ALIF BA TA

ALIF BA TA

05 February 2011

CIA LICIK DAN SISTEMATIK HANCURKAN NEGARA ISLAM KINI MESIR PULA


Sadam digulingkan kerana angkara CIA. Kononnya Sadam mempunyai bom CMD. Apabila Sadam jatuh-ternyata semua itu pembohongan.

Tunisia jatuh kerana pemerintahan Tunisia tidak seiringan dengan kehendak Amerika.

Walaupun Mubarak sekutu Amerika dan Israel-Namun Mubarak tidak condong kepada kehendak barat mengenai program neuklier Iran.

Walaupun Mubarak menutup laluan ke Gaza-sehingga sukarelawan antarabangsa perlu melalui jalan yang jauh untuk menghantar bantuan-namun rejim Yahudi-tidak berpuashati-kerana senjata-senjata untuk melawan Yahudi-tetap menembusi barakade rejim Yahudi. Yahudi curiga, bahawa pemerintahan Mubarak terlibat membenarkan kemasukkan senjata ke Gaza.

Menurut Amerika dan Yahudi, selagi Mubarak berkuasa, masalah kemasukkan senjata ke wilayah Palestin, tidak akan mampu dikekang. Atas sebab itu, Mubarak perlu digulingkan.

Kini, rakyat yang ada hubungkait dengan rejim Yahudi dan Amerika bangkit-mahukan Hosni Mubarak berundur. Berundurnya Mubarak-bukan satu penyelesaian-akan tetapi menghacurkan satu lagi negara Islam-terbukti di Iraq.

Mesir adalah negara terbesar di dunia Arab daripada segi penduduk, yakni 80 juta. Mesir juga adalah pusat penganut sunni. Di negara ini terletak Universiti Al-Azhar.

No comments: