ALIF BA TA

ALIF BA TA

20 December 2010

Pemimpin dan Rakyat : Berpisah Tiada

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 2 all...

Pemimpin dan rakyat : Berpisah tiada...

Ungkapan ini seharusnya bukan sahaja perlu wujud dalam diri dan hati sanubari sang pemimpin di luar sana malah perlu menjadi amalan mereka sehari-harian. Dalam keadaan politik kini yang dikatakan sudah hampir mencapai taraf matang,maka kini rakyat sudah mula bangkit dan merasakan bahawa POLITIK "ELIT" sudah perlu dikuburkan. Hari ini rakyat marhaen tidak bangga mempunyai pemimpin berkereta mercedes,hari ini rakyat marhaen tidak kasih pada pemimpin yang punya banglo jutaan ringgit,hari ini rakyat marhaen tidak pilih dan undi pemimpin yang miliki private jet sendiri,hari ini rakyat marhaen tidak mahu pemimpin yang punyai harta tanah berbillion ringgit,

NAMUN,hari ini rakyat marhaen sudah mampu berfikir dengan baik hari ini rakyat marhaen mahukan PEMIMPIN YANG DEKAT DIHATI DEKAT DIJIWA mereka. Hari ini rakyat marhaen mahukan pemimpin yang sentiasa MELIHAT,MENDENGAR,DAN BERTINDAK kepada setiap pemasalahan yang mereka ajukan. Malah lagi rakyat marhaen suka andaikata belum pun masalah diajukan pemimpin sudah bersuara dan mahu selesaikannya,kata rakyat marhaen inilah PEMIMPIN PRIHATIN. Rakyat marhaen mahukan pemimpin yang boleh minum kopi bersama mereka,tunjuk muka bila ada kenduri kendara,bersama lapah daging di hari raya aiduladha,bergotong royong bersama mereka,menghadiri jemputan futsal,meremajakan diri mereka dengan belia tunggak harapan negara.

Hari ini rakyat marhaen tidak mahu pemimpin yang bila diajukan masalah buat dek saja,bila dijemput meraikan majlis kahwin dan kenduri kendara batang hidung malah respon pun habuk tarak,pemimpin yang apabila berucap hanya tahu menyalahkan remaja bukan menasihati dan mendekati mereka,pemimpin yang hanya tahu BERPROTOKOL tidak kira tempat,pergi pasar malam pun perlu ada protokol takut nanti orang pandang hina,

NAH! pemimpin-pemimpin ku rakyat marhaen tidak perlukan anda hari-hari tapi cukuplah sekadar anda berada disisi kami kalau tak sekali seminggu sebulan sekali pun kami dah anggap anda di sisi kami. Jangan nanti kami merasakan pemimpin yang ada hanya muncul bila tiba hari meraih UNDI. Masa itu jangan harap lah~

Maka ayuhlah pemimpin-pemimpin sekalian tidak kira sekecil mana pun anda yang bergelar pemimpin rakyat bawahan TURUN PADANG jumpa rakyat jelata BUANG PROTOKOL anda LIHAT DENGAR RASAI DENYUT NADI rakyat marhaen sekalian~ INGAT BELIA REMAJA PERLU DIDEKATI KERANA MEREKA PEWARIS KEPIMPINAN YANG BAKAL MENANTI DI SUATU HARI NANTI~

 p/s: sangat teruja dengan pemimpin Iran AHMADINEJAD tidak pernah wujud istilah PROTOKOL apabila dia bertemu rakyat~

No comments: