ALIF BA TA

ALIF BA TA

16 February 2011

SELAMAT DATANG PRK UiTM KAG !!! GOODLUCK CALON MPP ~

ASSALAMUALAIKUM 2 ALL...

Pengumuman oleh datuk pengarah UiTM KAMPUS ALOR GAJAH (KAG) ketika bersama pelajar sempena majlis bacaan yassin dan ceramah maulidur rasul pada malam 14 Februari lalu di  Kompleks Masjid Al-Hikmah berkenaan dengan pembubaran MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR. Makanya,bermulah satu lagi Pilihanraya Kampus untuk menentukan siapkah calon paling layak untuk mewakili SUARA pelajar ke pihak atasan !!!

MPP merupakan suatu badan yang sepatutnya berani dan sentiasa tampil dalam kancah masalah para pelajar yang dipimpinnya atau dalam erti kata lain para pelajar yang MENGUNDINYA! Masalah-masalah dari sekecil-kecil luka sehinggalah sebesar-besar nanah sekalipun perlu dan nak atau tidak mereka harus memperjuangkannya.

MPP perlu rapat dengan para pelajar atau dalam kata lain PENGUNDINYA!!! Kerana setelah bergelar YB ini merekalah yang perlu memperjuangkan nasib kami! Bukannya setelah bergelar YB masalah kami adalah masalah kami sahaja! Pelbagai isu perlu dicakna oleh setiap ahli MPP. Sepatutnya tiada istilah "kami tidak terima masalah dari para pelajar@kami tidak dapat aduan dari pelajar!" Seharusnya MPP lah yang perlu cakna dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pelajar! Dan anda perlu ingat dan ambil tahu juga mengapa PARA PELAJAR tidak mengetengahkan pelbagai masalah kepada pihak anda! Anda perlu fikir,adakah salah sistem,pelaksanaanyakah,atau kotak2 cadangan yang kosong atau sengaja dikonsongkankah,atau anda yang tidak rapat dengan kami sehingga sukar kami mengetengahkan sebarang masalah kepada anda!

MPP perlu jaga kesemua aspek kepimpinan! Tunjukkan kepada kami mengapa anda yang perlu kami pilih! Apa yang anda perjuangkan untuk kami? Atau adakah anda memperjuangkan semata-mata nama anda meriah dan letopp di pihak HEP sahaja? Atau anda hanya menjadi pak turut semata kepada pihak pengurusan! Ya! Saya pernah bertanya kepada salah seorang MPP ini dan mengapa pihak MPP perlu menjadi pak turut kepada sesetengah arahan pihak pengurusan walaupun ianya membebankan para pelajar atau dalam erti kata lain PENGUNDINYA??? Jawapnnya mudah,katanya kita MPP ada agenda sendiri memperjuangkan nasib bangsa dan jawapan yang paling jelek adalah kerana kami tak boleh terlalu dilihat berhaluan kiri dari pihak pengurusan!!! Aduhhh~ perit2 dan dahsyat2!!! Jika beginilah pemimpin yang mahu dilahirkan!!! Benar kita memang bukannya tidak boleh menurut sahaja perintah pihak atasan namun perlulah diambil kira akan segala perasaan dan isi hati orang bawahan!!! Namun apa-apapun setakat ini saya lihat di KAG tidak ada yang terlalu membebankan sangat berkaitan dengan arahan dari pihak atasan.

Namun begitu apa yang terlalu ketara ialah isu makanan mahal di cafe ! Ramai yang bersungut dalam isu ini! Bayangkan mee goreng sepinggan dan seketul ayam goreng segera yang saiznya tak sampai setapak tangan boleh mencecah RM 4.00 !!! Apa nak jadi???? Tapi apa boleh buat sebab tade orang nak bela!!! Siapa ya orang yang bertanggungjawab???? Alahai....

Saya mahu melihat melalui calon2 PRK ini apa isu2 pelajar yang mahu diperjuangkan oleh mereka ini!!! Saya mahu lihat sejauh mana tahap mereka melihat masalah pelajar dari konteks mereka sendiri dan bagaimana mahu mereka memperjuangkannya! Saya tidak mahu lihat mereka ini hanya memperjuangkan bagaimana nak tarik ramai pelajar ke event2 itu dan event2 ini,saya tak mahu lihat berapa banyak event atau majlis yang mereka mahu rangka,saya dan KAMI mahu lihat apa isu2 PELAJAR yang mampu kamu perjuangkan!!!

Akhir kata,SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA CALON-CALON PRK UiTM KAG dan UiTM se-Malaysia semoga anda berjaya memberi satu tanggapan positif buat rakan2 pimpinan anda!!! Goodluck!!!

p/s: Segala apa yang diungkapkan diatas adalah rasa luahan hati penulis sahaja.Tiada kena mengena soal hidup dan mati! Siapa makan cili dia terasa pedas!!!

TERIMA KASIH JUGA KEPADA SELURUH WARGA MPP SESSI LEPAS ANDA HEBAT!!! TAHNIAH!!

No comments: