ALIF BA TA

ALIF BA TA

05 October 2013

Dari Kota Lendu ke Kota London PART 3

Assalamualaikum wbt.

Hai semua..insyaALLAH sudah ramai yang bertanya tentang pengalaman biasiswa yang ABT lalui. Moga perkongsian ini bermanfaat buat sahabat2 di luar sana. Ramai juga yang bertanya kenapa KOTA LENDU ke KOTA LONDON? hehehe nantikan jawapannya di episod terakhir entri ini hahaha... Tunggu...


PENGALAMAN BIASISWA


Untuk para pelajar lepasan Diploma memang akan memburu tempat terlebih dahulu di universiti sebelum memohon untuk mana-mana biasiswa.Seperti yang ABT pernah katakan di entri2 yg lepas,untuk pelajar lepasan Diploma memang agak sukar sedikit kerana fokus kebanyakkan pemberi biasiswa adalah untuk pelajar lepasan SPM.


Cerita coretan suka duka ABT dalam mengejar biasiswa ini amat perit jugak. Bermula dari bulan 7 atau 8 sudah mula mencari-cari mana-mana organisasi yang membuka permohonan untuk biasiswa.Maybank,MDB (Malaysia Development Bank),Yayasan TNB,Sime Darby,Khazanah dan Petronas.Sebenarnya banyak lagi yang tak popular pun kalau bukak mohon je.


Permohonan biasiswa ini biasanya dijalankan secara online muat turun borang dan sebagainya ada yang kena email dan ada juga yang kena post. Dalam email kita tu sometimes perlu attached sijil2 kita.


Syukur dalam banyak2 permohonan tu ada feedback hanya dari Sime Darby,Khazanah dan Petronas.

Untuk Sime Darby dia hanya tawarkan untu IPTA dalam negara sahaja.So ABT tolak.Khazanah pulak tak  Stage 1 dah kantoi haha..takdelah susah mana but maybe not prepare kot. Alhamdulillah tunggu punya tunggu seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri ABT dapat kol daripada pihak Petronas yang mengatakan ABT terpilih untuk sesi interview iaitu 3 hari sebelum Hari Raya huhu...

Persediaan Biasiswa Petronas 


Syukur sangat2 sebab dapat bantuan daripada my big brother Hisham Mohamad yang berpengalaman dalam bidang interview ni...Persediaan memang cukup untuk Petronas ni. 3-5 kali juga buat mock-interview hehehe..Untuk pengetahuan semua interview Petronas ni adalah mengikut konsep Potentia Interview.Ianya terbahagi kepada dua bahagian :


1) Individual Interview - Sesi ini hanya kita dan interviewer dalam 3 orang. Perkenalkan diri dan bentangkan opinion kita berdasarkan case study yg pihak petronas beri pada awalnya (ada kuarantin time before start the session) Masa time ni ABT dapat case study about CSR Corporat Social Resp. hehe.. so buleh ler goreng2 sampai hangus ehehe ...Interviewer tak tanya banyak soalan pun. 


2) Group discussion - Pernah amek MUET ? Haaa lebih kurang sama la ni.. case study yg diaorg bagi tadi kita kena kupas mengikut role yang sudah ditetapkan contohnya kalau kita candidate A kena sokong CSR so kita kena pertahankan lah pendirian kita. Time ni dia nak tengok kebolehan kita dalam discussion dan analytical thinking.


InsyaALLAH pasal interview ni akan dikupas dalam entri lain. Lebih padat dan informative lagi..insyaALLAH.


KEPUTUSAN BIASISWA


Lama sangat... itu je nak tulis hahaha.. bayangkanlah sampai saat org2 lain dah terbang pun Petronas belum beri jawapan lagi.Hehehe mungkin ada masalah di pihak atasan.Tetapi syukur segala2nya ditetapkan ALLAH dengan hikmahnya yang tersendiri. Keputusan biasiswa: ABT terpilih dalam lebih kurang 200 lebih calon yang menghadiri temuduga.Alhamdulillah hanya ALLAH yang tahu saat itu. Ketika itu Ummi and Abah adalah orang yang pertama ABT peluk huhu... 



Okey itu sahaja untuk kali ini...bersambung ke next entri !


p/s: Nantikan sampai akhir sebab ABT akan terangkan kenapa tajuk entri ini sedemikian rupa! hehehe... Gambar bersama dengan team interview petronas. hehe.. Tu KLCC la kalau x kenal...hehe


ADIOS! 


HAZWAN MOHAMAD

CARDIFF,WALES.
UNITED KINGDOM 
23:01
5 OCT 2013

2 comments:

Nurin said...

Assalammualaikum ABT, first of all congratulation! :) and thank you for sharing your experience with us. one question here, can i still apply even if the scholarship requirement criteria doesnt mention anything about diploma? Eg MMC Scholarship.. Thank you :)

-Nurin-

Hazwan Mohamad said...

Wsalam. hai Nurin.. if the scholarship doesnt mention abt diploma or anything u can just try to apply. Even some of my friends just apply any scholar even there is only require for SPM leavers. What u can do is, write a letter to the management or to the scholar and give out your very strong reason why u r deserve the scholar.InsyaALLAH andai ada rezeki kadang2 scholar akan pertimbangkan juga.