ALIF BA TA

ALIF BA TA

25 October 2014

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 1 MUHARRAM 1436H

Assalamualaikum wbt.



إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (suci). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (QS. At Taubah: 36)


(Gambar Hiasan) 
Sebentar lagi warga muslim Cardiff dan United Kingdom akan meraikan kehadiran tahun baru Islam yakni 1 Muharram 1436H dikala keluarga dan rakan-rakan di Malaysia sudahpun menyambut kehadiran tahun baru ini. 
Melihat kepada potongan ayat Al-Quran diatas, betapa agungNya ALAH pencipta langit dan bumi. dan menjadikan setiap dari kita sebagai ciptaan yang sempurna. Benarlah, bahawa al-Quran itu adalah panduan sepanjang zaman. Walau apa pun permasalahan atau kekeliruan boleh kita dapat jawapannya dari sebuah mukjizat yang tiada taranya. 
Antara amalan yang dianjurkan dalam menyambut kedatangan tahun baru Islam ini adalah dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Justeru di bawah ini ada sedikit rujukan tentang doa ini. Moga menjadi manfaat buat semua. 
Teringat saya tentang pesanan Saidina Ali krw yang berbunyi : 
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam” 

Sungguh kita manusia biasa, yang tidak terlepas dari noda dan dosa. Kelalaian, kealpaan dan juga juga banyak lagi khilaf kita terhadap ALLAH dan sesama manusia. 
Moga tahun baru ini menjadikan kita manusia yang lebih baik dari tahun lalu.
Ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dari saya andai ada salah dan khilaf sepanjang perkenalan ini. 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1436H 


HAZWAN MOHAMAD 
CARDIFF, WALES,
UNITED KINGDOM. 


No comments: