ALIF BA TA

ALIF BA TA

21 May 2011

TANAH RUNTUH : KITA MUDAH LUPA DAN ALPA !!!

Mungkin anda tidak perasan, tetapi setiap kali berlakunya runtuhan yang memakan korban, maka menteri yang berkaitan akan mengeluarkan kenyataan yang sentiasa sama, tidak kiralah siapa pun menteri yang JKR berada di bawahnya.

Kali ini Shaziman Mansor pula bersuara. JKR akan diminta meneliti dan mengkaji kawasan tragedi tanah runtuh melibatkan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Menariknya, Shaziman berkata, kawasan tersebut telah beberapa kali mengalami kejadian tanah runtuh tetapi tidak dilaporkan.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak-anak yatim itu tertimbus dalam kejadian itu.

Setakat 9 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Ketika tragedi Highland Tower yang mengorbankan 48 orang pada 11 September 1993, pelbagai cadangan, undang-undang yang melibatkan pembinaan di cerun, pembalakan, pembersihan tanah dan sebagainya dibuat.

Tetapi ianya sekadar bertahan selama beberapa tahun sahaja sebelum kesemua peraturan berkenaan terbuang begitu sahaja apabila lebih banyak binaan dibuat di cerun-cerun bukit, penggondolan bukit tidak terkawal, pembalakan dan sebagainya.

Dan sekarang, satu lagi tragedi berlaku. Skrip lama dikeluarkan dan selepas ini, akan keluarlah pelbagai arahan dan undang-undang... dan selepas itu berlaku lagi ulangan tragedi, lagi sekali skrip yang sama dibaca... dan ianya berulang dan terus berulang....

16 May 2011

SELAMAT HARI GURU ! JASAMU KUKENANG HINGGA HUJUNG NYAWA ...

Hari ini tanggal 16 mei merupakan tanggal hari yang amat-amat bermakna buat seluruh guru-guru malaysia. G.U.R.U.GURU apakah ertinya? Guru merupakan para pendidik yang telah mengajar kita erti apa jua disiplin ilmu dalam kehidupan kita. Dari kita kecil sehinggalah dewasa. Di kesempatan ini ABT ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat guru-guru ABT yang telah mendidik ABT dari kecil hinggalah kini. InsyaALLAH segala ilmu pemberian guru-guru sekalian ABT akan semat di dalam dada dan akan berkongsi demi sebuah kenikmatan ilmu! Teringat lagi ABT menyampaikan sebuah sajak GURU pada ketika majlis sambutan hari guru di sekolah menengah sains kuala selangor tahun 2009 dahulu : 


Berburu ke padang datar 
Dapat rusa belang kaki 
Berguru kepala ajar 
Ibarat bunga kembang tak jadi 
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979

TERIMA KASIH CIKGU,JASAMU KU KENANG HINGGA HUJUNG NYAWA! 

15 May 2011

SELAMAT HARI BELIA! BELIA UBAH ATAU REBAH!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Terlebih dahulu ABT ingin menyampaikan ucapan SELAMAT HARI BELIA kepada seluruh belia-belia di seluruh negara! Hari ini BELIA bukan sekadar nama. Bagi sesetengah masyarakat kita dahulu,perkataan belia bagi mereka tiada makna atau lebih kurang mereka akan kata BELIA=BUDAK HINGUSAN! Namun hari ini,detik ini,perkataan BELIA sudah jadi satu keFOBIAan bagi sesetengah masyarakat di dunia ni. Lihat sahaja revolusi Tunisia.Mesir dan Jordan ! Siapakah disebalik gerakan revolusi ini? siapakah yang bisa menggegarkan si penguasa yang angkuh? Jawapannya anda sudah tahu dan dunia sudah sedar. B.E.L.I.A ! Belia! Hari ini situasi di negara kita masih di tahap sederhana! Hari ini bukan semua belia2 kita di luar sana sudah sedar akan kepentingan mereka dalam penentuan kehidupan negara masa hadapan. Walaupun,bung sukarno sudah berpesan puluhan tahun lampau " Jika diberi 10 pemuda bakal ku gegarkan dunia" ! Hari ini BELIA kita masih diracun pemikiran HEDONISME semacam arsenik mereka diracun! Hiburan yang melalaikan,seks bebas,parti,dan sebagainya sudah berjaya melelapkan minda dan semangat juang belia kita! Salah siapa? Atau mungkin kita tidak wajar menanyakan soalan itu? Atau mungkin soalan yang ditanya itu sudah ada jawapannya pada diri kita sendiri? Hari ini,kerajaan mengadakan pelbagai program untuk belia.Kesedaran kerajaan pada semangat belia ABT ucapkan tahniah! Namun perlu ditanya pada pihak kerajaan,adakah program2 yang dianjurkan itu sekadar MEMBABITKAN BELIA SEBAGAI PESERTA semata? atau ada yang tertinggal dalam pengisian itu!? Ya! Masih ada yang kurang! Belia perlu di HAKUPAYAkan~ Belia Anda Pemangkin Kemantapan Agama ,Bangsa dan Tanah air!
  BELIA UBAH SEBELUM REBAH

10 May 2011

PEKEMBAR/UMNO UBAH ATAU REBAH 65 TAHUN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau nama lainnya United Malays National Organisation,esok merupakan ulang tahun ke 65 parti ini.Ya sebagai manusia yang waras JASA PEKEMBAR /UMNO ini selama 65 tahun memerintah pertiwi dari sebelum merdeka sehingga kita berdiri pada hari ini di bumi tanah tumpah melayu ini tidak mungkin dapat dinafikan. Namun ada yang lebih penting dari itu. Hari ini waktu ini jam ini minit ini saat ini dan detik ini,JASA PEKEMBAR/UMNO ini sudah tidak mampu lagi menawan hati rakyat Malaysia...Jasa walau tidak dinafi namun apa yang lebih penting adalah kemampuan rakyat yang kian handal berdebat dan lebih terbuka dewasa ini...Justeru,seharunya,sewajibnya,PEKEMBAR/UMNO BERUBAH SEBELUM REBAH....

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-65 PARTI PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU/UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)
UBAH SEBELUM REBAH!!!!

IFC MINTA 15 PERKARA BAIKKKK PUNYA KAT PM

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM? Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia . Antaranya:
01.) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.

  • Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, “Hang nak ikut agama apa?”. Kalau dia kata nak jadi Hindu, maka jadi Hindu lah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.






  • 02.) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama.

  • maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu, depa minta di ‘tiada’ kan.






  • 03.) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
    04.) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
    05.) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
    06.) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
    07.) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.

  • mahkamah syariah kalau takde, habis la kita. Walaupun ia bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?. Kalau takde mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.






  • 08.) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
    09.) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
    10.) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
    11.) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
    12.) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?
    Lagi 3 saya tak ingat, anda boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.
    Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?. Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
    dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?. Depa kata kat Mufti Perak, “ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!”. Datuk Harussani balas dalam majalah Millenium Muslim katanya, “di atas sikap open minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!”. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
    ———————————————————————————————-
    Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
    “Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
    sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya, dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar”. (rujukan tafsir al-Quran al-’Azim oleh Al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
    Wallahua`ala`alam.

    MARI BERAMAI-RAMAI HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2011

    JOM SERTAINYA

    MELAYU OH MELAYU ~ TUN DR MAHATHIR

    1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang 
    orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

    2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

    3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. 

    Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga 
    mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. 
    Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.
    4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun 
    dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.

    5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau 
    tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. 
    Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.

    6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. 
    Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.

    7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. 
    Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya 
    berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

    8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang
     bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah 
    bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga 
    Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

    9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga 
    Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. 
    Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, 
    belum tentu dia beragama Islam.

    10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana d
    ilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa 
    dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna 
    dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak 
    kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

    11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? 
    Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. 
    Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam,
     tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

    12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya 
    tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau
     yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana 
    dia bertakwa 
    dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. 
    Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.

    13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. 
    Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

    14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya.
     Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin.
     Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. 
    Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, 
    ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.

    15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu
     jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. 
    Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. 
    Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, 
    tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini.
     Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi. 

    PESANAN AYAHANDA TUN PADA PEMIMPIN NEGARA

    TUN Dr. Mahathir Mohamad secara sinis berkata, perjuangan sesetengah pemimpin UMNO hari ini hanya untuk ‘habuan’ bukan lagi kerana agama, bangsa dan tanahair.

    Sebaliknya kata beliau, mereka berjuang untuk mendapatkan kekayaan diri sendiri seperti untuk menjadi wakil rakyat, mendapatkan projek dan sebagainya.

    Menurut beliau, rakyat tengok semua itu dan mereka amat kecewa dengan sikap pemimpin UMNO.

    “Ada yang memberitahu saya, pemimpin UMNO sekarang berjaung untuk anak menantu dan sebab itu pada PRU ke-12 banyak ahli-ahli UMNO sokong parti lawan,” tegasnya.

    Bekas Perdana Menteri memberitahu, pemimpin UMNO berebut untuk menjadi Ketua Bahagian atau calon wakil rakyat sehingga berlaku cantas-mecantas sesama mereka.

    Menurutnya, perbuatan seperti itulah yang menjadi permulaan kepada oarng Melayu berpecah belah.

    “Orang UMNO sendiri yang tentukan calonnya akan kalah dan menimbulkan kebosanan kepada rakyat,” tegasnya.

    Akibatnya kata beliau, sokongan rakyat terhadap UMNO mula mersosot dan akhirnya mereka memihak kepada parti-parti pembangkang.

    Justetru itu kata Dr. Mahathir, UMNO terpaksa mencari sokongan bukan Melayu dengan menuruti apa sahaja yang dikehendaki oleh bukan Melayu.

    Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, pagi ini.

    Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani selaku wakil Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan ke persidangan tersebut.

    Menurut Dr. Mahathir lagi, perpaduan ahli-ahli UMNO terutama orang Melayu sudah runtuh tidak sepertimana berlaku pada tahun 1946.

    “Dulu orang Melayu bersatu bukan kerana hendakkan jawatan atau pun elaun, mereka berjuang menentang Malaysan Union dan akhirnya mereka berjaya,” ujarnya.

    Tetapi sekarang kata beliau, semuanya ada matmat hendakkkan jawatan dalam parti dan kerajaan sehingga lupa kepada perpaduan dan perjuangan sebenar UMNO.

    Dulu katanya, kira-kira 90 peratus orang Melayu bersatu padu dengan satu perjuangan untuk kepentingan bangsa, negara dan tanahair mereka.

    Bekas Presiden UMNO itu bagaimanapun berkata, sekarang ini orang Melayu hanya 60 peratus itu pun telah berpecah kepada tiga kelompok.

    Dr. Mahathir juga menegur Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih lagi memutarbelitkan ayat-ayat Al-Qur'an untuk agenda politik.

    “Ada pula Melayu yang sanggup memperjuangkan agenda politik DAP walaupun jelas DAP menentang Melayu dan agama Islam,” tegasnya.

    Sementara itu, Syed Ali dalam ucapan alu-aluannya menyifatkan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Melayu terulung kerana dalam usianya semakin meningkat masih lagi kuat bekerja untuk orang Melayu.

    “Inilah pemimpin Melayu yang perlu dijadikan contoh oleh pemimpin UMNO dan generasi muda,” katanya.

    Beliau juga memberitahu, UMNO Bahagian Cheras tidak pernah melupai jasa dan pengorbanan pemimpin UMNO terdahulu.

    TAHNIAH TIADA RUMAH KOS RENDAH & SEDERHANA LAGI UNTUK RAKYAT

    Ini lah akibatnya kalau selalu dok bohong dan menipu yang akhirnya kantoi juga.  Sampai dalam Sidang Dewan yang sepatutnya mereka tidak boleh menipu pun hendak juga tipu !

    Kali ini orang kanan Guan Eng iaitu Exco DAP Wong Hon Wai yang cuba menipu Dewan termasuk Speaker .

    Ia dilakukan semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah mencelah  di dalam sidang DUN dan bertanya kepada  Exco DAP  yang ada menyebut agensi Kerajaan Negeri iaitu PDN ada membina rumah kos rendah dan sederhana rendah . 

    Beliau  memaklumkan kepada Dewan bahawa tiada dana Kerajaan Negeri digunakan untuk pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah pada  jawapan bertulis Exco DAP ini di   persidangan tahun lalu

    Kesalahan Exco DAP ini cukup serius kerana cuba menipu Dewan yang mulia dan dihormati .  Bohong dan putar belit sudah menjadi kebiasaan mulut2 pemimpin DAP ini sehingga dalam Dewan pun nak bohong juga.

    Syabas Datuk Arif Shah kerana berjaya  " trap " pembohongan kerajaan DAP . Kalau orang kanannya pun penipu , yang ketuanya iaitu Ketua Menteri lagi lah RAJA PENIPU !

    Apa yang pasti , rakyat Pulau Pinang kini  sudah tahu akan fakta bahawa :

    1 ) KERAJAAN DAP PULAU PINANG TIDAK MEMBINA SATU UNIT RUMAH KOS RENDAH PUN /SEDERHANA RENDAH UNTUK KEPERLUAN RAKYAT .

    2 ) KERAJAAN DAP PULAU PINANG ADALAH KERAJAAN PENIPU RAKYAT KERANA GAH BERCAKAP BAHAWA MEREKA BERJIWA RAKYAT TETAPI TIDAK BINA PUN SATU UNIT RUMAH  UNTUK RAKYAT .

    3)  KERAJAAN DAP PULAU PINANG TIDAK PRO KEPADA RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH DAN SEDERHANA DENGAN TIADA PERANCANGAN MEMBINA RUMAH KOS RENDAH UNTUK GOLONGAN INI .

    4) KERAJAAN DAP PULAU PINANG HANYA MEMENTINGKAN GOLONGAN KAYA DAN ELIT UNTUK MEMILIKI RUMAH KEDIAMAN DENGAN MELULUSKAN BERBAGAI PROJEK BARU RUMAH RATUSAN RIBU HARGANYA  YANG TIDAK MAMPU DIBELI RAKYAT MARHAEN .



    “Saya hanya ingin mendapat kepastian daripadanya sama ada setuju bahawa tiada dana daripada Kerajaan Negeri digunakan untuk membina rumah kos rendah dan sederhana rendah.

    “Apabila Exco itu cuba mengelak menjawab pertanyaan saya, saya mengemukakan jawapannya pada persidangan lalu. Dia nampak panik apabila saya menyebut jawapan yang lalu itu. Akhirnya dia kantoi dengan jawapannya sendiri,” katanya ketika ditemui media di luar dewan semalam.

    Menurutnya, Ahli Exco tidak wajar memutarbelitkan fakta ketika memberi jawapan di dalam dewan kerana ia adalah tempat yang mulia dan paling dihormati sebagai institusi penggubal undang-undang peringkat negeri.

    “Dia tidak boleh pinda fakta sesuka hati sahaja. Dah lah buat silap tetapi tidak mahu mengaku kesilapannya. Sepatutnya Hong Wai meminta maaf atas kesilapan itu,” katanya.

    Arif Shah berkata, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sebenarnya tidak pernah membina walaupun seunit rumah kos rendah selama mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang.

    “Mungkin ada rumah yang dibina pada waktu ini tetapi perancangan atau kelulusannya dilakukan pada masa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya 

    SINAR HARIAN 

    09 May 2011

    KRISTIAN BOLEH JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

    KUALA LUMPUR, 9 Mei — Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian.

    Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) itu menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri yang beragama Islam yang boleh menerajui kerajaan.

    “Bagi persoalan seorang perdana menteri Kristian, apa masalahnya, saya tidak nampak.

    “Lagipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan soal agama dalam soal melantik perdana menteri, satu-satunya syarat adalah mendapat sokongan dalam Parlimen.

    “Jika orang Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Cina atau India yang memenuhi peruntukan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, dia boleh menjadi perdana menteri negara ini,” kata Dompok.

    Tambah beliau, kedudukan Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia telah diterima semua pihak.

    “Semua orang bukan Islam menerima Islam dalam Perlembagaan dan di Malaysia kita bebas untuk mengamalkan agama masing-masing,” katanya.

    Bagaimanapun tegas Dompok, laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” tanpa mengesahkan kesahihannya akan menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara.

    “Bagaimana sebuah akhbar boleh menyiarkan laporan dengan memetik daripada penulis blog? Ia tidak bertanggungjawab. Saya telah beberapa kali ke gereja dan selama ini mereka berdoa yang baik mengenai negara, pemimpin dalam kerajaan dan rakyat Malaysia.

    “Sesungguhnya doa yang dibuat itu adalah untuk kesejahteraan negara dan pemimpin-pemimpin,” katanya.

    Utusan Malaysia kelmarin dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri daripada kalangan penganut itu.

    Utusan Malaysia juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

    Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

    Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

    Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan kelmarin.

    Bagi pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

    “Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

    TAHNIAH HERO BANGSA KOYAKKAN MARUAH BANGSA SENDIRI

    Inilah mahasiswa didikan PAS..beli suratkhabar kemudian koyakkan dan pijak..diaorg ni kalau hantar pergi Palestine lawan Israel sure bertempiaran lari sampai terkencing/tercirit..

    mahasiswa atau sesiapa sahaja ada tengok cerita Labu dan Labi. Alah, cerita P.Ramlee tu... Teringat sedutan Labu dan Labi mengambil kertas untuk dijadikan kepala bapak masing2 untuk dipijak2 lawan. Kepala bapak Labi di pijak Labu dan sebaliknya.


    Nampak mcm kelakar, tapi di situ, terselit moral yang tidak baik kerana perbuatan sebegitu mengundang rasa marah, hasad dengki, dan juga dendam. Inilah hasilnya apabila perbuatan itu dibiarkan sahaja tanpa teguran daripada sesiapa.


    Serupa juga dengan tinkahlaku segelintir mahasiswa taksub seperti Gamis dan Mahasiswa Persatuan Islam, tetapi perbuatan tiada serupa Islam itu. Bertudung labuh menutup dada, tapi di dadanya kotor dan penuh daki2 dendam.

    Mereka telah mengoyak dan memijak akhbar Utusan Malaysia atas sebab akhbar Utusan Malaysia ini akhbar paling teruk pada pandangan mereka. Ini katanya :


    "Utusan Malaysia dilihat tidak bijak dan kredibitinya dipertikai apabila mengambil sumber hanya daripada blog yang bersifat pandangan peribadi penulis"

    Itulah, orang2 tua ada kata, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Cuba kita baca harakahdaily, ada banyak kolum yang bersifat pandangan peribadi. Banyaakkkkkk sangat. Langsung tiada tapisan. Ingat lagi dulu, seorang pelajar Mesir yang tidak tahu berterimakasih kepada kerajaan kerana menyelamatkan mereka daripada pergolakan di Mesir. Heh, ini pun bersifat peribadi dan mencabar kredibilit kerajaan pula. Seolah-olah segala usaha itu, kerajaan tidak lakukan. Itu kah akhbar yang tiada permit mampu buat ??? Hanya mengambil artikel yang menyokong mereka sahaja ??