ALIF BA TA

ALIF BA TA

26 December 2010

Tahniah Harimau Malaya~ Akhirnya tumpas jua Garuda! Bukan Laser jadi taruhannya yukkk! haha

Assalamualaikum 2 all...

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya berjaya juga sang Harimau Muda menumbangkan Sang Garuda di tanah air ini untuk peringkat pertama timbal balik akhir Piala AFF SUZUKI 2010.

Buat seluruh rakyat Malaysia betapa bangganya kita di sebalik insiden yang sedikit mencalarkan negara Malaysia dan yang sudah pasti akan digembar-gemburkan media Indonesia pada hari mendatang ini. Kejayaan skuad Malaysia bukan calang-calang.

Perjuangan di atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini amat mengujakan buat seluruh penyokong skuad kebangsaan. Pertahanan yang cukup mantap menidakkan tembusan gol walau sebijik ke gawang Malaysia.

Insiden suluhan LASER yang menghangatkan stadium sedikit mencalarkan imej negara namun untuk menghukum KEKALAHAN SKUAD GARUDA DEK KERANA ISU INI adalah begitu dangkal. Bagi mereka yang buka hati dan buka minda serta celik mata bisa  melihat betapa lemahnya pertahanan skuad Garuda ini! Serangannya walaupun kadang-kala berbisa dek pemain import yang diberi taraf kerakyatan mereka juga gagal menembusi gol Malaysia.

Nah! Jadi tiada sebab sebenarnya untuk mereka MENGHUKUM KEMENANGAN MALAYSIA untuk pusingan pertama timbal balik final SUZUKI CUP ini~

Ayuh Malaysia ! Kemenangan malam ini bukan bermakna PIALA sudah milik kita. Ingat perlawanan di Stadium Bung Karno nanti 90 minit perlu dihabiskan walaupun dengan kedudukan seri~

InsyaALLAH,doa dari seluruh rakyat Malaysia pasti mengirngi anda ke negara merah putih itu! Dari jauh kami pohonkan seribu doa demi mengembalikan maruah bola sepak negara tercinta!

5 comments:

Anonymous said...

Salam,
Malaysia berhak menang.. walaupun tanpa suluhan laser daripada penyokong.

Alhamdulillah..dan semoga bola sepak Malaysia terus cemerlang

~ OnDaStreet

IPOH MALAY said...

jangan seri.. titik demer lagi.. kurang2 1-0 hehehe

Melayu Pasir Gudang said...

Pancaran laser....kahhhh,kahhhh,kahhhh si penjaga gol indon tu tak pernah tengok flash camera. Yang masuk pun bukan bola tendangan penalti, yang dia pergi sibuk tengok penonton pe hal, kalau fokus pada bola mana laser (kalau ada pun)nak masuk mata. kalau setakat laser macam aku selalu pakai masa presentation tak mana butanya mata. lainlah laser sebesar lampu limpah stadiummmmm....apa punya bingai mat indon nie.

Kepada tuan punya blog terima kasih kerana singgah jap kat blog hamba,blog tuan atas nama alif-ba-t dah di senaraikan sebagai blog list MPG.

Wake UP! said...

Salam bro. Tahniah di atas kejayaan Malaysia.

Mungkin penjaga gol Malaysia wajib memakai cermin mata hitam sebab nak selamatkan mata dari pancaran laser.

Anonymous said...

konsentrasi hilang gara2 laser.
as simple as that.
you're too blind to see that.