ALIF BA TA

ALIF BA TA

28 December 2010

Debaran 29 DISEMBER Harimau Malaya dan Sang Garuda : Gelora Bung Karno

Assalamualaikum 2 all...

Esok bakal menentukan perebutan piala AFF SUZUKI CUP yang menghantui dua serumpun Malaysia dan Indonesia. Signifikan yang cukup meruntun jiwa dan mampu membawa penghayatan yang cukup bermakna.

Bagi Indonesia mereka amat memerlukan peluk cium piala suzuki aff kali ini demi menyelamatkan maruah mereka di separuh pertama akhir ketika menemui kekalahan di Stadium Nasional Bukit Jalil 26 Dis lalu. Maruah pasukan yang kononya gah dan tidak bisa dikalahkan tahun ini kata mereka. Namun sayang seribu kali sayang mereka yang dikatakan gah dan ngak boleh ditewaskan ini hanya dikalahkan dengan sinaran laser kata mereka amat memalukan sekali. Dan sudah pasti 29 Dis ini pembalasan dendam kesumat mereka akan mengambil tempat di Stad Bung Karno. Lautan merah putih sudah pasti membuatkan stadium riuh dan gegak gempita. 

Namun lain pula cerita kita di Malaysia. Sudah berapa puluh tahun kita menanti saat untuk memeluk piala aff ini dalam dakapan kita. Sudah berapa puluh tahun lamanya peminat bola sepak negara mengidamkan demi melihat skuad bola sepak kebangsaan memperlihatkan sepak permainan yang mengujakan. Dan alhamdulillah pada 26 dis lalu peminat bola sepak kita puas akan sajian skuad kebangsaan. Kepuasan yang membekalkan 3-0 untuk bekalan anak didik rajagobal ini dibawa ke stad. gelora bung karno.

Apa yang pasti , esok 29 Dis merupakan hari yang cukup mendebarkan perlu diingatkan pada semua 3 bekalan gol belum cukup untuk menafikan kemaraan sang garud. Ingat 5-1 yang diberi pada pusingan awal sebenarnya belum terbalas lagi. Ayuh mari kita sama-sama berdoa demi kemenangan skuad kebangsaan kita. Harapan dan impian seluruh rakyat Malaysia bersama diringi doa pada anda semua.

Apa pun esok belum tentu menjanjikan kemenangan namun sudah pasti bukan kekalahan akan ditempah~ GOODLUCK SKUAD HARIMAU MUDA~

1 comment:

Muhammad Azli Shukri said...

salam, blog adik sudah dipaut. teruskan menulis, tegakan kebenaran dan jangan mudah mengalah.