ALIF BA TA

ALIF BA TA

27 February 2011

SIAPA TUN MAHATHIR ???SIAPA TOK GURU NIK AZIZ ???

Tidak ramai yang tahu apa yang telah disumbangkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam membantu umat Islam di seluruh dunia, khususnya dalam peperangan yang menyaksikan umat Islam disembelih, dihina, dirogol dan diperhambakan. Banyak cerita tentang penglibatan Tun Dr. Mahathir dalam membantu tentera-tentera Islam seperti di Bosnia, Filipina, selatan Thailand, India dan beberapa tempat lain, tidak diketahui. Apatah lagi maklumat-maklumat seperti itu berada dalam OSA dan penyebarnya boleh menyebabkan dikenakan ISA.

Agak menarik apabila bekas tentera sendiri yang mengesahkan pembabitan Tun Dr. Mahathir dalam penghantaran senjata kepada tentera-tentera Bosnia yang kalaulah diketahui oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, pasti Malaysia akan teruk dikerjakan oleh kuasa besar tersebut.

Bagaimanapun, besar kemungkinan Amerika Syarikat sebenarnya telah tahu tentang rahsia gelap Tun Dr. Mahathir. Kalau tidak, masakan mereka bersungguh-sungguh untuk menjahanamkan karisma Mahathir. Bahkan kalau tidak kerana sakit hati, tidak mungkin Amerika Syarikat dan Zionis Israel menaja Anwar Ibrahim untuk menjahanamkan Tun Dr. Mahathir dan Malaysia.

Kisah Tun Dr. Mahathir menghantar senjata ke Bosnia untuk membantu pejuang-pejuang Islam di negara terbabit, boleh anda baca di BLOG MILITARY OF MALAYSIA. Ia akan menjawab persoalan mengapa Mahathir begitu dihormati oleh rakyat dan pemimpin Bosnia. Bahkan ia juga akan menjawab mengapa Erbakan, bekas Presiden Turki begitu akrab dengan bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Dan ianya menjawab tentang betapa 'sekularnya' Mahathir berbanding Nik Abdul Aziz. Mahathir berjihad dengan membantu tentera-tentera Islam menerusi penghantaran senjata dan kewangan selain membabitkan tentera Malaysia dalam kancah perang yang menzalimi umat Islam, sedangkan Nik Abdul Aziz yang begitu wali, yang begitu karomah, sekadar berdoa dan bertindak dengan lisannya!!!

No comments: