Mahathir bahawa jasa yang paling besar yang patut dikenang terhadap Nik Aziz ialah perpecahan yang telah beliau lakukan. Sabda Nabi SAW “Sesiapa yang datang kepada kamu mengajak menderhakai pemimpin dan hendak memecah-belahkan kesatuan umat Islam, sedangkan ketika itu kamu sedang mentaati pemimpin kamu itu, maka hendaklah kamu perangi dia”. (riwayat Muslim).




Hadis di atas menyorot kembali penubuhan PAS pada 1951 yang telah menimbulkan bibit-bibit perpecahan umat Islam. Malah PAS sentiasa berusaha dalam sistem demokrasi untuk bertapak di negeri-negeri BN bagi menyemai dasarnya dan memecahkan kesatuan umat Islam dan menggalakkan kita membenci UMNO/BN seperti di dalam ceramah dan akhbar suci mereka Harakah.




Doktrin British yang melihat kaedah ini dahulu kini benar-benar berjaya kerana mereka tidak perlu berada di sini untuk menghancurkan kesatuan kita.Kepada penyokong PAS, tepuk dada tanya iman benarkah Islam itu disebarkan melalui PAS di negara Malaysia ? Lupakah kita banyak penyelewengan dalam agama di lakukan oleh orang-orang agama dan ditutupi oleh bayangan keilmuannya yang menyebabkan kita semua terpesona.




Kepada penyokong dan penganut ‘fahaman PAS’, hakikatnya hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan memberikan ‘hidayah sebenar’ kepada kita. Kalau itu yang kita inginkan lakukan solat Istiqarah minta petunjuk dari Yang Maha Esa,, adakah Nik Aziz dan PAS mewarisi pejuangan yang dibawa oleh junjungan Nabi SAW ? Adakah akhlak dan tutur kata pemimpin PAS selama ini cukup mulia dalam berbicara sesuai dengan cara Rasullullah SAW. Sejauh mana jasa Nik Aziz dan Kelantan jika sambutan Maulidur Rasul pun tidak menjadi keutamaan dan dipandang sepi, sedangkan kerana Baginda Nabi SAW, manusia seluruh dunia menerima Islam yang sumul dan mengiktiraf sumbangan besar junjungan baginda Nabi SAW.




Sedangkan Micheal J Hart pun mengakui kehebatan Rasullulah apalah susah dan berat untuk kerajaan yang mengangkat moto 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah' untuk mengadakan sambutan dan mengingati kelahiran manusia paling agung di dunia

No comments: