ALIF BA TA

ALIF BA TA

15 May 2011

SELAMAT HARI BELIA! BELIA UBAH ATAU REBAH!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Terlebih dahulu ABT ingin menyampaikan ucapan SELAMAT HARI BELIA kepada seluruh belia-belia di seluruh negara! Hari ini BELIA bukan sekadar nama. Bagi sesetengah masyarakat kita dahulu,perkataan belia bagi mereka tiada makna atau lebih kurang mereka akan kata BELIA=BUDAK HINGUSAN! Namun hari ini,detik ini,perkataan BELIA sudah jadi satu keFOBIAan bagi sesetengah masyarakat di dunia ni. Lihat sahaja revolusi Tunisia.Mesir dan Jordan ! Siapakah disebalik gerakan revolusi ini? siapakah yang bisa menggegarkan si penguasa yang angkuh? Jawapannya anda sudah tahu dan dunia sudah sedar. B.E.L.I.A ! Belia! Hari ini situasi di negara kita masih di tahap sederhana! Hari ini bukan semua belia2 kita di luar sana sudah sedar akan kepentingan mereka dalam penentuan kehidupan negara masa hadapan. Walaupun,bung sukarno sudah berpesan puluhan tahun lampau " Jika diberi 10 pemuda bakal ku gegarkan dunia" ! Hari ini BELIA kita masih diracun pemikiran HEDONISME semacam arsenik mereka diracun! Hiburan yang melalaikan,seks bebas,parti,dan sebagainya sudah berjaya melelapkan minda dan semangat juang belia kita! Salah siapa? Atau mungkin kita tidak wajar menanyakan soalan itu? Atau mungkin soalan yang ditanya itu sudah ada jawapannya pada diri kita sendiri? Hari ini,kerajaan mengadakan pelbagai program untuk belia.Kesedaran kerajaan pada semangat belia ABT ucapkan tahniah! Namun perlu ditanya pada pihak kerajaan,adakah program2 yang dianjurkan itu sekadar MEMBABITKAN BELIA SEBAGAI PESERTA semata? atau ada yang tertinggal dalam pengisian itu!? Ya! Masih ada yang kurang! Belia perlu di HAKUPAYAkan~ Belia Anda Pemangkin Kemantapan Agama ,Bangsa dan Tanah air!
  BELIA UBAH SEBELUM REBAH

No comments: