ALIF BA TA

ALIF BA TA

25 December 2010

Pendidikan Seks Di Ajar di Sekolah Rendah Tahun Depan...APA KATA ANDA?

Assalamualaikum 2 All...

Entri kali ini pendek je (kot) sebab entri kali ini nak tengok sebenarnya betapa PEDULInya anda akan isu semasa ini. Sila beri komen a.k.a pendapat anda di akhir entri ini.

Sejak sekian lama isu pendidikan seks untuk diajarkan di peringkat sekolah rendah dibahaskan akhirnya pihak kerajaan bersetuju akan penubuhan satu subjek khusus untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran seks di sekolah rendah.

Pendidikan Kesihatan,Reproduktif,dan Sosial~itulah nama subjek terbaru yang akan mulai diajar di sekolah rendah tahun 2011 ini. Ketika perdebatan berlangsung ada yang pro dan kons akan usul ini. Kata-kata si penyokong matapelajaran baru ini sangat penting. sangat-sangat penting. Kerana apa? mereka kata pada hari ini gejala sosial di negara kita sudah parah~dan puncanya mereka setuju TIADANYA SUBJEK KHUSUS MENGAJAR SEKS kepada remaja. Ya lah sebab itu mereka beriya-iya demi memastikan subjek ini dilaksanakan. Kalau mereka kata itu bukan puncanya mereka sudah pasti mencari jalan dan alternatif lain bukan? maka kita boleh simpulkan dengan mudah bahawa mereka beranggapan semua kes jenayah seks yang melibatkan remaja kita ini disebabkan TIADANYA PENDIDIKAN SEKS untuk remaja sejak dari awal bangku sekolah lagi! MUKTAMAD!

Nah.,itu pendapat sang penyokong kita analisa pula apa yang dikata oleh para pembangkang ini. Pembangkang berfikiran ini bukan masalah utama. Tiadanya subjek khusus PENDIDIKAN SEKS ini bukanlah punca utama.Kenapa pula ye? Mereka percaya sistem pendidikan dewasa ini yang hanya menekankan subjek wajib lulus atau subjek penting sahaja. Guru-guru kini contohnya mereka yang mengajar pendidikan Islam mengajar sambilewa hal ini. Walhal dalam subjek Agama itu sendiri sudah menyentuh soal akil baligh,haid,hormon,pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, namun dek kerana masyarakat kini sudah expert maka para ustazah dan ustaz pun tersipu-sipu malu untuk bercerita lebih lanjut hal ini. Maka seharusnya pada hari ini para remaja didekatkan lagi dengan ilmu agama. Perkembangan iman,taqwa dan akhlak yang perlu dipilih sebagai subjeknya bukannya mengajar mereka berkenaan dengan seks secara lebih terperinci.

Maka anda sebagai mahasiswa~nilailah sendiri mana yang betul dan yang mana bathil~

No comments: