ALIF BA TA

ALIF BA TA

27 March 2015

Muhasabah Diri Untuk Jadi Lebih Baik

USRAH OHSEM 26 MAC 2015 [AKHIR]

1) Surah pilihan hari ini ialah Surah yang ke-55 didalam kitab suci Al-Quran iaitu Surah Ar-Rahman. Alhamdulillah, setiap seorang berpeluang membaca lebih kurang 7-8 ayat-ayat dari kalam suci Allah hari ini. Moga terus istiqamah dan melipatgandakan amalan.

2) Didalam surah ini ALLAH menyebut sebanyak 31 kali ayat yang berbunyi;

"فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ"

Yang bermaksud: Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Melalui ayat ini ALLAH mahu mengingatkan kepada setiap dari hamba-hambaNya, betapa banyak nikmat yang telah diberikan kepada kita semua namun, kita tetap mengkufurinya. Berapa banyak rezeki yang kita telah kecapi dari rahmat ALLAH swt, namun kita tidak pernah mensyukurinya.

Antara tanda-tanda orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat ALLAH itu adalah dia tetap membuat kemungkaran dan kemaksiatan, sedang dia mengecapi nikmat dari ALLAH SWT.

3) Kupasan buku Jalan Dakwah, bab 20 & 21. Bab 20 bertajuk "Tidak Terpesong dari Jalan Dakwah" mengupas tentang betapa pentingnya, kita sebagai pendakwah berada tetap dijalan dakwah yang benar dan tidak terpesong.

4) Sesungguhnya dalam dunia kita hari ini, jalan dakwah ini tidak lari dari pelbagai kumpulan2 yang wujud diatas nama dakwah namun perjuangan dan intipatinya sudah menyeleweng jauh dari jalan sebenar.

5) Akhirnya, hal ini merugikan gerakan dakwah itu sendiri sehingga memberi persepsi dan pandangan buruk terhadap gerakan dakwah yang sebenar. Maka seharusnya, untuk berjuang di jalan dakwah ini, kita tidak boleh untuk tergopoh-gapah dan bertindak melulu. Sebab itu seruan dakwah ini tidak pernah lari dari dihiasi dengan pembangunan diri setiap insan itu sendiri.

6) Bab 21 merupakan bab terakhir dalam kitab "Jalan Dakwah" karangan Sheikh Mustafa Masyhur ini. Topiknya adalah "Marilah Kita Bersaudara, Ingat Mengingati, Wasiat Mewasiati dan Tetap Bertahan Hinggalah Kita Menemui Allah Di Atas Jalan Dakwah"

7) Betapa pentingnya konsep persaudaraan didalam Islam dan juga peri pentingnya konsep nasihat-menasihati sesama sendiri. Islam itu sangat indah. Dan salah satu ciri indahnya Islam adalah melalui konsep persaudaraan dan saling ingat-mengingati. [Recall Surah Al-Asr]

8) Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang konsep persaudaraan ini melalui sabda baginda yang bermaksud;

"Seseorang muslim adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak akan menzalimi, membiarkan dan menyerahkannya kepada bahaya. Barangsiapa yang menolong saudaranya, nescaya ALLAH akan menolongnya. Barangsiapa yang melepaskan saudaranya yang dalam kesusahan, nescaya ALLAH akan melepaskannya dari satu kesulitan malah berbagai kesulitan di hari kiamat nanti, barangsiapa yang menutup rahsia, cela, dan aib saudara muslimnya, nescaya ALLAH akan menutup aibnya di hari kiamat nanti"

9) Kupasan terakhir dari buku ini menyentuh tentang pentingnya doa dan pengharapan serta kebergantungan kita pada ALLAH swt. Dalam usaha kita mengejar redhaNya, moga kita diberi kekuatan untuk tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Tuhan Yang Maha pemberi dan pembuka pintu hidayah, agar kita tetap berada di jalannya hingga roh bercerai dari jasad. Moga Allah sentiasa membantu disetiap saat dan waktu.

10) Perkara-perkara lain yang dibincang dalam usrah ohsem kali ini ialah berkenaan dengan kepentingan menyertai jemaah dalam usaha kita ikut serta dalam jalan dakwah (ini juga disentuh dalam bab ke 20)

11) Tentang perkara ini Baginda Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud;

"Barangsiapa diantara kamu yang menginginkan syurga, hendaklah dia melazimi diri dengan menyertai jemaah, kerana syaitan selalunya suka dengan orang yang berseorangan..."

"Tangan (pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah dari kumpulannya"

12) Pesan-pesan Nabi SAW ini menunjukkan betapa pentingnya gerakan-gerakan Islam ini sebagai satu medium untuk membawa manhaj Islam yang sebenar.

13) Ikutlah dan sertailah apa jua jemaah atau gerakan yang kita ketahui dan yakin matlamat akhirnya membawa kepada tertegaknya Islam di muka bumi ini.

14) Namun demikian, perlu untuk kita semua muhasabah diri dan sentiasa ingat. Betapa kita tidaklah sewajarnya untuk menganggap dan mengaku bahawa kumpulan/jemaah yang kita sertai itu lebih baik dari kumpulan atau jemaah yang lain.

15) Jauhilah sikap assabiyyah dan taksub akan jemaah yang kita sertai. Kerana sikap sebegini hanyalah merugikan Islam itu sendiri. Merugikan gerakan dakwah itu sendiri.

16) Usrah Ohsem hari ini 26 Mac 2015 melabuhkan tirai untuk semester ini. Selepas ini, semua antara kita akan membawa haluan masing-masing. Yang terdekat adalah Spring Exam awal bulan lima nanti.

Selamat berjaya untuk semua geng2 Ohsem sekelian!

Walau dimana pun kita akan berada nanti, sematkanlah didalam jiwa, betapa hati-hati ini sudah diikat dengan janji setia membawa Islam kemana sahaja. .


17) Namun, yang paling hampir dengan kita selepas ini, adalah KEMATIAN. Yang siapa-siapa pun antara kita tidak mampun menjangka bila, dimana dan bagaimana kematian itu bakal menjemput kita. Mungkin selepas ini, kita semua hanya tersedar dengan paluan-paluan Munkar dan Nankir.

18) Apakah jawapan kita apabila ditanya tentang usia muda kita, sihat kita, masa lapang kita, kaya kita dan hidup kita kemanakah dan bagaimanakah kita gunakan?

19) Moga-moga dengan usaha yang sedikit cuma ini untuk mengenal dan memahami agama ALLAH ini, membuka ruang dan menjadi amal pemberat di neracaNya nanti. Amin.

"Sesunggunya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu kasihi, tetapi ALLAH memberi hidayah kepada orang yang dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" 

[Al-Qasas ayat 56]


Semoga berjumpa lagi USRAH OHSEM siri yang kedua pula wink emoticon
Rindu sentuhan Firdaus A Bakar dalam dua siri yang terakhir ini cry emoticon
Terima kasih ALLAH, terima kasih semua.

22 March 2015

Perbaiki Dirimu dan Serulah Orang Lain: Seiring dan Sejalan

USRAH OHSEM 21 MAC 2015

1) Usrah hari ini dimulakan dengan membaca Surah Al-Fath. Surah ini merakamkan tentang kisah kejayaan pembukaan Kota Makkah (Fathul Makkah). Dari sudut sejarah ada beberapa peristiwa penting yang tercatat dalam surah ini antaranya adalah Baiah Ar-Ridhwan dan Perjanjian Hudaibiyah. 

2) Agenda usrah diteruskan dengan pencerahan tentang ayat 107 dari Surah Al-Anbiya yang maksudnya;

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu(Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Ayat ini menerangkan kepada kita semua bahwa Rasulullah SAW diutuskan sebagai satu rahmat untuk sekalian mahluk di muka bumi. Rahmat Nabi SAW itu tidaklah terhad kepada ummat manusia sahaja, namun juga pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

3) Rahmat Rasulullah SAW yang paling agung untuk ummat manusia adalah syafaat baginda untuk kita semua adalah di hari yang kita semua akan dihisab kelak. Syafaat baginda lah yang akan membantu kita dari dibelenggu rasa susah dan azabnya ketika hari penghisaban. Malah bukan sahaja kita yang akan berusaha memohon syafaat baginda, namun juga dari kalangan ummat2 nabi-nabi yang terdahulu.

4) Kupasan bab 17 dan 18 dari buku "Jalan Dakwah" ialah berkaitan dengan satu pesanan dari As-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang berbunyi;

"Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain"

5) Pesanan ini tepat ditujukan kepada semua ummat manusia untuk BERSEGERA MENGUBAH DIRI dan menyampaikan dakwah kepada orang lain.

6) Antara alasan orang yang seringkali menolak melakukan usaha dakwah ini adalah dengan mengatakan bahawa "Aku tak sempurna lagi, banyak dosa, tak pandai baca Quran bla bla bla."

7) Konsep inilah yang perlu diperbetulkan. Dalam pesanan Imam Hassan Al-Banna ini, kita boleh ambil iktibar, bahwa usaha memperbaiki diri dan menyeru orang lain itu perlu dilakukan seiring dan sejalan.

8) Sebab apa? Manusia memang tidak akan terlepas dari dosa dan noda. Tidak akan ada manusia yang sempurna. Sampai mati pun kita takkan dapat mencapai kesempurnaan dalam diri. Kita tidak maksum. Maka, kalaulah kita menggunakan alasan itu untuk tidak berdakwah, sampai ke liang lahad lah kita tidak menjalankan tugas sebagai pendakwah.

9) Dakwah ini WAJIB bagi setiap orang Islam. Dakwah=Menyampaikan, menyeru, dan mengajak orang ke arah kebaikan dan meninggalkan kebathilan. Ingatan ALLAH dalam surah Al-Asr, jelas, bagi mereka yang meninggalkan usaha dakwah, bermakna manusia itu GAGAL.

10) Dakwah pelbagai cara. Setiap dari kita punyai kelebihan/kebolehan masing-masing. Carilah sedikit ruang dalam nikmat yang ALLAH beri, untuk membantu menyampaikan mesej dakwah pada orang lain.

11) Ingat! Bila kita menegur orang lain, bermakna kita sedang menegur diri kita sendiri. Mulut yang sedang menegur kesalahan orang lain atau mengajak orang lain berbuat baik, adalah paling dekat dengan dua lubang telinga kita sendiri.

12) Bab terakhir adalah Bab 18. Bab ini paling menarik! Kupasan tentang isu pembinaan Baitul Muslim atau pun kekeluargaan Islam. Kahwin la dalam bahasa mudah nya smile emoticon

13) Nabi SAW sudah menyediakan kriteria dalam memilih isteri. Baginda SAW pesan, ada empat kriteria untuk memilih calon isteri. Antara harta, kedudukan, kecantikan dan agamanya. Maka Nabi pesan, keutamaan untuk memilih seorang isteri adalah pada AGAMA nya. Kalau molek agamanya, maka molek lah semua nya. dan beruntunglah di dunia dan akhirat.

14) Sesi soal-jawab dan perbincangan usrah kali ni, paling hangat. Cehh mentang-mentanglah bincang pasal kahwin... haha.. Alhamdulillah, banyak input yang menarik dari perkongsian setiap dari ahli-ahli usrah.

15) Moga usaha yang sedikit ini mendapat pandangan rahmat dari ALLAH SWT dan moga menjadi pemberat amal di neracaNya nanti.

p/s: Menu spesial malam ni, feeling hari raya sikit. Kuah Kacang dan Nasi Impit, Cucur Udang, dan Chicken wing legend !