ALIF BA TA

ALIF BA TA

29 December 2010

Semoga Berjaya Harimau Malaya! Runtuhkan ego Sang Garuda

Assalamualaikum 2 all...

Malam ini malam penentu buat skuad kebangsaan kita. Malam ini sudah pasti akan memberi seribu satu makna buat industri bola sepak negara. Malam ini kejayaan 3-0 dibawa sebagai bekalan untuk menambah 'derita' sang Garuda!

Janji kapten pasukan dan juga jurulatih Malaysia untuk terus berjuang dan menyerang seawal wisel permulaan ditiup kami iringi dengan seribu doa demi kejayaan menundukkan egonya sang garuda.

Egonya si garuda kerana gagal membenamkan sang harimau yang mengaum.Egonya si garuda kerana kalah dek pancaran laser yang mereka mulakan dahulu ketika di pusingan awal yang menempah 5-1!Egonya mereka kerana kononya merekalah pasukan yang enggak bisa ditewaskan oleh mana-mana pasukan pun.

Ayuh! Malaysia tunjukkan taringmu dan kali ini mengaumlah sekuat-kuat hati. Endahkan apa jua jeritan dan makian hina mereka di sana. Kami disini sentiasa bersama anda. Tekadkan semangat bulatkan impian menggenggam kemenangan untuk maruah bola sepak tanah air.

Malam ini Stadium Gelora Bung Karno bakal bergelora! Gelora dengan ngauman sang harimau yang sudah pasti menundukkan si Garuda di sangkarnya sendiri!

AYUH! MALAYSIA RUNTUHKAN EGO SI GARUDA

3 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

SYABAS ANAK MUDA. SAUDARA ADALAH LAMBANG KEJAYAAN AYAH BONDA DAN PIMPINAN NEGARA.

TERUSKAN PERJUANGAN.

Empayar Pemuda said...

Salam,

Terima kasih kerana sudi pautkan blog EP. Blog tuan sudah dipautkan.

Wake UP! said...

Harimau Malaya harus mengaum sekuat-kuat hati malam ni.

Buktikan who's da boss.