ALIF BA TA

ALIF BA TA

27 February 2011

PUSAT PERNIAGAAN BUMIPUTERA : DIMANA ANDA?

Apabila Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (Perak) Raja Ahmad Zainuddin berkata, kebanyakan kompleks perniagaan yang dibangunkan oleh agensi-agensi kerajaan untuk peniaga-peniaga Bumiputera, gagal dan tidak bermaya, ia sebenarnya bukanlah perkara baru. Malah sudah berdekad-dekad lamanya ia diperkatakan.

Antara agensi kerajaan yang sangat giat membangunkan kompleks perniagaan 'HANTU' ialah MARA. Dari awal kemunculan sehinggalah sekarang, MARA banyak membina arked-arked perniagaan yang disewakan kepada peniaga-peniaga Melayu dan Bumiputera di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, ramai yang merungut kerana lokasi arked MARA kebanyakannya berada di kawasan yang sangat tidak strategik dan jauh dari tumpuan orang ramai, sekaligus memberi petanda bahawa arked tersebut dibina sekadar untuk memenuhi tuntutan pihak kontraktor dan bukan sebenarnya untuk golongan peniaga.

Pergilah periksa ke mana-mana, kompleks-kompleks perniagaan untuk para peniaga Melayu dan Bumiputera benar-benar hidup segan mati tak mahu. Mujur jugalah sewa premis jauh lebih murah berbanding premis-premis swasta, kalau tidak besar kemungkinan ia bagaikan bangunan-bangunan empat tingkat di Jalan Haji Manan, Kluang yang kebanyakannya kosong tidak berpenghuni.

Keadaan ini menggambarkan kedaifan dan KEMALASAN serta kelembapan daya fikir perancang yang diambil bekerja dalam agensi-agensi kerajaan itu. Dan yang lebih menarik, kebanyakan daripada mereka adalah PENYOKONG PAS yang sangat tegar.... pergilah ke Bangunan MARA di Jalan Raja Laut dan pergilah ke Unit Perancang dan bawa-bawalah bersembang tentang politik UMNO-PAS, anda akan tahu, walaupun mereka bekerja di bangunan berwarna biru, hati, kulit dan darah mereka adalah hijau pekat!

Mungkin memikirkan bahawa dana yang digunakan oleh agensi-agensi kerajaan tersebut adalah di bawah peruntukan untuk pembangunan Melayu dan Bumiputera, maka mereka bebas berbuat apa-apa sahaja. Asalkan ada bangunan yang dapat mereka siapkan dan buktikan bahawa wang tersebut telah disalurkan mengikut kehendak kerajaan, mereka pun berharap tiada sesiapa lagi yang akan mempertikaikan mutu kerja mereka.

Agensi-agensi kerajaan seperti MARA memerlukan transformasi yang sangat menyeluruh dan lebih tegas. Para pegawai yang tidak mampu hidup dalam dunia realiti, wajar dibuang dan digantikan dengan kakitangan yang lebih berinovatif dan lebih berfikiran kritikal.

Untuk apa membina sebuah kompleks perniagaan yang terletak nunnnnnnnnnnnn sayup di hujung dunia dan jauh dari kawasan tumpuan. Sudahlah lokasinya tidak menarik, tiada apa-apa yang menarik pun di kompleks perniagaan tersebut bagi menjadikan ia sebagai daya tumpuan atau dengan kata lain, bagi membolehkan masyarakat sekeliling menjadikan kompleks berkenaan sebagai 'harapan'.... pergilah ke mana-mana Arked MARA, tiada sebuah bangunan pun yang mempunyai daya tarikan seperti bank, pejabat pos, pejabat kerajaan mahupun restoran 24 jam!

Adakalanya elok juga sekiranya agensi-agensi kerajaan seperti MARA tidak perlulah lagi membazirkan wang untuk membina bangunan-bangunan yang hanya dihuni oleh hantu, jembalang dan puaka. Lebih baik lagi, agensi-agensi kerajaan tak perlulah lagi bercita-cita untuk jadi peniaga, kerana mereka bukan sahaja gagal mengenal pasti corak dan trend perniagaan, bahkan mereka juga sama sekali gagal menaiknilaikan bangunan yang mereka sendiri bina.

1 comment:

Anonymous said...

Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.