ALIF BA TA

ALIF BA TA

19 December 2010

Mahasiswa Perlu Cakna Isu-isu Semasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam entri kali ini ABT mahu ketengahkan isu MAHASISWA. Seringkali meniti di bibir para pemimpin negara kita dengan slogan MAHASISWA ASPIRASI NEGARA. Maka pada hemat ABT, keterlibatan mahasiswa dalam mencorak kehidupan mereka sedikit sebanyak memerlukan pengetahuan yang lebih jelas tentang pelbagai isu semasa negara.

Apa isu semasa ni ABT?
 Isu semasa ni wujud pelbagai. Tak kiralah dari aspek EKONOMI,POLITIK mahupun SOSIAL.

Mengapa ianya penting untuk mahasiswa? Bukankah tugas mahasiswa hanya untuk belajar dan mendapatkan A+ dan mengenggam segulung ijazah?
Bukan itu sahaja tugas mahasiswa. Baru-baru ini kementerian sendiri melihat peri pentingnya mahasiswa mengambil tahu ataupun cakna dalam isu-isu semasa negara.Kementerian sendiri mengingatkan walaupun mahasiswa datang ke Universiti untuk mendapatkan segulung ijazah namun ianya TIDAK MENCUKUPI. Keterbatasan ruang kuliah tidak harus tersekat sampai di situ sahaja. Mahasiswa harus PEDULI dengan pelbagai isu-isu semasa negara.

Kenapa? Apa yang penting sangat nye untuk kita tahu semua isu-isu negara?
Ya. Memang penting untuk kita. Cuba bayangkan apabila kita sudah habis pengajian dan mahu ditemu duga oleh majikan. Soalan pertama (mungkin) APA itu AP? BURSA? NKRA? NCER? APCO? ASEAN? MITI? OIC? MEB? MSC? DEB? PNB? PIPP? ASEAN+3? MAPEN? DPN? DTN? Apa yang kita mahu jawab? Andai pada hari ini kita tidak mulai ambil PEDULI dengan isu-isu semasa negara kita.

 So? Macam mana nak buat?
Maka mulai sekarang rajin-rajinlah membaca surat khabar. Secara on9 pun ada,SMS pun ada sekarang ney. Jangan ambil tahu sahaja keputusan-keputusan perlawan EPL,Liga Inggeris,Liga Sepanyol dan sebagainya sahaja. Isu-isu semasa juga perlu dibaca. Kalau kot ye pun tak nak membaca cuba lah tanya kawan-kawan yang suka ambil tahu soal isu semasa ni. Tanya mereka dan lagi best kalau suruh mereka cerita kepada anda. Maka ABT yakin permasalahn ini mampu diselesaikan.

Ayuhhh...MAHASISWA PERLU PERKASA...BANGKIT DAN TERUS MARA...ISU SEMASA HARUS DIKUASAI DAN PERLU BERADA DI MINDA SEMUA...SEMOGA IANYA MEMBAWA MANFAAT KEPADA SEMUA...insyaALLAH...  p/s: InsyaALLAH blog ini akan memuatkan serba sedikit isu-isu semasa negara dan dunia tapi mungkin akan lambat sedikit sebab tak punya masa yang cukup untuk membuat kupasan isu lebih2 lagi bila dan start sem nanti...OKEY...SALAM

No comments: