ALIF BA TA

ALIF BA TA

15 February 2011

HARI KEKASIH UMMAT ISLAM

Salam alaika 2 all...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya kita sekali lagi mampu dan masih lagi kukuh berdiri di muka buminya yang maha esa.

Hari ini tibalah hari yang kita sendiri penuh nantikan,hari kekasih,hari kekasih umat islam senatero dunia,malah merupakan hari kekasih buat seluruh alam maya ini. Andai kita ada kekasih yang paling cantik,anggun mahupun kacak sekalipun ianya tiada taranya dengan kekasih ini yang menyuluh alam maya jetika dilitupi kegelapan dosa dan dina.

Hari ini tibalah hari yang paling dinantikan buat seluruh ummat manusia yang bertasbih,bertahmid dan berselawat ke atas Allah dan junjungan baginda SAW.

Hari ini merupakan tanggal 12 Rabiulawal 1432H,nabi junjungan kita MUHAMMAD SAW lahir ke dunia menerangi alam maya dengan cahaya dan layar keinsafan dengan wahyu yang mekar hingga ke akhir zaman.

Semoga segala titik peluh perjuangan baginda nabi SAW menjadi tunjang dan akar kepada kesekelian ummatnya untuk meniti perjuangan yang mencabar penuh onak dan duri di akhir-akhir penantian pengakhiran zaman ini.

Semoga lembaran sejarah baginda Nabi SAW menjadi pedoman buat semua tak kira pemimpin,pengikut,ayah,ibu,kawan,sahabat, buat diri kita semua.

ALLAHUMMASOLLIA'LA SAIDINA MUHAMMAD,WA'ALA ALIHI SAIDINA MUHAMMAD!!!

No comments: