ALIF BA TA

ALIF BA TA

29 December 2010

IKON NEGARA milik siapa? GOLONGAN INTELEKTUAL? ARTIS? ATAU ...

Assalamualaikum 2 all...



Entri kali ni nak menyentuh sedikit satu tajuk yang sudah berjaya dikupas di sebalik rancangan SUARA SISWA yang disiarkan dalam RTM 1 malam tadi. ABT sempat melihat sedikit sahaja rancangan tersebut. Itupun hanya seorang speaker sahaja yakni saudara NYDP MPP 1dari USIM kalau tak silap saya.

Baiklah kalau mengikut tafsiran secara harfiahnya IKON ini merupakan contoh ikutan,teladan,dan role model,yakni mereka yang dilihat mampu mempengaruhi individu atau kelompok lain dalam pelbagai aspek. Maka andaikata ianya disentuh dan dilihat dari aspek MAHASISWA ataupun BELIA REMAJA,maka IKON ini perlu dikupas dengan begitu cantik sekali bagi mengenalpasti siapakah pemilik gelaran IKON NEGARA ini bagi diri remaja itu sendiri.


Dari pandangan masa kini. Kalau kita tanya diri kita sendiri SIAPAKAH IKON REMAJA MASA KINI? Persoalan yang hinggap di cuping telinga yang kemudian diproses untuk menjana satu jawapan ini sudah pasti akan terus terlintas di lidah dan menutur dibibir perkataan ARTIS atau SELEBRITI. Dan selebriti ini pula perlu dicambahkan pula kepada dua ARTIS LUAR ATAU DALAM NEGARA? Melalui dua pecahan ini sahaja sudah menimbulkan berpuluh-puluh soalan dan aspek lainnya. Semua ini gara-gara untuk melihat persoalan utama,SIAPAKAH IKON REMAJA MASA KINI!


Kurang sekali remaja pada hari ini realitinya mereka memilih nama-nama besar dalam industri intelek untuk dijadikan ikon mereka. Nama-nama seperti Tunku Abd Rahman,Tun Abd Razak,Prof Madya Ungku Aziz,Syed Bukhari,Al-Attas,dan lain-lain golongan intelektual negara juga jarang dikenali dalam kalangan remaja masa kini.Apatah lagi jika nak dibangunkan jiwa remaja ini dengan nama-nama besar dunia yang lain.

Apa permasalahannya jika REMAJA salah pilih IKON mereka? Persoalan yang cukup mudah untuk dijawab sebenarnya. Seawal perbincangan dalam tajuk ini ABT telah memperincikan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan IKON ini dan kini tibalah masanya untuk menjawab apakah implikasinya terhadap kehidupan dan tamadun kita?

ABT tidak pernah menyatakan dalam benak hati ini mana-mana antara golongan intelek dan artis ini layak dijadikan IKON NEGARA. Golongan intelek tidak semestinya layak diagungkan sebagai IKON begitu juga halnya bukan semua ARTIS tidak layak bergelar IKON.


Menurut apa yang ABT dengar dan faham sekilas lalu apa yang diperkatakan oleh Saudara NYDP 1 USIM di RTM tadi kedua-duanya layak menjadi IKON NEGARA. Namun mestilah menepati konsep 3M. Iaitu M~MORALITI M~MENTALITI M~MASYARAKAT ...Seandainya kedua-dua golongan ini berjaya memiliki 3M ini maka kedua-duanya layak menjadi IKON NEGARA. Begitu juga apabila mereka ini di kedua-dua golongan sekiranya tidak ada ketiga-tiga M ini maka tidak layak. Apa yang dimaksudkan dengan M yang ke3? MASYRAKAT? Saudara NYDP tadi sempat menerangkannya bagaiman golongan yang layak bergelar ikon negara ini seharusnya dia dekat dengan masyarakat. Bagaimana seorang professor perlu untuk dia memahamkan rakyat betapa pentingnya ilmu,betapa harusnya memilik ilmu dan sebagainya. Manakala bagaimana seorang artis perlu dekat dengan masyarakat dengan mentarbiah diri dan orang disekeliling bahawa walau apapun kerjaya kita dan apa pun yang kita lakukan perlu berlandaskan syariah. Dan perlu faham ini bukanlah semata-mata kerja seorang USTAZ dan Ustazah.

Maka masyarakat khusunya remaja harus berfikir sedalam-dalamnya di dalam dua-dua kelompok ini bukan semuanya boleh diangkat menjadi IKON dan juga bukan semua dalam kalangan ini tidak boleh diangkat sebagai IKON.


Namun ABT tetap berharap apa pun yang paling penting adalah IKON KITA YANG PALING ABADI YAKNI NABI MUHAMMAD S.A.W. Sentiasa harus mengingati diri ini walau sehebat manapun sanjungan kita kepada sesiapa pun tokoh ikon dunia ini, ingatlah tiada setanding dengan junjungan Rasulullah S.A.W.

Baginda cukup lengkap sempurna. Lihatlah apa jua persoalan yang muncul dari aspek apapun keputusan yang paling adil dan abadi hanya boleh disandarkan pada peribadi Rasulullah S.A.W.

ABT tinggalkan persoalan akhir ini untuk dijawab oleh hati-hati kecil insan yang bergelar hambaNya
DIMANAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W DI DALAM HATI KITA SEBAGAI IKON ~

No comments: