ALIF BA TA

ALIF BA TA

04 February 2011

ORANG POLITIK YANG GAGAL

DARI BLOG RAKAN BLOGGER SRIBUANA

Orang-orang Politik Yang Gagal.

Tun Mahathir pernah membuat kenyataan tentang Lee Kuan Yew yang menarik: "I think he will go down in history as a very remarkable intellectual and politician at the same time, which is not very often thing."

Jika menurut pendapat Tun, intelektual dan politik merupakan kombinasi yang sangat jarang. Mungkin Tun Mahathir dan Lee Kuan Yew merupakan pengecualian dari hukum umum itu. Dan saya setuju.

Dalam sejarah, kita akan terkejut menemui tokoh-tokoh politik yang gagal. Mereka gagal berkembang sebagai seorang orang politik - bukan mereka tidak bijak tetapi mungkin mereka tidak mahu mengorbankan prinsip mereka.

Niccolo Machiavelli, penulis treaty politik yang terkenal itu merupakan ahli politik yang gagal. Walaupun beliau pernah memegang jawatan semasa  era Republic Florence, beliau diketepikan oleh keluarga de Medici apabila keluarga itu memegang kuasa. Dalam usaha beliau untuk menarik minat penguasa baru Florence itu, beliau menulis surat kepada de Medici, kemudian menjadi abadi dalam 'The Prince'.

'The Prince' dikatakan kitab suci Napoleon, Benito Mussolini dan Adolf Hitler. Realpolitik atau matlamat menghalalkan cara menjadikan politik bebas dari kongkongan moral dan agama. Machiavelli membawa satu revolusi politik dalam era renaissance. Namun beliau sendiri merupakan seorang ahli politik yang gagal. Beliau tidak memegang apa-apa jawatan semasa era pemerintahan keluarga de Medici, dan mati sebagai orang biasa.

Seorang lagi tokoh intelek yang gagal menjadi orang politik yang berjaya merupakan Confucius. Sebagai seorang bijak pandai istana, beliau dikagumi. Namun sikap 'berprinsip' dan mengutamakan moralnya membuat penguasa ketika itu tidak berminat dengannya. Confucius telah dihalau dari negerinya, mengembara bersama pengikutnya dan  membawa ajarannya yang semakin mashyur.

Menjelang usia tua Confucius, rajanya memanggil beliau pulang. Confucius memberi syarat, beliau boleh kembali ke negeri asalnya, tetapi tidak akan mencampuri urusan politik. Beliau akan pulang untuk mengajar fahamannya. Dan fahaman Confucius mendominasikan peribadi China tanpa beliau menjadi sebarang tokoh politik.

Seorang lagi tokoh yang gagal mengembangkan bakatnya sebagai orang politik adalah Ibnu Khaldun. Sebagai intelektual yang sezaman dengan Timur Leng, beliau pernah ditemuramah oleh penakluk terkenal itu. Ibnu Khaldun yang masak dengan pencaturan politik gagal menjadi seorang tokoh politik. Namun beliau merupakan penulis Mukaddimah, sebuah karya teragung yang pernah dihasilkan oleh pemikiran manusia.

Boleh juga kita simpulkan, kecuali beberapa individu seperti Lee Kuan Yee dan Tun Dr. Mahathir, orang politik dan intelek merupakan gabungan yang jarang. Di tangan mereka, orang-orang politik, terletaknya arah tuju negara kita.

Semperna pengubahsuaian Interlok untuk memuaskan hati golongan minoriti, mari kita kaji kebijaksanaan sistem kasta hindu. Dalam tingkat susila Hindu, kasta paling tinggi merupakan Brahman. Brahman ini adalah kasta Machiavelli, Ibnu Khaldun dan Confucius. Manakala orang-orang politik datangnya dari kasta Kesastria, setangga bawah dari Brahman, tapi anehnya golongan intelek sering diperkotak-katikkan oleh orang politik.

Dan saya teringat filem Invictus: "Football is a gentleman game, played by hooligans, but rugby is a hooligan game, played by a gentleman."

No comments: