ALIF BA TA

ALIF BA TA

26 May 2010

PIALA THOMAS....kecundang!!!




PIALA THOMAS yang berlangsung di tanah tumpah darah kita pada kali ini hanya mampu untuk kita renung lihat dan impikan...setelah berakhirnya acara sukan paling berprestij dalam dunia sukan badminton...kita sekali lagi mengulangi kegagalan skuad kita pada tahun 2000 yang mana kita turut bergelar tuan rumah...namun kelebihan bermain di gelanggan sendiri masih gagal memberikan kita segenggam Piala Thomas untuk dikucup bersama...kali ini kita bertemu dengan pasukan gergasi badminton dunia iaitu China...tidak dinafikan kita juga antara negara yang jaguh dalam sukan ini...tetapi perlu ingat bagaimana format piala thomas ini sebenarnya...sebelum piala thomas bermula kita asyik menyandarkan impian bahawa dengan ada pemain badminton berkedudukan no 1 dalam ranking dunia kita mampu membawa balik piala thomas dari tembok besar china...namun kita tersilap...smash ingatan daripada Lin Dan kepada pemain no 1 dunia itu sebenarnya cukup mendalam...mengingatkan kita sebenarnya kedudukan bukanlah segalanya..tetapi apa yang penting menjadi juara dalam kejohanan terbesar dan mampu membawa nama negara...lihat sahaja kata2 lin dan setelah membenamkan Chong WEI...dia sendiri mengakui bahawa kejayaan di OLIMPIK DAN THOMAS sudah cukup daripada bergelar no 1 dunia....nah...BAM anda perlu jawab...dimanakah mahu diletakkan harapan lagi oleh kami rakyat malaysia yang mahukan skuad badminton kita kembali mengucup piala thomas???

No comments: