ALIF BA TA

ALIF BA TA

15 November 2010

YAYASAN SELANGOR ???

Anda tahu apa itu Yayasan Selangor?

Secara ringkasnya, Yayasan Selangor ditubuhkan untuk memberi peluang dan kemudahan pelajaran, biasiswa dan latihan untuk warganegara Malaysia dan rakyat Selangor khasnya.

Dari segi sejarahnya, yayasan ini wujud hasil daripada keinsafan beberapa cendikiawan yang menyedari bahawa bilangan pelajar bumiputra sangat berkurangan di sekolah-sekolah menengah yang baik dan terbesar di bandar seperti Kuala Lumpur.

Bilangan pelajar bumiputra dalam jurusan sains dan matematik sangat ketara jauh ketinggalan dengan kaum-kaum yang lain.



Menyedari hakikat ini. sekumpulan cendikiawan telah mengesyorkan kepada kerajaan Negeri Selangor supaya langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ketinggalan tersebut daripada berlanjutan.

Kelemahan dan kekurangan yang terdapat di kalangan pelajar-pelajar bumiputra perlu dibaiki segera.

Lalu mereka mencadangkan Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah badan pendidikan yang berasingan yang boleh mengeluarkan perbelanjaan dan memberi bantuan supaya lebih ramai anak-anak bumiputra terutamanya dari luar Bandar, memperolehi peluang yang sama menikmati kemudahan-kemudahan pendidikan yang hanya didapati di sekolah-sekolah yang besar di Kuala Lumpur.

Hasil kerjasama Kementerian Pelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia) maka satu rancangan telah dibuat di mana pelajar-pelajar yang baik prestasinya diperingkat awal prasekolah menengah, dipilih dan diserapkan ke sekolah-sekolah yang besar di Kuala Lumpur di bawah Dasar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor.

Dipendekkan cerita, pada 5 November lalu, yayasan ini menyambut ulangtahun penubuhannya lalu menjemput Sultan Selangor ke majlis makan malam anjuran mereka.

Pada mulanya baginda berkenan berangkat ke majlis tersebut atas dasar Yayasan Selangor merupakan badan kebajikan kerajaan negeri yang bertanggungjawab memantapkan pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan luar bandar di Selangor.

Baginda percaya keberangkatan ke majlis tersebut dapat menyuntik semangat warga kerja Yayasan Selangor dan juga menghargai jasa mereka dalam membantu meningkatkan pendidikan anak-anak yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.

Selain itu, baginda juga berharap dapat bermesra dengan anak-anak di bawah kelolaan Yayasan Selangor dan memberi motivasi agar mereka dapat belajar dengan lebih gigih

Namun baginda terkejut dan amat dukacita apabila dimaklumkan sambutan berkenaan yang turut melibatkan makan tengah hari di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur akan melibatkan perbelanjaan lebih daripada RM300,000 yang disifatkan sebagai pembaziran dan tidak berfaedah.

Akhirnya baginda membatalkan lawatannya ke sana.

Saya sebagai rakyat Selangor, menyokong keputusan baginda. Bagi saya ini adalah satu 'signal' atau isyarat kepada pengurusan yayasan tersebut agar menghentikan amalan boros mereka yang lebih mementingkan prestij daripada memenuhi tuntutan penubuhan yayasan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Pengurus Besar Yayasan Selangor telah 'mencipta kontroversi' apabila dikatakan memperoleh dua kenderaan untuk kegunaannya iaitu Toyota Camry dan Toyota Fortuner.

Saya difahamkan yang Camry itu untuk kegunaan rasmi dan kenderaan utiliti sukan (SUV) adalah untuk kegunaan dengan kedudukannya sebagai pengurus besar.

Ini betul-betul gila!

Bagi saya, sebelum dia membuat lebih banyak 'kerosakan' pada Yayasan Selangor, eloklah pengurus besarnya itu melepaskan jawatan tersebut secepat mungkin.

Ingatlah, duit Yayasan Selangor tu duit rakyat, bukan duit mak bapak dia!

Dan Tuanku Sultan pun 'tak lapar' duit atau layanan berlebihan daripada siapa-siapa, apatah lagi jika ianya datang dari pertubuhan seperti Yayasan Selangor.

Mungkin pengurus besar itu ingat dia boleh dapat title Datuk dari Sultan Selangor agaknya...maaf, dia salah orang!

Oleh JEFRI ZACHARIAH Malaysia Instinct

KOMENTAR ABT :
~ABT sangat mengharapkan andai siapa sahaja yang memerintah kerajaan negeri Selangor ini janganlah sesekali anda meggadai nasib dan masa depan pelajaran anak2 bangsa!!!

No comments: