ALIF BA TA

ALIF BA TA

02 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012M & Imbasan 2011

Assalamualaikum w.b.t


Fuuhhhh...fuhhh berhabuk rasanya Blog ABT ni...sudah lama rasanya tak menghendap masuk ke sini,apatah lagi nak menulis catatan di blog usang nih huuhuhu...Kerana masa menghambat dan kekangan kerja yg semakin menimbun ni ABT hanya banyak menumpukan pencerahan idea di MUKA BUKU dan TWIT sahaja.


Apa2 pun kini,sedar tak sedar kita sudah menjengah ke tahun baru Masehi 2012.Tahun baru yang ABT kira sebagai tahun yang semakin mencabar.Sedar tak sedar lagi 8 LAPAN tahun sahaja lagi Malaysia akan menjengah tahun WAWASAN 2020.Wawasan yang seperti sayup2 ingin melihat Malaysia tanah tumpah darah ini maju dengan cara dan gaya acuan sendiri.


Tahun baru ini juga turut mengingatkan kita tentang apa yg telah kita tinggalkan sepanjang tahun 2011 yang baru sahaja pergi meninggalkan kita.Senarai panjang kejayaan negara dari pelbagai bidang sudut kejayaan,SUKAN,AKADEMIK,EKONOMI,juga dari sudut pandang POLITIK negara,


Dari SUKAN,kejayaan skuad Harimau Malaya mengekalkan kejuaran selaku penyandang EMAS SUKAN BOLA SEPAK dalam Kejohanan Sukan SEA cukup membuat peminat bola tanah air tersenyum bangga disebalik cerita2 panas dan sensasi negara tuan rumah.Mana taknya,kalau pemain kita tak pernah dibuat orang pergi stadium guna perisai tentera...Walaubagaimanapun satu lagi bidang sukan yg tidak pernah lekang dibibir peminat sukan tanah air,BADMINTON.Sedikit kecewa dalam melihat prestasi JUARA ALL ENGLAND Datuk Lee Chong Wei yg gagal mara ke peringkat Akhir dalam dua kejohanan dunia.Amamt memilukan lagi bilamana baki latihan untuk ke Olimpik LONDON tinggal hanya 7 bulan lagi.Kekecewaan ini ABT sandarkan bukan pada Datuk Cong Wei semata namun kegagalan BAM menyelesaikan banyak isu melibatkan jurulatih dan pemain sendiri turut menjadi punca! Namun apa2 pun 2012 menantikan kejayaan yang kita semua belum pasti.


Dari sudut POLITIK tanah air,kehangatan Tsunami politik 2008 barangkali sudah menampakkan keredaan.Datuk Seri Najib kalau dilihat sangat bekerja keras siang dan malam untuk memperbaiki kelemaha parti dan negara.Namun,ada beberapa perkara yang perlu dilihat kembali.DSN sudah memperkenal banyak transformasi ngr.Dari aspek Ekonomi,Sosial,dan Politik.Antara yang menarik dalam 2011,pengumuman DSN tentang pemansuhan ISA dan AUKU ...Dua perkara pokok perjuangan puak kiri negara kini sudah disentuh DSN,Namun masih banyak yg meragui dek kerana perkara ini masih samar2 dan tiada penjelasan lebih dari pihak DSN sendiri.Kita tunggu dan lihat.


Tahun 2011 juga melihatkan banyak aksi2 kebangkitan revolusi mahasiswa,bermula dengan berita baik berkenaan UKM4 yang berjaya memenangi kes di mahkamah berkaitan AUKU sehinggalah yang terbaru penurunan gambar bendera DSN d PWTC.Dan kalau cakna 2011 mencatatkan DEMONSTRASI paling banyak disertai MAHASISWA! 


Sebab itu diawal post tadi ABT meletakkan ayat TAHUN 2012.menantikan keputusan terhadap apa jua perkara yang kita tinggalkan di tahun 2011... Apa2 pun kita sentiasa berharap agar tahun baru ini menjadi satu tahun yang cukup gemilang buat kita semua.

No comments: