ALIF BA TA

ALIF BA TA

02 October 2013

Salam Sang Pengembara di Bumi Asing

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama sangat tidak update blog atas kekangan masa dan sebagainya.


Syukur,pendirian,perjuangan,masih bermatlamat yang sama. Iaitu demi perjuangan Alif Ba Ta. Agama. Bangsa.Tanahair.


Cuma yang berbeza kini ABT berjuang di alam maya namun berpijak di bumi asing.Bukan Malaysia lagi tanah yang diinjak,bukan lagi langit Tanah Melayu yang ABT junjung.


ABT kini sudah selamat sampai di Bumi Wales,United Kingdom. Menyambung perjalanan pencarian ilmu Tuhan yang Maha Besar di University of Cardiff dalam bidang Perakaunan dan Kewangan. (Bsc in Accounting & Finance ) insyaALLAH selama dua tahun.


Perjalanan pencarian ilmu ini tidak akan terhenti.Moga segala apa yang kita usahakan demi mencari ilmu ini diredhai Ilahi. 


InsyaALLAH jika diizinkan, ABT akan mencoret beberapa naskah untuk tatapan semua tentang perjalanan pencarian ilmu di bumi orang ini dalam warkah yang akan datang. Mohon doa semua agar dipermudahkan olehNya.


Adios.


-HM-

Cardiff,Wales,
United Kingdom.
21:24PM
1 October 2013

No comments: