ALIF BA TA

ALIF BA TA

10 May 2011

TAHNIAH TIADA RUMAH KOS RENDAH & SEDERHANA LAGI UNTUK RAKYAT

Ini lah akibatnya kalau selalu dok bohong dan menipu yang akhirnya kantoi juga.  Sampai dalam Sidang Dewan yang sepatutnya mereka tidak boleh menipu pun hendak juga tipu !

Kali ini orang kanan Guan Eng iaitu Exco DAP Wong Hon Wai yang cuba menipu Dewan termasuk Speaker .

Ia dilakukan semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah mencelah  di dalam sidang DUN dan bertanya kepada  Exco DAP  yang ada menyebut agensi Kerajaan Negeri iaitu PDN ada membina rumah kos rendah dan sederhana rendah . 

Beliau  memaklumkan kepada Dewan bahawa tiada dana Kerajaan Negeri digunakan untuk pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah pada  jawapan bertulis Exco DAP ini di   persidangan tahun lalu

Kesalahan Exco DAP ini cukup serius kerana cuba menipu Dewan yang mulia dan dihormati .  Bohong dan putar belit sudah menjadi kebiasaan mulut2 pemimpin DAP ini sehingga dalam Dewan pun nak bohong juga.

Syabas Datuk Arif Shah kerana berjaya  " trap " pembohongan kerajaan DAP . Kalau orang kanannya pun penipu , yang ketuanya iaitu Ketua Menteri lagi lah RAJA PENIPU !

Apa yang pasti , rakyat Pulau Pinang kini  sudah tahu akan fakta bahawa :

1 ) KERAJAAN DAP PULAU PINANG TIDAK MEMBINA SATU UNIT RUMAH KOS RENDAH PUN /SEDERHANA RENDAH UNTUK KEPERLUAN RAKYAT .

2 ) KERAJAAN DAP PULAU PINANG ADALAH KERAJAAN PENIPU RAKYAT KERANA GAH BERCAKAP BAHAWA MEREKA BERJIWA RAKYAT TETAPI TIDAK BINA PUN SATU UNIT RUMAH  UNTUK RAKYAT .

3)  KERAJAAN DAP PULAU PINANG TIDAK PRO KEPADA RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH DAN SEDERHANA DENGAN TIADA PERANCANGAN MEMBINA RUMAH KOS RENDAH UNTUK GOLONGAN INI .

4) KERAJAAN DAP PULAU PINANG HANYA MEMENTINGKAN GOLONGAN KAYA DAN ELIT UNTUK MEMILIKI RUMAH KEDIAMAN DENGAN MELULUSKAN BERBAGAI PROJEK BARU RUMAH RATUSAN RIBU HARGANYA  YANG TIDAK MAMPU DIBELI RAKYAT MARHAEN .



“Saya hanya ingin mendapat kepastian daripadanya sama ada setuju bahawa tiada dana daripada Kerajaan Negeri digunakan untuk membina rumah kos rendah dan sederhana rendah.

“Apabila Exco itu cuba mengelak menjawab pertanyaan saya, saya mengemukakan jawapannya pada persidangan lalu. Dia nampak panik apabila saya menyebut jawapan yang lalu itu. Akhirnya dia kantoi dengan jawapannya sendiri,” katanya ketika ditemui media di luar dewan semalam.

Menurutnya, Ahli Exco tidak wajar memutarbelitkan fakta ketika memberi jawapan di dalam dewan kerana ia adalah tempat yang mulia dan paling dihormati sebagai institusi penggubal undang-undang peringkat negeri.

“Dia tidak boleh pinda fakta sesuka hati sahaja. Dah lah buat silap tetapi tidak mahu mengaku kesilapannya. Sepatutnya Hong Wai meminta maaf atas kesilapan itu,” katanya.

Arif Shah berkata, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sebenarnya tidak pernah membina walaupun seunit rumah kos rendah selama mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang.

“Mungkin ada rumah yang dibina pada waktu ini tetapi perancangan atau kelulusannya dilakukan pada masa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya 

SINAR HARIAN 

2 comments:

Anonymous said...

1 ) KERAJAAN DAP PULAU PINANG TIDAK MEMBINA SATU UNIT RUMAH KOS RENDAH PUN /SEDERHANA RENDAH UNTUK KEPERLUAN RAKYAT .

2 ) KERAJAAN DAP PULAU PINANG ADALAH KERAJAAN PENIPU RAKYAT KERANA GAH BERCAKAP BAHAWA MEREKA BERJIWA RAKYAT TETAPI TIDAK BINA PUN SATU UNIT RUMAH UNTUK RAKYAT .

3) KERAJAAN DAP PULAU PINANG TIDAK PRO KEPADA RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH DAN SEDERHANA DENGAN TIADA PERANCANGAN MEMBINA RUMAH KOS RENDAH UNTUK GOLONGAN INI .

4) KERAJAAN DAP PULAU PINANG HANYA MEMENTINGKAN GOLONGAN KAYA DAN ELIT UNTUK MEMILIKI RUMAH KEDIAMAN DENGAN MELULUSKAN BERBAGAI PROJEK BARU RUMAH RATUSAN RIBU HARGANYA YANG TIDAK MAMPU DIBELI RAKYAT MARHAEN .


Soalan dasyat.. tapi cerminkan dulu pada orang BN aka Umno yg dok perjuangkan hak orang melayu kononnya..
(1)dlm masa 4thn lbh memerintah siapa yg mampu buat smua bnda dlm keadaan mendadak.. projek perumahan bukan buat mcm rumah kg. hari ini cakap esok p buat.. tp perancangan perlukan masa yg lama tmbahan pengurusan penduduk nk diuruskan. lagi 1 smasa BN pegang pulau pinang xda pula perjuang hak org melayu. org Umno sdiri jual kg org melayu kat bgsa lain. (kata2 yg dikeluarkan utk diri sendiri ke apa xtau la..) semasa pemerintahan BN or Umno yg dok perjuang hak org melayu nie..apa yg diorg bg kat org melayu? Kenapa org melayu pulau pinang miskin?

(2)apa yg mnyebabkan dia kata penipu? rumah kos rendah xda ke dlm pulau pinang? or xtau apa2 tentang pembangunan? setiap projek rumah mewah dlm 100% projek, 30% pemaju or developer perlu buat rumah kos rendah dan sedehana rendah. So, dlm pulau pinang, pemaju mcm IJM,SP Setia dan byk lg nama2 cmpny yg besar2 or kecil mmg kena ikut law. diorg pun ada projek rumah kos rendah dan lepas siap akan di'handle' oleh kerajaan negeri utk jual kepada golongan bawahan. Cuma terasa bodohnya orang BN or UMNO nie, semasa diorg memerintah rumah kos rendah org2 diorg pun dpt sedangkan bukan kg or kawasan diorg tinggal. Dan bertambah bodohnya org2 macam nie kenapa perlu perjuangkan hak untuk dapat rumah kos rendah dan tidaknya dapat beli rumah2 mewah. atau nk memperbodohkan org melayu yg menunjukkan diorg perjuang hak utk org melayu sedangkan semasa memerintah diorg yg jual tanah dan kg org2 melayu.

(3)Pro rakyat? kenapa PM tak berani nk letakkan gaji pekerja cmpny2 swasta seperti yg PR cadangkan.? PR minta gaji pekerja swasta dinaikkan dan selaraskan sbb taraf hidup sekarang nie tinggi. tp yg PM naikkan gaji kerajaan. swasta xmakan nasi ke? kerajaan je yg makan nasi? contoh gaji pekerja 7eleven rm750 basic. cukup ke zaman sekarang? kalau dia naik ke rm1200 7eleven boleh bankrup ke? tak kan?
tanya pemimpin BN apa nasib org swasta. jgn dok suruh bangkit tp jaga poket dan kroni masing2.

(4)Rumah di smua tempat harga meningkat. contoh di pulau pinang populasi penduduk semakin pesat dan keperluan menjadi2 sesuatu harga tu meningkat. sy bg contoh: ada 10 biji durian tp pembelinya ada 50 org. harga durian akan jadi mahal ke murah? mesti la mahal sbb ramai bersaing untuk membeli. tp cuba bayangkan 50 biji durian tp ada 10 pembeli je. murah x durian tu? beli 1 percuma 1 pun xabis lg kata tauke tu.

So, utk BN jangan la kaitkan isu BANGSA dan perkauman dlm politik. selama pemerintahan BN hak org melayu langsung xpernah diperjuangkan.. bila da hilang kuasa baru nk perjuang or suruh org bangkit. BN memerintah bukan 5thn bkn 10 thn dan bkn 15 thn..tp lebih 20 thn.

*JANGAN TUNJUKKAN ORG MELAYU PULAU PINANG NIE HAPRAK! TAK MAMPU NK BELI RUMAH MEWAH! KALAU NK PERJUANG PERJUANG UNTUK RUMAH MEWAH!

-Melayu Penang-

Anonymous said...

sy x menyokong mana2 parti , tapi kalau pasai rumah, mmg betul apa yg ditulis oleh tuan tanah. Memang tidak ada projek perumahan kos rendah/ sederhana di Pulau Pinang. ditekankan di PULAU. Di Seberang mungkin ada. Di PULAU nie, mmg yg naik SEMUA KOS MEWAH. Datang ke Balik Pulau, kawasan yg majoriti dihuni oleh masyarakat kampung dan pekerja kerajaan, tapi bila tengok projek perumahan, semua berharga 500K ke atas. Kalau ada yg bawah 500K, sila hebahkan.
Datang ke balik pulau, tengok kawasan perumahan , ada berapa rumah yg ada penghuni ? Kebanyakkan kosong, macam taman hantu. Pembeli ada , tapi penghuni xdak. Pembeli cuma beli dan iklan utk dijual semula dengan harga yg lebih tinggi. Malah ada developer yg bina dulu baru jual, datang tengok, banyak lagi unit yg kosong... tengok ada tak pembeli bumiputera? ada tak pembeli tempatan ?
Kalau nak cari rumah harga 900K, datang segera, iklan bersepah, rumah dah siap, betul2 ditepi Klinik Kesihatan Air Putih. KAlau nak rumah harga 600K- 2 Juta, datang cepat, banyak lagi kat area Simpang Empat. Kalau nak yg harga 800K, tunggu jap, baru nak siap, betul2 sebelah PETRONAS, nak beli petrol, hantar tong je ikut tingkap terus sampai ke PETRONAS. Jarak tak sampai 100 meter.
Kalau nak rumah lama, taman yg paling baru berusia 6 tahun, Taman Manggis nama dia. Harga asal rumah time bina dalam 140K, tapi skrg dah dijual antara 260 - 280K. wow,dah lebih sekali ganda. Betul2. Taman lain, Sri Indah dah dekat lebih 10 tahun. Malah ada taman Pondok Upeh, harga beli tak sampai 60K, sekarang jual paling busuk 190K. Rumah burung aka Flat Hijau, glamer .. harga pun melambung. Sebab, rakyat dah xdak pilihan.. Nak beli yg baru, TAK MAMPU. Owner yang sedia ada, amik kesempatan sbb harga hartanah meeningkat kat PULAU. Dah takdak umah kos rendah OR Sederhana dibina.