ALIF BA TA

ALIF BA TA

19 December 2010

Ceramah Motivasi Ustaz Abdullah Khairi

Selepas mengikuti khutbah dan solat jumaat maka ABT sempat juga bersama-sama mengikuti sebuah program ceramah motivasi yang dianjurkan oleh PEMUDA MASJID dan SMK TAMAN DATUK HARUN maka tak lain tak bukan penceramahnya siapa lagi kalau bukan khatib yang membaca khutbah tadi. Ceramah motivasi yang dianjurkan di masjid ini selepas solat jumaat itu khusus sebenarnya untuk para remaja yang kebetulan cuti sekolah. Namun dek kerana dah dijemput ustaz sehebat Ustaz AK ni maka pihak masjid terus menjemput seluruh ahli khairiah masjid untuk bersama-sama mengikuti program tersebut. Maka ABT pun alhamdulillah join sekaki la. Memang best ceramah ustaz AK ni sebab beliau bukan saje bercakap dan berceramah tapi turut menyediakan kalau tak silap ABT lebih daripada 10 video hebat tentang keagungan Islam,Motivasi Islam dan sebagainya lagi. Memang menarik lah untuk ditonton. Dan ABT percaya ini adalah salah satu taktik untuk menarik pendengar so tade lah boring jadinya.Maka banyak perkara yang disentuh oleh Ustaz AK ni dari solat,akidah,ibu bapa,anak derhaka,sehinggalah ke mat rempit. Memang ABT beri THUMBS UP lah kepada ustaz AK ni. Dan terdetik dalam benak fikiran dan hati ABT untuk suatu hari nanti menjemput Ustaz AK ni ke UiTM Melaka especially untuk program2 kerohanian kolej ABT iaitu kolej kediaman KASTURI. InsyaALLAH ABT akan bawa perkara ini dalam mesyuarat kolej bila naik sem nanti. Apa-apa pun ustaz ni banyak memberi ABT informasi dan berjaya mengenyangkan ROHANI ABT selepas solat Jumaat. Ceramah ni start pukul 2.30pm dan abis pada pukul 4pm....~sekali lagi SYABAS Ustaz Abdullah Khairi~

No comments: