ALIF BA TA

ALIF BA TA

23 April 2011

SUDAH KAH ANDA MENGUNDI DI BLOG INI ???

MARI MENGUNDI!!!!

MAHASISWA PERLU AMBIL TAHU ISU-ISU POLITIK TANAH AIR

SETUJU ????

TIDAK????

21 April 2011

BAHAYA BOTOL SUSU BPA

GESAAN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agar kerajaan mengharamkan serta-merta penjualan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) telah membangkitkan semula perbincangan terhadap isu tersebut.
Bagi CAP pengharaman itu perlu kerana penggunaan botol tersebut boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem hormon termasuk fungsi tubuh bayi dan kanak-kanak.
Isu kandungan BPA dalam botol susu sebenarnya bukan perkara baru. Beberapa negara telah lama mengharamkan penggunaannya.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan hanya akan menguatkuasakan larangan penggunaannya pada 1 Mac 2002 kerana merasakan belum ada keperluan untuk mengharamkannya serta merta.
Untuk itu Penolong Pengurus Kualiti, Standard dan Informasi Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Sam Wong Chin Kah, menggesa pengguna terutama ibu bapa membuat persediaan awal dan bijak dengan menukarkan penggunaan botol polikarbonat yang mengandungi BPA kepada botol bebas kandungan kimia tersebut.
Ini bertujuan melindungi kumpulan berisiko tinggi iaitu bayi dan kanak-kanak berumur hingga tiga tahun pada masa hadapan.
Jelas beliau, BPA sebenarnya merupakan unsur yang akan mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan manusia.
Ia adalah bahan kimia yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
Manakala polikarbonat pula merupakan sejenis plastik yang digunakan dalam pembuatan produk pengguna.
Kebiasaannya, BPA digunakan oleh industri kimia dalam pembuatan plastik polikarbonat yang bertujuan untuk menghasilkan botol susu bayi, bekas makanan dan minuman.
"BPA merupakan bahan perosak sistem endokrin yang merupakan himpunan kelenjar yang merembes bahan kimia perutusan dikenali sebagai hormon.
"Antara gangguan hormon dalam tubuh yang berlaku seperti penghasilan sperma yang rendah, diabetes, kanser prostat, masalah keguguran dan juga pencapaian akil baligh yang awal di kalangan kanak-kanak,'' ujarnya.
Menurut Chin Kah lagi, botol susu mengandungi BPA dan yang bebas bahan kimia tersebut boleh dibezakan melalui kod kitar semula yang tertera pada botol berkenaan.
"Bagi yang mengandungi BPA kod kitar semulanya ialah 3, 6 dan 7, manakala kod botol bebas BPA pula ialah 1, 2, 4 dan 5.
"Namun masih terdapat pertikaian tentang kod kitar semula ini.
"Oleh itu, kod kitar semula hanya boleh digunakan sebagai rujukan. Pengguna dinasihatkan supaya menggunakan pertimbangan mereka apabila memilih botol susu bayi
"Jika kod kitar semula adalah 3, 6 dan 7, kelihatan ringan, tahan lasak, serta mempunyai tahap kejelasan optik yang tinggi, maka ia besar kemungkinan mengandungi BPA,'' jelasnya.
Beliau turut menasihatkan kepada ibu bapa yang masih menggunakan botol susu mengandungi BPA, agar tidak memasukkan air panas terus ke dalam botol.
Ini kerana, air panas akan membuatkan BPA akan terlarut secara perlahan dan meresap ke dalam susu atau minuman lain dalam botol tersebut.
Selain itu, basuh botol dengan span lembut bagi mengelakkan botol tercalar.
"Botol yang tercalar akan memudahkan BPA terlarut dan bercampur dengan minuman di dalamnya," katanya.
Chin Kah juga menasihatkan pengguna agar berhati-hati terhadap botol yang tanpa label dan mempunyai gambar-gambar menarik serta berwarna-warni.
Ini disebabkan botol yang tanpa label mungkin dibuat daripada sumber yang tidak diketahui dan pewarna yang berbahaya.
Keadaan ini, apabila dicampur dengan larutan panas, bahan kimia akan larut dengan cepat dan masuk ke tubuh secara disedari.
"Belilah hanya botol yang mempunyai label yang menyatakan dengan jelas kandungan serta serta tempat pembuatannya,'' ujarnya serius.

19 April 2011

BANGSA CINA ANDA LUPAKAH ???

SALAM...

NEGARA KITA INI TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM. OLEH ITU MENJAGA PERPADUAN KAUM ITU SANGAT PENTING AGAR TIDAK WUJUD PERTELINGKAHAN ANTARA ORANG MELAYU DENGAN ORANG CHINA, ORANG CHINA DENGAN ORANG INDIA ATAU ORANG INDIA DENGAN ORANG MELAYU. SETELAH SEKIAN LAMA NEGARA INI HIDUP DALAM HARMONI DAN KERJASAMA ERAT ANTARA KAUM KINI TELAH NAMPAK BIBIT-BIBIT SERPIHAN DI HATI KAUM-KAUM INI TERHADAP KAUM YANG LAIN.

DULU SEMASA KIT SIANG MASIH MUDA, SETELAH KIT SIANG BERJAYA DITUMPASKAN KERANA MEMBAWA HASUTAN DAN KEBENCIAN ANTARA KAUM SELEPAS PERISTIWA BERDARAH 1969, DULU SEMASA GUAN ENG BELUM POPULAR, DULU SEMASA ANWAR IBRAHIM BELUM KELUAR DARI PENJARA SUNGAI BULUH, DULU SEMASA PAS MASIH KUKUH DENGAN PERJUANGAN ISLAM DAN MASIH BELUM BERNIKAH BATIN DENGAN DAP DAN PKR, HIDUP KITA DI MALAYSIA NI SANGAT AMAN. WALAU ADA KONFLIK, NAMUN IA DAPAT DITANGANI DENGAN BAIK TANPA PERLU ADA PERTELINGKAHAN YANG MELIBATKAN ISU PERKAUMAN DAN HASUTAN.


DI KALA ITU, KAUM CHINA TETAP BERJAYA DALAM BIDANG PERNIAGAAN, DI KALA ITU, ANAK-ANAK CHINA TIDAK PERNAH DINAFIKAN PELUANG UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN MALAHAN KERAJAAN BEGITU BERTOLAK ANSUR DENGAN PENDIDIKAN PERSENDIRIAN SEKOLAH CHINA YANG BANYAK DI NEGARA INI. PERTUBUHAN PENDIDIKAN SEKOLAH CHINA SANGAT KUAT TANPA SEBARANG GANGGUAN DARIPADA KAUM BUMIPUTERA. DI KALA ITU JUGA, KERAJAAN TIDAK PERNAH MELUPAKAN ORANG CHINA YANG HIDUP MEREMPAT. MEREKA TETAP DIBERIKAN BANTUAN OLEH KEBAJIKAN MASYARAKAT. TIDAK ADA PRASANGKA DAN PREJUDIS YANG AMAT MENDALAM TERHADAP KAUM CHINA. KAUM CHINA TELAH BERJAYA MENDAPATKAN KUASA EKONOMI DI NEGARA YANG DULUNYA DIPUNYAI OLEH ORANG MELAYU. 


ORANG MELAYU HANYA ADA KUASA. ORANG MELAYU BANYAK BERTOLAK ANSUR. TAPI RUPA-RUPANYA, SETELAH ORANG CHINA HIDUP SENANG LENANG DENGAN MENGUASAI EKONOMI ORANG MELAYU, ORANG CHINA MULA LUPA! LUPA PADA JASA ORANG MELAYU YANG BANYAK MEMBERI DAN KURANG MENERIMA! LUPA PADA JANJI PERPADUAN ANTARA TUN TAN CHENG LOCK DENGAN TUANKU ABDUL RAHMAN. MEREKA LUPA, SATU KETIKA DULU, MELAYU LAH YANG BANYAK MEMBANTU MEREKA.


KINI AKIBAT KERAKUSAN NAFSU UNTUK BERKUASA, KERANA SIFAT TAMAK DAN SIFAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI, MAKA ADA ORANG CHINA YANG TERMAKAN HASUTAN DAP. DAP YANG DULU PERNAH MEMBAKAR API KEBENCIAN ANTARA KAUM, DAP YANG DULU PERNAH MENIUP API KEMARAHAN ANTARA KAUM CHINA DAN MELAYU, DAP YANG KINI DIGAHKAN OLEH GUAN ENG YANG PENIPU, SOMBONG, BERCAKAP BESAR DAN RASIS MELAMPAU. GUAN ENG SEORANG ANAK MUDA YANG BERJAYA MENJAWAT JAWATAN KETUA MENTERI PULAU PINANG HANYA KERANA KUASA AYAHNYA KIT SIANG. JIKA DIA BUKAN ANAK KIT SIANG, DIA MUNGKIN MANUSIA MEREMPAT DAN TIDAK DIPANDANG SESIAPA PUN!


PERSOALANNYA: 

1)   ADAKAH ORANG CHINA YAKIN BAHAWA DENGAN ISU PERKAUMAN YANG DIMAINKAN OLEH GUAN ENG INI BERJAYA MENJADIKAN MEREKA TUAN KEPADA NEGARA INI ATAU MEREKA SEBENARNYA HAMBA KEPADA MATLAMAT GUAN ENG DAN DAP UNTUK MENDAPAT KUASA?

2)   ADAKAH ORANG CHINA MERASAKAN BAHAWA MEREKA SUDAH CUKUP KEBAL DAN KUAT UNTUK BERDEPAN DENGAN PEJUANG MELAYU YANG TIDAK AKAN BERHENTI DARIPADA MENYERAH KALAH DAN MENYERAHKAN KUASA NEGARA INI HATTA DENGAN BERMANDI DARAH SEKALIPUN?

3)   SEJAUH MANAKAH ORANG CHINA MAMPU UNTUK MENGIKUT RASIS GUAN ENG DAN DAP SEHINGGA MEREKA DIANGGAP OLEH MUSUH OLEH KAWAN, DAN JIRAN MEREKA YANG TERDIRI DARIPADA BANGSA MELAYU?


4)    ADAKAH ORANG CHIN BERASA SELAMAT BILA WUJUD PERSENGKETAAN DENGAN BANGSA MELAYU DAN KAUM BUMIPUTERA DI NEGARA INI APABILA API PERKAUMAN INI TERUS-TERUS DIMAINKAN OLEH GUAN ENG DAN DAP?

5)  SEJAUH MANAKAH PERSEDIAAN ORANG CHINA UNTUK BERHADAPAN DENGAN PERJUANGAN ORANG MELAYU YANG KIAN BERSATU UNTUK MEMPERTAHANKAN AGAMA DAN NEGARA INI DARI API PERKAUMAN YANG DIMAINKAN OLEH PARTI DAP?

6)   ADAKAH ORANG CHINA LUPA BAHAWA NAFAS MELAYU MASIH KUAT BERDENGUS DAN JANTUNG MELAYU MASIH KUAT BERDEGUP UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARA INI?

WAHAI ORANG CHINA DI BUMI MALAYSIA INI, BUAT LAH PILIHAN:
ADAKAH MAHU TERUS BERSAMA GUAN ENG DAN KIT SIANG UNTUK MENJADIKAN NEGARA INI SEBUAH NEGARA REPUBLIK YANG MERUPAKAN SEBUAH MIMPI YANG TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN?  

ATAU MEMILIH UNTUK KEMBALI KE LANDASAN PERPADUAN NEGARA INI MENERUSKAN DASAR PERLEMBAGAAN NEGARA YANG TELAH 53 TAHUN DIBINA DENGAN MARUAH, KEBIJAKSANAAN DAN KEHARMONIAN!


INGAT, MELAYU TIDAK PERNAH GENTAR!

17 April 2011

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KE-10 SARAWAK

KEPUTUSAN RASMI
PILIHANRAYA KE-10
SARAWAK

BN - 55   /   DAP - 12  /  PKR - 3  /  Bebas - 1

TAHNIAH DS NAJIB & PEHIN SERI TS TAIB

15 April 2011

TAZKIRAH JUMAAT III : MENGAPA IBUMU MENANGIS ???


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

TAZKIRAH JUMAAT II : TENAGA GETARAN MANUSIA HEBAT !


Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.
Begitu banyak kajian dilakukan oleh golongan barat dan pengkaji-pengkaji biologi tentang kewujudan aura dan getaran. Seorang saintis Rusia contohnya menghabiskan 50 tahun mengkaji tentang aura dan pembacaannya menggunakan kesan Kirlian. Malah sudah ada pengusaha di serata dunia menggunakan kesan Kirlian untuk membaca aura seseorang bagi mengesan masalah kesihatan mereka.
Tapi adakah aura ini wujud dalam Islam? Adakah ini semua ajaran karut yang membuat manusia memikirkan seseorang itu boleh mempunyai tenaga baik dan tenaga jahat yang boleh mempengaruhi seseorang? Hakikatnya ia telah ada dalam Islam dan dikenali sebagai NUR.
Apakah itu Nur? Nur berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.
Di dalam Islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada Iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.
Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadis sahih yang menggambarkan Rasulullah S.A.W. itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan.
Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah S.A.W. dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam.
Mari kita lihat hasil kajian orang bukan Islam tentang aura dan ajaran Islam yang sedia ada.
Persekitaran
Kajian menjelaskan peranan persekitaran terhadap aura seseorang. Seseorang yang rajin menghirup udara segar, melihat matahari terbit serta menjaga kebersihan alam persekitarannya dikatakan mampu memperbaiki aura dirinya.
Ia lebih dikaitkan dengan satu kaedah dan cara kehidupan yang lebih sihat, sempurna, jauh dari pencemaran serta banyak berhubung dengan alam semulajadi.
Dalam Islam pula sememangnya telah diajar umat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan terdapat dalil yang menyokong perkara ini. Selain itu, orang Islam diseru supaya tidak tidur apabila matahari terbit kerana ia mampu menjemput penyakit.
Dalam perihal alam semulajadi pula, kedapatan hadis yang menerangkan tentang perlunya menjaga alam contohnya sabda Rasulullah S.A.W. "Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." Hadis riwayat Muslim.
Oleh yang demikian haruslah kita ingat bahawa perlunya kita mengambil tahu tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam, kebersihan persekitaran dan tempat tinggal serta peranan waktu pagi dalam kehidupan. Kita tidak sedar agama telah pun mengajar kita menjaga aura dan getaran dengan penghayatan alam.
Nutrisi dan Pemakanan
Kajian mengatakan makanan yang bersih serta segar mampu menaikkan aura seseorang. Selain itu, hanya bahagian-bahagian terpilih yang tertentu pada makanan yang berzat dan tidak mempunyai elemen kekotoran sahaja yang harus dimakan.
Apa kurangnya Islam yang sememangnya mempunyai panduan khas dalam pemakanan yang suci dan halal. Islam lebih teliti dan tersusun dalam menentukan kesucian pemakanan dan sememangnya ada kategori dan bahagian tertentu pada haiwan makanan itu tidak digalakkan untuk dimakan sungguhpun halal contohnya bahagian darah dan dalaman seperti hati, limpa, dan organ dalaman.
Malah Islam mengajar lebih lagi daripada itu iaitu mempastikan kesucian makanan itu pada zahir dan batinnya. Batin itu bermaksud menjaga sumber rezeki supaya halal. Haramnya sumber itu menjadikan makanan yang fizikalnya halal menjadi haram. Maka telah terbukti ajaran Islam memberi panduan yang lebih jelas dan mendalam tentang fakta ini.
Senaman
Kajian seterusnya menjelaskan perlunya senaman untuk menjaga kesihatan bagi mereka yang ingin membangkitkan aura. Melalui senaman, tubuh dan organnya akan menjadi lebih aktif dan sihat bagi menghasilkan aura dan getaran yang lebih positif.
Solat adalah senaman yang pasti bagi orang Islam yang mengerjakan solat lima (5) waktu sehari semalam. Sama ada seorang Islam itu bersenam atau tidak, tanpa disedari mereka telah pun melakukan senaman paling asas lima (5) kali sehari.
Selain itu kedapatan perkara lain dalam ajaran Islam yang menggalakkan umatnya menggerakkan tubuh badan antara diberikan pahala bagi setiap langkah orang yang ke masjid. Maka mereka yang berjalan ke masjid itu bersenam sambil membuat pahala.
Adakah kita sedar betapa ruginya kita yang sering meninggalkan solat dan jarang ke masjid? Mungkin kita harus sedar Allah itu menyayangi kita dan mahukan hamba-hambanya sihat dan memperoleh kesihatan serta getaran walaupun dalam urusan pengabdian kepadanya.
Tafakur
Tafakur atau dalam bahasa Inggeris 'meditation' ditafsirkan oleh barat sebagai aktiviti mendiamkan diri dalam posisi tertentu, pada tempoh tertentu untuk memperoleh ketenangan. Tujuannya adalah untuk merehatkan otak yang mana otak yang sihat ini dapat memandu tubuh badan menjadi lebih sihat dan produktif. Seterusnya aura dan getaran seseorang itu lebih tulen.
Tafakur bukanlah perkara yang asing dalam Islam. Terlalu banyak panduan yang digariskan dalam Islam yang boleh dikaitkan dengan tafakur dan juga objektif tafakur itu sendiri. Antaranya beriktikaf dalam masjid untuk mengingati Allah melalui amalan zikir serta amalan lain seperti membaca al-Quran. Solat itu sendiri mempunyai kesamaan objektifnya dengan tafakur.
Seorang yang khusyuk dalam solat akan melupai apa yang berlaku di sekelilingnya dan melatih seseorang menjadi lebih fokus. Selepas solat, maka disunatkan kita berzikir dan berdoa. Ia adalah amalan untuk kita lebih menenangkan diri melalui zikir dengan mengingati Allah dan menaikkan keyakinan seseorang bahawa Allah itu sentiasa mendengar melalui aktiviti doa.
Banyak lagi panduan melalui amalan ketuhanan dalam Islam yang mempunyai objektif yang sama seperti tafakur dan ia bukan sahaja memberi ketenangan di dalam jiwa, malah membina sifat sabar, yakin, syukur, tabah dan berserah.
Tidur
Kajian mengatakan lagi perlunya seseorang itu mempunyai tidur yang cukup dan bangun secara semulajadi. Ia bagi membolehkan tubuh badan manusia itu memperoleh cukup istirehat agar ia boleh berfungsi dengan baik setiap hari. Tubuh yang kurang tidur dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang itu memperoleh penyakit. Tubuh yang tidak sihat umpama mesin yang tidak produktif. Aura dan getaran amat kurang pada tubuh yang kurang rehat.
Dalam surah an-Naba' ayat ke-9, Allah berfirman yang bermaksud "Jadikanlah tidur kamu itu satu istirehat". Selain itu dalam surah al-Qasas dari ayat 71-73, Allah banyak menjelaskan tentang tidur ia juga merupakan ayat yang dijadikan rujukan bg membuat panduan tentang tidur dalam Islam. Sememangnya penjelasan Islam tentang tidur dan istirehat darinya digariskan dalam perbincangan yang tersusun termasuklah adab-adab tidur itu sendiri sama ada seseorang itu mendapatkan tidurnya pada waktu siang atau waktu malam untuk merehatkan tubuh badan.
Hubungan Kemanusiaan
Kajian barat lagi menggariskan bahawa seseorang itu membangkitkan aura dan getaran mereka melalui hubungan kemanusiaan yang positif, hubungan kekeluargaan dan setiakawan, hubungan dengan komuniti yang positif serta hubungan dengan orang-orang yang progresif. Hubungan yang positif menghasilkan gelombang aura dan getaran semulajadi daripada nilai positif itu sendiri.
Perkara ini telah banyak dibincangkan dalam konsep muamalat dalam Islam. Terlalu banyak panduan Islam tentang hubungan kekeluargaan, sahabat, kemasyarakatan serta hubungan dengan para ilmuan yang progresif. Apa yang perlu adalah cuma mencarinya dengan mudah di internet atau ke toko buku dengan mendapatkan penulisan tentang perkara tersebut dalam Islam. Ia telah ada beribu tahun yang dahulu.
Apa Kata Anda?
Adakah kajian orang barat itu perkara sia-sia sedangkan semua itu telah pun diajar di dalam Islam? Hakikatnya ia adalah perkara yang baik untuk dikaji dan dijelaskan dalam susunan. Mungkin selama ini orang Islam tidak sedar bahawa ajaran Islam itu sendiri mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Maka dengan penemuan sains dan kajian, menjelaskan lagi bahawa doktrin Islam ini penuh dengan perkara hikmah yang masih lagi boleh digali dan dicari kelebihannya.
Berbalik kepada aura dan getaran. Apakah moral di sebalik perbincangan ini? Sekiranya kita melihat kembali isi dan pengisian tentang aura dan getaran itu sendiri mengajar kita untuk menjadi manusia yang mulia. Berbeza daripada amalan yang berada dalam kehidupan kita sekarang yang terlalu banyak mencemarkan cara hidup serta alam.
Kehidupan kini penuh dengan persepsi negatif, kelakuan negatif, konsep negatif, panduan negatif, idea negatif dan pendek kata kehidupan manusia yang semakin canggih kini semakin membuahkan banyak perkara negatif. Maka tidak hairan mengapa manusia berlumba-lumba mencari kehidupan yang ditafsirkan mereka sebagai kejayaan tetapi sangat ramai juga yang memberitahu mereka masih belum menemui kehidupan.
Selain itu aura dan getaran ini adalah satu tips bagi mereka dalam membina kehidupan baik dari segi kerjaya, perniagaan, perhubungan dan sebagainya. Aura dan getaran kini menjadi salah satu topik hangat bagi individu yang membina kerjaya mereka bagi memperoleh kesan dan hasil yang memberangsangkan. Amat rugi bagi orang Islam yang tidak mendalami ilmu Islam itu sendiri dan masih tertanya-tanya mengapakah aku seorang Islam tetapi hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Silapnya ialah kita sendiri kurang menghayati agama.
Oleh yang demikian, luangkanlah masa untuk agama. Agama Islam bukanlah kisah ketuhanan atau sembahyang. Islam sebenarnya adalah cara hidup. Orang Islam yang rosak itu adalah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Jadi tidak hairanlah, seorang Islam itu masih terkapai-kapai dalam kekayaan, masih hidup dalam keganasan dan minda yang tertutup, masih mencari penyelesaian lain yang hakikatnya telah ada dalam Islam. Ini semua adalah kerana, mereka tidak mendapatkan ajaran Islam yang sebenar dan mereka tidak menghayati ajaran yang telah pun mereka temui.
Sesekali carilah individu yang mempunyai Nur. Individu seperti ini sangat banyak di kalangan ulama dan ahli Agama yang menghayati Islam. Raut wajah mereka sangat bersih dan menenangkan mata yang memandang. Usah dinilai daripada foto dan gambar tetapi carilah peluang bertemu mereka untuk melihat Nur yang Allah kurniakan kepada hambanya yang taat dan menghargai agama. Anda sendiri akan merasa adanya ketenangan walaupun hanya dengan mendampingi mereka.

TAZKIRAH JUMAAT I : SITI KHADIJAH SRIKANDI TERULUNG


Kepulangan suaminya dari Gua Hira' selepas menerima wahyu pertama, telah menimbulkan tanda tanya di hati Siti Khadijah r.a.. Segala yang diceritakan oleh suaminya mengenai pengalaman didatangi Malaikat Jibril, adalah rahsia besar yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri. Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan sibuk menceritakan hal keluarga termasuk bersifat peribadi dan rahsia.
Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alim dan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah atau mengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai. Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencari penyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya, suami kadangkala tahu keburukannya diceritakan oleh sang isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini boleh memburukkan lagi keadaan antara suami isteri yang bermasalah tadi.
Khadijah dilihat sebagai seorang muslimah yang bijaksana dengan menceritakan peristiwa Nabi bersama Jibrail hanya kepada orang yang layak dan bukan sebarangan orang. Antara sifat atau akhlak terpuji yang dapat diikuti oleh muslimat dari Siti Khadijah adalah:
  1. Bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain.
  2. Tidak terburu-buru dan panik.
  3. Tidak mudah mempercayai orang lain dalam menceritakan hal yang bersifat rahsia.
  4. Pandai memilih orang untuk diadu permasalahan.
  5. Bersifat amanah,lembut dan berhikmah.
  6. Meminta kebenaran dari suami hatta untuk perkara kebaikan.
  7. Sabar dalam menghadapi permasalahan suami.
Menjejaki Jejak  Khadijah
Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan daripada kaum lelaki Quraisy, maka di sampingnya berdiri dua orang wanita, iaitu Khadijah bin Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Kedua wanita itu berdiri di belakang dakwah Islamiah, mendukung dan bekerja keras dalam menyampaikan Islam. Oleh disebabkan itu, Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di dunia. Dia adalah Ummul Mukminin, sebaik-baik isteri dan teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya.
Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah wanita pertama yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Allah. Khadijah adalah sebaik-baik wanita yang menolong dengan jiwa, harta dan keluarga. 
Peri hidupnya harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang lain tidak memberiku apa-apa."
Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, walhal di hadapan kita ada wanita terbaik di dunia, Khadijah binti Khuwailid, Ummul Mukminin yang setia dan taat, yang bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat menjadi Nabi dan meneguhkan pendiriannya serta membenarkannya. Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada Allah, dan membantu baginda serta kaum Muslimin dengan jiwa, harta dan keluarga.
Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap agama dan nabi-Nya dengan sebaik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan di dalam istananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hidupnya.
Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata : "Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang  tidak ada kepayahan.


(Hadis riwayat Bukhari dalam Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata, "Keshahihannya telah disepakati.")
Khadijah r.a. membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia menghabiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang  suami dan nabinya hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.
Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para sahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta Khulafa' Rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat  pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung dakwah selepas itu. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah
yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama  seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu yang susah, membantunya dalam menyampaikan al-Quran, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya.
Rasulullah SAW bersabda, "Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia."


(Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 6/118.)
Sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya, "Apakah harta yang masih ada pada dirimu wahai isteriku untuk perjuangan Islam ini?" Khadijah berkata, "Tiada apa-apa lagi, jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah."Subhanallah... sungguh hebat perjuangan para sahabat baginda dan Ummul Mukminin untuk memperjuangankan  Islam. Adakah kita sanggup berkorban seperti mereka pada masa kini?Renung-renungkan...