ALIF BA TA

ALIF BA TA

27 November 2013

Boikot PRK UiTM

Assalamualaikum wbt





Kehangatan Pilihanraya Kampus beberapa minggu ini pada hemat ABT tidaklah sehangat PRK yang lepas ketika mana kehangatan PRU-13 masih lagi berbara. Banyak isu sana sini. Panasnya lain macam. Tapi kali ini tanpa kelibat PRU-13 dalam sisipan perjuangan mahasiswa PRK kelihatan agak suram dibeberapa tempat tetapi masih lagi tetap membara. Beberapa IPT sudah pun menjalani PRK masing-masing ada yang menyaksikan perubahan dan ada yang kekal sama.

ABT tidak mahu ulas panjang tentang PRK di IPT lain tetapi amat tertarik dengan senario PRK UiTM. Seminggu lalu wujud beberapa pihak tidak diketahui dari dalam ataupun luar UiTM ini menjalankan kempen #BoikotPRKUiTM ... Kempen untuk memboikot PRK UiTM yang akan menjengah dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Wujud beberapa tuntutan yang sebenarnya bukanlah tuntutan yang baru dibuat tetapi sudah lama wujud dan berlegar disetiap kali tibanya PRK UiTM ini..

PRO-A & PRO-M

UiTM tidak seperti majoriti sistem PRK IPT2 lain di Malaysia yang mempunyai asas demokrasi ala Malaysia yang mempunyai TEAM A DAN TEAM B... ATAU Parti A Parti B. Tiada istilah Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa dalam rencah politik pelajar UiTM SeMalaysia. (Namun agak sedih tahun lalu ada sebuah akhbar perdana negara tulis dalam rencana UiTM PRO-A menang besar : mahu tergelak bila baca). Namun ceritanya masih sama,tidak akan lagi dari cakna anak muda betapa dunia politik Malaysia ini amat dekat dengan golongan mahasiswa. Justeru tidak dapat tidak untuk kita nafikan wujud sekelompok mahasiswa UiTM yang punyai interest yang sama dengan sistem di IPT lain di Malaysia.

TUNTUTAN DAN DESAKAN

Dalam gelojak kebangkitan mahasiswa di Malaysia masa kini, wujud beberapa desakan dan tuntutan agar mahasiswa UiTM juga tidak dilenakan dari realiti kancah politik sebenar. Berikanlah ruang dan juga peluang kepada mahasiswa di UiTM untuk merasakan sendiri pengalaman bertanding,berkempen,dan berparti (Pro-A dan Pro-M) seperti rakan-rakan di IPTA lain. Katanya pemilihan MPP UiTM ini seolah-olah hanya seperti pengundian untuk memilih ketua kelas dan tidak lebih dari itu. Dan ramai juga yang seringkali muncul dengan kata2 sinis,bahawa MPP UiTM tidak berfungsi sebagai wakil pelajar tetapi hanya wakil pihak pentadbiran sahaja.

HORMAT TUAN TANAH

Ini hanya sekadar luahan pendapat dari ABT buat rakan2 mahasiswa. ABT tetap menyokong dan boleh menerima apa sahaja arus perubahan yang ingin dilaksanakan demi melahirkan masyarakat mahasiswa yang lebih cakna.Itu tetap menjadi pendirian ABT. Ya, ABT sokong untuk dilaksanakan di UiTM sistem Pro-A dan Pro-M bila tiba waktunya. Kita harus berani membuka ruang perubahan.HIJRAH! Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, tentang BOIKOT PRK UITM itu bukanlah langkah terbaik dalam hal ini. Hormatlah TUAN RUMAH dalam apa sahaja perkara. Sudah ini cara UiTM mendidik pelajar mahasiswanya buat masa kini,maka kita kena belajar untuk hormat. Kita masuk UM,kita hormat cara mereka,kita masuk UPNM kita hormat cara mereka.. Sama juga bila kita ke luar negara,hormat pendirian dan cara mereka. Ada cara lain, berdiplomasi lah, dan harus seruan diplomasi ini hadir dari kedua-dua belah pihak. Maknanya pihak mahasiswa sendiri dan juga pentadbiran harus berani berdepan dan menyelesaikan masalah dengan cara berbincang. Biarlah ianya bukan sekarang terlaksana,tetapi kena berani mengambil langkah mula.

SEDIH CACI MAKI

Dalam masa yang sama kenapa ABT menyeru akan rasa hormat dari semua? Kerana terlalu sedih melihat perangai kita yang kita panggil MAHASISWA MAHASISWI harapan agama bangsa dan negara mencaci hina rakan-rakan lain. Ada yang membodoh hinakan rakan seagama dan sebangsa ada yang mencaci peribadi dan lebih sedih lagi ADA JUGA YANG UGUT2 MAHU BUNUH? Sedih.. saya tujukan kepada dua-dua belah pihak. Tidak terlepas siapa pun. Bersikap professional dalam kehidupan sebagai mahasiswa dan bersikap lah seperti anda ada agama dan Tuhan yang memerhati setiap bait-bait kata dan perilaku setiap waktu.

HIDUP MAHASISWA

-hm-
Cardiff,
Alumni UiTM
22:28PM

2 comments:

Anonymous said...

Sekadar pandangan, cara UITM itu baik juga, para pelajar diajar supaya memilih berdasarkan kradibiliti kepimpinan seseorang individu, bukan terikat kepada kumpulan tertentu walaupun individu yang dicalon bertanding tidak berkemampuan.
Ini mungkin boleh memperbetulkan sedikit kecenderungan rakyat kita yang disogok dengan omongan memilih parti tanpa mengira siapa yang dicalonkan dan kita dapat lihat ada parti yang ambil kesempatan meletakan calon tiada kridabiliti yang kemudiannya menang juga..hasilnya kita ada parlimen macam kedai kopi...dan kita perlukan berbillion untuk lantik konsultant.....kerana pemimpin yang kita pilih tiada kemampuan...

Unknown said...

Terima kasih kerana berfikiran begini.