ALIF BA TA

ALIF BA TA

26 May 2013

Tahniah! Suara Orang Muda dalam Kabinet Menteri


Tidak terlambat ABT kira untuk mengucapkan syabas dan juga jutaan TAHNIAH kepada Ahi Parlimen Rembau Saudara Khairy Jamaluddin atas pelantikan amanah sebagai Menteri di Kementerian Belia dan Sukan.

Apa yang pasti, pelantikan ini mesti dilihat sebagai satu peluang kepada semua anak muda di Malaysia. Ya lah, bukan mudah untuk dapat tengok anak muda dalam barisan kabinet Malaysia! haha gurau2. Apa yang pasti ungkapan panas oleh Menteri ni,seawal bangkit sebagai Menteri di KBS adalah:

"Wahai anak muda,saya nak beritau,Kementerian Belia dan Sukan ini adalah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bukan Kemneterian Belia dan Sukan Barisan Nasional",. KJ

Haha! Memang bagi sesetengah yang anti-KJ ni melihat ungkapan ini ungkapan yang bawa sesuatu yang tak baik! Tapi apa2 pun, apa yang diungkapkan oleh KJ adalah benar belaka! Bahawasanya, menteri2 yg ada ini adalah kepunyaan semua rakyat Malaysia,bukan kepunyaan ahli poltiik! 

Justeru itu,ABT melihat kepada keupayaan dan kredibiliti KJ untuk memenangi hati orang muda! Moga pendekatan yang beliau bawa akan merapatkan lagi golongan muda belia kearah biru! 

Antara cadangan ABT dalam industri sukan :
-Isu kualiti bola sepak malaysia (FAM)
-Isu Badminton BAM

Dua isu ini kalau dpt ditambahbaik oleh YB, sudah cukup untuk membawa kembali sinar harapan buat sukan Malaysia! Walaupun byk lagi sebenarnya masalah yg ada, tp cuba dulu yg ni...

Oh YA! Kementerian ni bukan untuk sukan sukan sukan sahaja ye! Belakang nama kementerian ni ada terselit perkataan BELIA!

Moga YB juga tidak terlepas pandang tentang isu BELIA negara masa kini! 
Cadangan ABT :
-Isu2 terkini Mahasiswa
-Wujudkan pelbagai aktiviti yang dekat dengan golongan muda remaja kita!

Selamat Menjalankan Tugas Abg Menteri! Kalau tua sikit panggil Pak Menteri! 


No comments: