ALIF BA TA

ALIF BA TA

16 July 2015

AKU DAN ISMA Bahagian I

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mula mengenali dakwah ISMA(Ikatan Muslimin Malaysia) sebuah gerakan NGO dakwah ketika mula-mula kaki ini menjejak bumi Cardiff. Seperti biasalah, bila dengar tentang ‘DAKWAH’ sahaja, ada dalam kalangan kita ‘alergik’ sikit. Aku pun sama dulu. Jahilnya aku, tiga tahun di UiTM Lendu, pandang ‘budak2 usrah’ ni sebelah mata ja! huhu.. Ingat dlu pernah sekali naik motor legend hijau lalu tepi Masjid Al-Hikmah UiTM Lendu, nampak budak2 jubah putih buat bulatan, aku konar lalu jalan lain. Hahaha..

Ada macam2 versi yang aku terima pada awalnya bila aku bukak soalan tentang ISMA. Dan harus aku akui, banyak negatif dari positif pada mulanya.. Antara versi ‘Nasihat’ negatif yang pernah hinggap di telinga aku ketika itu ialah:

1) ‘Hati-hati sikit wan, diorg ni nanti mula la ajak kau join jemaah tu jemaah ni.’

2) ‘Diorg ni la pecahbelahkan Islam. Ada IKRAM lah ISMA lah macam2 lagi nanti, nasihat aku jangan kau menyesal nanti sudah.'

3) ‘Diorg ni buat baik and belanja ko makan semua ada la tu, nak ajak ko join diorg lah tu.'

4) 'ISMA ni macam tabligh lah. Nanti dia ajak la ko join dia gi rumah ke rumah.’

5) ‘Kalau kau join ISMA ni nanti ko jadi orang yang suka label-label orang and rasis la sebab ISMA ni kan perjuangkan MELAYU, kita nak ISLAM, orang yang berjuang untuk Melayu ni, tak ke mana bro’

Namun, disebalik versi2 negatif yang aku dapat ni, ada satu nasihat dari seorang yang banyak membuka mata aku bila aku jejak kaki ke sini. Nasihat dia lebih kurang macam ni;

‘ISMA ni bagus Wan, dia banyak ubah hidup aku. Ubah hidup aku dari manusia yang hanya pikir pasal diri sendiri, yang hanya tahu nak jadi baik untuk diri sendiri sahaja, kepada seorang yang ada matlamat dan agenda bukan sahaja untuk diri sendiri, namun untuk ummah, untuk cita-cita yang lebih besar wan’.

Nasihat inilah yang membuatkan aku tertarik untuk tahu lebih lagi tentang ISMA. Dan aku pun diperkenalkan dengan ISMA. Dari sistem Usrahnya, program-program umum, sampai kepada hubungan ukhuwwah yang cukup manis. Dan aku menjadi sangat pelik. Pelik sebab rupa-rupanya semua ini takdalah sama seperti yang seringkali ‘dimomok-momokkan’ oleh sesetengah orang.

Melalui usrah ISMA, aku belajar tentang banyak perkara. Sistem usrah ini rupa-rupanya bukan sahaja sebagai satu medium untuk memperbaiki amalan diri masing-masing, namun turut sama mengajak ahli-ahlinya untuk berfikir tentang masalah yang melanda ummat sejagat.

Dari sekecil-kecil isu, sehinggalah kepada masalah yang besar. Dari isu yang berlegar di tanah air , sehinggalah ke tanah agung Palestin! Setiap kali usrah, sangat lain macam rasanya! Umpama dapat satu energy baru dan semangat yang baru. Semangat untuk sentiasa mengubah diri, untuk jadi produktif dan tidak ja di statik sahaja dalam hidup ini.

Satu perkara baru yang aku dapat dari usrah ini adalah melalui kata-kata As-Syahid Imam Hassan al-Banna iaitu untuk kita perbaiki diri DAN menyeru orang lain berbuat kebaikan. Bukan hanya tunggu untuk diri jadi perfect baru nak mula dakwah orang lain.

Kitab-kitab yang menjadi rujukan dan perbahasan dalam usrah ini antaranya Al-Muntalaq (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid) dan Jalan Dakwah (Syeikh Mustafa Masyhur) banyak membuka mata aku tentang bagaimana sistem kehidupan kita sebagai makhluk di muka bumi ini harus bergerak! Kita rupanya bukan sahaja mahu mencapai kemuliaan untuk diri sendiri sahaja, namun harus bangkit untuk memperjuangkan kemuliaan ummat ini, kemuliaan agama yang Allah amanahkan pada kita ini.

ISMA juga bukan sekadar usrah siang dan malam pagi dan petang. Tidak! Antara program yang sempat aku ikuti sepanjang berada di bumi UK ini, antaranya jaulah (Jalan-jalan), Rehlah (Berkhelah), Daurah (seminar) yang sangat mengujakan.

Melalui program-program sebegini, aku mengenali ramai manusia. Manusia yang mahu berubah. Berubah dari menjadi diri yang layu dan sayu, kepada manusia yang mahu memperbaiki diri dan berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Sungguh,sepanjang perjalanan ini aku telah ramai jumpa manusia yang dahulunya hanya lah seperti kijang, namun kini bertukar menjadi singa yang mempertahankan agamanya. Setiap kali aku pandang wajah2 mereka ini, aku benar-benar jadi cemburu.

Lama juga, untuk aku hadam dan betul-betul faham tentang fikrah ISMA. Tentang agendanya untuk ummat, perjuangannya, dan segala pelan tindakannya. Dan aku masih dana akan terus belajar dan belajar lagi. Ada banyak perkara lagi yang perlu aku bongkar gali. Namun, kefahaman aku tentang agenda dan perjuangan yang ISMA bawakan ini, cukup untuk aku katakan YA! pada ISMA! Kita punya matlamat, dan matlamat kita jelas.

ISMA, benar-benar, sedang mengubah hidup aku. Mengubah cara aku berfikir tentang bagaimana sebenarnya kehidupan kita ini harus bergerak. Mengubah diri aku untuk tidak lagi sekadar berfikir tentang diri sendiri sahaja, namun turut sama membawa agenda ummat yang lebih besar dalam lakaran peta kehidupan aku.

Hari ini, aku ucap syukur pada Tuhan Rabbul Jalil. Kerana takdirnya aku dicampakkan ke bumi Cardiff ini, rupanya Dia mahu menyantuni aku dengan TarbiyyahNya.

Jahilnya aku tiga tahun yang dulu tentang gerakan dakwah ini. Aku malu, namun aku bersyukur, di bumi Cardiff, aku mengenali ISMA.

Doaku pada Ramadan terakhir ini, agar Allah tetap memberikan aku istiqamah dalam perjuangan ini dan sama-sama mencampakkan hidayahNya pada sahabat-sahabatku di luar sana untuk turut sama dalam gerabak kemenangan ini. Gerabak yang mengubah hidup aku dan bakal mengubah hidup kalian juga inshaALLAH. Amin.

Apa lagi yang harus aku minta daripada seorang sahabat yang baik dan ada ketika susah dan senang.

 Bersama saudara Azizi, orang yang bertanggungjawab kenalkan aku pada ISMA.


Dalam gelak tawanya, dia tidak pernah lekang dari menutur nasihat yang terkesan dalam setiap jiwa yang mendengarnya...


Melalui ISMA, aku ketemu ramai insan hebat yang menginfakkan dirinya pada jalan dakwah. Mereka dulu kijang, namun kini singa yang berani!


Usrah bersama murabbi Saudara Firdaus A Bakar. Lemah lembut tutur bicaranya namun terselit bait-bait indah mendekatkan jiwa manusia pada Tuhan Rabbul Jalil...



p/s: Nukilan di akhir-akhir Ramadan. Moga bermanfaat buat semua. Untuk orang di Malaysia, Selamat Menyambut Syawal. Salam Lebaran Minal Aidin Wal Faidzin. Maaf Zahir dan Batin.

2 comments:

drhatta said...

Pengalaman saya dengan ISMA pun lebih kurang sama, my Brother

Hazwan Mohamad said...

Alhamdulillah. Thank you so much Dr! Perhaps one day we can meet up doc!