ALIF BA TA

ALIF BA TA

02 September 2011

KOMUNIS PEJUANG KEMERDEKAAN ?

ULASAN PROF  KHOO KAY KHIM,PAKAR SEJARAH NEGARA...


Mohamad mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu.

Menyingkap sejarah penubuhan PKM, Kay Kim berkata, ia diasaskan di Kuala Pilah pada 1930-an dengan alasan memperjuangkan sebuah negara bebas, namun hasrat sebenarnya adalah membentuk sebuah ‘order’ baru komunis di negara ini.

“PKM juga sanggup bernaung di bawah pemerintahan Rusia sekiranya mereka berjaya menjatuhkan kerajaan British. Maka, perjuangan mereka tidak boleh dianggap sebagai nasionalis dan mereka bukan pejuang sebenar negara,” tegasnya.

Dalam pada itu, Kay Kim berkata, beliau mempunyai beberapa persoalan yang ingin ditujukan kepada Mat Sabu dan berharap pemimpin nombor dua Pas itu dapat menjawabnya.

“Antara persoalan saya ialah apakah perjuangan parti komunis antarabangsa? Apakah perjuangan sebenar PKM di negara ini? Minta dia jawab,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebenarnya ramai orang Cina yang menentang komunis terutama di Karak kerana mereka benci terhadap perjuangan komunis yang dianggap keji dan tidak berperikemanusiaan.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Mat Sabu sebagai buta sejarah.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan siapa sebenarnya pejuang serta wira negara, oleh itu pemimpin Pas itu diminta supaya berhati-hati ketika mengungkit peristiwa Bukit Kepong.

“Bukan sahaja pejuang-pejuang Melayu yang terkorban dalam peristiwa itu, malah mereka yang berketurunan Cina dan India turut menjadi mangsa kejadian.

“Kita tidak boleh mempertikai sumbangan kaum-kaum lain (Cina dan India) ketika menentang fahaman (komunis) yang tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan beliau bukan saja menimbulkan kemarahan orang Melayu, malah orang Cina dan India juga
,